BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL AFN
Saturday, March 19, 2011 (17:21:19)

Posted by Adou_Fr


BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL AFN



PENGENALAN

1- Untuk melancarkan perjalanan AFN, Majlis Pentadbiran AFN telah bersetuju untuk mengisytiharkan bidang-bidang tugas bagi Moderator dan Panel AFN.

2- Pengisytiharan ini adalah untuk makluman semua warga AFN, supaya tidak timbul sebarang pertikaian.

3- Pengisytiharan ini akan dikemaskini tanpa notis apabila diperlukan.


BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL

A. MODERATOR

1- Moderator ditugaskan untuk menjaga keharmonian sesuatu topik dalam AFN sekali gus perjalanan AFN.

2- Untuk tujuan di atas, maka Moderator berhak memadam, atau meminda, atau mengkuarantin mana-mana bebenang, atau topik yang menjejaskan keharmonian AFN.

3- Moderator berhak menjalankan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka walaupun tanpa memberikan notis kepada mana-mana Pengguna.

4- Moderator boleh mencadangkan kepada Majlis Pentadbiran AFN untuk memberikan tag tertentu kepada mana-mana Pengguna, sama ada Amaran (Warning), atau Singkir (Banned).

5- Moderator berhak untuk memisahkan (split) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.

6- Moderator berhak untuk mencantumkan (merge) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.

7- Moderator berhak menghantar Mesej Peribadi (PM) kepada mana-mana Pengguna untuk tujuan informasi, teguran, amaran dan sebagainya apabila dirasakan perlu.

8- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.


B. PANEL

1- Panel dilantik berdasarkan kredibiliti dalam bidang yang tertentu.

2- Panel mungkin menguasai beberapa bidang, justeru Panel boleh menulis dalam bidang yang dikuasainya.

3- Panel diamanahkan untuk menjawab setiap soalan atau perbincangan yang berlaku di AFN.

4- Panel berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan atau perbincangan jika difikirkan perlu, sama ada untuk membuat kajian lanjut, atau sebarang alasan lain.

5- Panel berhak untuk memilih mana-mana pendapat yang paling rajih (tepat) sebagai pegangan yang disyorkan oleh AFN, berdasarkan kepada penghujahan atau dalil yang sahih.

6- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.

Sekian dimaklumkan.


Content received from: al-Fikrah.net, http://arkib.al-fikrah.net