Dosa di Facebook(dan lain-lain)
Isu Semasa I keep telling myself and everyone who would listen that life is about making choices.
Katakanlah, anda ada merasakan tak puas hati dengan seseorang.
Terpulanglah, siapa pun anda.

Jika anda rakyat marhaen yang bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi, anda tak puas hati kerana kerajaan suka sangat naikkan harga minyak.

Atau anda merasakan sebagai seorang tholibul 'ilmi (penuntut ilmu), anda tak puas hati melihat Ustaz A suka burukkan Ustaz B tanpa dasar ilmu. Begitu juga apabila orang-orang jemaah X suka mengutuk-mengutuk jemaah G dan orang jemaah G tak puas hati jugak dengan jemaah X dan bla3 the story never seems to end does it?

Belum masuk lagi bab grup salafi ultraman, salafi ori, salafi haraki, masing-masing boleh pulak mengutuk pihak yang lain dengan penuh sinis, dan tiada langsung rasa rahmah untuk menjaga ukhwah. Oh, lupa sebab 'lawan' mereka bukan ahlussunnah... Katanya begitulah... Begitukah? Allahua'lam.

Atau sebagai seorang yg gigih memelihara tazkiyatunnafs, anda tak puas hati bila program yang anda hadir yang konon Islamik pergi pasang muzik yang macam entah apa-apa dan tak menambah iman pun! huh! Banyak ikhtilat, tak menjaga, itu, ini, (sambil meneruskan menyenaraikan 1001 keburukan yang ada)

Baiklah, saya rasa seperti sudah banyak memberi contoh, mungkin terlebih pula-_-' maaf jika agak exaggerate......

'Akhlak yang buruk itu merosak amal bagaikan cuka merosakkan madu'

Anda, siapapun anda, mungkin saja benar. Mungkin saja.
Andai segala apa yang disampaikan itu diselarikan dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw, saya pasti orang yang berakal tidak akan berasa marah.

Namun harus diakui, andaipun kita benar, belum tentu cara kita juga benar.

Pernah dengar, matlamat tidak menghalalkan cara? Cuba kita aplikasikan dalam hal ini.

Renungkanlah beberapa rungkai hadith junjungan mulia Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata, "Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah (orang) yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, shalat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dan ganti tebusan atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka." (HR. Muslim)

Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah yang dijauhi manusia karena ditakuti kejahatannya. (Mutafaq'alaih- HR. Bukhari&Muslim)

Dua sifat tidak akan bertemu dalam diri seorang mukmin yaitu kikir (bakhil) dan akhlak yang buruk. (HR. Ahmad)

Orang yang paling dibenci Allah ialah yang bermusuh-musuhan dengan keji dan kejam. (HR. Bukhari)

Tidakkah hadith-hadith di atas menggerunkan kita? Tidakkah kita takut? Tidakkah kita merasa kita telah termasuk daripada orang yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas?

Dan tambahan pula, segala perkara yang anda tak puas hati itu, diluahkan di Facebook(dan lain-lain)

Terpulanglah jika merasakan apa yang diluahkan itu merupakan hak anda, itu wall anda, dan cuma orang yang anda benarkan boleh melihatnya, bukan satu dunia. Boleh jadi itu jawapan yang boleh dikeluarkan... Baiklah.

Tetapi, di mana pula anda mahu meletakkan hak orang yang melihatnya, yang berhak untuk melihat sesuatu yang baik, yang merasa kecewa, sedih, keliru, dan macam-macam lagi melihat 'drama' yang berlangsung secara 'live' di Facebook itu.

Fikirkanlah perasaan mereka apabila melihat orang-orang yang dirasakan sebagai kakak dan abang, malah ustaz, murabbi, yang sangat terpercaya dan mudah terpengaruh melihatnya? Sedangkan anda belum terbukti benar, orang(atau orang-orang) yang diperkatakan itu belum tentu salah 100%, ada timbangan antara kebaikan dan keburukan yang harus diambil kira, bukan sahaja daripada aspek samada anda benar atau salah, namun termasuklah juga dari aspek pendengar, adakah mereka sudah mampu untuk memahami apa yang cuba disampaikan? Ataupun akal mereka masih tergapai-gapai mahu mengenal Islam, kita sudah membuatkan mereka lebih pening dan terus pening.

Dan belum pula masuk kepada bab cara bagaimana ianya disampaikan kepada orang awam. Adakah dengan niat ikhlas untuk menyampaikan atau mahu menegakkan pendirian yang dirasakan 100% benar walau apa sekalipun yang berlaku. Anda tetap benar, kerana mendapat ustaz yang thiqah, yang dirasakan sebagai ahlussunnah yang mulia (bukankah mereka tidak maksum?), kerana murabbi anda mengatakan demikian, kerana jemaah anda berpandangan demikian.

Adakah kita nampak trend ini? Trend iaitu kita percaya kerana itu kepercayaan orang yang kita percaya. Maka apa beza kita dengan orang-orang terdahulu, yang mengatakan aku hanya mengikuti agama nenek moyangku?

Kita mendirikan asas bahawa Islam itu adalah Islam yang diyakini atas pencarian, atas ilmu, namun kita meruntuhkannya apabila kita ada sikap taksub.

"Aku taksub dengan kebenaran"

Alangkah indah kenyataan ini... Kenyataan ini benar. Saya sangat setuju.
Namun hilangkanlah rasa sombong, rasa megah, dan didiklah hati agar tunduk dan mengakui bahawa kita tidaklah mengetahui segala-galanya...
Mungkin apa yang kita ketahui hanyalah 12%, 50%, 70% berbanding orang lain.

Dan izinkanlah saya bertanya, adakah kita benar-benar boleh mengukur sejauh mana kita benar dan pasti benar? Atau lebih mudah, bolehkah kita meletakkan angka?

"A+B+C= X, maka ini terbukti bahawa aku adalah orang yang lebih bijak dan lebih berilmu daripada encik P, cik Q dan Datuk K." Ops tersebut Datuk K pula. Ok kita tukarlah kepada Datuk R.

Hmm... Nauzubillahi minzalik. Semoga dijauhi daripada sikap sebegini.
Inilah pandangan saya... dan inilah yang sudah lama dipendam.

Bagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Islam jika ukhwah sesama muslim rapuh, malah roboh?
Adakah ianya mungkin?
Mungkinkah ianya terjadi jika tiada sikap mengasihi sesama muslim? Dan yang tinggal hanyalah apa?

Saya sedih dan sangat sedih jika ada yang bermudah-mudah mengatakan dia ini begini dan begitu.
Jadi, andai dia A atau Z sekalipun, bukankah dia muslim?

Andai jawapan yang diberikan setelah membaca penulisan yang (agak) emosi ini adalah sama seperti sebelumnya, maka, kita serahkanlah kepada Allah.

Berlemah lembutlah sesama muslim... Dan cubalah untuk berlaku adil kepada saudara seagama anda. Jika tiada yang baik mahu diperkatakan, lebih baik tidak berbicara.

Sering sahaja kita nampak dengan jelas kesalahan orang lain, yang menunjukkan gambar yang tidak menutup aurat, ikhtilat yang melampau, kita nampak sungguh-sungguh kesalahan orang lain. Namun kesalahan diri kita tiada siapa yang mahu menjadikan isu. Bukankah malang jika tiada yang mahu menasihati kita dan memperbetulkan kesalahan kita...?

Inilah nasihat daripada saya yang tersangatlah dhaif ini. Terpulang, jika ada kebaikan sedikitpun yang diambil, ambillah dan doakanlah si penulis. Dan jika ada kesilapan, tegurlah, insyaAllah saya sedia. Nasihatilah saya, dan semoga Allah memudahkan saya untuk mengikuti petunjuk.

Tiada ilmu yang boleh diambil daripada saya. Saya bukan ustazah. Jauh, jauh dan jauh sekali.

Namun jika ada terselit walau sedikitpun kebenaran daripada kata-kata ini, ambillah.

Andai orang gila mengatakan sesuatu yang benar kepada anda, ambillah. Kerana kebenaran itu milik Allah, dan terserah kepada Dia mahu memberikannya kepada siapa. Orang gila itu tidaklah diterima kesaksiannya.

Namun jika dia benar gila dan tidak mampu mengawal percakapannya, maka perkataan itu datang dari siapa pula... yang baik itu pastilah hanya dari Allah.

Sekian. Inilah pandanganku.

"Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah"

Moga Allah sentiasa melorongkan hati kita kepada kebenaran... Mintalah kepada Dia.

p/s: Saya memutuskan untuk tidak mengedit tulisan ini. Ya, saya akui ianya agak berbaur emosi, namun ia datang dari hati. Saya emosi bukan saja-saja, namun atas dasar cinta dan sedih melihat keadaan umat Islam saat ini. Cukuplah kita belajar daripada sejarah... dan semoga penulis menjadi orang yang paling mengambil pengajaran daripada tulisan ini.

p/s2: Komunikasi itu sangat penting. Sangat. Dan sewaktu masih di tahun 1, kuliah tentang komunikasi- dapat dipelajari bahawa komunikasi yang berkesan itu bermaksud kedua-dua pihak saling mengerti apa yang mahu disampaikan. Jika itu tidak dicapai, maka tidaklah ianya komunikasi yang berkesan. Semoga kita saling berusaha dan tidak pernah berhenti berusaha untuk memahami orang lain, dan juga memahamkan kepada orang lain sebagaimana yang kita fahami.

Allahua'lam.
(1141 reads)
Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Orang yang paling dibenci Allah ialah yang bermusuh-musuhan dengan keji dan kejam.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 109
Bots: 0
Total: 109
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster