RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG
Aqidah

Baru-baru ini saya mendapat forward link video Malaikat dari seorang kenalan. Dia beriya-iya menyuruh saya menontonnya. Katanya dalam video tersebut kelihatan Malaikat turun ke bumi dan terus menuju ke kaabah.

Saya tersentak, “Manusia dapat melihat Malaikat?” Soal saya dalam hati.

Untuk tidal menghampakan beliau, saya tetap menonton video tersebut. Ya memang kelihatan cahaya dari langit turun ke kawasan tawaf di Makkah. Tetapi timbul beberapa persoalan di kepala saya.

Pertama, benarkah video ini tulen?

Kedua, adakah Allah telah memberi kelebihan kepada manusia untuk melihat dan mengetahui hal-hal ghaib? Lebih-lebih lagi malaikat?



Jika benar sekalipun video itu tulen, adakah ia benar-benar Malaikat atau sekadar cahaya yang wujud?

Marilah kita melihat isu ini dari kacamata Islam sendiri. Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang menjadi asas pegangan umat Islam zaman berzaman.

Hal-hal yang berkaitan dengan Malaikat dikategorikan sebagai perkara-perkara ghaib di dalam Islam. Malaikat mendapat darjat tinggi di sisi Allah sebagai makhluk-Nya yang paling taat dan setia menjadi suruhan kepada Allah. Malahan mempercayai Malaikat adalah salah satu dari Rukum Iman yang harus diimani oleh umat Islam.

Firman Allah, "Ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua. Malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri untuk beribadat kepada Allah dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka selalu bertasbih siang dan malam dengan tidak berhenti-henti." (al-Anbiya': 19-20)

Hal-hal ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak ada seorang pun berhak untuk mendakwa bahawa mereka boleh berinteraksi ataupun melihat dengan mata kasar perkara-perkara ghaib.

Firman Allah, “Katakanlah, "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (QS An Naml : 65).

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa cahaya yang kelihatan dalam video tersebut sebagai Malaikat adalah terkeluar dari akidah Islamiah, kerana ia jelas bertentangan dengan apa yang Allah jelaskan dalam al-Quran.

Sungguh hairan apabila ramai mempercayainya sedangkan Rasulullah sendiri tidak pernah mengaku ataupun bercerita bahawa baginda dapat melihat atau mengetahui perkara yang ghaib.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah bahawa Rasulullah tidak mengetahui perkara ghaib. Firman-Nya, “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”(QS Al A'raf : 188).

Jika Rasulullah sendiri tidak mengetahui perkara ghaib, bahkan dengan terus terang baginda menafikan hal itu ke atas dirinya, maka orang selain baginda pasti tidak lebih tahu. Kerana baginda yang lebih berhak daripada manusia lain. Ketika ada nash yang menyatakan, bahawa baginda tidak mengetahui perkara ghaib, maka selain baginda pasti tidak tahu.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar lebih berhati-hati dalam hal-hal sebegini. Jangan terlalu mudah diperbodohkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Berpeganglah dengan sekuat-kuatnya dengan akidah yang sahih. Kerana Islam berpaksikan kepada Quran dan Sunnah sahaja. Jika sesuatu itu bercanggah dengan kedua-dua sumber itu, maka tolaklah ia sejauh yang mungkin.

Semoga kita terus dipelihara oleh Allah dari segala bentuk kejahilan dan kebatilan. Ingatlah hanya Allah yang mengetahui perkara yang ghaib.

“Katakanlah,Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu, bahwa aku ini Malaikat. Aku tidak mengikuti, kecuali apa yang telah diwahyukan kepadaku.” (Al An'am: 50).
(2630 reads)
Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by Yusof on Monday, August 23, 2010 (23:02:05)
Saya setuju cahaya tersebut bukan malaikat sebab tiada siapa yang dapat mengesahkannya

Tapi saya setuju malaikat tidak dapat dilihat dengan mata. Ini kerana tsabit dalam hadith yang Jibril dilihat oleh sahabah

Cuma malaikat dalam rupa asalnya hanya Rasulullah s.a.w yang melihatnya

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by Yusof on Monday, August 23, 2010 (23:03:39)
Type error

Saya tak bersetuju malaikat tidak dapat dilihat dengan mata

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by AHA on Tuesday, August 24, 2010 (01:11:29)
Tiada yang mampu mensahihkannya kerana tiada seorang pun yang pernah melihat Malaikat...

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by abdulrahman on Wednesday, August 25, 2010 (09:20:32)
Saya setujubahawa malaikat dapat dilihat dengan mata oleh sesiapa pun dengan izin Allah s.w.t. Seperti mana para sahabat telah dapat melihat malaikat mahupun Jibrail atau yang lain2.Begitu juga bantuan Allah s.w.t ketika perang Badar. Walau bagaimanapun untuk kes video ini, perlu dipastikan kesahihan video tersebut. jika benarlah ianya malaikat, adakah bertambah iman kita atau makin hampirkah kita dengan Allah s.w.t atau kita masih di takuk lama?

Fikir-fikirkan lah.

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by msh8h on Wednesday, August 25, 2010 (19:30:55)
berpendapat video "Malaikat jelas turun Kaa'bah" hanyalah reflection of lights pada lens.
Bila camera turun bawah, cahaya pun turun bawah..
Bila camera naik atas, "malaikat" pun naik atas...

.. .Cuba COMPARE ngan video ni, >> http://www.youtube.com/watch?v=YVxJzppfn3Y

dan lain2 video di Youtube
(search = angel caught on tape)


Hanya kerana ada gambar Kaabah di belakang, few 'white lights', tak bermaksud itu Malaikat..

Mu'jizat untuk umat akhir zaman ialah al-Quran (ilmu & reflection) ....as compared to 'magical' stuff yg diberikan kepada Nabi-nabi terdahulu.
(e.g. Nabi Musa, Nabi Isa dll, even Nabi Muhammad pun ada mu'jizat yg mcm 'magic'...)


tapi Rasulullah dah wafat, yg tinggal hanya al-Quran (dan sunnah).

Yes miracles do happen.. . but keep your eyes & mind open.
Jngan terlalu pantas menyebarkan 'miracle' (yg xpasti) .

Menyebarkan mu'jizat kelebihan al-Quran lebih utama..

Ni pendapat sendiri..

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by mankip on Friday, August 27, 2010 (08:16:05)
salam

kami agak panjang berbincang tentang hal ini di sini:
http://www.terjah.com/v2/forum/viewthread.php?thread_id=191

ada masa visit lah

wasalam

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by ubhs on Sunday, August 29, 2010 (07:45:47)
Ni de lagi makhluk Allah sorang ni yg dgn pnuh yakin ckp kat ruangan komen video ni adalah mata malaikat.. hai pe nak jadi lah.. link video kat bwh ni..

MATA MALAIKAT???

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by walllessmeem on Sunday, August 29, 2010 (17:35:27)
Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG
by abdulrahman on Wednesday, August 25, 2010 (17:20:32)

Saya setujubahawa malaikat dapat dilihat dengan mata oleh sesiapa pun dengan izin Allah s.w.t. Seperti mana para sahabat telah dapat melihat malaikat mahupun Jibrail atau yang lain2.Begitu juga bantuan Allah s.w.t ketika perang Badar. Walau bagaimanapun untuk kes video ini, perlu dipastikan kesahihan video tersebut. jika benarlah ianya malaikat, adakah bertambah iman kita atau makin hampirkah kita dengan Allah s.w.t atau kita masih di takuk lama?

Fikir-fikirkan lah.
____________________

sekadar berbeza pendapat, sy suka respon kpd pendapat saudara abdulrahman...
sy bersetuju dgn hujjah yg dibentangkan oleh yawahusin. kita tak dpt melihat malaikat berdasarkan hujjah2 yg diberi. adapun keadaan yg mana sahabat melihat jibril turun jumpa ngn nabi dan malaikat membantu dlm perang Badar dgn izin Allah itu, adalah dlm bentuk fizikal manusia. jibril telah merupakan dirinya dlm bentuk manusia yg xpernah dikenali. ada juga keadaan jibril merupa dgn wajah sahabat baginda yg tampan. semua keadaan tersubut bukan lah bentuk malaikat yang asal. jika ada keadaan malaikat berjumpa manusia dlm bentuk asalnya, sudah tentu ada haidth2 atau kata2 sahabat yg menerangkan sifat2 malaikat, bentuk, atau keadaan yg mereka tgk...

respon kpd video tersebut, berbeza dgn keadaan sahabat yg melihat malaikat. video tersebut seolah2 'malaikat' turun dlm bentuk asal kerana sifat turun tersebut luar biasa dgn keadaan normal seorg manusia. sebelum melihat video tersebut, sy dah menafikan kesahihan video tersebut tnpa berfikir pjg. usahla kita diperbodoh2kan oleh musuh islam yg nk memperkotak katikan aqidah islam. sy mgkn bkn org agama, tp sy guna hujjah "kanak-kanak" dlm menafsir berita ini. pd fikiran saya, - semulia mulia Rasulullah, baginda hnya dpt lihat jibril dlm bentuk asal ketika di Sidratul Muntaha... ketika mikraj utk menerima perintah solat. nampaknya kemuliaan baginda tersebut cuba dikongsi dgn video yg dirakam guna camera phone berpixel rendah... haih...

sbnrnya dah ade org analisis psl video ni... dan buktikan video ni salah...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

wallahu a'lam

| Parent

Re: RESPON VIDEO MALAIKAT TERBANG (Score: 1)
by abukhadeejah on Thursday, September 30, 2010 (20:30:23)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum,
Video ini ada 2 kemungkinan:
1. Pantulan cahaya pada lens kamera
2. Malaikat

Kita boleh ambil faedah daripada hadith berikut:

Usaid bin Hudhair berkata bahawa ketika dia membaca al-Baqarah di suatu malam, kudanya yang diikat melonjak-lonjak. Ketika ia menghentikan bacaannya, kuda tersebut tenang kembali. Ketika ia membaca lagi, kudanya kembali melonjak-lonjak. Maka ia menghentikan bacaan sehingga kuda itu tenang kembali. Selanjutnya dia membaca lagi, dan lagi-lagi kuda itu melonjak-lonjak. Akhirnya ia pergi.
Ketika itu, Yahya, anaknya, berada di dekat kudanya sehingga ia khuatir anaknya akan terpinjak oleh kuda. Ketika ia menarik anaknya menjauhi kuda, ia mendongak ke langit sehingga ia melihat awan yang diterangi pelita nak ke langit, hingga ia tidak melihatnya lagi. Ketika pagi, Usaid Bin Hudhair menceritakan hal itu kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), lalu beliau bersabda: “Bacalah wahai Ibnu Hudhair! Bacalah wahai Ibnu Hudhair!”
Usaid Bin Hudhair mengatakan: “Wahai Rasulullah, waktu itu aku khuatir kuda tersebut akan terpijak anakku, Yahya, yang berada dekatnya. Aku mendongak ke langit ketika menarik anakku, dan tiba-tiba aku melihat seperti gumpalan awan yang di dalamnya terdapat sinaran mirip pelita, kemudian menghilang sehingga aku tidak dapat melihatnya lagi.”
Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bertanya: “Tahukah kamu, apa yang kamu lihat itu?” Isaid Bin Hudhair menjawab, “Tidak!” Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “itu adalah malaikat yang turun mendekati suarumu ketika membaca al-Quran. Seandainya kamu teruskan bacaanmu, tentu apa yang kamu lihat itu akan dilihat pula oleh orang-orang yang lain tanpa kesamaran.”
[Sahih Bukhari dan Muslim]

Faedahnya:
1. Usaid ibnu Hudhair tidak mengatakan cahaya itu malaikat atau tidak, cuma tahu ianya suatu yang pelik. Menunjukkan manhaj yang benar mengenai perkara yang ghaib ini kita beriman dengannya sekiranya ada nas Quran atau Hadith.
2. Nabi menyatakan bahawa cahaya-cahaya itu adalah para malaikat, maka itulah yang sebenarnya.
3. MAlaikat boleh dilihat oleh mata manusia sekiranya diizinkan Allah
4. Malaikat dari jauh, sekiranya diizinkan Allah bagi mata manusia menlihatnya, akan kelihatan seperti cahaya pelita.

Oleh itu, kita ambil sikap Usaid Ibnu Hudhair tentang video seperti ini. Inilah sikap terbaik.

Allahu a'lam

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Aqidah


Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 105
Bots: 2
Total: 107
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster