Eidul Fitri : ‘berzuhud’ Sambil Bergaya
al-Fikrah

Oleh: Tanpanama ( tanpanama )

Hari raya fitrah kembali tiba, untuk sesi 1429 hijrah. Ramai yang gembira, dan ramai juga yang berdukacita. Tidak menjadi kesalahan untuk kita gembira, tetapi jangan lupa pada mereka yang berduka.

Salah satu kelaziman masyarakat kita ialah, apabila tiba hari raya, semua perkara fizikal mesti kelihatan serba baru. Adalah menjadi satu ‘kesalahan’ besar jika tidak membeli pakaian baru. Tetapi benarkah tuntutan Agama memestikan kita memakai pakaian baru?. Dihari raya, salah satu perkara yang penting buat lelaki ialah penampilan. Dalam penampilan tidak salah untuk bergaya, tetapi mestilah hati ‘dizuhud’kan terlebih dahulu.

Ramai umat Islam salah faham tentang konsep zuhud, sehinggakan ia membawa kepada kemunduran umat. Zuhud bukan bermaksud sengkek, bukan jua berpakaian compang camping, tidak juga badan berbau busuk, malah zuhud adalah berlawanan sekali dengan pemahaman sebegini.Apakah konsep sebenar zuhud ini? Saya membawakan beberapa kalam ulama’-ulama’ silam yang sememangnya tidak asing bagi kita….

Sufyan al-Tsauri berkata: “Zuhud dalam dunia adalah pendek angan-angan,bukannya memakai pakaian yang kasar atau memakai pakaian yang lusuh”.

Rabiah berkata: “Kepala bagi zuhud ialah mengumpulkan benda-benda dengan haknya dan meletakkan pada tempat yang berhak atasnya”.

al-Imam Abu Abdullah bin al-Qayyum al-Jauzi berkata: “Zuhud ialah kosong hati dari dunia, bukan kosong tangan daripadanya.Inilah zuhud orang-orang yang lebih mengenali Allah s.w.t dan inilah zuhud yang dikehendaki oleh hadith”.

Jelaslah disini bahawa zuhud tidak semestinya tidak boleh bergaya dan tidak menjadi kesalahan untuk kita bergaya pada hari raya, samada dengan berpakaian baru atau pun lama, tetapi mestilah berpakaian paling baik seperti yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w : Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Hadith diatas telah memberikan kita satu ‘petunjuk’ bahawa Nabi s.a.w sendiri mempunyai pakaian khas untuk hari raya. Jika jubah Menjadi pilihan baginda, adakah kita juga mesti berjubah? Bagi saya sudah tentu tidak, kerana ia bergantung kepada ‘urf masing-masing. Maka pakaian yang menjadi pilihan saya ialah baju melayu kerana saya berbangsa melayu. Disini bukan bermakna saya mengagungkan bangsa, kerana Agama tidak mengira bangsa, tetapi pakaian Bangsa itu juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita selagi mana pakaian itu tidak bertentangan dengan syarak.

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

Islam tidak menghalang penganutnya untuk bergaya, bahkan bergaya itu sangat-sangat di tuntut untuk menaikkan semangan diri dengan kemegahan diri (bukan bermegag-megah). Tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu memakai pakaian ratusan ringgit atau ribuan ringgi,hatta memakai kasut adidas limited edition sekalipun, tetapi mestilah bergantung kepada kemampuan diri dan memahami fiqh keutamaan (fiqh awlawiyat) dalam berbelanja.

Dalam perbelanjaan untuk penampilan hari raya, janganlah kita terlalu kedekut dan terlalu boros, kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Israa’ ayat 29 : “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.

Imam ibn kathir mentafsirkan ayat di atas seperti berikut: tangan terbelenggu maksudnya ialah kedekut, terlalu berkira. maksud terlalu menghulur ialah terlalu pemurah sehinggakan kepada pembaziran.

Bagaimana pula wangian yang berharga ratusan ringgit pada hari raya? pendapat saya , tidak mengapa selagi tidak mengabaikan keperluan kita yang lain dan tidak mengabaikan fakir miskin sekitaran kita. Malah ia sunnah yang dituntut untuk kaum lelaki.

Selamat Hari Raya & Selamat Bergaya… Maaf Zahir Dan Batin…



nuffnang_bid = "77b874c6fe3fb09bc3e203f3307b295d";
(4748 reads)
Toggle Content Related Links
 More about al-Fikrah

Most read story about al-Fikrah:
Kompilasi Rujukan Isu Wahabi

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Bila hilang budaya malumu lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 78
Bots: 1
Total: 79
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster