KES PENIPUAN WANG AHLI AFN
Sains dan Teknologi KES PENIPUAN WANG AHLI AFN


Pihak Pentadbiran AFN telah mengenalpasti bahawa terdapat individu tertentu yang melakukan tipu daya terhadap warga AFN dengan meminjam wang tanpa dipulangkan.

Pihak Pentadbiran AFN memandang serius hal ini kerana beberapa isu timbul iaitu:

1- Individu tersebut meminjam wang daripada warga AFN, tetapi tidak membayarnya. Ini menyalahi ajaran Islam yang menegaskan kewajiban membayar hutang.

2- Individu tersebut menipu dengan menyatakan bahawa akan membayar sekian banyak pada sekian tarikh. Ini menyalahi sunnah Nabi yang mengatakan bahawa sesiapa yang menipu kami bukan dari kalangan kami.

3- Individu tersebut sanggup bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Walau bagaimanapun, sumpah tersebut ternyata dusta dan hanya untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan sama ada individu tersebut sedang bermain-main dengan agama dan tidak takutkan `azab Tuhan, atau dia tidak benar-benar mempercayai Tuhan.

4- Individu tersebut membawa imej agama dan ahli AFN, tetapi jelas perbuatan seperti yang dinyatakan di atas mencalarkan imej agama dan AFN.

Justeru, Pihak Pentadbiran AFN menasihatkan kepada semua warga AFN agar tidak melayan mana-mana individu yang cuba meminjam wang atas sebarang alasan, melainkan dirujuk dahulu perkara tersebut kepada mana-mana Moderator/ Panel/ Founder dengan segera.

Pastikan setiap peminjaman dibuat secara bertulis dengan dua orang saksi.

Jangan sekali-kali menggunakan Internet Banking atau Online Transfer, sebaliknya wang yang hendak dipinjamkan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan menandatangani surat perjanjian dengan dua orang saksi.

Jika anda telah menjadi mangsa, sila buat laporan polis. Anda digalakkan menyerahkan salinan laporan polis kepada Moderator/ Panel/ Founder untuk rekod sulit AFN.

Pihak Pentadbiran AFN berlepas diri daripada individu tersebut, dan perkara seperti ini sentiasa cuba dibanteras daripada berterusan.
(2689 reads)
Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by Ibn_Firdaus on Sunday, August 14, 2011 (21:42:35)
Abusapik ? Suspicious...

subhanallah ~ Semoga Allah melindungi kita semua.

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by jihad4u on Monday, August 15, 2011 (00:58:33)
kenapa dia tidak pernah berubah ek..

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by sisyahid on Sunday, August 14, 2011 (21:40:40)
bimbang juga kaalu akaun kita dihack orang lain... minta tanayyun betul2

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by cikgurahim on Sunday, August 14, 2011 (17:53:51)
kpd yg berkenaan, taubat dgn segera..kematian bisa menjemput kita tanpa amaran,,

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by jihad4u on Sunday, August 14, 2011 (19:07:19)
boleh saya tahu siapa penjenayah tersebut..inbox saya nama beliau.

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by kemabaik on Sunday, August 14, 2011 (19:30:18)
jangan terpedaya dengan status atau luaran seseorang ... saya terus bagi pinjaman disebabkan faktor ini lah plus orangnya pula sgt dikenali di AFN.. Disebabkan itulah saya tak terfikir langsung sikapnya sebegini rupa .. pengajaran sgt mahal buat diri saya ..

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by abusapik on Monday, August 15, 2011 (07:23:35)
Siapa hamba Allah tersebut? Boleh sesiapa beritahu kepada saya tak melalui pm inbox... nak tahu saja dan berhati2

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by abu_ulwan on Monday, August 15, 2011 (15:07:33)
Dah pinjam byr la. kalau belum mampu nak byr, slow talk la. Perangai munafiq ni. Moga boleh berubah. Wallahul musta'an..

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by Mohd.Ikram on Tuesday, August 16, 2011 (00:06:09)
Aish.... Con ni mmg bikin panass..

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by ibnuabbas on Tuesday, August 16, 2011 (07:04:18)
Allah Allah,

Kenapa benda ni berlaku.

Dah banyak kali orang yang sama?

Nak kena buka aib jugak ker?

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by al-fauzani on Wednesday, August 17, 2011 (19:29:58)
orang sama lagi ke ni?ish....

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by laboo on Thursday, August 18, 2011 (00:50:10)
orgnya masih aktif lg ka? baik bg hint kalao tak mau bgtau pon dari dok tersilap sangka kat org. kalo boleh pm inbox saya maybe dapat mengambil langkah berhati-hati.

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by kemabaik on Thursday, August 18, 2011 (10:21:26)
Bayar laa .. nak raya dah nii .. Sweat Drop

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by cikgurahim on Tuesday, September 27, 2011 (08:03:26)
dah lama artikel ini. harap tukar kpd artikel yg positif dan menceriakan...
No1

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by kemabaik on Friday, August 26, 2011 (20:08:20)
Tak bayar jugakla nampaknya .. last dia janji hari tu (setelah beberapa kali berjanji sebelum ni) 26hb nak bayar ..kalau tak bayar jugak katanya boleh expose kat fb pasal dia ..

Patutla fb dia pun dah takde skrg ..

| Parent

Re: KES PENIPUAN WANG AHLI AFN (Score: 1)
by jaafar on Saturday, August 27, 2011 (22:26:20)
Maybe boleh pm saya bagi langkah berjaga-jaga... No1

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Sains dan Teknologi

Most read story about Sains dan Teknologi:
Kurma : Hadith dan Sains

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 3


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Barangsiapa yang mengada-ada (memperbuat sesuatu yang baru) di dalam urusan kami ini (agama) sesuatu yang bukan bersumber padanya (tidak disyari'atkan), maka ia tertolak.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 71
Bots: 0
Total: 71
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster