Memahami Sunnah Rasulullah dan Method Mengaplikasikannya.Siri 1
al-Fikrah Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah sumber primer dalam menetapkan hukum dalam Islam.Tanpa dua sumber ilmu wahyu ini,maka kita tidak akan dapat beramal dengan amalan-amalan yang telah diperintahkan kepada kita dalam Al-Quran melalui perantaraan lisan Baginda S.A.W.Namun dewasa ini umat Islam terpecah kepada berberapa golongan dalam memberi respons terhadap Sunnah Nabi S.A.W,iaitu:

1)Ahl Sunnah Wal Jamaah
2)Golongan Sufiyy yang melampau
3) Golongan Anti Hadith
4) Syi’ah Al-Rafidhah

Golongan-golongan ini memberi respons kepada sabda-sabda Baginda S.A.W dengan cara yang berbeza, iaitu

1)Ahl Sunnah Wal Jamaah
Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang menerima,memahami dan beramal dengan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W.Ahl Sunnah Wal Jamaah juga menyemak hadith-hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sebelum beramal dan menyebarkannya kepada umum.

2)Golongan Sufiyy Yang Ghuluw(Melampau)
Golongan ini lebih cenderung mngikuti ajaran-ajaran guru-guru mereka dan bertindak meninggalkan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W terutamanya dalam beribadah.Prinsip-prinsip tarekat mereka juga di junjung melebihi kedudukan hadith-hadith Nabawiyyah.Golongan ini juga terkadang beramal dengan segala khabar yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W tanpa memperdulikan status hadith tersebut,samada Sahih, Hassan,Dhaif, ataupun Madhu’(Palsu)

3) Golongan Anti Hadith
Golongan ini merupakan kelompok yang menolak hadith-hadith Nabawi samada sebahagian atau secara total.Golongan ini mendakwa hadith-hadith Nabawi ini tidak lagi relevan kerana para perawi adalah manusia biasa dan mustahil untuk menghafal hadith-hadith jumlah yang banyak.Dan banyak lagi hujjah mereka yang bathil yang akan dibincangkan dalam artikel yang lain,Insya-ALLAH.

4)Syi’ah
Golongan ini mempunyai manhaj menerima hadith-hadith daripada Ahl Bayt sahaja kerana mendakwa sahabat2 Rasul yang lain adalah munafiq.Selain itu,mereka juga beramal dengan Taqiyyah iaitu menipu bagi meneyelamatkan diri,yang mana menjadikan mereka orang-orang yang tidak dapat diterima hadith daripada mereka.

Justeru jelaslah kepada kita Metod atau Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah adalah metod yang terbaik bagi kita selaku umat Islam yang menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.Soalnya,apakah cara bagi kita dalam memahami sunnah Rasulullah S.A.W?

Pertamanya,kita hendaklah maklum,maksud sunnah itu sendiri.Menurut bahasa,Sunnah ialah peraturan,contoh.Dari segi istilah syara’ pula Sunnah ialah segala perkataan,(Qaul)Perbuatan(Fi’il) dan Pengakuan terhadap sesuatu perkara(Taqrir) yang disandarkan kepada Baginda.Sunnah Rasulullah S.A.W pula terbahagi kepada dua,menurut pembahagian para ulama’ salaf as-salih iaitu:

1)Sunnah Amaliyyah/Tasyri’iyyah
2)Sunnah Tarkiyyah.

Bersambung di siri kedua.....
(2288 reads)
Re: Memahami Sunnah Rasulullah dan Method Mengaplikasikannya.Siri 1 (Score: 1)
by Muhammady7 on Saturday, July 26, 2008 (08:30:09)
Salam....
Macam biasa,dah baca silakan beri komentar,salah tolong tegur.....

| Parent

Re: Memahami Sunnah Rasulullah dan Method Mengaplikasikannya.Siri 1 (Score: 1)
by Muhammady7 on Saturday, July 26, 2008 (09:12:47)
Maafkan kerana huraian yang kurang memuaskan,akan diperbetulkan kemudian,insya-ALLAH.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about al-Fikrah

Most read story about al-Fikrah:
Kompilasi Rujukan Isu Wahabi

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 95
Bots: 2
Total: 97
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster