Risalah Ta’lim: Zulhijjah Musim Ibadah (Bil (12) 1 Zulhijjah 1431 / 08 November
Fiqh Sunnah {Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?} [Al-Mulk : 22]

Zulhijjah Musim Ibadah

Sesungguhnya bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia dan musim yang agung. Ia adalah bulan Haji, bulan keampunan, serta wukuf di Arafah. Bulan umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai bentuk ibadat seperti menunaikan Haji, mendirikan solat, berpuasa, bersedekah, menyembelih, mengingati Allah, berdoa dan beristighfar.

Kelebihan Sepuluh Hari Permulaan Zulhijjah.

1- Allah Taala telah bersumpah dengannya:
Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, ia menunjukkan kepada keagungan kedudukan dan keutamaannya. Kerana Yang Maha Agung tidak akan bersumpah melainkan dengan yang agung. Dia Taala berfirman: {Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh} [Al-Fajr : 1]. Malam-malam yang sepuluh berkenaan adalah sepuluh hari Zulhijjah, dan ini dinyatakan oleh Jumhur ahli-ahli tafsir.

2- Ia adalah hari-hari tertentu yang dinyatakan oleh Allah:
Sepuluh hari permulaannya adalah sepuluh hari penuh keberkatan yang Allah nyatakan di dalam kitab-Nya:

a) Diampunkan sesiapa yang mengawal pendengarannya, penglihatan dan lidahnya pada hari Arafah:
Daripada Ibnu Abbas , bahawa beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :
(Ini satu hari yang, sesiapa mengawal padanya; pendengarannya, penglihatannya, lidahnya, akan diampunkan baginya) [diriwayatkan oleh Ahmad]

b) Berpuasa pada hari berkenaan bagi yang bukan jemaah Haji :
Daripada Abi Qotadah , bahawa Rasulullah telah bersabda: (Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa bagi setahun yang sebelumnya dan setahun selepasnya) [dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sahih beliau]

Bagaimanakah kita sepatutnya menyambut sepuluh hari awal Zulhijjah?

1- Taubat yang benar:
Seseorang Muslim hendaklah menyambut musim-musim ketaatan secara keseluruhan dengan taubat yang benar dan keazaman yang pemutus untuk kembali kepada Allah. Kerana di dalam taubat terdapat kejayaan bagi seseorang hamba di Dunia dan Akhirat.

Allah Taala berfirman: {dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.} [An-Nur : 31]

2- Keazaman yang bersungguh untuk merebut hari-hari ini:
Seseorang Muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memakmurkan hari-hari ini dengan pekerjaan dan percakapan yang soleh. Sesiapa yang berazam di atas sesuatu perkara, Allah akan membantunya dan mengadakan untuknya penyebab-penyebab yang akan membantunya untuk menyempurnakan amal berkenaan. Sesiapa yang benar terhadap Allah, Allah akan benar terhadapnya. Dia Taala berfirman: {Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami} [Al-Ankabut : 69]

3- Menjauhi perkara-perkara maksiat:
Sebagaimana ketaatan menjadi punca untuk mendekatkan kepada Allah, begitulah maksiat menjadi punca untuk menjauhkan daripada Allah dan pengusiran daripada rahmat-Nya, dan seseorang manusia diharamkan rahmat Allah dengan sebab dosa yang dilakukan olehnya. Sekiranya anda mahukan kepada pengampunan dosa-dosa dan pembebasan dari Neraka, maka berjaga-jagalah dari jatuh ke dalam perkara-perkara maksiat pada hari-hari ini, dan pada hari-hari yang lain! Bukankah sesiapa yang kenal apa yang dituntut, menjadi ringan di sisinya setiap apa yang dikerahkan.

“Sememangnya telah ada amalan-amalan yang dikhususkan pelaksanaannya pada sepuluh hari permulaan Zulhijjah; seperti haji, umrah, puasa, menyembelih korban, sedekah, solat sunat Aidiladha, bertakbir dan lain-lain lagi. Namun, hadith yang mulia menyatakan bahawa segala amal kebaikan, tidak kira yang wajib mahupun yang sunat, paling disukai oleh Allah pelaksanaannya di dalam hari-hari ini. ”
{serta mereka memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,}
[Al-Hajj : 28]

3- Rasulullah menyaksikan untuknya bahawa ia adalah hari Dunia yang paling afdhal:
Baginda bersabda: (Hari-hari dunia yang paling afdhal adalah hari-hari yang sepuluh yakni sepuluh hari [awal] Zulhijjah). Mereka berkata: Tiada, sekalipun yang sepertinya di jalan Allah? Baginda bersabda: (Tiada, sekalipun yang sepertinya di
jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang didebukan wajahnya dengan tanah [yakni mati syahid]) [diriwayatkan oleh Al - Bazzar dan Ibnu Hibban, serta disahihkan oleh Al-Albani]

4- Di dalamnya, Hari Arafah:
Hari Arafah adalah hari Haji yang besar, hari keampunan dosa-dosa, hari pembebasan dari Neraka. Jika tidak ada di dalam sepuluh hari awal Zulhijjah melainkan hari Arafah, nescaya ia sudah memadai sebagai kelebihan.

5- Di dalamnya hari menyembelih:
Ia adalah antara hari paling afdhal di dalam setahun. Telah bersabda Nabi :
(Sesungguhnya hari-hari paling agung di sisi Allah adalah hari penyembelihan, kemudian hari Qir ). [diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud].

6- Terhimpunnya ibadah-ibadah yang besar di dalamnya:
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath Al-Bari: Yang jelasnya, sebab keistimewaan sepuluh awal Zulhijjah adalah kerana dihimpun ibadah-ibadah besar di dalamnya, iaitu Solat, Puasa, Sedekah dan Haji, dan itu tidak ada di dalam
bulan yang lain.

Kelebihan Hari Arafah

a) Hari paling ramai manusia dibebaskan daripada Neraka:
Sabda Nabi : ( Tiada mana-mana hari yang lebih banyak Allah bebas hamba padanya dari Neraka berbanding hari Arafah. Sesungguhnya Dia akan mendekat dan kemudian Dia berbangga dengan mereka kepada para malaikat, lalu Dia berkata: Apakah yang dikehendaki oleh mereka ini?) [Sahih Muslim].

b) Allah Subhanahu wa Taala berbangga kepada para malaikat di petang Arafah:
Daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :
(Sesungguhnya Allah akan berbangga dengan orang-orang Arafah kepada penduduk Langit, lalu Dia akan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku ini! Mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut masai dan
berdebu). [Sahih Al-Jamie’ 1867]

c) Rahmat dan keampunan:
Daripada Ibnu Umar beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sehingga Baginda bersabda: ( Adapun wukufmu di Arafah, sesungguhnya Allah akan turun ke langit Dunia, lalu Dia akan berbangga dengan mereka kepada para Malaikat, lalu Dia berkata: Ini hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut masai lagi berdebu dari setiap pelosok yang jauh. Mereka mengharapkan rahmat-Ku dan mereka takutkan azab-Ku sedangkan mereka tidak melihat-Ku. Bagaimanakah jika mereka melihat-Ku? Sekiranya seperti pasir yang menimbun, atau seperti bilangan hari-hari Dunia, atau seperti titisan hujan Langit dosa sekali pun, Allah akan membasuhnya darimu. Manakala lontaranmu kepada jamrah-jamrah, ia adalah simpanan untukmu. Sementara pencukuran kepalamu pula, untukmu bagi setiap helaian rambut yang gugur, satu kebaikan. Apabila kamu tawaf di Bait, kamu akan keluar dari dosa-dosamu seperti hari kamu dilahirkan oleh ibumu) [berkata Al-Albani: Hadith yang sahih]

d) Syaitan menjadi kecil pada hari Arafah:
Daripada Talhah bin Ubaidillah , beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :
(Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding hari Arafah, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar). Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: (Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat). [dikeluarkan oleh Abd Ar-Razzaq di dalam Musonnaf beliau, dengan no. 8832, serta Imam Malik di dalam Al-Muwatto’]

e) Allah melepaskan orang yang berbuat kesalahan kerana orang yang berbuat kebaikan, dan Dia berikan orang yang berbuat kebaikan apa yang dia minta:
Daripada Bilal bin Rabah , bahawa Nabi telah bersabda pada pagi hari perhimpunan: (Wahai Bilal! Senyapkan orang ramai -atau diamkan orang ramai) kemudian Baginda bersabda: (Sesungguhnya Allah mengurniakan kelebihan ke atas kamu pada hari perhimpunan kamu ini. Dia melepaskan orang yang berbuat kesalahan kerana orang yang berbuat kebaikan, dan Dia berikan orang yang berbuat kebaikan apa yang dia minta. Bertolaklah dengan nama Allah.) [berkata Al-Albani: Hadith yang sahih. Lihat Sahih At-Tirmizi 705]

f) Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah:
Daripada Amru bin Syuaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Nabi bersabda: (Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang dikatakan olehku dan nabi-nabi sebelum dariku: Tiada tuhan melainkan Allah, hanya Dia tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia terhadap setiap sesuatu Maha Berkuasa) [Sahih Al-Jamie’ 1102]

http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/11/demi-waktu-fajar-dan-malam-yang-sepuluh.html
(1211 reads)
Re: Risalah Ta’lim: Zulhijjah Musim Ibadah (Bil (12) 1 Zulhijjah 1431 / 08 November (Score: 1)
by hanif_muslim on Saturday, November 13, 2010 (06:17:05)
{Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?} [Al-Mulk : 22]


--- Ni terjemahan surah Al-Fajr. Sila perbetulkan

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Fiqh Sunnah

Most read story about Fiqh Sunnah:
Doa Sebelum & Selepas Makan Yang Disunnahkan

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.

-- HR. Abu Daud dan al-Tirmizi

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 116
Bots: 0
Total: 116
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster