Topic: Isu Semasa
Search on This Topic:   
Tahun Baru 2011 Menjadi Saksi
Isu Semasa Tahun Baru 2011 Menjadi Saksi

Saya pernah diperingatkan tentang Doa awal tahun akhir tahun, "Adakah ustaz sudah membaca doa awal tahun dan akhir tahun?". Soalan itu saya biarkan sahaja tanpa jawapan. Demikian kita sering juga mendengar orang ramai mengucapkan tahniah dengan kemunculan tahun baru. Seolah-olah ianya sudah menjadi budaya dan kelaziman yang mesti diraikan. Betapa kita sudah terlalu banyak terikut rentak dan kebudayaan asing yang didominasi oleh orang-orang barat (kafir). Jangan bicara soal berpakaian dan fashion, itu lebih teruk dan jelas natijahnya kepada anak-anak bangsa. Apakah yang membezakan diantara individu muslim dan kafir? Cukupkah hanya pengakuan dan ikrarnya bahawa dia islam? Dimanakah pengamalan kepada ajaran suci itu yang jika dipraktikkan akan menjadikan kita mulia, hebat dan gagah. Malangnya umat islam kini hanyalah seperti yang diumpamakan oleh Nabi seperti buih-buih di air banjir yang begitu banyak, tetapi….? Ya, al-Wahnu! Mereka ditimpakan penyakit yang sukar diubati, cintakan dunia dan takutkan mati!


Tak perlu ucap Selamat tahun baru

Tidak perlu diamalkan mengucapkan tahniah kerana kita berada dalam tahun yang baru. Sepatutnya diberikan peringatan sahaja bahawa umur yang semakin panjang ini sebenarnya telah memendekkan umur kehidupan kita. Berapa lagi baki umur anda? Apakah azam anda pada tahun yang baru ini? Adakah setahun yang lalu dilalui dengan penuh bermakna dengan tarikh mulia yang mencatat kebaikan dan amal soleh? Ataukah kita akan menjadikan kemunculan tahun baru ini sebagai proses perubahan daripada yang positif kepada yang negetif? Inilah masalah yang sedang dihadapi oleh sebahagian anak-anak muda nakal dan gilakan kebebasan.

Read More... (6.47 KB) | (943 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4
INFO USRAH REMAJA AFN 2011
Isu Semasa
INFO USRAH REMAJA AFN 2011


Assalamualaikum…

Suka-cita dimaklumkan pengumuman tentang jadual munaqasyah remaja AFN untuk tahun 2011. Kepada belia-belia AFN yang lain juga dijemput sama menyertai. Semoga ia menjadi wadah pengerat tali silatur rahim dan penambah ilmu kita semua memandangkan jarak yang memisahkan.


PENGAJIAN : Kitab Tawdhihul Ahkam Min Bulugh Al-Maram

PENYAMPAI : Saifuddin aka kawakib_duriyah

TARIKH : Pagi Ahad

MASA : 10-12 am (belajar dan soal jawab)

AHLI SEMASA :
fairul zuandi (cyber_shut/Ibnu_Firdaus),
Ahmad Hisym Al-Din Al-Tsa'labiy (AHA),
mohamed.aiezad (Ibnu_Kharimi),
saip (saip),
krialzaini (Ibnuabbas),
alak_1988 (alak),
nurjihan.nudin (ctr231),
mushical(newrehmi),
m. faiz231 (mfauzy),
syaff (syaff_islam)


*sila download ebook kitab Tawdhihul Ahkam jilid 7 di http://www.waqfeya.com/book.php?bid=554

*memandangkan pagi Ahad akan dimulakan kelas, isi masa lapang anda selepas subuh dengan amalan sunnah seperti membaca al-Quran (negeri-negeri berkaitan sahaja)

*jika ada sebarang masalah, sila bertanya kepada Ibnu Firdaus atau alak atau member2 lain.
Read More... | (877 reads) 8 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian
Isu Semasa


Apabila 200 orang Syiah ditangkap Jais, maka pelbagai lontaran idea diberikan untuk menyekat kemaraan aliran sesat ini menular. Ada yang menyarankan supaya diadakan debat. Ada yang menyarankan agar diskusi dan ada yang menyokong agar kuasa pemerintah digunakan. Ini semua merupakan cadangan-cadangan golongan pemikir yang sayangkan islam dan kesuciannnya daripada sebarang pencemaran dan penyelewengan.

Malangnya mungkin ramai tidak faham, bahawa bukan semua perkara boleh diperdebatkan dan membawa kepada natijah positif. Siapa menang berdebat pada pandangan umum maka itulah ajaran yang benar! Lebih sedih, ulama-ulama sunni dan mereka yang kuat mempertahankan fahaman salaf soleh dituduh pengecut, berkokok dikandang sendiri dan sebagainya. Ramai juga yang tidak tahu, bahawa debat tidak boleh dilakukan kecuali dengan syarat-syarat tertentu. Adakah debat boleh dilakukan begitu sahaja sedangkan sedari awal lagi masing-masing sudah membuat keputusan bahawa apapun yang terjadi, aku adalah benar! Sekalipun dia sebenarnya telah kalah dan salah tatkala menolak hadis-hadis soheh dan pemahaman jumhur ulama bahkan kadang-kadang ijma' ulama! justeru apa maknanya diadakan debat? Sekadar mengisi masa lapang? Kita tidak banyak masa untuk bertolak ansur dengan golongan yang telah mengkafirkan majority sahabat Nabi. Kita bukanlah terlalu jahil sehingga membuka ruang kepada mereka yang beriktikad bahawa al-Quran masih tersorok, halal mengamalkan nikah mut'ah, wajib bertaqiah dalam akidah dan lain-lain lagi iktikad sesat dan menyanggahi al-kitab dan sunnah.
Read More... (5.95 KB) | (1910 reads) 5 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4
Anak itu adalah siapa yang mencoraknya
Isu Semasa إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله


Permulaan seorang anak yang soleh dan warak adalah daripada corakan yang menjaganya, atau lebih dekat lagi iaitu ibu dan bapanya. Maka apakah resepi yang menjadikan seseorang anak itu soleh? Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)



sudah pastinya resepi permulaan seorang anak yang baik dan soleh adalah dari tangan kedua orang tuanya, bukan sekadar omongan kosong sahaja dan ia mestilah dimulakan dengan peringatan sejak anak itu kecil, daripada asas tonggak aqidah islam sehinggalah kepada akhlak dan membina sahsiah diri yang cemerlang. Tidak mungkin seorang anak itu mampu menjadi soleh tanpa bimbingan orang yang menjaganya kecuali para Nabi bukan? Maka wajarlah disini kita kata bahawa anak yang nakal dan jahat itu daripada didikan orang tuanya, atau kita tersalah? hasil pemerhatian ramai orang ilmuwan dalam bidang psychologi dan kaunseling mengatakan purata anak yang bermasalah bermula daripada kegiatannya di rumah, iaitu didikan awalnya di rumah itu yang membina dirinya siapa bila remaja dan dewasa nanti.

Jadi kita perlu mengimbas kembali kepada didikan awal, sama ada menurut tatacara yang berada di atas garis lurus atau tidak, namun di zaman moden ini kita dapat lihat bahawa ada satu adat yang menjadi trend zaman sekarang iaitu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah terus meminta para bomoh/ustaz/tokdukun untuk mengubatinya kembali menjadi baik, ini bukan kes terpencil tetapi sudah menjadi adat. Kita hanya mampu mengucapkan "masyaallah" , mengapa jalan ini yang di ambil, jika begitu tak perlu lah kita mendidik anak sendiri menjadi soleh, pergi sahaja ke tukang dukun minta bacakan doa dan jadikan anak baik selamanya. Begitu senanglah ...
Read More... (6.81 KB) | (772 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Muhammad bin Abdul Wahhab: Fitnah Nejed?
Isu Semasa (Kritikan Ilmiah untuk Penentang Dakwah Tauhid Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab)

disusun oleh:

Abu Ubaidah Yusuf As-Sidawi

.

membela dakwah tauhidSesungguhnya Alloh telah berjanji menjaga kemurnian agama-Nya, dengan membangkitkan sebagian hamba-Nya untuk berjuang membela agama dan membantah ahli bid’ah, para pengekor hawa nafsu, yang seringkali menyemarakkan agama dengan kebid’ahan dan mempermainkan dalil al-Qur’an dan as-Sunnah seperti anak kecil mempermainkan tali mainannya. Mereka memahami nash-nash dengan pemahaman yang keliru dan lucu. Hal itu karena mereka memaksakan dalil agar sesuai dengan selera hawa nafsu.

Bila anda ingin bukti, terlalu banyak, tetapi contoh berikut ini mungkin dapat mewakili.

Dalam sebuah majalah bulanan yang terbit di salah satu kota Jawa timur, seorang yang menamakan dirinya ”Masun Said Alwy” menulis sebuah artikel sekitar sepuluh halaman berjudul ”Membongkar Kedok Wahabi, Satu Dari Dua Tanduk Setan”.

Setelah penulis mencoba membaca tulisan tersebut, ternyata hanya keheranan yang saya dapati. Bagaimana tidak? Tulisan tersebut tiada berisi melainkan kebohongan dan kedustaan, sampai-sampai betapa hati ini ingin sekali berkata kepada penulis makalah tersebut, ”Alangkah beraninya anda berdusta! Tidakkah anda takut siksa?!”

Sungguh banyak sekali kebohongan yang kudapati([1]), namun yang menarik perhatian kita untuk menjadi topik bahasan rubrik hadits adalah ucapannya yang berkaitan tentang “hadits” sebagai berikut:

”Sungguh Nabi SAW telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian beliau SAW dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih Bukhari & Muslim dan lainnya”. Di antaranya:

الْفِتْنَةُ مِنْ هَا هُنَا الْفِتْنَةُ مِنْ هَا هُنَا وَأَشَارَ إِلَى الْمَشْرِقِ

Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana, sambil menunjuk ke arah timur (Nejed). HR. Muslim dalam Kitabul Fitan

يَخْرُجُ نَاسٌ مِنَ الْمَشْرِقِ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ لاَ يَعُوْدُوْنَ فِيْهِ حَتَّى يَعُوْدَ السَّهْمُ إِلَى فَوْقِهِ سِيْمَاهُمْ التَّحْلِيْقُ. رواه البخاري

Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak anah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ke tempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur. HR. Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Dawud dan Ibnu Hibban.

Nabi SAW pernah berdoa

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا, اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا

Ya Alloh, berikanlah kami berkah dalam negara Syam dan Yaman.

Para sahabat bertanya: Dan dari Nejed wahai Rasulullah, beliau berdoa: Ya Alloh, berikanlah kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda:

هُنَاكَ الزَّلاَزِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلَعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ وَفِيْ رِوَايَةٍ قَرْنَا الشَّيْطَانِ

Di sana (Nejed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk Syetan. Dalam riwayat lain: Dua tanduk Syetan.
Read More... (28.53 KB) | (963 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Daurah Kutub As Sittah
Isu Semasa
Read More... | (869 reads) 2 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Anda berlabel apa?
Isu Semasa “Dia itu Sesat ke?”

“Kafir ke?”

“Taklah, dia wahabi!”

“Eh bukankah dia itu Sufi”

“Eh mereka Islamlah!”


Label-label itu dahulunya menjadi ringan dan sentiasa bermain di bibir saya. Tidak pernah berfikir apa impaknya atau kesannya terhadap orang yang dituduh atau sekeliling. Semuanya di ‘larung’ habis-habisan tanpa melihat kiri dan kanan.

Ketika itu tabiat melabel-label menjadi tren yang sangat berleluasa, bukan saya sahaja yang mengalaminya tetapi orang lain juga begitu.

Jika Salafi akan bermusuh dengan Syiah, Syiah pula bermusuh dengan Salafi, Sufi bermusuh dengan Salafi, Jamaah bermusuh dengan Salafi, dan rupa-rupanya permusuhan itu berlingkar antara Muslim dan Muslim.

Akhirnya pertengkaran demi pertengkaran, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Tren ini jika dilihat sebenarnya diwarisi dari kelompok pemikiran yang sempit dan ekstrim.
Read More... (6.08 KB) | (1217 reads) 7 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Peranan Guru Dalam Mencegah Jenayah Seksual
Isu Semasa ‘Susulan Bayi Kena Jerut: Lahir 3 Anak Luar Nikah.’ (Harian Metro, 10 Januari 2008). Begitulah tajuk-tajuk akhbar yang menjadi pembuka tirai episod jenayah tahun 2008. Kes-kes salah laku seksual kini menjadi bahan perbualan dan polemik umum malah laporan mengenai kes rogol kepada kumpulan hak asasi wanita serta organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga di dalam akhbar adalah perkara biasa. Menurut laporan akhbar, seramai 1,462 wanita telah dirogol dalam 10 bulan pertama tahun 2005 yang mana ia hanya 10 peratus daripada keseluruhan kes rogol yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Pelacuran kanak-kanak juga wujud malah merujuk kepada statistik polis pada tahun 2002, 97 gadis berusia di bawah 18 tahun telah ditahan dan dihantar ke pusat pemulihan kerana terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral (lihat Seksyen 5, Perdagangan Manusia). (Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh, 2005).
Read More... (16.43 KB) | (944 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Wacana Ilmiah: Our Role in Sex-related Issues in Youth
Isu Semasa
Read More... (1.03 KB) | (693 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Fiesta Buku Karangkraf
Isu Semasa
Read More... (229 Bytes) | (859 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
« Prev
 1   2   3    ...    27   28   29 
Next »
Toggle Content Hadith Today
Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 61
Bots: 0
Total: 61
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster