Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat
Sains dan Teknologi

Kenyataan Akhbar IRF || 5 Mac 2010

Kami mengikuti berita berkenaan laporan polis yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor terhadap Sisters in Islam (SIS) mengenai isu kontroversi yang melibatkan hukuman sebat ke atas wanita Islam di bawah undang-undang jenayah Syariah dengan penuh kegusaran.

Kami ingin menyatakan pendirian kami bahawa tindakan yang sedemikian oleh pihak yang berkuasa dalam hal ehwal agama Islam hanya akan menimbulkan imej yang buruk terhadap Islam, agama yang memberi ruang yang luas kepada perdebatan yang sihat dan kewujudan perbezaan pendapat. Tindakan provokatif yang diperlihatkan dengan tujuan menghalang sebarang usaha agar isu ini dibicarakan secara terbuka adalah manifestasi yang amat jelas akan kebenaran anggapan bahawa ‘kuasa dan keangkuhan paksi kebenaran’. Dalam hal ini, isu berkenaan hukuman sebat ke atas wanita Islam di bawah undang-undang jenayah Syari’ah masih lagi sedang diperdebatkan oleh masyarakat madani ditambah pula dengan kes Kartika yang masih belum diselesaikan, maka tentulah amat sekali mengejutkan apabila tindakan hukuman sebat tersebut dilaksanakan secara diam-diam.



Wajib diperakukan secara jelas lagi terang sesungguhnya mesej suci yang dibawa oleh Islam adalah keadilan dan persamaan hak. Perlaksanaan undang-undang jenayah Syari’ah hanyalah dapat difahami dengan mendalam dan diterima baik sekiranya seseorang memahami asas utama prinsip undang-undang Islam iaitu tiada taklif (beban) yang diletakkan ke atas seseorang selagi hak-hak asasi ke atasnya tidak dipenuhi. Dan antara hak-hak yang tidak boleh dicabuli ke atas setiap masyarakat Islam – Islam mahupun bukan Islam, lelaki mahupun wanita - adalah hak perlindungan oleh masyarakat secara menyeluruh.

Sebelum undang-undang Islam dilaksanakan ke atas umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan memastikan kehidupan setiap lapisan masyarakat yang sama rata setaraf dengan hasil sumber yang sedia ada dikongsi bersama, kemakmuran serta keselamatan sosial, dan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan intelektual dan kerohanian. Daripada melihat Islam kononnya akan dimertabatkan menerusi pelaksanaan undang-undang Syari’ah, kerajaan sewajarnya memberi fokus terhadap intipati utama ajaran Islam yang menekankan keadilan dan persamaan hak sosial di kalangan masyarakat. Undang-undang Islam bukanlah perlu difahami secara teks semata-mata tetapi konteks yang tersirat di dalamnya juga hendaklah difahami secara mendalam, termasuklah aspek sosio-politik.

Sehingga ke saat ini, hukuman Syari’ah hampir tidak akan dapat dilaksanakan dalam masyarakat moden masa kini yang jelas penuh dengan ketidakadilan dan ketidak- samarataan. Ketidak-adilan akan jelas kelihatan sekiranya hukuman ini dilaksanakan terutama sekali ke atas golongan wanita dan miskin tanpa tindakan yang serupa ke atas mereka yang berharta, golongan yang berkuasa ataupun para penindas. Hukuman Syari’ah sebenarnya berfungsi sebagai penghalang dengan tujuan mewujudkan kesedaran di dalam minda para penganutnya agar tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada perlaksanaan hukuman tersebut.

Kami, Islamic Renaissance Front, berharap agar pihak yang berkuasa dan pemerintah tidak akan mengganggap suara-suara yang mengkritik hukuman sebat sebagai musuh agama dan menggesa agar menggantung sementara perlaksanaan hukuman sebat terhadap wanita Islam dengan serta merta. Kami mengajak pihak yang berkuasa untuk mengatur ruang bagi sesi dialog dan perdebatan sesama komuniti Islam, di antara para ulama’, cendekiawan, ahli akademik, dan juga kumpulan masyarakat madani kerana isu hukuman sebat ini bukan hanya berkaitan dengan pemahaman terhadap teks semata-mata tetapi juga berkenaan dengan konteks yang mendasarinya.

Dr Ahmad Farouk Musa
Pengerusi
Islamic Renaissance Front


English Version:
http://al-fikrah.net/News/article/sid=896.html
(1563 reads)
Re: Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat (Score: 1)
by Abdullah2 on Monday, March 08, 2010 (05:15:04)
Rasa macam seram pun ada baca laporan ni. No1

| Parent

Re: Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat (Score: 1)
by Farhan_Salim on Monday, March 08, 2010 (23:06:03)
perlaksanaan hukuman sebat ke atas wanita nak pula digantung sementara.....Habis tu kalau hukuman sebat ke atas lelaki kenapa tak nak gantung jugak.....cakap pasal hak kesamarataan konon....kalau nak sama rata , hukuman sebat pada lelaki pun kena gantung dululah jugak.

Mana datangnya adil , kalau yang lelaki disebat dan dibalun , tetapi yang wanita di tangguh dulu hukuman sebabtnya.Pastu dibelai dan dimanja....Padahal , buat maksiat sama-sama......

SIS = IRF (2 X 5 = jahil)

WA

| Parent

Re: Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat (Score: 1)
by mustaqill on Friday, March 12, 2010 (05:52:09)
no dalil

no nas

nothing

| Parent

Re: Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat (Score: 1)
by anaana on Friday, March 12, 2010 (18:30:31)
Kami menuntut hak kami sebagai seorang Islam agar kami dapat melaksanakan hukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sebarang usaha untuk menghalang adalah mereka yang mencabul Hak Asasi kami sebagai seorang Islam.

| Parent

Re: Kenyataan Akhbar IRF - Isu Hukuman Sebat (Score: 1)
by alwafiey on Tuesday, March 16, 2010 (17:52:44)
salam

artikel negatif, menghalang perkembangan islam...daripada kritik pelaksanaan baik pegi bagitau rakyat soal keadilan dan hukuman islam yang sebenar..

ni semua bagi saya pengaruh orientalis..maaf kalau extreme... tapi rasanya tak perlu berlembut dengan golongan pelakon macm ni

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Sains dan Teknologi

Most read story about Sains dan Teknologi:
Kurma : Hadith dan Sains

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Semua (dosa) umatku akan diampuni kecuali orang yang berbuat (dosa) terang-terangan, yaitu yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari lalu Allah menutup-nutupinya kemudian pada esok harinya dia bercerita kepada kawannya, "Tadi malam aku berbuat begini...begini..." Lalu dia membongkar rahasia yang telah ditutup-tutupi Allah 'Azza wajalla.

-- Mutafaq'alaih

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 78
Bots: 0
Total: 78
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster