Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian
Isu Semasa


Apabila 200 orang Syiah ditangkap Jais, maka pelbagai lontaran idea diberikan untuk menyekat kemaraan aliran sesat ini menular. Ada yang menyarankan supaya diadakan debat. Ada yang menyarankan agar diskusi dan ada yang menyokong agar kuasa pemerintah digunakan. Ini semua merupakan cadangan-cadangan golongan pemikir yang sayangkan islam dan kesuciannnya daripada sebarang pencemaran dan penyelewengan.

Malangnya mungkin ramai tidak faham, bahawa bukan semua perkara boleh diperdebatkan dan membawa kepada natijah positif. Siapa menang berdebat pada pandangan umum maka itulah ajaran yang benar! Lebih sedih, ulama-ulama sunni dan mereka yang kuat mempertahankan fahaman salaf soleh dituduh pengecut, berkokok dikandang sendiri dan sebagainya. Ramai juga yang tidak tahu, bahawa debat tidak boleh dilakukan kecuali dengan syarat-syarat tertentu. Adakah debat boleh dilakukan begitu sahaja sedangkan sedari awal lagi masing-masing sudah membuat keputusan bahawa apapun yang terjadi, aku adalah benar! Sekalipun dia sebenarnya telah kalah dan salah tatkala menolak hadis-hadis soheh dan pemahaman jumhur ulama bahkan kadang-kadang ijma' ulama! justeru apa maknanya diadakan debat? Sekadar mengisi masa lapang? Kita tidak banyak masa untuk bertolak ansur dengan golongan yang telah mengkafirkan majority sahabat Nabi. Kita bukanlah terlalu jahil sehingga membuka ruang kepada mereka yang beriktikad bahawa al-Quran masih tersorok, halal mengamalkan nikah mut'ah, wajib bertaqiah dalam akidah dan lain-lain lagi iktikad sesat dan menyanggahi al-kitab dan sunnah.

Syiah ini sudah pasti bertaqiyyah (berdusta) tatkala berdebat untuk mengelakkan dirinya dikecam dan akidahnya disanggah. Lihat sahaja bagaimana perjalanan debat antara sunni dan syiah dalam siaran tv Mustaqillah. Bagi yang memahami bahasa arab akan sedarlah betapa lemahnya hujjah-hujjah syiah yang kebanyakannya daripada hadis-hadis maudhu @ cuba melarikan diri daripada topic yang telah ditetapkan.


Jika mahu dilakukan debat juga, mestilah ditetapkan skop perdebatan tersebut agar lebih spesifik. Mestilah ada batas-batas sanggahan yang sudah pasti al-Quran dan sunnah tidak boleh dipertikaikan. Adapun jika akhirnya, pihak lawan menyatakan sebenarnya aku tidak percaya dengan al-Quran yang sedia ada sekarang, atau aku ragu dengan hadis-hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim. Bukankah ini sudah melampaui batas? Berbaloikah perdebatan?


Ulama Sunnah Tidak Suka Berdebat:

Bukan kerana mereka jahil, bukan juga kerana mereka pengecut, bukan juga kerana mereka tiada hujjah, tetapi kerana kesan daripada perdebatan yang biasanya adalah tidak harmoni dan kurang positifnya khasnya orang-orang awam. Perdebatan biasanya hanya dengan tujuan mencari siapa pemenang dan siapa yang kalah. Ini juga sudah silap, sepatutnya masing-masing pendebat masing mahu mencari kebenaran sekalipun jika ianya dipihak lawan. Debat juga adalah jalan golongan falsafah dan pendewa akal untuk mencari kebenaran sedangkan ianya bukanlah secara mutlaknya begitu. Kemudian perlu diketahui bahawa terdapat orang yang amat kuat hujjahnya tetapi tidak petah lisannya, tidak bijak bermain kata-kata atau mudah cemas tatkala berbicara, maka orang ini akan dianggap kalah sedari awal lagi. Berbeza dengan pihak yang lain, walaupun sangatlah lemah hujjahnya, amatlah tidak logic kata-katanya tetapi kerana pandai berbicara, cepat menangkis kata-kata dan kuat putar alamnya, maka dia dianggap menang dan benar! Sebab itu, mestilah dipastikan si pendebat memiliki cukup syarat sebelum menjadi wakil mana-mana kumpulan tertentu.


Nabi pernah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud; "Sesungguhnya sebahagian daripada bayan (penjelasan lisan) adalah umpama sihir". Soheh Bukhari dan Sunan Abi Dawud.

عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه و سلم ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال :إنما انا بشر وإنكم تختصمون إلي فلعل بعضكم ان يكون ألحن بحجته من بعض فاقضي له على نحو ما اسمع منه فمن قضيت له بشيء من حق أخيه فلا يأخذن منه شيئا فإنما اقطع له قطعة من النار

Dalam hadis ini nabi Muhammad menyebut yang bermaksud; " Sesungguhnya kamu semua saling berdebat dan berhujjah kepadaku, dan boleh jadi sebahagian kamu lebih kuat (bijak/cerdik) hujjahnya berbanding sebahagian yang lain, maka aku jatuhkan sesuatu hukuman mengikut apa-apa yang aku dengar daripadanya, maka barangsiapa yang aku putuskan hukuman dengan mengambil hak saudaranya dengan sesuatu, maka hanyasanya aku telah putuskan baginya satu potongan daripada api neraka". Hadis Mutafaqun Alaihi.


Lihatlah bagaimana Nabi memberi amaran kepada sesiapa yang telah menang dalam sesuatu kes disebabkan kepetahannya berkata-kata, sedangkan hakikatnya dia itulah yang bersalah, maka dia telah menempah potongan api neraka. Nabi hanya menghukum mengikut apa yang terzahir tanpa melihat dan memandang kepada apa-apa yang tersembunyi dan tidak jelas.


Demikianlah debat! Boleh jadi si pendebat A seolah-olah begitu hebat hujjahnya pada pandangan golongan awam dan jahil. Sedangkan orang yang berilmu dapat menilai dan tahu betapa hujjah dan percakapan si A hanyalah kata-kata kosong yang tidak memberi manfaat, sekalipun gaya lontaran dan pidato si A begitu hebat.


Peranan Pemerintah;

Inilah masanya yang sesuai pemerintah memainkan peranan. Khasnya jika kita mendakwa kerajaan ini adalah kerajaan sunni. Berpegang dengan al-kitab, sunnah, ijma' dan Qias! Bukan mahu menonjolkan kekerasan atau merampas hak! Cuma sekadar menghalang kesesatan daripada tersebar khasnya jika sudah jelas lagi bersuluh perkara itu memang salah dan salah. Adapun dalam masalah ijtihad dan perkara cabang melibatkan hukum-hukum feqah, maka amat wajarlah berlapang dada tidak membekukan minda masyarakat islam hanya kepada satu pandangan semata-mata. Masalah khilaf yang berlaku antara sunnah dan syiah ini adalah dalam permasalah usul agama dan akidah, bukan lagi dalam permasalahan-permasalahan furuk (cabang agama) yang sudah pastilah akan berlainan dan sangat berbeza serta ganjil pandanganngan mereka!


Kesimpulannya;

Perlu disekat fahaman sesat ini melalui tangan-tangan pemerintah, dengan mengadakan penjelasan-penjelasan umum, seminar, kuliah dan sebagainya kepada masyarakat umum berkaitan bahaya mereka ini. Dedahkan umat islam dengan hujjah-hujjah salah mereka dan jawapan yang dituliskan oleh ulama dari zaman ke zaman. Hujjah-hujjah itu telah dibahaskan oleh ulama, tinggal lagi hanya kita yang kurang mengkaji dan malas membaca. Contoh kitab paling kuat menolak kesesatan puak-puak syiah ini ialah kitab karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah bernama: "Minhaju as-Sunnah".


Maka debat sebenarnya adalah jalan terakhir! Dengan syarat si pendebat benar-benar punya kekuatan dan kelayakan untuk sesuatu topic. Kemudian hendaklah diadili oleh pengadil yang tidak berat sebelah. Masa yang dihadkan kepada setiap pendebat wajib dipatuhi. Perdebatan mestilah hanya berlegar dalam topic yang telah disepakati. Si pendebat tidak boleh menggunakan kata-kata kesat dan cacian sepanjang majlis debat. Penyokong @ penonton tidak boleh mengganggu tumpuan dan ruang bercakap bagi mana-mana pendebat dengan membuat sorakan dan sebagainya. Tidak boleh mencalarkan imej peribadi mana-mana pendebat dan banyak lagi syarat-syarat yang wajar dipatuhi yang saya kira bukan disini tempatnya untuk dibahaskan. Hindari syiah, anda mulia dan selamat dunia akhirat! Kebenaran pasti menang!




http://yeopmadiny.blogspot.com/2010/12/debat-sunni-syiah-bukan-penyelesaian.html
(1827 reads)
Re: Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian (Score: 1)
by luqman on Wednesday, December 29, 2010 (02:47:53)
Rasanya debat perlu untuk KEBENARAN setakat seminar dan kuliah bagi saya x mencukupi tapi masyarakat perlu d dedahkan kepada debat antara sunni dan syiah untuk menunjukkan realiti kesesatan mereka.

wallahu a'lam

| Parent

Re: Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian (Score: 1)
by mustaqill on Wednesday, December 29, 2010 (06:56:30)
bila ada anak cucu yang jadi Syiah, jangan salahkan nenek moyang mereka yang hanya berpeluk tubuh melihat perkembangan Syiah...debat dan dialog sebenarnya sama, cuma dialog lebih tenang, itu saja...usahlah bayangkan debat ala-ala Parlimen Malaysia, bandingkan dengan debat ala-ala Oxford dan Cambridge...

| Parent

Re: Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian (Score: 1)
by Abdullah2 on Wednesday, December 29, 2010 (15:53:22)
Dialog penting buat masa ini untuk menyedarkan masyarakat supaya mencari ilmu utk menghadapi hujah2 kesesatan syiah, jgn biarkan segelintir ulama sahaja yg mendalami ilmu tersebut.

Saya risau melihat tahap selesa umat Islam sekarang yg hanya bergantung kepada ilmu ulama yg tidak sehebat mana.

| Parent

Re: Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian (Score: 1)
by abudzaffer on Thursday, December 30, 2010 (02:30:22)
Bismillah
Saya sangat setuju bahawa debat atau dialog bukanlah jalan yang terbaik untuk mendepani pengaruh syiah terutama di Malaysia. yang pasti kaedah yang perlu dibuat dengan kadar segera dan amat kritikal adalah penerapan tentang penyelewangan syiah melalui media massa, sekolah, masjid/surau mahupun social network. para ilmuan salafi harus berani membawakan hujah2 penyelewengan syiah ini melalui kaedah2 tadi dan mesti disokong oleh pihak yang berkuasa seperti Maj Mufti, Jab Agama, PUM, YADIM etc.
Teringat hujah Ust Shauki Osman dalam satu kuliah maghrib di S.Alam "Kristian walaupun ianya batil kelihatan lebih mudah diterima berbanding Islam kerana mereka mempunyai organisasi dan pergerakan yang sistematik". mengambil kesimpulan dari hujah beliau, maka sudah sampai masanya kita semua yang berpegang kepada ASWJ berpadu dalam mendepani isu syiah ini dan bertindak secara kolektif dengan matlamat mengharap redha dan ampunan ALLAH semata2 serta membelakangkan segala perbezaan fahaman politik, organisasi, manhaj etc.
Saya juga menyeru supaya kita bermula dengan DIRI SENDIRI untuk memantapkan ilmu yang benar mengikut sumber ASWJ dan langsung diamalkan. semoga dengan mujahadah bermula dengan diri sendiri, Allah A’zza wa Jal akan memberikan kekuatan kepada kita dan memudahkan kemenangan di atas jalan jihad memerangi kebatilan syiah.
wALLAHuwa'lam

| Parent

Re: Debat Sunni & Syiah Bukan Penyelesaian (Score: 1)
by uzmakarimah on Sunday, January 02, 2011 (00:19:50)
Assalamualaikum
saya sokong debat bukan salah satu jalan penyelesaian sepertimana abudzaffer katakan.
terma dan syarat untuk berdebat juga perlu ditepati dan sekiranya ahli sunnah mengalami kekalahan, kita perlu mengakui aliran mereka benar.
sebagai cadangan, kita boleh mengadakan ceramah2 di masjid2 dan surau2 berkenaan aliran syiah ini oleh pihak berwajib.
pucuk pangkalnya,masyarakat masih keliru dengan aliran2 yang tidak sepatutnya mereka ikuti kerana kurangnya pendedahan dari peringkat akar umbi.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 4
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 65
Bots: 0
Total: 65
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster