Berterima kasihlah Duhai Manusia!
Isu Semasa

Written by: Kadir - Friday, 10 October 2008
Sumber: http://al-qayyim.net/

Beryukur dan berterima kasih adalah suatu sifat semulajadi insan Ia adalah perasaan yang datang mengiringi nikmat yang diperolehi tidak kira sama ada kecil atau besar secara langsung mahupun tidak. Perasaan berterima kasih ini sebenarnya tidak perlu diasuh atau diajar, kerana ia sangat semulajadi dengan jiwa atau fitrah murni insan. Selama mana fitrah ini tidak dirosakkan oleh kedunguan atau kebongkakan, perasaan berterima kasih akan mudah hadir tanpa dipaksa.

Allah SWT Maha Memberi nikmat kepada seluruh makhluk-Nya. Dialah pemberi nikmat yang sebenar. Dia telah menjanjikan tambahan nikmat kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana Dia menjanjikan azab yang keras untuk orang yang tidak bersyukur.

Firman Allah:

Mafhumnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7)

Allah SWT jugalah yang telah mejadikan manusia ini saling berhubung, bekerjasama, bantu membantu dan berjasa sesama mereka. Justeru sifat berterima kasih kepada orang yang berjasa yang lahir pada diri seorang insan itu adalah juga suatu tuntutan syarak. Dari sifat berterima kasih ini akan lahirlah perasaan kasih sayang dan kemesraan. Namun apabila perasaan ini hilang (atau tidak wujud?), ia hanya mengundang kebencian dan perpecahan. Bukan itu sahaja Rasulullah SAW telah menjadikan sikap berterima kasih sesama manusia ini sebagai tanda seorang itu bersyukur kepada Allah. Sabda baginda SAW daripada Abu Hurairah r.a:


" مَن لمَ يَشكُرِ النَّاسَ لمَ يَشكُرِ اللهَ " .

Mafhumnya: “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

Sifirnya mudah, manusia itu hanya mampu memberi pertolongan yang sedikit, contohnya: memberi bantuan kewangan (barangkali sekadar beberapa ratus RM sekali sekala). Ia hanya sedikit. Sedangkan Allah SWT yang Maha Memberi ini memberikan nikmat dan rezeki-Nya setiap masa. Justeru, barangsiapa yang tidak mampu berterima kasih kepada yang sedikit bagaimana mampu untuk berterima kasih pada yang banyak?!

Bagaimana hendak berterima kasih kepada manusia? Rasulullah SAW mengajarkannya melalui sabda baginda:


وَمَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ.

Mafhumnya: “…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)

Membalas jasa orang yang pernah membantu kita adalah tanda utama sikap terima kasih, demikian juga mendoakan dengan ikhlas kebaikan untuknya. Namun selain itu banyak lagi tanda lain yang boleh dikenali, antaranya:

1. menyatakan perasaan berterima kasih itu

2. mengiktiraf bantuan yang telah diterima

3. tidak mencelanya seakan-akan tidak pernah ada hubungan atau jasa yang dilakukan

Inilah sikap yang patut ada pada diri seorang muslim yang baik, lebih-lebih lagi pada diri manusia bergelar pendakwah. Inilah yang dilakukan oleh Anas Bin Malik r.a ketika mana beliau memuji Jairi Bin Abdullah r.a, katanya:


" صحبت جرير بن عبد الله فكان يخدمني "

Mafhumnya: “Aku telah bersahabat dengan Jarir Bin Abdullah, dan dia sering membantuku”. (riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Kubra)

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur dan menganugerahkan nikmat-Nya yang melimpah ruah. Juga mudah-mudahan kita menjadi umat yang bersatupadu diikat oleh perasaan kasih sayang dan disulami rasa terima kasih sesama kita.

Abd. Rasyid Idris - 6:10 pm - 09/10/2008
(1260 reads)
Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.

-- HR. Abu Daud

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 85
Bots: 1
Total: 86
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster