Bantahan terbuka kepada pengharaman buku “Pelik Tapi Benar” oleh KDN
Isu Semasa Sebagaimana yang telah dibuat oleh akhuna Masri bin Mohd Ramli,saya juga telah menghantar bantahan kepada berberapa akhbar tempatan.Mereka nak siar atau tidak,terpulanglah.Saya telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawab saya.Mari kita hantar lebih banyak bantahan,semoga pengharaman itu ditarik balik oleh KDN!

Assalamualaikum.Saya merasa hairan apabila dimaklumkan oleh seorang rakan apabila buku “Pelik tapi Benar” terbitan Telaga Biru.Justeru merasa terpanggil untuk mengemukakan bantahan terhadap pengharamannya.Namun,sebelum saya meneruskan bicara,saya mengajak para kaum muslimin secara amnya dan khusus ditujukan kepada mereka yang bertanggungjawab mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar” untuk sama-sama kita ,merenung firman ALLAH S.W.t iaitu:

(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.”(Surah al-An’am,ayat 104)

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(Surah al-Baqarah,ayat 209)

Setelah saya membaca buku yang ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman ini,saya mendapati isinya sangat relevan dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam di Malaysia,namun buku ini telah diharamkan tanpa sebarang penjelasan yang relevan.Lebih parah lagi,isi buku ini dikatakan telah menyeleweng dari ajaran Islam.

Sepanjang penelitian saya,Ustaz Abdul Rahman telah mengemukakan perbahasan yang sangat ilmiah mengenai perkara-perkara yang dibenarkan dalam solat,namun dipandang pelik oleh sebahagian umat Islam yang tidak mengetahui perkara tersebut.Bahkan kebanyakan hujjah yang digunakan oleh beliau adalah diambil daripada pendapat ulama-ulama yang muktabar,sama ada ulama silam,seperti Al-Imam An-Nawawi,Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani,Al-Imam Ibnu Taimiyyah,Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah atau ulama-ulama terkini seperti Dr Wahbah Az-Zuhaili dan ramai lagi.

Ustaz Abdul Rahman juga telah mengemukakan dalil-dalil yang berasal dari al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan tonggak utama kepercayaan seorang Islam,tidak kira apa pun mazhab yang dipegangnya.Malahan hadis-hadis yang digunakan dalam buku ini telah dibuktikan Sahih dan dipetik dari kitab-kitab hadis yang muktabar,seperti Sahih Bukhari,Shahih Muslim dan sebagainya.Maka dakwaan buku ini menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada kaum Muslimin amat tidak berasas berdasarkan firman ALLAH:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-Hujrat,ayat 1)
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
”(Surah al-Ahzab,ayat 21)

Juga sebagaimana sabda rasulullah S.A.W:
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”( Nombor 1727,Al-Muwatta’ ,al-Imam Malik ,cetakan Dar Fikr,Beirut)
“…Maka, sesiapa yang tidak ikut Sunnahku, dia bukan dari (kalangan umat) ku”( Sahih Al-Bukhari, No: 4776 Cetakan Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, dan Sahih Muslim No: 1401 Dar al-Ihya’ at-Turath al-‘Arabi, 1991)

Tidak timbul isu pertentangan amalan dalam buku ini dengan amalan masyarakat Malaysia yang beramal dengan Mazhab al-Imam As-Syafi’I,kerana al-Imam as-Syafi’i juga mengambil nas-nas dalam menetapkan sesuatu hukum daripada Al-Quran dan As-Sunnah.Bahkan terdapat satu kata-kata Imam Syafi’i yang popular iaitu:

Bila SAHIH sesuatu hadis tu,maka itulah Mazhabku”(An-Nawawi,dalam kitabnya,Al-Majmu’ juga dinisbatkan kepada al-Hakim dan al-Baihaqi)

Maka atas hujah-hujah yang saya tegakkan,maka saya tidak teragak-agak membantah pengharaman buku “Pelik Tapi Benar “ oleh Kementerian Dalam Negeri dan saya minta agar pengharaman buku ini dikaji dengan saksama dan adil sebagaiman firman ALLAH:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujrat,ayat 6)

Hamba yang mengaharapkan reda ALLAH,
Muhammady7
(1662 reads)
Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 4


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Janganlah kamu berlebihan memuji/menyanjungku sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan memuji Isa bin Mariam. Aku tidak lain hanyalah hamba Allah. Maka kamu ucapkanlah (tentangku); "'Abdullah Wa Rasuluhu (Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya)

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 56
Bots: 1
Total: 57
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster