Topic: Aqidah
Search on This Topic:   
Gambaran Titian Shirathal Mustaqim Di Dunia
Aqidah Gambaran Titian Shirathal Mustaqim Di Dunia

28 Jul 2007
Ust Dr Abdullah Yasin

عن النواس بن سمعان عن رسول الله صلى الله عليه وسلَّم قال ضَرَبَ اللهُ تعلى مَثَلاً صِرَاطاً مُسْتَقِيْمًا ، وَعَلَى جَنْبَتِي الصِّرَاطِ سُوْرَانِ ، فِيْهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ ، وَعَلَى الأبْوَابِ سُتُوْرٌ مُرْخَاةٌ ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَطِ دَاعٍ يَقُوْلُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ! ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَعوَّجُوا ، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ ، فَإِذَا أَرَادَ الإِنْسَانُ أَنْ يَفْتَحَ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الأبْوابِ قَالَ: وَحْيَك لاَ تَفْتَحْهُ ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ ، فَالصِّرَاطُ الإسْلاَمَ ، وَاسُّوْرَانِ حَدُوْدُ اللهِ تَعَلَى ، والأبْوابُ المفتَّحَةُ محارِمُ الله تعَالى ، وذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ كِتَابُ اللهِ ، وَالدَّاعِي مِنْ فَوْق وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ


Terjemahan:

Daripada Nawwas Bin Sam’aan daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sabdanya: “Allah membuat perumpamaan tentang Shiratal Mustaqim bahwa pada dua sisinya (kiri dan kanan) ada dua pagar, dan pada kedua-dua pagar tersebut terdapat banyak pintu yang sedang terbuka, dan pada tiap-tiap pintu itu pula ada tabir yang menutupinya, dan di atas pintu masuk ke jalan yang lurus itu ada penyeru yang memanggil: Hai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke dalam “Jalan Yang Lurus” ini dan janganlah menyimpang (melencong)!, dan ada pula penyeru yang berada daripada atas jalan itu yang jika manusia ingin membuka sedikit tabir penutup pintu itu, lalu ia berkata: Celaka engkau, janganlah engkau buka tabir itu! Sebab jika engkau membukanya niscaya engkau akan terjerumus ke dalamnya. Jalan yang lurus itu adalah Islam dan dua pagar itu ialah batasan-batasan Allah (Hududullah), pintu-pintu yang terbuka itu larangan-larangan Allah dan penyeru yang memanggil dari pintu masuk ke jalan itu ialah Kitabullah (Al-Quran), dan penyeru yang berada di atas jalan itu pula ialah peringatan daripada Allah yang terdapat pada hati setiap muslim”.

[Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Ahmad]




Mukaddimah:

Shiratal Mustaqim adalah titian atau jembatan yang mesti dilalui oleh setiap insan di alam akhirat nanti. Titian inilah yang menghubungi antara Mauqif (Padang Mahsyar) dengan Jannah (Syurga) dan di bawah titian terdapat Naar (Neraka). Keadaan orang yang meniti di atasnya dan kecepatannya tidak sama, ada yang seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang seperti angin dan sebagainya. Dan ada pula yang terjatuh di tengah jalan dan langsung masuk neraka.

Keadaan manusia di atas Shiratal Mustaqim di alam sana akan sama betul dengan keadaan manusia ketika mereka berada di atas Shiratul Mustaqim di dunia ini. Kalau ketika di dunia ini perjalanan mereka tetap di atas jalan yang lurus dan tidak melencong ke kiri dan ke kanan, maka di akhirat nanti nasib mereka juga akan demikian, berjalan tegap di atasnya dan akhirnya sampai dengan selamat ke syurga yang dituju. Tetapi jika sebaliknya, maka mereka pasti akan tergelincir dan seterusnya masuk ke dalam neraka, Wal ‘Iyadzu Billah.

Dan untuk memudahkan kita memahami makna sebenarnya Shiratal Mustaqim itu, maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah membuat suatu perumpamaan atau tamsilan yang cukup cantik dan bagus sekali untuk kita jadikan sebagai bahan renungan kita semua. Semoga dengan mengambil i’tibar ataupun pengajaran daripadanya kita akan termasuk di dalam golongan yang berjaya melintasi Shiratal Mustaqim di akhirat nanti, amin ya Rabbal ‘Aalamin.
Read More... (5.55 KB) | (2476 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Aizam Mas'ud : Isu Titian Sirath
Aqidah Isu Titian Sirath


Penulis ditanya tentang kedudukan titian sirath di akhirat kelak. Adakah ia benar-benar wujud seperti apa yang kita imani selama ini? Penulis mendapat aduan, ketika ini tersebar pandangan yang mengatakan bahawa titian sirath itu hanyalah satu simbolik dan tidak wujud secara hakikatnya. Bagi penulis dalam menentukan perkara-perkara ghaib (sam'iyyat) seharusnya kita tawaqquf (berhenti) sekadar apa yang didapati melalui nas-nas syara' di samping mengikut kefahaman salafussoleh. Oleh itu, untuk berijtihad dan meletakkan pendapat sendiri lebih benar berbanding apa yang telah diperjelaskan oleh para imam dan ulama terdahulu, maka penulis dengan penuh rendah diri tidak sekali-kali akan bersikap seperti itu.

Dalam hal ini, penulis mengajak diri penulis dan para asatizah untuk melihat beberapa pandangan imam dan ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah berkenaan kedudukan titian sirath.

Pandangan Imam al-Ghazali (wafat 505H)

وأما الصراط فهو أيضاً حق ، والتصديق به واجب ، لأنه ممكن . فإنه عبارة عن جسر ممدود على متن جهنم يرده الخلق كافة ، فإذا توافوا عليه قيل للملائكة ' وقفوهم إنهم مسؤولون ' فإن قيل : كيف يمكن ذلك وفيما روى أدق من الشعر وأحد من السيف ، فكيف يمكن المرور عليه ؟ قلنا هذا إن صدر ممن ينكر قدرة الله تعالى ، فالكلام معه في إثبات عموم قدرته وقد فرغنا عنها . وإن صدر من معترف بالقدرة فليس المشي على هذا بأعجب من المشي في الهواء ، والرب تعالى قادر على خلق قدرة عليه ، ومعناه أن يخلق له قدرة المشي على الهواء ولا يخلق في ذاته هوياً إلى أسفل ، ولا في الهواء انحراف ، فإذا أمكن هذا في الهواء فالصراط أثبت من الهواء بكل حال .

"Adapun titian sirath ia juga adalah benar, mengimaninya adalah wajib kerana ianya mungkin. Ia adalah ibarat sebuah jambatan yang terbentang di atas neraka Jahannam dilalui oleh seluruh makhluk, apabila mereka sampai di atas, dikatakan kepada malaikat, hentikan mereka sesungguhnya mereka akan disoal. Jika dikatakan: Bagaimana mungkin demikian itu dan telah diriwayatkan ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang, maka bagaimana mungkin lalu di atasnya? Kita menjawab: Jika ini terbit daripada sesiapa yang memungkiri qudrat Allah SWT, maka perbahasan dengannya dalam menetapkan umum qudrat-Nya telah selesai. Jika ia timbul daripada orang yang menerima qudrat-Nya, maka berjalan di atas ini tidak lebih hairan daripada berjalan di udara, Allah SWT mampu menciptakan kuasa ke atasnya, maknanya Dia mampu menciptakan baginya berjalan di atas udara, tidak menciptakan pada zatnya jatuh ke bawah dan tidak tersasar di udara. Oleh itu, jika Dia berkuasa melakukan ini di udara, maka sirath itu lebih tetap daripada udara dalam apa jua keadaan". (Ghazali, Abu hamid, al-(1993), al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Lubnan: Dar wa Maktabat al-Hilal, hal. 240)
Read More... (4.72 KB) | (1899 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah
Aqidah Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah
Oleh: Yussamir Yusof
www.yussamir.com


Kebelakangan ini sibuk orang memperkatakan tentang Syiah, malahan telah banyak kenyataan akhbar tentang kesesatan Syiah. Namun, kebanyakkannya lebih menjerus kepada persoalan Feqh dan Akidah, tanpa menyedari bahawa Syiah sebenarnya membawa teologi agama Kristian.

Apatah lagi, kesamaan dan keselarian yang wujud dalam beberapa konsep yang wujud dalam agama Kristian dan Syiah adalah sesuatu yang kritikal. Bahkan, apabila habis membaca dan meneliti rencana ringkas ini, kita akan memberi kesimpulan bahawa Syiah bukan lagi sebuah mazhab tetapi lebih kepada sebuah AGAMA.

Saya akan cuba mengupas beberapa konsep dari sudut teologi yang pada pandangan saya sebuah ‘kebetulan’ yang secara disengajakan.

Justify Full
Konsep Jesus ciptaan pertama

Dalam buku saya yang bertajuk “Akidah Kita Nyawa Kita” saya ada membincangkan tentang perbalahan antara dua Pemikir Kristian tentang kedudukan Jesus. Sebahagian menyatakan bahawa Jesus adalah sebahagian dari Tuhan, manakala sebahagian lagi mendakwah bahawa Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan.
Read More... (4.05 KB) | (1394 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
PENYEBARAN SYIAH SEMEMANGNYA DISEKAT DI BUMI SUNNI!
Aqidah PENYEBARAN SYIAH SEMEMANGNYA DISEKAT DI BUMI SUNNI!

Penulis hairan bila ada sesetengah orang mengatakan kita tidak perlu menggunakan kuasa bagi menangani Syiah. Bagi penulis, benar ia tidak perlu jika penganut Syiah itu adalah penganut asal ajaran ini dan hanya beramal bagi dirinya sendiri. Tetapi jika selepas lebih kurang 10 tahun kerajaan mengambil tindakan ISA terhadap Syiah, tiba-tiba Syiah di Malaysia dilihat semakin berkembang biak sehingga tumbuhnya banyak hauzah-hauzah pengajian mereka, berlakunya perkahwinan sunni-syiah, kedatangan ayatollah-ayatollah Syiah...tidakkah itu namanya satu perkembangan dek kerana penyebaran Syiah yang amat pesat.

Bagi penulis, keadaan ini perlu disekat dengan menggunakan kuasa. Bukan hanya berhujjah semata-mata. Penulis juga tidak melihat apa-apa usaha daripada pihak yang menentang Syiah untuk berhujjah. Mereka lebih mengambil pendekatan hujjah belakang tabir. Iaitu berceramah depan ASWJ sendiri bagi menghentam Syiah. Bukan berhadapan dengan tokoh-tokoh Syiah sendiri. Penulisan-penulisan tentang Syiah atau jawapan balas terhadap tohmahan Syiah kepada ASWJ terbiar tidak dijawab. Sebagai contoh, ketika Dr MAZA menjadi Mufti Perlis tiada pula satu program diadakan oleh Mufti Perlis untuk berhujjah dengan Syiah Perlis. Padahal di Perlis hauzah Syiah sememangnya wujud! Sebaliknya Mufti Perlis pernah menulis surat supaya pihak tertentu menghentikan penerbitan tulisan Faisal Tehrani yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Syiah. Maksudnya, Mufti Perlis ketika itu juga menggunakan kuasanya bukan berhujjah. Berhujjah itu hanya retorik semata-mata seperti orang politik jua.

Kerana itu, penulis berpandangan setiap sesuatu kena lihat pada tempatnya. Kemaraan Syiah secara mendadak di negara kita perlu dilihat dalam konteks yang lebih global. Ini adalah satu gerakan tasyayyu'' yang sedang berlaku di seluruh dunia sunni hatta ianya diakui oleh al-Azhar sendiri. Ia bukan berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia sunni. Oleh kerana itu, Syeikh al-Azhar terdahulu, al-Marhum Dr. Muhammad Sayyid Tantawi telah menegaskan, "tiada Syiah di bumi Mesir dan kami tidak akan menerima penyebarannya!"

Sebagaimana ia juga ditegaskan oleh Syeikh al-Azhar yang baru, Dr. Ahmad Tayyib bahawa, "Sesungguhnya aku merasai di sana terdapat perancangan bukan dgn tujuan 'taqrib' tetapi untuk mensyiahkan pemuda-pemuda sunni!". Oleh kerana Dr. Ahmad Tayyib juga menegaskan bahawa beliau akan berusaha menyekat apa jua percubaan untuk menyebarkan mazhab Syiah di kalangan masyarakat sunni.

Wallahu a'lam.



http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/penyebaran-syiah-sememangnya-disekat-di.html
(1144 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Peg Panel Kajian Aqidah JAKIM(unsur SYIAH) : PERIHAL FAISAL TEHRANI...
Aqidah Nampaknya penangkapan Syiah di Gombak baru-baru ini menyebabkan saudara Faisal Tehrani (FT) benar-benar kepanasan. Tulisan-tulisan beliau dalam blognya semakin merapu-rapu sehingga entri terbaru meminta supaya ASWJ mengkafirkan sahaja penganut Syiah di Malaysia. Kalau begitu bermakna, FT sendiri yang kafirkan Syiah. Tiada ulama ASWJ yang kafirkan Syiah secara mutlaq begitu. Hatta kerajaan Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman keras mereka terhadap Syiah masih membenarkan penganut Syiah mengunjungi Kota Makkah dan Madinah untuk tujuan haji dan ziarah. Bermakna mereka masih menganggap Syiah itu muslim bukan KAFIR SEPERTI FATWA FAISAL TEHRANI.

Sebenarnya, penulis mendapat banyak pertanyaan berkenaan FT. Adakah FT seorang Syiah atau bagaimana? Untuk makluman para blogger dan seluruh penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) di Malaysia, mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan FT.
Read More... (8.52 KB) | (1779 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
~Ikhlas : Ia Lebih Sukar Tetapi Kemestian !~
Aqidah Sesungguhnya Ia Lebih & Malah Sangat Sukar ...


Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.

Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Allah swt mengingatkan :-

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda :-

إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)

APA ITU IKHLAS?

Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-

إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين
Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

UZAR
Read More... (23 KB) | (1203 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Mengapa perlu belajar tentang dosa dan kejahatan?
Aqidah Mengapa perlu belajar tentang kejahatan?



www.al-islam.com

Islam bukanlah semata-mata bermaksud menerangkan kebenaran dan menzahirkannya hingga terserlah jalan orang-orang beriman yang salih lalu identiti mereka dikenali, bahkan Islam turut menjelaskan berkaitan perkara batil dan menyingkap (bentuk-bentuknya) hingga jalan kejahatan terserlah; begitu juga watak-wataknya. Sebagaimana pentingnya mendedahkan karakter-karakter mungkar sebegini supaya mengenali jalan orang-orang beriman, maka barangsiapa hanya kenal jalan kebaikan, amat mudah terdedah kepada bahaya apabila dia menemui jalan kemungkaran tetapi tidak tahu ianya mungkar. Sama ada dia terjerumus ke dalamnya, atau dia tidak dapat menolaknya (mengingkarinya) sepertimana sepatutnya (dilakukan) mereka yang mengenali jalan kemungkaran tersebut.

Ini menunjukkan betapa pentingnya menjelaskan jalan-jalan yang didukung pendukung kemungkaran kerana Allah Taala telah menjelaskan kepada kita, jalan-jalan para pendukungnya, hujah-hujah mereka serta cara-caranya, selain (hujah dan cara) membangkangnya. Maka mengetahui pintu-pintu masuk yang telah dilalui golongan hawa nafsu dan tersesat, supaya terhindar dari kehendak golongan tersebut yang inginkan orang lain menurut jejak langkah mereka. Mendedahkan keburukan perkara-perakara yang boleh memudaratkan adalah satu pendekatan terkandung dalam Al-Quran, kerana Allah Taala telah mengingatkan mengenainya, dalam firman-NYA,

وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar) dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa. (Al-An'am, ayat 55)

Seorang sahabat Nabi, Huzaifah bin Yaman, radhiallahuanhu berkata, ketika orang lain bertanya Rasulullah saw mengenai perkara baik, dan aku pula bertanya kepadanya tentang kejahatan, karena takut terjerumus ke dalamnya.

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin, Umar bin Al-Khattab, radhiallahuanhu, aku khuatir tali (kukuhnya) Islam akan gugur satu persatu apabila seseorang menjadi Islam tanpa mengetahui (keburukan) ketika zaman Jahiliyah.

Syeikhul Islam, Ibn Taimiyah rahimahullah menjelaskan maksud tersebut, “Sebagaimana perkataan Umar, sesungguhnya Islam jadi sempurna dengan usaha membela kebaikan serta mencegah kemungkaran, kemuncaknya ialah berjihad di jalan Allah, maka, barangsiapa mengusahakan membela kebenaran namun tidak tahu selain daripada itu, jadilah dia tidak berilmu terhadap perkara mungkar serta (kesan) mudaratnya. Berbanding mereka yang mempunyai ilmu (mengenainya), jihad mereka adalah (khusus) untuk mereka terutamanya yang berilmu lagi berpengalaman. Di kalangan mereka, boleh ditemui orang-orang berilmu (berpengalaman) mengenai perkara jahat serta sebab-sebabnya, apabila niatnya baik, hendaklah dia memelihara dirinya dan ahli keluarganya selain berjihad (mencegah kemungkaran) apa yang tidak diwajibkan ke atas orang lain. Atas sebab ini, para sahabat radhiallahuanhu yang dikenali tinggi imannya dan jihad berbanding orang-orang selepas mereka, juga dikenali makrifat mereka mengenai perkara baik dan perkara buruk, selain kecintaan mereka dalam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Semua ini dicapai kerana ilmu mereka terhadap hal kebaikan Islam, iman dan beramal salih sebagaimana (ilmu) terhadap perkara yang membawa kekufuran dan maksiat.

Hikmahnya, bertentangan perkara menzahirkan kebaikan yang ada padanya, hanya dengan ini, dapat membezakan keadaan (baik dari yang jahat)
Read More... (793 Bytes) | (1165 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Freemason : Fatwa Arab Saudi
Aqidah Freemason adalah sebuah pertubuhan politik sulit bertujuan menamatkan perbuatan baik dan sistem keagamaan sedunia dengan menggantikannya sistem tanpa agama serta undang-undang ciptaan manusia. Mereka mengatur revolusi serta menggantikan satu pemerintah dengan pemerintah lain, atas dasar kebebasan pemikiran dan kepercayaan.

Ini jelas disebut seorang daripada mereka ketika persidangan pelajar berlangsung pada tahun 1865 selepas masihi di Kota Liege, iaitu salah satu pusat kegiatan Freemason. Dia menyebut; manusia wajib menolak Tuhan dan memerangiNYA. Hendaklah seseorang itu menghancurkan kepercayaan langit dan mengoyaknya seperti kertas.

Ia tercatat dalam Perhimpunan Agung Mason (Masonic Grand Lodge, 1922, hlm.98), “Kami akan mengukuhkan kepercayaan bebas dalam pemikiran individu menerusi kuasa yang kami miliki, dan kami melancarkan perang sebenar terhadap musuh sejati manusia iaitu agama.

Freemason adalah salah satu pertubuhan sulit tertua yang masih wujud, sedang kewujudan sebenarnya masih tidak jelas terhadap kebanyakan penduduk. Bahkan ahli-ahli mereka tidak diketahui, kerana plot kepimpinan mereka cukup tersembunyi dan rahsia. Namun mereka cukup menyanjung usaha merealisasikan perancangan serta objektif pertubuhan (Freemason). Kebanyakan agenda dijalankan secara lisan, kerana bukti bertulis tidak dapat ditemui.

Teori pertubuhan dan cara kerja Freemason banyak diambil dari tradisi lama Yahudi. Fakta ini dikuatkan bahawa idea dan ajaran Yahudi menjadi asas penubuhan Freemason (The Grand Lodge) pada tahun 1717 masihi. Ini termasuklah prinsip dan simbol pertubuhan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan terkandung dalam majalah Masonic Acacia, bahawa “Kita boleh menemui ramai Yahudi di kalangan ahli-ahli Freemason” (isu no.66, tahun 1908)

Satu-satunya pertubuhan yang giat memusnahkan kepercayaan agama ialah Freemason. Kepercayaan tersebut menyamai kepercayaan Yahudi. Simbol mereka ialah 6 bucu bintang iaitu Star of David. Yahudi dan Freemason menganggap mereka adalah keturunan daripada roh pembina Kuil Sulaiman (Temple of Solomon). Manakala, dalam Protokol Orang-Orang Besar Zion menyerlah hasrat sebenar mereka mahu memusnahkan kepercayaan beragama.

Sememangnya wujud hubungan antara Freemason dan Yahudi dalam mengatur konspirasi serta agenda menjatuhkan sesebuah kerajaan. Seruan kebebasan pemikiran yang didukung dari idea cetusan Freemason sebenarnya menyebabkan kemusnahan moral di dunia serta banyak kerosakan sosial dan lain-lain.

Atas dasar ini, mana-mana Muslim yang menyertai pertubuhan Mason (atau pro-Mason) telah menjadi kafir kerana mendukung kepercayaan serta agenda mereka. Mereka diseru agar segera bertaubat. Sebaliknya, jika dia masih meneruskannya, hukuman mati (hadd - kerana terkeluar dari Islam) adalah wajib ke atasnya dan kematiannya dalam golongan kafir.

Baca lanjut: Fatwa Lajnah Daimah KSA, 2/312-315.

Read More... | (1880 reads) 2 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Melompat dan menari mencari redha Ilahi
Aqidah Bismillah….Amma Ba'd :

Aqal manusia ibarat ladang, berfikir bagaikan menanam, sekiranya benih yang ditanam itu sering disiram, sudah tentu akan tumbuh menjadi pohonan, akarnya menjalar, batangnya kukuh besar, tidak mudah ditumbangkan.

Ramai yang tertipu dengan ideologi, fahaman dan budaya yang dilempar benihnya oleh musuh islam dalam diri mereka. Fahaman ini kemudiannya terus disiram, dibelai sehingga tumbuh tegap menjadi suatu prinsip dan pendirian yang tidak mudah diubah atau ditumbangkan.

Tidak hairanlah apabila kita melihat sebahagian orang islam yang bermati-matian siang dan malam, pagi dan petang mempromosikan candu syubuhat dan ganja syahawat yang diimport dari musuh dan dipasarkan dalam pasaran masyarakat, sehingga hasil keuntungannya telah dirasai dan dinikmati bersama oleh pembekal, pengimport, pengedar, peniaga dan penjaja pahaman dan pemikiran tersebut.

Fenomena pengimportan fahaman dan budaya yang bertentangan dengan agama membuat kita amat berduka. Namun, paling kurang kita kenal bahawa sekularisme, feminisme, hedonisme dan sebagainya bukan dari agama, hanya bahan import semata.

Sesuatu yang lebih membimbangkan kita, apabila ada yang mendakwa sebagai golongan agama mula menjaja dan menaja sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajarannya, tetapi dilebelkan dengan jenama agama. Tajuk yang ingin saya kongsikan bersama untuk difikirkan seketika walaupun mungkin ada yang akan terasa, namun diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita kepada agama, dan menjadi hujah didepan Allah bahawa saya telah menyampaikan apa yang saya tahu, saya berharap kepada rakan-rakan taulan yang terlibat dengan amalan seperti ini agar meninggalkannya dan kembalilah beramal ibadah kepada Allah dengan cara yang diajarkan syariat . Tajuk yang saya maksudkan ialah

" Melompat dan menari mencari redha Ilahi"
Read More... (20.48 KB) | (2161 reads) 3 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4
Lailatul Qadr: Penjelasan Al-Hafiz Ibn Hajar
Aqidah Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, "Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadr itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas

(Fathul Bari, 4/260)

Hikmah terbesar dirahsiakan Lailatul Qadr supaya berusaha mencarinya dengan bersungguh-sungguh berbanding apabila ditentukan harinya, pasti menyebabkan bermudah (dalam beribadah), sebagaimana dijelaskan mengenai satu waktu (mustajab doa) dalam hari Jumaat

(Fathul Bari, 4/266)

Maka tidak seorang pun boleh mendakwa Lailatul Qadar adalah malam-malam tertentu, kerana boleh jadi dakwaannya tidak seperti yang didakwa. Maka sama-samalah berusaha menyemarakkan ibadah pada 10 malam terakhir semoga beroleh Lailatul Qadr yang dijanjikan kelebihannya tersendiri
(1323 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
« Prev
 1   2   3    ...    9   10   11 
Next »
Toggle Content Hadith Today
Tidak masuk Syurga orang yang suka mengadu domba.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 76
Bots: 2
Total: 78
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster