Masih adakah ketuanan Melayu?
Isu Semasa Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu, tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan. Pada mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya.

Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara 'tuan' dengan 'hamba' sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu. Jika orang Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat 'hamba-hamba' ini untuk berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Islam. Malah dana zakat turut mahu diambil.



Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia. Parti ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan yang sama di sana.

Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.

Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.

Istilah

Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia. Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan Melayu ini. Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.

Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan inilah yang menyatukan mereka.

Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka, masya-Allah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka. Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.

Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.

Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi sedikit. Sedikit itu kemenangan besar.

Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Pernahkah kita bertanya kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan? Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak bukan Islam.

Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun sedikit sangat. Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu dilaungkan?

Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.

Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam? Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya.

Toleransi


Toleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain, kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu ditonjolkan di Malaysia. Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita, mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam. Adalah amat tidak logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang bilangannya melebihi 55 peratus.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
(1746 reads)
Re: Masih adakah ketuanan Melayu? (Score: 1)
by najib76 on Wednesday, December 16, 2009 (20:35:10)
Assalamualaikum

Siapa Ultra Kiasu ??

| Parent

Re: Masih adakah ketuanan Melayu? (Score: 1)
by gruggle10 on Wednesday, December 16, 2009 (23:49:22)
diorang ni memang melampau.kita jangan bagi muka sangat kat diorang nie..

sedarlah wahai umat islam...sampai bila keta nak berbalah dan tidak bersatu?

| Parent

Re: Masih adakah ketuanan Melayu? (Score: 1)
by hajiustaz_drseiji on Thursday, December 17, 2009 (03:07:44)
permasalahan ialah pas. jahil ilmu tp nak memandai bkata. dulu saya mmg anti gila dgn ketuanan melayu, namun kini saya seorang yg sgt pro ketuanan melayu setelah mgkaji politik d sejarah. ketuanan melayu telah myelamatkan org melayu selama ini. ingat, kita dulu telah hebat ditindas oleh british sehingga kita hilang jati diri, hilang sejaraah kita, kekayaan kita serta ilmu kita. org melayu ketika itu berada pd krisis ketamadun yg cukup rendah, sesape tamadun yg tinggi dtg mnetap malaysia, sudah tentu kaum melayu akan lenyap! ketuanan melayu selama ini telah mbela org melayu. lihatlah pd sejarah, mana2 kaum yg lemah akan pasti didorminasikan oleh kaum yg lbih kuat atau tamadun yg lbih tinggi. lihatlah bgaimana kaum red indian dijatuhkn, lihatlah bgaimana kaum filipina hilang jati diri kerana pengaruh kuasa barat, bagaimana pengaruh siam telah hilang krana org thai [org thai asalnya org utara bkn pnduduk asal ]

hakikatnya, kita sebenarnya sedang bersaing antara satu sama lain. ini telah dibuktikan dlm sejarah tamadun dunia. bezanya, mmandangkan kita tdk ada kekuatan ekonomi,kita gunakan kekuatan politik yakni isu ketuanan melayu digunakan. tanpa ketuanan melayu, tentu melayu akan kecundang di bwah kaum yg lebh kuat. kita bndingkan sahaja org melayu d org cina pd zmn merdeka. 1. org melayu ketika itu univeriti apa yg mereka boleh belajar, berbandigdgn org cina yg mampu mghantar anak mereka ke universiti di taiwan, hong kong.
2. org melayu dulu duduk ramai di kmpung, jauh dari sekolah,perpustakaan, bekalan air, elektrik tp ini tdk pada org cina yg majoriti duduk di bndar. apatah pulak, kos nak duduk bndar pun tinggi
3. org melayu tidak ada kemahiran tertentu utk kerjaya mereka, kemahiran org melayu yg ada hanyalah bsifat tradotional sepert buat batik, buat keris, tp tdk utk org cina. org cina telah mewarisi ilmu mbuat kunci, mbuat alat2 besi dan sebagainya
4. malah berapa byk golongan opportunist ini telah monopoli bidang perniagaan yg ada? mereka telah monopoli barang cat, bhn mentah pmbangunan,belim sempat org melayu mjadi mtang, segala peluang kerjaya telah dimonopoli oleh mereka?

secara ringkas, ini bkn isu perkauman, ini isu berbeza. mmandangkan mereka kaum kuat, mereka akan berusaha berbagai cara supaya org melayu tidak mjadi kuat kerana berharap mereka tdk akan didominasikan oleh org mlayu.

knapa dominasi, ini ada kaitan dgn soal value. sejarah tlah buktikan tdk wujud perkara yg akan disetujui semua org. maka dlm hal ini kekuatan harus digunakan supaya valu kita dpt diperjuangkan. dlm dunia demokrasi, kekuatan ini adalah jumlah undi. iniah lumrah dunia, sape kuat dia lebih berhak utk mgikut kehendaknya

| Parent

Re: Masih adakah ketuanan Melayu? (Score: 1)
by zulziman on Friday, December 18, 2009 (16:18:56)
Pengajian sifat 20 adalah yang paling tepat dalam membicarakan sifat-sifat

Allah. Kaedah ini bukan menghadkan Allah hanya bersifat 20 sahaja. Ini fitnah

yang dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kita menjauhkan diri daripada

mempelajari "Pengajian sifat 20" itu sendiri. Disini saya menggunakan "angka"

sebagai ibarat supaya kita lebih faham apa itu Pengajian sifat 20 (Supaya kita

faham berapa bilangan sifat Allah). Untuk kita mengetahui permulaan angka

dan akhir angka adalah mustahil. Kalau kita belajar matematik kita dapati ada

angka negatif dan ada angka positif. Jadi permulaan angka tidak dapat

diketahui. Akhir angka juga tidak dapat diketahui. Tapi kalau kita kaji kita

dapati angka 0 itu berada ditengah-tengah (contoh: .... -2, -1, 0, + 1, +2 ...

). dan angka yang berulang-ulang yang digunakan untuk mengira ialah 0, 1, 2,

3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. (Pengajian 10 angka). Jadi angka yang wajib kita ketahui

ialah ada 10.
Adapun konsep wa asma wa sifat : fahaman pihak tertentu yang mengatakan

"nama Allah" menyatakan "sifat Allah" adalah tidak berapa tepat. Sebenarnya

yang paling tepat ialah dari "sifat-sifat Allah" dapat "Nama-nama bagi Allah

(Asma ul husna)". Contoh : dari sifat "melihat" dapat nama "Yang melihat".

Contoh lain, Allah menciptakan alam, wajiblah Allah mempunyai sifat Hidup,

Tahu, Berkuasa, dan Berkehendak(Menentukan). Bila Allah dah selesai ciptakan

alam barulah Allah memuji diriNya sendiri dengan nama Ar-Rahman (Ar-Rahman

atas Arasy semayam).Dan lain-lain. Selesai.

| Parent

Re: Masih adakah ketuanan Melayu? (Score: 1)
by madaim on Monday, December 21, 2009 (09:18:41)
apasal zul masuk sifat 20 pulak?

terima kasih kepada penulis kerana mengingatkan diriku.

ya ni lah hakikat kita .negara dah nak diambil orang tapi masih tak sedar,

ayoh pejuang islam,kita mulia kerana islam bukan kerana melayu,

katakan anda islam dan mainkan peranan anda,kejutkan sahabat anda dan bangun untuk perbaiki diri,keluarga ,msykt dan pikul beban menyatukan umat islam,

kepada allah kita pohon kesatuan melayu akan perpadu atas islam,

usah salahkan sana dan sini,persoalan kita di mana?,perana kita dimana?kesatuan kita atas apa?

berkata “bapa kaya” kepada Robert T.Kiyosaki :

“There are people who make thing happen;there are people watch thing happen;and there are people whom say, ’what happened?’ ”

Jadi kita yang mana satu?

a) Make thing happen,or
b) Watch thing happen; or
c) ‘What happened?’

------------------------------------------------------------------------
bersatu atas jalan islam,

slogan kita,ilmu,iman,amal,kecintaan dan persaudaraan.

by:http://addinlove.blogspot.com/

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Barang siapa mendatangi ‘Arrof (peramal) dan menanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 57
Bots: 0
Total: 57
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster