Syeikh Muqbil Menjawab Isu Mutaqaddimin dan Mutaakhirin
Tokoh Sunnah


فرق بين منهج المتقدمين والمتأخرين

Perbezaan antara Manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaakhirin


Al-`Allamah Al-Muhaddith Al-Syaikh /Abi `Abdulrahman
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)

Di terjemah oleh:
Abu Ismaaeel / Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy

Di semak oleh:
ADÖULINÉ Lacharouphe / Mohd `Adlan Mohd Sharifuddin





السؤال79

هل هناك فرق بين منهج المتقدمين والمتأخرين في تصحيح الأحاديث وتضعيفها مع التفصيل إن كان هناك تفصيل؟


Soalan ke-79:

Adakah disana terdapat perbezaan antara manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaakhirin dalam bab pensahihan dan pendhaifan hadith bersama perincian, jika terdapat perincian?

الجواب

نعم يوجد فرق، فالمتقدمون أحدهم يعرف المحدث وما روى عن شيخه وما روى عنه طلبته ويحفظون كتاب فلان، فإذا حدث بحديث يقولون: هذا ليس من حديث فلان


Jawapan:


Ya, terdapat perbezaan (dalam manhaj –pent). Maka mutaqaddimun, setiap seorang daripada mereka mengetahui muhaddith (iaitu perawi -pent) dan apa yang diriwayatkan daripada gurunya, dan apa yang diriwayatkan daripadanya oleh murid-muridnya. Dan mereka menghafaz kitab si fulan. Dan apabila diceritakan dengan suatu hadith, mereka berkata: Ini bukan daripada hadith si fulan.


وأنا أعجب من شدة انتقادهم ومعرفتهم، ففي ترجمة عبدالله بن دينار في "الضعفاء" للعقيلي، ذكر العقيلي كم روى واحد من الأئمة عن عبدالله بن دينار، مثل شعبة، ومالك، وسفيان بن عيينة، وسفيان الثوري، وكذا الاختلاف بين الإمام أحمد، وعلي بن المديني في شأن أيهما أعلم مالك أم سفيان بن عيينة بالزهري، فالإمام أحمد يقول: روى ابن عيينة كذا وكذا من الأحاديث ووهم في كذا وكذا، ويقول: روى مالك أحاديث أكثر من ابن عيينة، وأوهامه أقل من ابن عيينة



Dan aku (iaitu syaikh Muqbil) berasa sangat ta’jub (iaitu sangat kagum -pent) dengan ketepatan dan kejituan mereka (para huffaz Al-Mutaqaddimin –pent) dalam memberikan kritikan dan mengetahui mereka (akan sesuatu hadith dan riwayat –pent) , (contohnya –pent) dalam perihal biografi `Abdullah bin Dinaar dalam kitab “Al-Dhu’afa” oleh Al-‘Uqailiy, telah menyebut oleh Al-`Uqailiy akan jumlah bilangan daripada para imam-imam yang telah meriwayatkan dari `Abdullah bin Dinaar, seperti Syu’bah, Malik, Sufyan bin `Uyainah, Sufyan Al-Thauriy. Dan (contoh yang lain juga adalah seperti –pent) perbezaan pendapat antara Imam Ahmad dan Imam `Ali ibn Madini berkenaan siapakah yang lebih mengetahui (akan riwayat-riwayat –pent) dari Al-Zuhri, adakah Malik atau Sufyan bin `Uyainah? Maka kata Imam Ahmad: telah meriwayatkan Ibn `Uyainah sekian sekian dari beberapa hadith (dari Al-Zuhri –pent) dan dia silap pada sekian sekian, dan katanya: telah meriwayatkan Malik akan hadith-hadith yang banyak dari Ibn `Uyainah (dari Al-Zuhri –pent) dan kesilapannya adalah lebih sedikit dari Ibn `Uyainah”.


فهم لا يماثهم أحد، والمعاصرون لا يعدو أحدهم أن يكون باحثًا أما كتب "العلل" فالمعاصرون لا يتحرون في هذا،وكذلك زيادة الثقة، والشاذ، فربما يغتر أحدهم بظاهر السند ويحكم على الحديث بظاهر السند، وقد سبقه المتقدمون وحكموا عليه بأنه حديث معل



Dan mereka, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi mereka (iaitu para huffaz Al-Mutaqaddimin -pent). Maka Al-Mu`asirun (iaitu Ahli Hadith Moden -pent), mereka itu tidak lebih daripada pengkaji sahaja. Adapun kitab-kitab `ilal, maka Al-Mu`asirun (iaitu Ahli Hadith Moden -pent), tidak mengkaji dalam hal ini. Begitu juga dengan Ziyadah Siqah dan Syaz. Maka mungkin seseorang daripada mereka (iaitu Al-Mu’asirun -pent) tertipu dengan zahir sanad, dan mereka menghukum ke atas sesuatu hadith dengan zahir sanad ini. Dan sesungguhnya Al-Mutaqaddimun telah lama mendahului mereka (dalam menghukum hadith ini), dan mereka telah menghukum ke atasnya bahawasanya ia adalah hadis cacat (disebabkan mereka dapat mengacam kecacatan yang tersembunyi pada hadith itu –pent).

فينبغي أن تعرض كتب المتأخرين على كتب "العلل" حتى تعرف أخطاؤهم فإن لهم أخطاء كثيرة بالنسبة إلى العلماء المتقدمين، ولا يقال: كم ترك الأول للآخر، في علم الحديث


Maka adalah perlu untuk meneliti kitab-kitab Al-Muta’akhirin ke atas kitab-kitab `ilal, sehingga diketahuï kesalahan-kesalahan mereka (Al-Muta’akhirin), kerana mereka mempunyai banyak kesalahan jika dinisbahkan kepada (penilaian dan hukuman hadith yang jitu oleh –pent) `ulama’ Al-Mutaqaddimin. Dan tidaklah dikatakan: Berapa banyakkah orang-orang yang awal meninggalkan untuk orang-orang yang akhir? Dalam ilmu hadith.

أروني شخصًا يحفظ مثل ما يحفظ البخاري، أو أحمد بن حنبل، أو تكون له معرفة بعلم الرجال مثل يحيى بن معين، أو له معرفة بالعلل مثل علي بن المديني، والدارقطني، بل مثل معشار الواحد من هؤلاء، ففرق كبير بين المتقدمين والمتأخرين


Tunjukkan saya seseorang yang menghafaz sebagaimana apa yang dihafaz oleh Al-Bukhari atau Ahmad bin Hanbal, atau yang mempunyaï pengetahuan tentang ilmu Al-Rijal seperti Yahya bin Ma`in, atau yang mempunyaï pengetahuan tentang `ilal seperti `Ali bin Al-Madini dan Al-Daraqutni, bahkan, satu persepuluh daripada mereka? Maka (ketahuilah sesungguhnya memang –pent) terdapat perbezaan yang besar antara Al-Mutaqaddimin dan Al-Muta’akhirin.

Lihat Di Sini

selesai terjemah, moga bermanfaat.

Al-Akh / Abu Ismaaeel
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
11.83 p.m , 10 Zul Qaedah 1431H



Untuk salinan fatwa beserta rujukan, sila download file word disini:
http://www.mediafire.com/?cy1rt5ahhwrj879
(1161 reads)
Re: Syeikh Muqbil Menjawab Isu Mutaqaddimin dan Mutaakhirin (Score: 1)
by gruggle10 on Tuesday, October 19, 2010 (07:05:49)
Jazakallah Great

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Tokoh Sunnah

Most read story about Tokoh Sunnah:
SIAPA PENCETUS PERTAMA ISTILAH WAHHABI?

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Orang yang paling dibenci Allah ialah yang bermusuh-musuhan dengan keji dan kejam.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 69
Bots: 0
Total: 69
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster