Topic: Isu Semasa
Search on This Topic:   
Forum Flowers of Love
Isu Semasa
Read More... (594 Bytes) | (950 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Amalan Demonstrasi Bukan Ajaran Islam
Isu Semasa Amalan Demonstrasi Bukan Ajaran Islam

Oleh: Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com

[align=justify]Baru-baru ini, sekali lagi adegan dan slogan demonstrasi ke atas pemerintah dilaungkan. Diberi nama pula sebagai sarana amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, seruan kebencian dan protes ke atas pemimpin pun meluap-luap. Pelbagai aksi dan adegan demonstrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat di segenap tempat di negara kita.

Persoalannya, adakah demonstrasi merupakan salah satu sarana anjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan keterlanjuran pemerintah? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi agama? Dalam tulisan yang lalu (melalui blog dan akhbar), telah dibentangkan kaedah-kaedah yang syar’i dalam menegur dan memperbaiki keterlanjuran pemimpin, iaitu dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan berbincang dengannya, memperbanyakkan kesabaran, dan dengan tidak mengaibkan serta merendah-rendahkan kedudukannya.

Secara ringkasnya, begitulah kaedah-kaedah yang syar’i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keislaman dan syi’ar solat. Dalam masa yang sama, amalan syar’i ini telah menunjukkan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, membenci kekacauan, teratur, dan penuh ketenangan. Secara automatik, amalan demonstrasi dan protes ke atas pemimpin sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat Islam jika ruh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.
Read More... (11.64 KB) | (1005 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Senarai Tokoh Orientalis
Isu Semasa Abdullah Tal, seorang orientalis berkata, "tugas penting kalian (wahai para orientalis) ialah mengeluarkan Muslim dari Islam sehingga dia menjadi makhluk yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Tuhannya, dengan demikian, terputusla dia dari akhlaknya, maka, kalian dengan ilmu (tentang Islam untuk merosakkannya-pen) adalah penerus usaha penjajahan, teruskanlah usaha kalian menyebarkan mesej (Islam versi orientalism-pen) kerana usaha kalian yang berkat itu mengambil alih kedudukan Tuhan yang memberi berkat

(جذور البلا, hlm.275)

Senarai Orientalis dari Majlis Alukah

آوغست فرديناند ميرن August Ferdinand - Mehren
آوغست فيشر August Fischer
آوغست مولر August Muller
أبراهام فيلم جوينبول A. W. T. Juynboll
إتين دينيه Etienne Dinet
إتين مارك كاترمير Etienne - Marc Quatremere
إجناس كولد صهر Ignaz Goldziher
المستشرق بلاشير R. Blachere
المستشرق النمسوي فون كريمر Von Kremer
أدريان بارتيلمي Adrian Barthelmy
أدم متز Adam Mez
إدورد پوكوك: Edward Pococke
إدورد جلازر: Edward Glaser مستشرق ألماني
إدورد غرنفيل براون Edward Granvill Brown مستشرق إنكليزي
إدورد هنري پالمر Edward Henry Palmer مستشرق إنكليزي
إدورد وليم لين Edward William Lane من كبار ال الانكليز
أدولف فارمند: Adolf Wahrmund مستشرق ألماني
أرثر ج. أربري Arthur J. Arberrv مستشرق بريطاني
أرثر ستانلي تريتون.: Triton, A. S مستشرق بريطاني
أرمان بيير كوسان دي برسفال Armand Pierre Caussin de Perceval مستشرق فرنسي
أرند جان فنسنك Arend Jan Wensinck مستشرق هولندي
إغناطيوس جوليانوفتش كراتشقوفسكي: I. J. Kratchkovsky مستشرق روسي
إغناطيوس (والايطاليون يلفظونها إينياتسيو) جويدي Ignazio Guidi مستشرق إيطالي
ألبرتوس شولتنز: Albertus Schultens مستشرق هولندي حاول إرجاع الكلمات العبرية إلى أصول عربية ليمكن شرح مشكلات التوراة.
الفرد أكتاف بل Alfred Octave Bel مستشرق فرنسي
الفرد فن كريمر Alfred Von Kremer مستشرق نمسوي
ألويس سپرنجر Aloys Sprenger ابن كرستوفر Christopher سپرنجر: مستشرق نمسوي
إميليو لافونتي ألكنترا Lafuentey Alcantara Emilio مستشرق إسباني
أنتوني آشلي بيفان Antony Ashley Bevan
أنخل كونثالث بلنثيا Don Angel: Gonzalez Palencia مستشرق من علماء الاسبان
أنطوان إيزاك سلفستر دي ساسي *: Antoine _ lsaac Silvestre de Sacy مستشرق فرنسي
إلياس جون ويلكنسون جيب: E. J. W. Gibb مستشرق اسكتلندي
أوجانيو غريفيني Eujenio Griffini مستشرق إيطالي
أويجن متفخ Eugen Mittwoch مستشرق ألماني
اوكتاف هوداس Octave Houdas مستشرق فرنسي
إينو ليتمان: Enno Litmann مستشرق ألماني
بارتيلمي هربلو: Barthelemy Herbelot مستشرق فرنسي
پاول كراوس: Paul Kraus مستشرق ألماني، من أصل تشيكوسلوفاكي
برنارد دورن: Bernherdt Dorn مستشرق روسي

Alukah
Read More... (11.89 KB) | (1037 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
WACANA ILMU IIS 10th OCT 2010
Isu Semasa ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION (IIS)
& AL-AHKAM.NET




Tajuk : 'Fiqh Solat antara Mazhab dan Hadith'

Oleh : Ustaz Adlan Abd Aziz

Tarikh/Masa: Ahad, 10 Okt 2010, 9:30 a.m - 1:00 p.m

Tempat: IIS Hall, No. 1-5-2, Wisma Prima Peninsula, Jln Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (Atas Saba Islamic Media)

Berminat??? Tempat adalah terhad!!!

Penyertaan adalah melalui pendaftaran sahaja. Sila mendaftar di iis-fiqhsolat.eventbrite.com

Program ini adalah percuma.

Sila hubungi Sis Tuty @ 017 8889097 atau email: Tuty.Abu.Bakar @ gmail.com untuk keterangan lanjut
(715 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Hakcipta : Fatwa KSA dan Syeikh Uthaimin
Isu Semasa Isu Hakcipta Menurut Islam

Majmak Fiqh Islami menerbitkan jawapan dalam isu hakcipta, "Penulisan ialah hasil penulisan yang dipunyai oleh seseorang individu. Dalam praktik dunia kontemporari hari ini, ia sebenarnya memiliki nilai material yang mana seseorang menjana kewangan darinya. Hak sebegini diperakui menurut perspektif Syariah dan tidak dibenarkan melangkauinya. (Majalah Majmak Fiqh Islami,vol.5, 3/2267)

Fatwa Lajnah Daimah Fatwa Buhuth KSA, no: 18543, ditanya mengenai beza dalam isu hakcipta samada dari Muslim atau bukan Muslim. Jawapan Lajnah, "Tidak dihalalkan membuat sebarang salinan terhadap program apabila penerbitnya melarang perilaku tersebut, melainkan mereka menyatakan ianya dibenarkan. Dalilnya;

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِم

Orang-orang Islam hendaklah patuh terhadap syaratnya (iaitu yang ditetapkannya sendiri)

(Abu Daud, al-Hakim, disahihkan Al-Albani, dalam Sahih Jami' al-Saghir, no:6714)

Dalam hal ini, apabila seseorang membeli sesuatu buku atau perisian, secara dasarnya, mereka setuju dengan syarat terkandung dalam hakcipta yang tertulis di produk tersebut. Maka, hendaklah pembeli memenuhi syarat yang dia persetujui. Lajnah seterusnya menyebut dalil lain

لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Tiada harta seorang Muslim itu diambil melainkan dia telah bersetuju

(Direkodkan Abu Daud, menurut Al-Albani, hadis ini sahih. Lihat Sahih Jami' al-Saghir, no: 7662)

Tidak kira penerbit perisian tersebut adalah Muslim atau bukan Muslim, hak bukan Muslim (bukan Harbi) hendaklah dihormati sebagaimana hak Muslim.

Oleh: Syeikh Abd Aziz ibn Baz, Syeikh Abd Aziz Al-Syeikh, Syeikh Dr Salih al-Fauzan dan Syeikh Dr Bakr Abu Zaid

Menurut Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin,

Apabila sesuatu negara menerimapakai undang-undang mengenai hakcipta dan mengharamkan perbuatan melanggar hakcipta, maka seseorang hendaklah mematuhinya. Selanjutnya, apabila satu negara menetapkan larangan (menjaga hakcipta), maka perbuatan (menyalin tanpa izin-pen) adalah tidak diizinkan, kerana Allah memerintah mematuhi pemerintah dalam urusan yang tidak maksiat kepada Allah dan perbuatan (langgar hakcipta-pen) adalah satu bentuk kesalahan/ kemaksiatan kepada Allah

(Liqa bab al-Maftuh, sesi:178)
Read More... (95 Bytes) | (728 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA DAN USANG
Isu Semasa PERCETAKAN SAUFI, telah mengadakan PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA bagi membantu serta menggantikan AL-QURAN LAMA kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, rendah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok.

Program amal jariah ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan AL-QURAN yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan AL-QURAN yang lama dan uzur. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah AL-QURAN yang baru untuk dibaca.

Program ini dilakukan bagi memartabatkan kalamullah. Ianya dilakukan hanya di MALAYSIA sahaja.

PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PEMULIHAN SERTA PELUPUSAN KALAM SUCI

Jika anda ingin membuat sumbangan bagi individu, badan-badan korporat, badan-badan kerajaan dan syarikat untuk program ini, kami alu-alu. Kami mengharap agar kita sama-sama dapat mengerjakan amal jariah yang mulia ini.

AL-QURAN ini terbitkan mengikut penulisan RASM UTHMANI yang diiktiraf serta diluluskan oleh BAHAGIAN PENERBITAN TEKS AL-QURAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

SETIAP SUMBANGAN TIADA HAD.

KADAR SUMBANGAN MINIMUM RM10.00.

HARGA BAGI SENASKAH AL-QURAN ADALAH:

RM30.00/senaskah (termasuk penghantaran)

1 NASKAH : 2 penama sahaja

Setiap naskah yang telah diwakafkan akan dilabel penama didalam AL-QURAN dan dicop "WAKAF". Ini bererti AL-QURAN yang telah diwakafkan tidak boleh dijual beli bagi mengelak individu lain mengambil kesempatan untuk menjual semula.

SPESIFIKASI AL-QURAN RASM UTHMANI

Cetakan : Dicetak khas dari SYIRIA,LUBNAN
Kulit : warna (hitam,biru,hijau,merah) hotstamping gold + emboss (timbul)

Teks : Kertas berkualiti (cetakan 2 warna : hitam dan biru)

Saiz : 220mm x 150mm

Sumbangan boleh diterima melalui secara tunai,cek,bankdraf,wang pos,dan internet banking masukkan terus ke dalam akaun:


MAYBANK : 5640-9820-6424 (PERCETAKAN SAUFI)

Alamat Pejabat Urusan.
PERCETAKAN SAUFI
55, LORONG HJ. HUSSEIN SATU,
OFF JALAN RAJA MUDA
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.
03-2693 3049 (office) 03-2693 3051 (fax)

KHAIRUL AIZAT RAHMAT : 010-3086776 / 017-3085773

Mohon kepada orang ramai dapat membantu serta memberi sumbangan ikhlas bagi mencukupkan Al-Quran kepada sekolah tahfiz,pondok,sekolah-sekolah.

"BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA HARTA ALLAH"
Read More... (306 Bytes) | (1262 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
SEMINAR BAITUL MAQDIS 2010
Isu Semasa

Tarikh : 07 – 08 Ogos 2010
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

UlamaDaily
Read More... (2.35 KB) | (980 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Fatwa perlu dinilai berdasarkan hujah, ilmu
Isu Semasa Fatwa perlu dinilai berdasarkan hujah, ilmu

Oleh Mohammad Nizam Abdul Kadir

2010/07/18

Pengharaman ESQ jika disertakan dengan dalil patut dilihat secara positif

FATWA mempunyai kepentingan yang mendalam dalam masyarakat Muslim. Jika sesuatu fatwa yang menghalalkan atau mengharamkan sesuatu, maka fatwa itu akan diberi perhatian yang besar. Lebih besar lagi perhatian masyarakat apabila sesuatu fatwa mengharamkan sesuatu perkara yang sudah diterima baik dalam masyarakat.

Secara mudah difahami, fatwa ialah jawapan terhadap persoalan yang dijawab oleh mufti. Apabila mufti adalah seorang mufti yang rasmi dilantik, maka fatwanya juga adalah fatwa rasmi.

Ada sedikit kekeliruan dalam masyarakat dalam masalah kuasa fatwa. Apabila fatwa dikeluarkan, namun tidak dikuatkuasakan, maka masyarakat akan memperlekehkan fatwa itu.

Dalam kes hukum merokok, nampaknya ada fatwa sudah mengharamkannya namun terlalu ramai warga masyarakat yang merokok. Maka fatwa pengharaman sekadar fatwa yang ‘tidak bertaring.’

Maka hendaklah difahami bahawa fatwa tidaklah mempunyai kuasa undang-undang. Fatwa hanya sekadar jawapan menerangkan hukum agama berdasarkan kefahaman dan ijtihad mufti dan jawatankuasa fatwa. Adapun penguatkuasaan dan kepatuhan terhadap fatwa, ia memerlukan peruntukan undang-undang yang lain. Justeru, fatwa berbeza dengan al-Qadha atau keputusan hakim di mahkamah. Keputusan hakim di mahkamah mestilah dipatuhi dan dikuatkuasakan. Namun dari satu aspek, fatwa dikira sebagai hukum syarak yang meliputi seluruh masyarakat, manakala keputusan hakim hanya dalam kes khusus.

Terbaru, masyarakat menjadi keliru mengenai ESQ sama ada harus atau haram. Ada dua pandangan yang berbeza. Keharusannya kerana tiada aspek yang menyeleweng dan juga faedahnya kepada masyarakat. Namun pengharamannya kerana dikatakan menyeleweng dalam aspek akidah. Mana satu yang benar?
Tulisan ini tidak ingin membicarakan persoalan manakah fatwa yang benar, namun artikel ini ingin mengajak masyarakat agar tenang dan membuat keputusan bijak. Keputusan bijaknya ialah agar kita menilai sesuatu fatwa berdasarkan hujah dan fakta ilmu.

Antara tindakan dan langkah yang wajar ialah:

# Fatwa hari ini bukanlah sekadar menghukum ia harus, makruh, haram dan sebagainya. Namun di sana perlu wujud dalil dan hujah. Dengan dalil dan hujah, barulah sesuatu fatwa mempunyai nilai ilmu dan berkualiti. Oleh itu, masyarakat perlu didedahkan terhadap dalil, hujah dan sebab mengapa fatwa hukumnya begitu dan begini.

# Fatwa pengharaman sepatutnya diberi perhatian yang wajar. Apakah sebab pengharamannya? Dikatakan wujud unsur yang menyeleweng. Antaranya ialah pegangan kepada fahaman liberalisme. Fahaman ini memahami nas al-Quran dan hadis secara bebas. Wujud juga fahaman pluralisme di mana fahaman ini menjelaskan bahawa semua agama adalah sama saja. Kaedah kod 19 juga digunakan di mana kod 19 ini adalah jelas bertentangan dengan dasar Islam. Selain itu, kalimah syahadah pula ditafsirkan dengan makna ‘triple one.’ Ia membawa kepada akidah trinity, iaitu akidah ketuhanan dalam agama Kristian. Disebutkan juga bahawa program motivasi ini mengingkari mukjizat sedangkan mukjizat adalah sabit dengan nas syarak.

Maka jika jelas bahawa memang wujud fahaman sebegini dalam program motivasi itu, maka fatwa pengharamannya adalah jelas dan wajar.

Antara fatwa yang mengharuskan dan mengharamkan, pihak yang terbabit wajar duduk untuk berbincang. Hakikatnya kesilapan dalam fatwa boleh berlaku.
Ada kemungkinan fatwa yang mengharuskan terlepas pandang aspek-aspek yang disebutkan dalam fatwa yang mengharamkannya. Mungkin jika dilihat kesan kepada peserta yang menangis, insaf dan bertaubat, maka secara zahirnya ia dihukum sebagai harus.

Mungkin juga berlaku kesilapan fatwa dalam pengharamannya. Mungkin aspek-aspek pengharamannya seperti liberalisme dan sebagainya tidak menjadi dasar motivasi, hanya sekadar perbandingan.

Bagaimanapun, masyarakat Muslim tidak seharusnya kelam-kabut dengan fatwa ini. Fatwa bersifat memberitahu hukum syarak. Ada yang bertanya kepada saya mengenai amal ibadat mereka selepas mereka mengikuti program motivasi ini, adakah akidah mereka rosak dan menyeleweng?

Saya katakan bahawa fatwa adalah ijtihad. Sikap kita hendaklah diperbetulkan. Pihak jawatankuasa fatwa sudah cuba melaksanakan tanggungjawab yang menjadi amanah di bahu mereka. Ada mufti yang dijemput hadir dan hadir sendiri bagi menilai program itu. Natijahnya ia adalah harus. Ada mufti yang membuat kajian berdasarkan buku dan program. Natijahnya adalah sesat dan menyeleweng. Maka perbezaan hukum fatwa adalah satu lumrah.

Fatwa dalam masalah ini bukanlah sesuatu yang pasti putus dengan ‘qatii at-thubut’ dan ‘qatii ad-dilalat.’ Tugas kini adalah bagi mengenal pasti sama ada memang pasti wujud atau tidak aspek-aspek yang disebutkan dalam fatwa pengharamannya. Jika pasti wujud, sudah tentu ulama akan mudah bersepakat bahawa ia adalah sesat dan menyeleweng. Jika tidak wujud, maka hukumnya adalah harus.

Dalam satu catatan sunnah, A’di ibn Hatim menemui Nabi Muhammad SAW yang ketika itu membaca firman Allah mafhumnya :

“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”. – (Surah at-Taubah : 31)

Mendengar ayat itu, A’di berkata bahawa mereka tidak menyembah pendeta dan rahib mereka. Maka Nabi menjelaskan maksudnya dengan bersabda : “Bahkan. Mereka (kalangan pendeta dan rahib) mengharamkan ke atas mereka (masyarakat) sesuatu yang halal, dan mereka menghalalkan ke atas mereka sesuatu yang haram lalu mereka mengikutinya maka itulah ibadat mereka kepada rahib dan paderi”.

Sikap yang tenang adalah anugerah daripada Ilahi, namun sikap yang tergesa-gesa adalah daripada syaitan. Sikap bijak menilai sesuatu fatwa amatlah penting.

Penulis adalah guru agama dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan

BeritaHarian
(878 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Tariq Ramadan: Islam and the West
Isu Semasa
(630 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Dua Lelaki Mencabar Undang-undang Syariah Negeri Sembilan
Isu Semasa PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini Isnin membenarkan dua lelaki termasuk anak bekas mufti Perlis mencabar Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang mendakwanya kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membenarkan permohonan Fathul Bari Mat Jahya, anak bekas mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin dan Nik Amirul Faiz Nik Md Yusof memfailkan petisyen untuk mendapatkan deklarasi bahawa Seksyen 53 (1) Enakmen 1992 itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah itu memberi kebenaran setelah responden -- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan -- membenarkan permohonan tersebut.

Dua hakim lain adalah Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Fathul Bari, 30, seorang guru agama di Bahagian Kaunseling Institut Jantung Negara (IJN) dan Nik Amirul Faiz, 25 seorang arkitek, dan dua yang lain ditahan pada majlis Maulidur Rasul di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 28 Feb di mana Fathul Bari didakwa memberikan ceramah agama.

Mereka kemudian dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan.

Fathul Bari didakwa mengajar agama tanpa tauliah sementara Nik Amirul dan dua pengikut lain, Abdullah Sanusi Othman, 40, dan Khairudin Daud, 55 dituduh bersubahat.

Kedua-dua memfailkan satu lagi saman di Mahkamah Tinggi Seremban pada Februari lepas terhadap Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan kerajaan negeri kerana penahanan salah itu.

Dalam saman itu, Fathul Bari dan Nik Amirul juga memohon relif deklarasi dan alternatif, mereka mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa pertuduhan terhadap mereka tidak mengikut perlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa proseding Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu petisyen kedua-dua selesai di Mahkamah Persekutuan.

Dalam notis usul mereka untuk membenarkan satu petisyen, kedua-dua mendakwa bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang yang mewujudkan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah

Sementara itu, Fathul Bari dan Nik Amirul berkata Perlembagaan Persekutuan hanya memberikan kuasa kepada DUN untuk mengubal undang-undang bagi mewujudkan dan hukuman kepada pesalah yang mengajar agama Islam bertentangan dengan ajaran Islam.

Mereka mendakwa bahawa Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan tidak ada bidangkuasa untuk mencuba dan menghukum kesalahan di bawah Seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah kerana seksyen itu bukan satu kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.


-- BERNAMA
Read More... (352 Bytes) | (1035 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
« Prev
 1   2   3   4    ...    27   28   29 
Next »
Toggle Content Hadith Today
Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 70
Bots: 0
Total: 70
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster