Topic: Novel dan Cerita
Search on This Topic:   
Penantian
Novel dan Cerita بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapak terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu.
Read More... (4.99 KB) | (2067 reads) 2 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Tayangan Filem: The Iman & The Pastor
Novel dan Cerita
Read More... (67 Bytes) | (1745 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Kisah Gadis Lubnan
Novel dan Cerita Beliau adalah seorang gadis Lubnan bernama Sarah, ayahnya muslim dan ibunya kristian, 10 tahun membesar di Lubnan kemudian mengikuti ibu bapanya berhijrah ke Australia menetap disana sehinggalah umurnya 22 tahun & menetap disana. Terputuslah segala hubungannya dengan agama secara total! yang diketahuinya ialah dia seorang muslimah tanpa pernah mengenali mushaf, tidak tahu fatihah, solat dan agama bukanlah suatu yang penting bagi dirinya.

"Saya teruskan pengkisahan ini dengan mengubah penceritaannya seolah-olah seperti yang diceritakan sendiri oleh saudari Sarah".
Read More... (5.91 KB) | (2157 reads) 4 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4
Terima Kasih Sudi Menjadi Isteri Kedua Saya!
Novel dan Cerita

Oleh: Sdr. Mukhtar Suhaili
Sumber: http://muhtarsuhaili.wordpress.com

Suami Yang Baik Berjiwa Ahli Arkeologi!

Sepertimana yang pernah saya nukilkan sebelum ini, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, saya tertarik dengan satu hikmah yang saya dapati hasil pembacaan novel karya Kang Abik ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Di dalam novel tersebut dinukilkan:

Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!
Read More... (9.9 KB) | (3104 reads) 9 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Bencana Novel dan Filem Cinta Islami
Novel dan Cerita

Oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Sumber: http://the-authenthic.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt.

Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.

Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.
Read More... (5.74 KB) | (2423 reads) 9 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
PEROLEH KEJAYAAN DENGAN REDA ATAU MURKA ALLAH
Novel dan Cerita

Sumber : http://ceria.my/proquransunnah

Bersama kita menghayati satu kisah yang menarik yang terdapat dalam buku La Tahzan :

Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata: Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat. Mereka terpedaya dengan bisikan tersebut lalu mereka tidak solat subuh, zohor dan asar.

Selepas asar mereka pergi untuk menangkap ikan dan Berjaya menangkap seekor ikan. Mereka menangkap ikan itu dan membelah perutnya. Mereka semua terkejut kerana didapati sebutir mutiara yang mahal dari perut ikan itu. Salah seorang berkata : Subhanallah, ketika kita taat kepada Allah kita tidak mendapat apa-apa. Namun ketika kita menderhakainya kita mendapat mutiara. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh ini tidak patut diterima.
Read More... (1.07 KB) | (1508 reads) 2 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Mencari Cinta Shab Turab
Novel dan Cerita

Oleh:Yussamir Yusof - Cyberjaya
URL: http://www.yussamir.com


“Assalamualaikum.”

Yusuf menegur lelaki arab yang duduk di sebelahnya. Lelaki arab itu tak membalas, hanya mengangguk kecil. Mulut Yusuf muncung mendapat respon sebegitu.

Setelah beberapa ketika, lelaki arab itu menjawab, “Maaf saya tidak menjawab, saya bukan Muslim.”

Muncung di mulut Yusuf segera kendur, cepat-cepat dia memohon maaf.
Read More... (6.25 KB) | (1478 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Sebuah perjuangan
Novel dan Cerita

Oleh : Yussamir Yusof
Negeri Sembilan - 13 Jun 2008

Sumber: http://tetasan.wordpress.com/

Suara merdu bacaan ayat-ayat Quran Syeikh Masyari al-afasi dari telefon bimbit Pak Talib, menenangkan hati. Kelihatan Pak Talib bersandar di kerusi malas yang tersedia di ruang tamu rumah, sambil mengunyah sirih, bibirnya merah diwarnai cengkih. Rembau di bungkus sejuk malam. Bunyi cengkerik mengalun-alun membelah kesunyian malam di kampung lada. Cahaya bulan menyuluh terang tepat ke muka Razali, cucu kesayangan Pak Talib. Mak cik Munah sibuk mengemas barangan yang dibawa Rasyid dari Johor Bahru. Selalunya sebulan sekali baru cucunya itu pulang ke kampung. Tetapi tak disangka pula, baru seminggu datang ke kampung, Rasyid datang kembali. Mak cik Munah membancuh nescafe di dapur, untuk Pak Talib dan cucunya Rasyid.

Rasyid mendatangi Atuknya sambil membawa dua buah buku baru tulisannya.

“Ini dua buah buku baru saya tuk.” Rasyid mengambil kerusi di depannya, kemudian didekatkan di sebelah kerusi malas datuknya. Pak Talib berhenti mengunyah. Dia bangun dari bersandar, dan mencapai bekas dan diludahnya sirih ke dalam bekas tersebut. Dilap-lap mulutnya dengan sapu tangan putih. Merah sapu tangan itu.
Read More... (9.66 KB) | (1655 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Buku Terbaru: SS Dr. MAZA - Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Novel dan Cerita

Tajuk: Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Harga: RM 35.00
Penghantaran: RM 5.00

Setiap pembelian secara on-line akan mendapat buku yang ditandatangani oleh Mufti Perlis
Read More... (344 Bytes) | (1911 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Utusan Malaysia : Ulasan Buku Menyambut Ramadan Dan Aidilfitri Menurut Sunnah
Novel dan Cerita

Ulasan buku ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia tahun lepas menjelang tibanya hari lebaran


Sambutan Aidilfitri cara Rasulullah
www.utusan.com


TENTUNYA tidak relevan lagi untuk mengulas tentang sambutan Ramadan kerana ketika ini telah pun memasuki bulan Syawal, dengan itu bermakna Aidilfitri yang disambut. Tetapi masih ada kaitannya ialah, Aidilfitri itu disambut kerana berakhirnya bulan Ramadan.

Walaupun buku ini berbicara tentang Ramadan, ia turut tidak melupakan untuk mengupas perihal Aidilfitri. Fokusnya tetap sama iaitu bagaimana cara sambutannya mengikut amalan Rasulullah.

Penulis buku ini memulakan bab mengenai Aidilfitri dengan memberi ‘rasa’ kurang senang dengan cara hari kebesaran itu disambut oleh segelintir masyarakat Islam.
Read More... (5.14 KB) | (2474 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4
« Prev
 1   2 
Next »
Toggle Content Hadith Today
Dari Abu Hurairah r.a, dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : \"barang siapa melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang muslim, Allah akan melapangkan satu kesusahan hari kiamat daripadanya, barang siapa mempermudahkan orang lain dalam kesulitan, Allah akan mempermudah baginya dunia & akhirat, barang siapa menutup aib seorang muslim, Allah tutup aibnya dunia & akhirat. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba selama hamba itu memberi pertolongan kepada saudaranya.

-- HR Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 73
Bots: 2
Total: 75
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster