Kenapa Saya Perlu Membelasah Syed Qutb?
al-Fikrah Oleh Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
http://lobaitampin.blogspot.com



Penuntut ilmu buat cara penuntut ilmu.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga, kalau dah sedar diri ni tak reti, pergilah mengaji.

Apakah prioriti sebagai penuntut ilmu?

Jika ditanya kepada saya ialah baca buku-buku asas, baca al-Quran, terjemahan serta tafsirnya seperti ringkasan Tafsir Ibn Kathir oleh Shaikh al-Mubarakfuri, baca kitab hadith yang mudah seperti Riadussolihin, baca kitab Aqidah seperti Kitab at-Tauhid, baca kitab feqh seperti Feqh as-Sunnah, Feqh Manhaji.

Saya penuntut ilmu, bahasa Arab tunggang langgang, hafal al-Quran pun sedikit sahaja, hafal hadith lagilah sedikit. Usul Feqh? Teramatlah sedikit.



http://abuhamzah.files.wordpress.com/2008/02/qutb11.jpg
(Syeq Qutb: Semoga Allah menerima amal dan jasa-jasanya dan mengampuni kesilapan-kesilapan beliau)

Sudahlah dengan ilmu yang sedikit ini, wajarkah saya terjun ke lembah membelasah tokoh-tokoh Islam yang lain. Menyibukkan diri meng war-warkan Syeq Qutb begitu begini, akidahnya rosak, Khawarij, Tafsir Fi Zilal al-Quran menyesatkan dan lain-lain. Jika dihulur Tafsir Fi Zilali al-Quran kepada saya, silap-silap tunggang langgang nak baca, entah baris atas bawah semua bertukar. Kalau setakat bahasa Arab macam saya, tahu ana anta unta anti, cerminlah wajah kita ni.

Amat malang apabila penuntut ilmu menyibukkan dengan aktiviti membelasah tokoh-tokoh Islam yang lain. Biarkan ulama' dengan kerja mereka. Malang apabila si penuntut ilmu menjadi penghina manusia lebih berilmu.

Saya tidak lupa bahawa saya membaca satu tulisan si penuntut ilmu, yang bahasa Arabnya lebih kurang sahaja tunggang langgang atau mungkin tidak reti langsung Bahasa Arab. Dia membelasah Shaikh Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah. Antara ayat dia yang saya ingat ialah dia menyentuh tentang perihal Shaikh al-Qaradawi bersalaman dengan perempuan bukan mahram sebagaimana yang tertera dalam satu gambar.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
Pertamanya: Apakah kita ini sudah ilmu melangit tinggi, memahami ilmu hadith, ilmu usul feqh, Bahasa Arab dan segala macam cabang ilmu alat untuk mengeluarkan fatwa. Untuk pengetahuan semua Shaikh al-Qaradawi menghukumkan dengan fatwanya bahawa HARUS bersalam dengan bukan mahram. (Dan ini adalah salah satu fatwa beliau yang saya tidak setuju, saya berpegang bahawa HARAM hukumnya bersentuh hatta bersalam dengan bukan mahram).


http://img175.imageshack.us/img175/9739/hasanalbannanu0.jpg
(Ustaz Hasan al-Banna: Semoga Allah menerima kebaikan dan jasa-jasanya dan mengampuni kesilapan-kesilapan beliau)


Tinggi sangatkah ilmu kita untuk menghina, merendah-rendahkan ulama' seperti Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin, Shaikh Bin Baz, Shaikh Muqbil, Shaikh Rabi dan lain-lain.

Besar sangatkah kehebatan kita hingga mengeluarkan kata-kata kurang ajar kepada dai'e-dai;e orang Melayu sendiri yang sudah masyhur kental mempertahankan al-Quran dan as-Sunnah seperti Ustaz Rasul Dahri, Ustaz Asri Zainul Abidin.

Bukan saya tidak pernah berjumpa manusia yang menghina tokoh hadith seperti Shaikh al-Albani kononnya Shaikh al-Albani ini banyak kesilapan, belajar ikut buku, tiada guru, tiada sanad.

Entah berapa biji agaknya kitab Shaikh al-Albani yang sudah dia khatami. Bukan saya tidak pernah berjumpa orang yang mencaci maki Shaikh Bin Baz sedangkan taraf orang tersebut sama sahaja seperti saya, seorang penuntut ilmu.

Jauh sangat kita hatta nak dibanding dengan tokoh-tokoh dai'e di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri mahupun Ustaz Asri Zainul Abidin.

Kenapa membuang masa membincangkan kesilapan, kesesatan tokoh-tokoh ini sedangkan kita ini, ilmu silap-silap paras buku lali mereka pun tidak cecah. Entah-entah debu tapak kaki mereka para dai'e yang dicerca itu yang sentiasa di jalan da'wah lebih mulia dari kita. Ustaz ni keras, ustaz ni tiada prinsip, ustaz ni ekstrim, entah apa-apa lagi yang keluar dari lidah kita sedangkan kita penuntut ilmu.

Pulanglah ke kampung, tanyalah datuk, nenek, emak, ayah, mereka kenalkah Syeq Qutb, mereka kenalkah Ustaz Hasan al-Banna. Mungkin yang mereka kenal hanyalah tok imam kampung mereka.

Pulanglah ke sekolah kalian, berjumpa adik-adik junior. Tanyalah mereka kenalkah Syeq Qutb, kenalkah Ustaz Hasan al-Banna. Mungkin yang mereka kenal hanyalah ustaz dan ustazah yang mengajar mereka di sekolah.

Pulanglah, tanyalah para kawan-kawan sepersekolahan mereka kenalkah mereka siapa Shaikh Rabi? Shaikh Muqbil. Silap-silap nama tersebut pun mereka tidak pernah dengar.

Promosilah Tauhid dan Sunnah, perangilah syirik dan bid'ah. Promosilah kehidupan Islam, binasakan kehidupan hedonisme. Adik-adik kita di luar sana ramai menanti kita, menunggu nasihat-nasihat emas kita. Mungkin ada yang sudah membesar perutnya beberapa bulan. Kehidupan jauh dari sunnah, satu-satu sunnah kehidupan ditinggalkan, hingga akhirnya terjerumus menghadiahkan 'dara' kepada si teruna. Nauzubillahi Min Dzalik.

Syirik dan Bid'ah masih berleluasa hatta di dalam masjid. Tangkal mangkal seolah-olah bukan satu dosa. Menghina sunnah hatta di atas mimbar seolah satu da'wah yang mulia.

Sungguh banyak yang perlu kita hadapi wahai penuntut ilmu.
(3025 reads)
Re: Kenapa Saya Perlu Membelasah Syed Qutb? (Score: 1)
by abuMAH on Monday, June 22, 2009 (00:30:47)
Assalamualaikum

Bagus tulisan ni. Konklusi saya carilah peluang utk menyumbang pada Islam atas jalan2 yg ditunjukkan oleh pejuang terdahulu. Kena fikir sumbangan diri sendiri dari menyemakkan diri dgn kesalahan org lain.

sama2 muhasabah.

| Parent

Re: Kenapa Saya Perlu Membelasah Syed Qutb? (Score: 1)
by alhaddad on Tuesday, June 23, 2009 (09:43:43)
Assalamualaikum

pada ana yg jahil ni... suatu yg paling penting berkait dgn personaliti seseorang yg dikaitkan dgn istilah ulamak ialah merreka tidak terlepas dari ruang lingkup al-jarhu wa ta'dil. dulu2 pun para ulamak dikritik mengenai karakter dan personaliti mereka dlm pembawaan ilmu kepada masyarakat. krn itu istilah2 aljarhu wa ta'dil seperti thiqah, la ba'sa bihi, layyinun, atau kazzaab dll... timbul demi memelihara minda dan iman umat dr menerima khabar dan peribadi periwayat yg buruk muamalah dgn kebenaran khabar. so, rupanya ilmu aljarh wa ta'dil ini sebenarnya hidup dan tidak mati. sesiapa yg berjalan di atas landasan ulamak atau ahli ilmu agama semestinya bersedia dgn signboard ini krn ia adalah indicator utk menilai apakah dia seorang ulamak muktabar atau tidak muktabar. tanpa ilmu ini, mungkin ulamak pemalsu hadis, atau imam2 syiah, atau ulamak muktazilah dan ahbasyh.. turut boleh diletakkan sebaris dgn imam malik atau al-bukhari... itu tidak mungkin. tanpa ilmu ini... manusia boleh berkata apa sahaja lalu diikuti dan dituruti w/pun berbaur kesilapan. benar, sumbangan dlm agama harus digunapakai...namun idea2 atau fatwa yg bercanggah dgn kejelasan nas..harus ditolak. menghalalkan yg haram atas nama keluasan feqah sehingga memenjarakan hikmah sunnah adalah satu petaka kepada asal kebenaran yg diturunkan. kerana itu lahirlah hukum halal bersalaman antara lelaki dan wanita bukan muhrim.. , halal nyanyian dan muzik2 yg akhirnya mendominasi jiwa manusia lalu meninggalkan al-quran sehingga terlalu banyak penyanyi hari ini memohon redha dan restu Allah ke atas urusan mungkar yg ingin mereka lakukan atau telah lakukan..atau mengumandangkan selawat dlm upacara maksiat mereka. jika begini..dan itulah rupa idea ulamak..di mana maslahah utk umat di sebalik lidah mereka? kerena itu mrk yg dulu membawa ide buruk ke dalam dunia muslimin ditajrihkan (dikenakan kritikan buruk) lalu diri dan hadis mereka ditolak!! di mana kita dgn ilmu aljarh wa ta'dil ini? atau apakah kerana kredibeliti seseorang yg menyarung jersi ulamak maka aljarhu wa ta'dil tidak diperlukan lagi? fikir-fikirkanlah.

| Parent

Re: Kenapa Saya Perlu Membelasah Syed Qutb? (Score: 1)
by arepis0125 on Thursday, March 04, 2010 (08:29:44)
jarh wa ta'dil inilah yang akan menjadi garis pemisah supaya tholibul ilmi mengenal siapakah ulama sunnah dan sapa ulama bid'ah..dan kita mengikut manhaj Ulama dalam mentahzir, bukan suka2 shja malah ulama sendiri menggalakkannya

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about al-Fikrah

Most read story about al-Fikrah:
Kompilasi Rujukan Isu Wahabi

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 46
Bots: 1
Total: 47
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster