Mengenali Syeikh Umar al-Fullatah
Tokoh Sunnah

Nama penuh beliau; Umar bin Muhammad Bakr al-Fullani, lebih terkenal dengan nama al-Fullatah. Fullani nisbah kepada satu kabilah di negara Afrika.

Kelahiran beliau; Pada tahun 1345 Hijrah, iaitu dalam perjalanan ke Makkah, sedang ibubapanya berhijrah dari Afrika, perjalanan mengambil masa setahun sampai ke Makkah. Tempat bermalam di dalam perjalanan tersebut, hingga sudah hampir dari Makkah, beliau diperanakkan. Beliau pernah menyebut, Dengan kehendak Allah, ibubapa memulakan perjalanan berdua, dan berakhir dengan menjadi tiga; iaitu lahirnya beliau hingga mereka berjumlah tiga (pada akhir perjalanan ke Makkah-pen)

Pendidikan; selepas setahun kelahirannya, mereka sekeluarga berpindah ke kota Madinah, dan bermastautin di situ. Memulakan pendidikannya dengan belajar menulis dengan Syeikh Muhammad bin Salim, kemudian memasuki Dar Ulum Syar'iyyah hingga tamat peringkat rendah. Pada tahun 1363 Hijrah, beliau memperoleh sijil persekolahan rendah dari Pusat Pendidikan Awam. Seterusnya, mendaftar di Dar Hadith hingga memperolehi sijil sekolah menengah pada tahun 1367 Hijrah. Beliau tekun melazimi berguru dengan Syeikh Abd Rahman bin Yusuf al-Afriki hingga banyak mendapat manfaat ilmu darinya, selain berguru dengan masyayikh lain serta memperoleh manfaat ilmu. Namun, beliau banyak mendapat faedah ilmu dari Syeikh Abd Rahman bin Yusuf al-Afriki, dengan sebab ketekunannya belajar di bawah bimbingannya. Kemudian, beliau mengajar di Dar Hadith serta beberapa tempat lain. Selepas gurunya, Syeikh Abd Rahman bin Yusuf al-Afriki meninggal dunia, pada masa itu, Syeikh Umar adalah pengurus, beliau menggantikan tempat gurunya, rahimahullah.

Manhaj dan aqidah beliau; ulasan Syeikh Abd Muhsin, bahawa aqidahnya (Syeikh Umar) adalah aqidah salaf dan mengikuti manhaj mereka, teguh berpegang dengan apa yang datang dari Allah Taala (Al-Quran) dan RasulNYA (Sunnah) s.a.w, selain dalam ilmunya mengenai dalil, serta mencontohi athar para salafussoleh. Dan beliau membenci manhaj-manhaj yang bertentangan manhaj salafussoleh.

Mengenai dakwah; Beliau merupakan seorang pendakwah yang berjaya, disebabkan kepetahannya, uslub penyampaian yang baik, juga kerana sifat ikhlas, jujur dalam menyampai nasihat-nasihatnya. Dan dakwahnya membawa manfaat bagi sesiapa yang mendengarnya. Salah satu sesi kuliah beliau yang saya hadiri - antaranya kuliah semasa musim haji, saya mendapati, apabila beliau bercakap tentang dakwah kepada Allah Taala atau sedang mengajar ilmu, kebanyakan hadirin memberi sepenuh perhatian terhadap beliau. Ini disebabkan kefasihannya, balaghahnya dan tingginya ilmu pengetahuan dimilikinya selain kualiti penyampaiannya yang amat bermutu dalam sesuatu bab yang sedang diterangkan atau dijelaskan oleh beliau.

Syeikh Umar al-Fullatah bersungguh-sungguh dalam usaha berdakwah ke jalan Allah Azza Wajalla menerusi sesi mengajarnya di Masjid Nabawi, mahupun ketika menjadi jurucakap kepada jemaah haji kerana sejak dilantik dalam Lembaga Kajian Ilmiah, Fatwa dan Dakwah pada tahun 1392 Hijrah hingga sebelum meninggal dunia, beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam usaha memahamkan agama (kepada orang lain-pen), dan banyak pendengar dari kalangan jemaah haji mendapat manfaat ilmu daripada beliau. Begitu juga, ketika menjadi guru (dan pentadbir -pen) di Universiti Islam (Madinah), tetap meneruskan usaha berdakwah ke jalan Allah. Selain itu, beliau mengajar ketika cuti musim panas di samping simposium-simposium anjuran pihak universiti termasuk menyampaikan dakwah di setiap negara yang dikunjunginya.

Rujukan:

Syeikh Umar bin Muhammad Fullatah; bagaimana saya mengenalinya oleh Syeikh Allamah al-Muhaddith, Abd Muhsin bin Hammad al-Abbad al-Badr

الشيخ عمر بن محمد فلاته رحمه الله وكيف عرفت

www.al-islam.com

(883 reads)
Re: Mengenali Syeikh Umar al-Fullatah (Score: 1)
by abu_naila on Saturday, October 09, 2010 (01:09:43)
MasyaAllah, Jazakallahukhair ya akh', perkongsian tentang biodata para ulama' memberikan kesan kepada keinginan pembaca mengenali lebih jauh tentang penulisan dan ilmu beliau.

Moga Allah memberikan kebaikan pd anda.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Tokoh Sunnah

Most read story about Tokoh Sunnah:
SIAPA PENCETUS PERTAMA ISTILAH WAHHABI?

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.

-- HR. Malik dan Tirmizi

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 87
Bots: 1
Total: 88
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster