[SUKA DUKA SEORANG PENDAKWAH]Ikuti Kisah Perjuangan Dr Abdullah Yasin
Tokoh Sunnah SUKA DUKA SEORANG PENDAKWAH


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّــا ، وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ ، فَلَيَعْلَمّنَّ اللهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِيْنَ (3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ( Al-“ankabut : 2-3)



MUKADDIMAH :



Nama “ Abdullah Yasin “ selalu dihubungkaitkan dengan penceramah bebas yang penuh kontroversi, pencetus huru hara dan pemecah perpaduan umat Islam di rantau Asia Tenggara. Demikianlah yang selalu kita dengar. Apakah sebenarnya latar belakang pendidikan agamanya, warganegaranya, pekerjaan tetapnya dan lain-lain. Malahan insan kerdil ini pernah menjadi bahan perbincangan dan perdebatan di dalam Dewan Rakyat Parlemen Malaysia ke 12, Penggal Pertama, Musyawarat Pertama Bil 7, Khamis 8hb Mei 2008. Sila layari : http://www/. ibnuhasyim.com/2008/05/ulama-wahabi-mengapa-mereka-ditangkap.html



Supaya tidak menjadi fitnah berkepanjangan, saya merasa sudah tiba masanya yang tepat untuk saya membuat pendedahan terbuka agar masyarakat amnya dan para jamaah yang setia khasnya mendapat maklumat yang tepat. Pendedahan ini ada kaitannya dengan pembebasan beliau daripada tuduhan mengajar tanpa tauliyah (izin khas mengajar agama) oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) setelah melalui pembicaraan Mahkamah Syareah Petaling Jaya selama lima tahun sejak April 2006 hingga Mei 2011.



PENGENALAN :



Abdullah Bin Yasin, lahir di Pulau Terong, Kecamatan Belakang – Propinsi Riau – Indonesia pada 5 Julai 1946. Ayahnya Hj Mohd Yasin dan ibunya Fatimah anak seorang ulama terkenal di kawasan Batam, namanya Hj Abdul Ghani Bin Abdul Jalil yang kerana kekhusyuannya beliau mendapat gelaran Haji Kosok yang diambil dari (خشوع ) : Khusyu’ dalam solat.

Sejak kecil lagi setelah menyelesaikan Sekolah Dasar (Sekolah Renah) dan Madrasah Ibtidaiyah di kampungnya, Abdullah Yasin sudah keluar menacari ilmu agama. Sekolah Menengah Agama dan beberapa Universiti Islam di dalam dan di luar negeri sebagaimana perinciannya akan dipaparkan dibawah. Paparan ini sekali-kali tidak bertujuan untuk berbangga diri tetapi sekedar pendedahan untuk menepis tuduhan liar yang mendakwa kononnya pendakwah ini telah mengajar ajaran songsang dan menyesatkan umat.



PENDIDIKAN :



1953 – 1959 : Sekolah Dasar XII dan Madrasah Al-Hikmah Pulau Terong.

1960 – 1964 : PGAN ( Pendidikan Guru Agama Negeri ) – Tg.Pinang – Indonesia.

1964 – 1966 : PGAAN ( Pendidikan Guru Agama Atas Negeri ) – Pekanbaru – Indonesia.

1967 – 1970 : BA – Fakulti Tarbiyah – Jurusan Bahasa Arab – IAIN Susqa (Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Qasim ) – Pekanbaru – Indonesia.

1970 – 1971 : IAIN Syahid ( Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah ) – Jakarta.

1972 – 1976 : LC ( Al-Syeikh) – Fakulti Dakwah Dan Ushuluddin – University Islam Madinah – Madinah – Arab Saudi.

1976 – 1980 : MA – Jurusan Fiqh Al-Muqarah ( Perbandingan Ilmu Fekah ) – University Islam Imam Muhammad Ibnu Sa’ud – Ryadh – Arab Saudi.

1990 – 1995 : PhD – Islamic Study – American Coustline University – Lousiana – United State Of America.




PEKERJAAN :

Sejak Ogos 1980 saya bekerja sebagai Pegawai Dakwah – di Maktab Al-Mustasyar Al-Islamiy (Islamic Cousellor) – Kedutaan Arab Saudi, sebuah badan rasmi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Jadi bukan pendakwah bebas sebagaimana selalu disebut-sebut



Dengan latar belakang pendidikan agama yang dimiliki secara formal lebih 40 tahun, Abdullah Yasin giat menyampaikan ilmu agama bukan saja di Semenanjung Malaysia, tetapi juga di Sabah dan Sarawak, Singapore, Selatan Thailand dan Indonesia.



Tiga tahun sebelum bersara ( 2006 – 2009 ) saya ditugaskan untuk membantu IPTIPs (Institut Pendidikan Tinggi Islam Perlis) – di Beseri – Perlis. Syukur Al-Hamdulillah, disini saya berpeluang pula mendidik pemuda-pemuda, selain pelajar tempatan dari Perlis, Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, juga pelajar dari berbagai Negara, antaranya : Thailand, Vietnam, Kamboja, Singapore, China.



Umur bersara (pencen) di Unit Dakwah tersebut adalah 63 tahun. Jadi tepat bulan Julai 2009 umur saya genap 63 tahun dan saya memilih untuk bersara, walaupun diperbolehkan untuk diperpanjang. Keputusan ini saya ambil untuk membolehkan saya lebih bebas untuk membantu beberapa institusi pendidikan yang saya bina di Batam – Indonesia dan beberapa sekolah di Kampung Cham dan Batambang di Kamboja.



TAULIAH :



Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa setiap pendakwah di Malaysia wajib memiliki Tauliah yakni izin mengajar agama yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama setiap negeri. Saya yakin tujuan utama adanya peraturan ini supaya ajaran sesat dapat disekat dan jangan berleluasa berkembang, seperti ajaran Ayah Pin, Rasul Melayu, Qadini, Syiah, Tariqat sesat dan lain-lain, bukan bertujuan untuk menyekat kebenaran Al-Quran dan Al-Sunnah.



Walaupun saya sudah ada “Tauliah Besar” dari Kerajaan Arab Saudi, namun untuk menghormati ketentuan Kerajaan Negeri, saya segera memohon Tauliah dari JAIS dan JAWI, sebab di dua negeri inilah yang paling banyak aktibiti dakwah saya lakukan.



Ternyata hasil permohonan demi permohonan tidak begitu menggembirakan. Kepada JAIS saja tidak kurang 6 (enam) kali permohonan saya ajukan dan mengikuti interview lisan dan ujian tulisan, namun hasilnya sentiasa mengecewakan. Jawapan dari JAIS sentiasa berbunyi : “Dukacita dimaklumkan permohonan tuan tidak dapat kami luluskan”, tanpa menyebut apa sebabnya. Saya yakin semua soalan sudah saya jawab dengan sempurna. Padahal syarat untuk memohon tauliah memadai lulus 4 (empat) Thanawiy (Sekolah Menengah Agama).



Atas dasar keyakinan bahawa setiap insan wajib berdakwah (lihat nota 024) ditambah pula sebagai pegawai dakwah dari Kedutaan Arab Saudi, saya merasa berkewajiban menjalankan tugas dengan baik. Saya teruskan usaha dakwah walaupun tanpa tauliah dari kerajaan negeri sebab bagi saya jika ajaran saya didapati sesat maka adalah menjadi kewajipan pihak Pemerintah Malaysia untuk menutup serta merta Unit Dakwah Islamic Cousellor – Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur Malaysia.



DAKWAH DAN MENULIS :



Menyadari akan stuasi dan kondisi yang berlaku dan dilemma yang saya hadapi , saya mengambil langkah sangat berhati-hati dalam berdakwah. Oleh itu, agar dakwah yang saya jalankan tidak mudah dituduh sesat dan menyimpang, maka saya mula menulis nota sebagai bahan yang akan saya ajarkan supaya boleh dipertanggung-jawapkan bila perkara yang tidak diinginkan terjadi.



Walaupun menyediakan nota lengkap dan memperbanyaknya untuk menjadi bahan tatapan para jamaah setiap akan mengajar memerlukan banyak masa untuk mengkaji, menulis dan mencari rujukan, namun berkat kesungguhan akhirnya menampakan hasil yang sungguh menggembirakan. Mengajar dengan berpandukan nota, bukan saja membuat para jamaah lebih konfiden dan yakin kerana lengkap dengan hujah dan dalilnya, tetapi juga nota tersebut boleh mereka pergunakan untuk membimbing anak-anak di rumah dan keluarga serta rakan-rakan yang lain. Selain faedah tersebut, juga secara tidak langsung saya ingin membuktikan kepada semua pihak, khasnya mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri bahawa ajaran saya bukan sesat sebagaimana digembar-gemburkan, tetapi semuanya lengkap dengan dalil dan hujah dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih.



Himpunan dari siri nota-nota setiap pelajaran itulah akhirnya saya jadikan buku. Al-Hamdulillah, setelah berdakwah 31 tahun (1980 – 2011) hari ini saya sudah berhasil menulis 40 (empat puluh) buku yang berkaitan agama Islam. Selain cabang-cabang ilmu Islam, saya lebih banyak mengkaji perkara yang berkitan denga Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Tafsir Al-Quran. Bagi saya dua perkara ini sangat-sangat penting, ditambah pula subjek-subjek ini kurang banyak ditulis oleh ulama Nusantara..



Al-Hamdulillah hingga kini saya sudah menulis lengkap 9 (Sembilan) Juz Tafsir Al-Quran, iaitu Juz 1 hingga Juz 8 dan Juz 30. Dan Aqidah pula sudah 3 (tiga) buku, Jilid 1, 2, 3. Dan buku Ke Arah Memahami Al-Quran dan Al-Hadsi pula 5 (lima) buku, Jilid 1,2,3,4,5. Sedangkan tajuk-tajuk lain pula tentang solat, puasa, haji umrah, wirid harian, doa dan zikir, solat sunat, pedoman sujud, solat musafir, pendinding dari gangguan syaitan, konci rezeki, hakikat dua kalimah syahadat dan lain-lain.



PENANGKAPAN :



Demikianlah, pada suatu hari bulan April 2006 ketika sedang mengajar kaum ibu tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 14 higga ayat 20, di dalam Dewan Sebaguna Sesyen 4 Petaling Jaya, kami didatangi oleh bahagian inforcment (penguatkuasaan) JAIS tidak kurang dalam bilangan 10 orang, lalu saya ditangkap dan didapati bersalah kerana mengajar agama tanpa Tauliah. Barang-barang bukti mengajar dirampas seperti sebuah Al-Quran Terjemahan, beberapa batang pen dan penghapus white board.



Kerana waktu itu sudah petang, lalu saya dibawa ke Balai Polis Sie Park Petaling Jaya untuk diambil kenyataan dan jaminan. Setelah menyelesaikan proses di Balai Polis dan ikat jamin, saya dilepaskan dengan syarat keesokan harinya wajib hadir di Pejabat JAIS untuk diambil kenyataan dan pengakuan.



Sebagaimana dijanjikan keesokannya saya menghadirkan diri ke Pejabat JAIS dan diikuti beberpa jamaah yang sempat mengetahui tentang penangkapan. Beberapa kaum ibu yang menghadiri ceramah tersebut diambil kenyataan masing-masing sebagai saksi.



Saya disuruh masuk ke dalam bilik seorang pegawai bertugas untuk membuat siasatan yang lebih menyeluruh. Dalam perbincangan tersebut, pegawai berkenaan meminta agar saya mengaku bersalah kerana mengajar tanpa tauliah. Saya bertanya : Apakah kesannya jika saya mengaku bersalah dan bagaimana pula jika saya tidak mengaku bersalah ?



Jawapannya : Jika mengaku bersalah ketika ini, maka perkara ini tidak diperpanjangkan, namun untuk terus berdakwah mesti memiliki tauliah. Dan sekiranya tidak mengaku bersalah, maka perkara ini akan dibawa ke Mahkamah Syareah, yang jika kelak didapati bersalah, maka hukumannya penjara selama 2 (dua) tahun atau/dan denda RM3000 (Ringgit : Tiga Ribu sahaja).



Saya ketika itu memilih untuk “tidak mengaku bersalah” dan mohon perkara ini dibawa ke Mahkamah. Alasan saya memilih “tidak mengaku bersalah” ialah, antaranya :



1. Saya memiliki kelayakan yang cukup untuk berdakwah / mengajar agama.

2. Saya sudah memohon tauliah beberapa kali dan mengikuti temuduga.

3. Saya ingin mengetahui keputusan Mahkamah apakah jenis kesesatan yang saya telah ajarkan.



KEPUTUSAN MAHKAMAH :



Setelah melalui pembicaraan Mahkamah lebih 5 (lima) tahun (April 2006 – Mei 2011) dan selama itu wajib menghadirkan diri ke Mahkamah setiap dua atau tiga bulan. Saya kira hampir 20 (dua puluh) kali turun naik Mahkamah. Selama itu pula (5) lima orang saksi dari pihak pendakwaraya ditanya dan diminta keterangnnya masing-masing. Lima orang saksi tersebut memberi keterangan hampir sama antara satu dengan lainnya. Pihak saksi tidak berhasil meyakinkan Hakim. Diantaranya ketika Hakim bertanya : Apakah kamu sendiri mendengar ceramah yang disampaikan oleh OKT (Orang Kena Tuduh) ? Jawapan semua saksi : Kami tidak mendengar sendiri apa yang OKT sampaikan, tetapi kami hanya mengetahui melalui pertanyaan kami kepada para juamaah yang hadir. Demikian juga jawapan para saksi bercanggah tentang tempat, ada yang mengatakan : Ceramah tersebut diadakan di Sesyen 4 Petaling Jaya dan ada pula saksi yang menyebut di Jalan 4 Petaling Jaya. Sedangkan sesyen dan jalan adalah dua yang berbeza.



Hakim mendapati keterangan para saksi pendakwaraya tidak kuat, malahan mengandungi banyak keraguan. Akhirnya saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari segala pertuduhan. Walaupun saya gembira dengan keputusan Mahkamah tersebut, namun saya masih kurang puas hati sebab Hakim membebaskan saya atas sebab-sebab teknikal, bukan menjurus kepada isi ajaran yang saya sampaikan.



Saya yakin pihak hakim serba salah dalam menentukan keputusan sehingga beberapa kali keputusan pembicaraan ditangguhkan. Pada mulanya diumumkan keputusan mahkamah akan didengar pada 3 Mac 2011 yakni dua bulan sesudah pembicaraan. Kemudian tarikh tersebut ditangguhkan pula ketarikh baru, iaitu 21 April 2011. Tarikh kedua ini ditangguhkan juga ke tarikh ketiga, iaitu : 26 Mei 2011. Akhirnya, Mahkamah memutuskan saya tidak bersalah dan diguguyrkan dari semua pertuduhan.



TERIMA KASIH :



Dalam kesempatan ini saya tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih atas doa ikhlas para jamaah yang tidak henti-henti memberi semangat dan sokongan moril sehingga saya tidak merasa keseorangan dalam mengahadapi ujian Allah ini. Dengan bekal keyakinan bulat bahawa Allah pasti menolong hamba-Nya yang berjuang di atas jalan-Nya. Setiap kebenaran yang diperjuangkan pasti akan menghadapi rintangan. Halangan yang saya dihadapi hari ini sangat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan orang-orang soleh zamam silam.



Orang paling berjasa dalam hal ini ialah Peguan Syar’iy Tertuduh yang terkenal Puan Kamar Ainiyah. Beliau mengendalikan kes saya dengan sangat baik sekali dan ikhlas tanpa meminta bayaran dalam jumlah tertentu sebagaiamana biasa, kecuali sekedar sagu hati sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas pengorbanan beliau menghabiskan banyak tenaga dan masa membela saya selama lima tahun. Beliau telah dibantu oleh Peguan yang tidak asing lagi Tuan Pawanceek serta penolongnya Siti Aira. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas bantuan mereka semuanya. Hanya Allah SWT saja yang akan membalasnya kelak di ahirat.



Saya juga tidak lupa mengucapkan jazahumullah khairan kathira kepada isteri tersayang yang sentiasa menyuntik semangat dan mendapingi saya setiap kali ke Mahkamah, juga sokongan empat anak lelaki saya yang kesemuanya kini bertugas sebagai guru agama di sekolah kerajaan di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Terakhir kepada Pengerusi dan AJK Pertubuhan Kebajikan Al-Nida’ Malaysia, khasnya Pak Din (Zainuddin Alang Mamat) yang tidak bosan-bosan mengikuti perkembangan kes saya dari masa ke masa.





PENGAJARAN :



Diantara pengajaran berguna yang dapat diambil dari peristiwa diatas ialah :



1. Sudah menjadi Sunnah Allah (Ketetapan Allah) bahawa setiap kebenaran yang cuba disampaikan pasti akan ada pihak yang menentangnya. Semua rasul menghadapinya malahan ada sampai ke peringkat dibunuh, seperti Nabi Zakaria dan anaknya Yahya.

2. Kebenaran ialah segala yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. (Al-Baqarah : 47) Pendakwah kebenaran mesti yakin bahawa Allah SWT pasti akan menolong siapa yang memperjuangkan agama-Nya.

3. Setiap muslim dan muslimat mesti yakin bahawa pada setiap kesulitan pasti akan muncul sesudahnya kemudahan. (Al-Insyirah : 5-6). Allah SWT akan sentiasa bersama dan menolong orang-orang yang sobar (Al-Baqarah : 153).

4. Berkat mendapat tindakan dari pihak JAIS ketika menyampaikan kebenaran, maka akhirnya saya berjaya menghasilkan lebih 40 (empat puluh) buku tentang Islam, khasnya dalam subjek Tafsir Al-Quran dan Aqidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah.

5. Berkat perpindahan tugas dari Lembah Kelang ke Perlis, akhirnya saya dapat membina beberapa pemuda yang faham sunnah, sama ada dalam negeri atau dari Negara-Negara luar sehingga mereka kini menjadi duta sunnah di negeri masing-masing dan membina sekolah-sekolah agama.

6. Oleh itu, jika anda mendapat kesenangan maka segeralah bersyukur. Tetapi jika anda dilanda musibah atau ujian Allah, maka jangan cepat give up atau serik atau panic atau menggelabah. Sebenarnya disebalik ujian Allah itu ada nikmat dan hikmah yang tersembunyi.

7. Rasulullah SAW pernah ditanya : Siapakah manusia yang paling banyak diuji Allah ? Nabi menjawab : Para Nabi. Baginda ditanya lagi : Kemudian siapa lagi : Jawab Nabi : Orang-orang soleh. Selanjutnya Nabi SAW bersabda : Semakin kuat pegangan agama seseorang, maka semakin banyak ujian yang akan dihadapinya. ( HR Tamidzi – Sahih )


SUMBER: http://www.facebook.com/notes/abdullah-yasin/suka-duka-seorang-pendakwah-025/177041605685598
(1967 reads)
Toggle Content Related Links
 More about Tokoh Sunnah

Most read story about Tokoh Sunnah:
SIAPA PENCETUS PERTAMA ISTILAH WAHHABI?

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 263
Bots: 1
Total: 264
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster