Community Forums
[SOLAT] waktu haram solat *
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
ainuddin
Student L2



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 468

PostPost subject: [SOLAT] waktu haram solat *
Posted: Sat Jul 26, 2008 11:11 am
Reply with quote

Assalamualaikum. Mintak mod tolong jelaskan tentang "waktu haram solat". Sefaham ana, ianye waktu selepas tamat waktu subuh hingge masuk waktu asar. Ape yang haram dan ape yang tidak haram ketike itu seputar solat. Syukrkan, wassalam.
Back to top
View user's profile
gayat
Panel Fiqh



Joined: Jun 28, 2008
Posts: 563

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Jul 27, 2008 12:29 am
Reply with quote

salam

Waktu yang haram bersolatlah hanyalah 5 waktu.Menurut Syeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:

"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."

Dalil2nya

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


"Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim)

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ


"Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

Walaupun waktu2 ini ditetapkan sebagai waktu haram solat, namun dalam Mazhab Syafie, dibenarkan solat yang mempunyai sebab dalam waktu larangan ini seperti menganti solat yang tertinggal, solat jenazah, solat sunat wudhu', solat sunat tawaf, solat tahiyat masjid dll. WA.

wassalam

_________________
membelahlautan.blogspot.com/

Back to top
View user's profile
abu_ulwan
Student L7



Joined: Feb 11, 2010
Posts: 1864
Location: Port Klang, MY

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sat Feb 27, 2010 2:58 pm
Reply with quote

Salam,

Boleh tuan anggarkan range waktunya, misalnya selepas solat asar kira-kira jam 7.10pm hingga masuk waktu maghrib. Atau kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu maghrib.

syukran..

_________________
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Back to top
View user's profile
sunwukong
Banned User



Joined: Feb 12, 2010
Posts: 1574

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sat Feb 27, 2010 3:42 pm
Reply with quote

range waktunya adalah selepas solat asar. jika solat asar pukul 6 ptg, maka selepas solat asar pkl 6 ptg itu, maka diharamkan solat sunat.
Back to top
View user's profile
modonh
Ahli Setia



Joined: Dec 03, 2008
Posts: 2816

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 7:33 am
Reply with quote

tp solat qada' takde waktu haram kan?
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 7:51 am
Reply with quote

Kalau ikut madzhab nusantara tak derlaa...
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
sunwukong
Banned User



Joined: Feb 12, 2010
Posts: 1574

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:08 am
Reply with quote

mazhab nusantara? Very Happy
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:14 am
Reply with quote

asalnya syafi'iy, tapi akhirnya depa berkembang menjadi madzhab yg berdiri sendiri...lebih baik dikatakan madzhab syafi'iy-Pathoni
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
sunwukong
Banned User



Joined: Feb 12, 2010
Posts: 1574

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:28 am
Reply with quote

itulah yg dipanggil sebagai syafi'iyyah...
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:32 am
Reply with quote

Imam Syafi'iy pun rasanya tak akan mengaku sbg pengikutnya di padang mahsyar nanti...hehehe
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
sunwukong
Banned User



Joined: Feb 12, 2010
Posts: 1574

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:34 am
Reply with quote

imam syafie tak mengaku takpe lagi..jgn nabi tak mengaku umat dah le Very Happy
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 8:49 am
Reply with quote

kalau asyik dok tangkap pejuang sunnah je..Nabi sama sekali tak akan ngaku umat dia...depa akan berkumpul dgn tok syaikh tareqat depa laa...
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
bahak
Student L5



Joined: Nov 02, 2009
Posts: 976
Location: Penghujung Benua Asia

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun Feb 28, 2010 9:45 am
Reply with quote

gayat wrote:
salam

Waktu yang haram bersolatlah hanyalah 5 waktu.Menurut Syeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:

"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."



3174 - ( كان لايدع ركعتين قبل الفجر , وركعتين بعد العصر )

Ertinya: “Adalah baginda –sallallahu ‘alaihi wasallam- tidak pernah meninggalkan 2 rakaat sebelum fajar dan 2 rakaat setelah Asar .”

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah di“ al- Mushonnaf ” (2 / 352) : Telah menceritakan kepada kami Affaan berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Awaanah berkata : telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir dari bapanya bahawasanya beliau biasa melaksanakan solat 2 rakaat setelah Asar, maka suatu ketika ditanyakan kepadanya? Maka beliau menjawab: kalau seandainya saya tidak melaksanakannya melainkan sesungguhnya saya telah melihat Masruuq melaksanakannya. Dan beliau adalah benar-benar tsiqoh . akan tetapi saya telah bertanya kepada ‘Aa’isyah ? maka beliau (‘Aa’isyah) berkata : .....Kemudian dia menyebutkannya .(Al-hadith pent ) .

Saya Katakan: Ini adalah isnad yang sahih menurut syarat dua Syaikh (al-Bukhari dan Muslim), Perawi seluruhnya tsiqoot dan tidak memiliki cacat dan hanya sahaja saya mengeluarkan hadith ini di keranakan sahih dan tingginya sanadnya. Dan kerana padanya terdapat amalan Muhammad bin al-Muntasyir terhadapnya –Dalam rangka ittiba’ kepada Masruuq seorang tabi’in yang mulia –dan kalau tidak , maka sesungguhnya hadith ini telah dikeluarkan di “al-Sahihain” dan yang selain keduanya, sebagaimana telah berlalu isyarat kepada hal itu pada hadith yang sebelumnya .

Dan yang marfuu’ dari hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Thohaawiy di “Syarh al- Ma’aaniy” (1/177) dari jalan yang lain, dari Abi ‘Awaanah dengannya (hadith tersebut).

Dan Ibnu Abi Syaibah telah meriwayatkan dekat sebelum ini dengan sanad yang sahih dari ‘Asy’ats bin Abi Sya’tsaa’ berkata : Saya pernah keluar bersama bapaku (dan namanya Sulaim bin Aswad Al-Muhaaribiy ) dan Amr bin Maimuun dan Al- Aswad bin Yaziid dan Abi Waa’il , maka adalah mereka melaksanakan solat 2 rakaat setelah Asar.

Kemudian beliau meriwayatkan yang serupa dengannya dari sekelompok yang lain dari kalangan salaf, di antara mereka : al-Zubair bin al-Awwaam , dan anaknya Abdullaah –Radhiallahu ‘anhuma-Dan demikian juga ‘Ali – Radhiallahu ‘anhu- ,dan Abi Burdah bin Abi Muusaa.

Bahkan Ibnu Hibbaan telah meriwayatkan (1568- 1570), dan dua Syaikh dari Al- Aswad dan Masruuq dari ‘Aisyah ; bahawasanya Nabi – Sallallahu ‘alaihi wasallam – dahulu melaksanakannya. Dan dia dikeluarkan di “ sahih Abi Dawud” (1160).

Dan Abdurrozzaaq telah meriwayatkan (2/433/377) dengan sanad yang sahih dari Thoowus: bahawa Aba Ayyuub al-Anshooriy biasanya melaksanakan solat 2 rakaat setelah Asar sebelum masa khilafah Umar, maka tatkala Umar menjadi khalifah beliau meninggalkannya. Maka tatkala Umar wafat beliau melaksanakannya kembali, maka dikatakan kepadanya : Apa ini ? maka beliau menjawab : Sesungguhnya Umar dahulu memukul orang kerananya. Berkata Thoowus : adalah Bapa saya tidak pernah meninggalkan keduanya ( 2 rakaat tersebut).

Saya katakan: Maka termasuk kesalahan yang telah tersebar di dalam kitab-kitab fiqh: larangan (melaksanakan) 2 rakaat (setelah Asar) ini. dan tidak menyebutkannya di kelompok Sunan Rawaatib bersamaan dengan tetapnya (sahihnya hadith dalam permasalahan ini),terus-menerusnya baginda –Sallallahu‘alaihiwasallam – melaksanakan keduanya . Sebagaimana halnya baginda terus menerus /rutinnya melaksanakan 2 rakaat sebelum fajar, Dan tidak ada dalil tentang penashakhannya [penghapusannya] dan tidak pula ada dalil yang menunjukkan bahawa ini merupakan khushushiyyah baginda -Sallallahu ‘alaihi wasallam- bagaimana? Sementara orang yang paling mengetahuinya (2 rakaat tersebut ) selalu menjaganya ( 2 rakaat tersebut .Pent). Iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah – Radhiallahu ‘anha- dan orang-orang yang sepakat dengan beliau (‘Aisyah –Radhiallahu ‘anha- Pent.) dari kalangan sahabat dan orang-orang salaf sebagaimana yang telah berlalu.

Dan digandengkan dengan hal itu bahawa nas-nas yang melarang secara umum dari solat ba’da Asar adalah Muqoyyadah = diikat dengan hadith-hadith yang lain yang jelas membolehkan solat ba’da Asar sebelum matahari menguning ,dan di antarannya Hadith Ali –Radhiallahu ‘anhu- secara marfuu’ dengan lafaz:

لا تصلوا بعد العصر : إلا أن تصلوا والشمس مرتفعة

Ertinya : “Janganlah kalian solat setelah Asar kecuali kalian solat dalam keadaan matahari masih tinggi “.

Dan dia adalah Hadith yang sahih datang dari banyak jalan . dan sungguh telah berlalu takhrijnya . dengan No: (200 dan 314) dan telah berpendapat disyariatkannya 2 rakaat ini Abu Muhammad bin Hazm di “al-Muhallaa “ dan beliau membantah orang –orang yang menyelisihi hal ini dalam pembahasan yang luas yang dibawakan di akhir juz ke 3 dan awal juz ke-4, maka siapa yang ingin sila untuk merujuknya kembali .

Dan kembalilah merujuk hadith yang sebelumnya , agar engkau mengerti tentang sebab pemukulan Umar terhadap orang-orang yang melaksanakan 2 rakaat tersebut.


2920- ( كان لايدع ركعتين قبل الفجر وركعتين بعد العصر )

Ertinya : “Adalah baginda –Sallallahu ‘alaihi wasallam – tidak pernah meninggalkan 2 rakaat sebelum fajar , dan 2 rakaat setelah Asar .”

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah di “Al-Mushonnaf “ (2/352) : Telah menceritakan kepada kami Affaan berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Awaanah berkata : Telah menceritakan kepada kami Ibrahiim bin Muhammad bin Al-Muntasyir dari Bapanya :

“Sesungguhnya beliau dahulu melaksanakan 2 rakaat setelah Asar, maka di katakan kepadanya, maka dia mengatakan: kalau seandainya saya tidak melaksanakannya melainkan sesungguhnya saya telah melihat Masruuq melaksanakannya , dan beliau adalah benar-benar tsiqah, akan tetapi saya telah bertanya kepada ‘Aisyah? maka beliau (‘AaIsyah) menjawab: maka beliau menyebutkannya (al- hadith Pent ).

Saya Katakan : Dan ini adalah isnad yang sahih menurut syarat 2 (dua ) Syaikh dan Abu’Awaanah namanya al-Wadhdhooh al- Yusykariy, dan dia adalah “Tsabtun” =
sebagaimana yang dikatakan al-Hafiz di “ al-Taqriib”.

Dan Sungguh Syu’bah telah menyelisihinya pada matannya, maka dia meriwayatkannya dari Ibrahiim dengannya, hanya saja dia mengatakan : “... empat rakaat sebelum Zuhur”. Di posisi dua rakaat setelah Asar .

Telah meriwayatkannya juga Al-Bukhari dan yang selainnya, dan dia dikeluarkan (ditakhriij) di “ Sahih sunan Abi Dawud” no : (1139) .

Dan yang tampak bagi saya – wallahu a’lam – bahawa kedua riwayat tersebut sama-sama terjaga dikeranakan tsiqoh dan hafalnya para perowi keduanya. Dan kerana (hadith)dua rakaat tersebut memiliki banyak jalan dari ‘Aa’isyah , akan datang penyebutan sebagiannya dengan idzin Allah ta’ala.

Dan sungguh At-Thohaawiy telah mengeluarkannya di “syarh al- Ma’aaniy “ (1/177)
Dari jalan Hilaal bin Yahya berkata : Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awaanah dengannya (hadith tsb Pent) hanya saja beliau memasukkan Masruuq di antara Muhammad bin Al- Muntasyir dan ‘Aa’Isyah .

Dan Hilaal ini dho’iif .Berkata Ibnu Hibban di “ Adh –dhu’afaa’ “ (3/88): “Beliau (Hilaal) selalu salah bersamaan dengan sedikitnya riwayatnya”.

Ya, bagi hadith Masruuq ada dasar yang sahih dengan riwayat yang lain , maka sepertinya dia (riwayat yang sahih Pent) tercampur atas beliau dengan riwayat ini (yang dhoif Pent ), maka berkata Al-Imaam Ahmad (6/241): Telah menceritakan kepada kami Ishaaq bin Yuusuf berkata: Telah menceritakan kepada kami Musa’ar dari Amr bin Murroh dari Abi Adhu-Dhuhaa. Dari Masruuq berkata : Telah menceritakan kepadaku Ash-Shiddiqoh bintu Ash-shiddiq. Kekasih dari Habiibullaah yang disucikan: Bahawasanya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dahulu mengerjakan solat dua rakaat setelah Asar .

Dan ini juga Isnad Sahih sesuai menurut syarat dua Syaikh , Dan sungguh mereka berdua telah mengeluarkannya dari jalan yang lain dari Masruuq bergandengan dengan al-Aswad , dengan lafaz :

مامن يوم يأتي على النبي صلى الله عليه وسلم إلا صلى بعد العصر ركعتين

Ertinya : Tidak satu haripun yang datang kepada Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- melainkan beliau mengerjakan solat 2 rakaat setelah Asar .”

Dan dalam satu riwayat dengan lafaz :

ركعتان لم يكن رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعهما سرا ولاعلانية : ركعتان قبل صلاة الصبح وركعتان بعد العصر ))

Ertinya : “Dua rakaat yang Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- belum pernah meninggalkannya baik ketika tersembunyi maupun terang-terangan : 2 rakaat sebelum solat subuh dan 2 rakaat setelah Asar.”

Dan dia (hadith ini Pent) di keluarkan di“Al-Irwaa’(2/188-189), dan yang sebelumnya di “Sahih Abi Dawud” (1160) .

Dan sungguh Ishaaq bin Yuusuf – dan dia adalah Al- Azroq- telah mengikuti Ja’far bin”Aun (dalam meriwayatkan hadith tersebut Pent), hanya saja beliau (Ishaaq) menyelisihi (Ja’far) dalam sanadnya, maka beliau (Ishaaq ) mengatakan : “ Dari Musa’ar dari Habiib bin Abi Tsaabit dari Abidh -Dhuhaa’ ,dengannya.

Telah mengeluarkannya (juga Pent) Ibnu Abi Syaibah (2/353) dan Abul ‘Abbaar As-Sirooj di“Musnadnya” ( ق /132/1).

Dan Ja’far bin Aun adalah “Shoduuq” (jujur )dan termasuk di antara perowi 2 orang Syaikh (Bukhari dan Muslim).maka kalau beliau menjaganya bererti Musa’ar dalam hal ini memiliki 2 orang syaikh /Guru , dan Jika tidak maka riwayat Al-Azroq lebih sahih .

Ini dan sungguh Abi Syaibah telah meriwayatkan dari sekelompok salaf bahawasanya mereka dahulu mengerjakan solat 2 rakaat ini setelah Asar, di antara mereka adalah: Abu Burdah bin Abi Muusaa dan al-Aswad bin Yaziid dan Waa’il . beliau (Ibnu Abi Syaibah .Pent) meriwayatkan dari mereka dengan sanad yang sahih . Dan di antara mereka , Muhammad bin Al-Muntasyir dan Masruuq sebagaimana yang telah berlalu tadi.

Dan adapun (permasalahan) pemukulan ‘Umar terhadap orang-orang yang
melaksanakannya (2 rakaat ba’da Asar tersebut Pent) maka itu adalah merupakan ijtihad beliau yang di bangun diatas bab “Saddudz dzari’ah “ ,Sebagaimana yang demikian ini dapat dirasakan /diketahui melalui 2 riwayat yang disebutkan Al-Haafidz di “ Al- Fath “ (2/65).

Salah satunya di “Mushonnaf Abdir Rozzaq” (2/431-432) , dan “Musnad Ahmad “ (4/155) dan Thabrooniy (5/260) , dan di hasankan oleh Al- Haitsamiy (2/223).

Dan yang lainnya: disisi Ahmad juga (4/102) dan Thabrooniy di “ Al-Mu’jamul Kabir” (2/58-59) dan, “Al-Aushath” (8848- dengan nomor dari saya ).

Dan saya telah menemukan riwayat yang ke tiga yang mempertegas (2 riwayat tersebut) iaitu dari riwayat Isroo’iil dari Miqdaam bin Syuraih dari Bapanya, berkata: Saya telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat Rasulullah –Sallallahu ‘alaihi wasallam- bagaimana biasanya beliau solat ? Berkata beliau (‘Aisyah) :“Biasanya beliau –sallallahu ‘alaihi wasallam- solat Zuhur kemudian setelahnya mengerjakan solat 2 rakaat , kemudian beliau melaksanakan solat Asar , kemudian setelahnya beliau solat 2 rakaat, maka saya katakan (Bapa Syuraih Pent ) : sungguh dahulu (Umar) memukul kerananya dan melarang dari mengerjakannya (2 rakaat setelah Asar Pent) ? Maka beliau (‘Aisyah) menjawab : Sesungguhnya ‘Umar dahulu melaksanakannya. Dan sungguh beliau telah tahu bahawa Rasulullah –Sallallahu ‘alaihi wasalam- mengerjakannya (solat 2 rakaat tersebut Pent). Akan tetapi kaum kamu Ahluddien adalah kaum yang bodoh .iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur, kemudian melaksanakan solat di antara Zuhur dan Asar,dan kemudian mereka solat Asar , kemudian solat di antara Asar dan Maghrib , maka ‘Umar pun memukul mereka . Dan sungguh beliau telah berbuat kebaikan .”
Dikeluarkan oleh Abul ‘Abbaas As-sirooj di “musnadnya” (ق /132 /1) . Saya Katakan : Dan sanadnya sahih , dan dia adalah merupakan saksi = syaahid yang kuat bagi 2 (dua ) atsar yang di isyaratkan tadi, dan dia adalah merupakan nash yang jelas bahawa larangan Umar –radhiallahu ‘anhu- terhadap 2 rakaat tersebut bukanlah kepada dzatnya ( bukan kepada solat itu sendiri Pent) Sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang, hanya saja larangan itu dikeranakan khawatir akan berlanjutnya solat, Setelah 2 rakaat tersebut(hingga waktu terlarang Pent) , atau khawatir terjadi pengunduran 2 rakaat tersebut sampai waktu yang terlarang /makruuh. Iaitu ketika menguningnya matahari .dan waktu inilah yang di maksudkan dilarang solat padanya setelah Asar yang telah benar /sahih didalam beberapa hadith sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya dibawah 2 hadith yang telah lalu dengan no : (200 dan 314) .

Dan tersimpulkanlah dari apa yang telah lalu bahawa 2 rakaat setelah Asar adalah merupakan sunnah apabila solat Asar dikerjakan bersamanya sebelum menguningnya matahari. Dan sesungguhnya pemukulan ‘Umar atas keduanya ( 2 rakaat tersebut Pent) hanyalah merupakan ijtihad dari beliau , yang disetujui sebagian sahabat dan diselisihi oleh yang lain ,dan yang paling terdepan di antara mereka (yang menyelisihi)adalah Ummul Mukminin-radhiallahu ‘anha- dan bagi masing-masing kelompok ada yang menyetujui , maka wajib untuk rujuk/kembali kepada sunnah dan 2 rakaat ini tetap di dalam sunnah. . dengan riwayat Ummul Mukminin, tanpa ada satu dalilpun yang menyelisihinya,kecuali hadith umum yang dikhususkan dengan hadith Ali dan Anas yang di isyaratkan kepada nombornya tadi. Dan tampaknya ini adalah madzhab Ibnu Umar juga . sungguh Al- Bukhari telah meriwayatkan (589) darinya (Ibnu ‘Umar) berkata : “Saya solat sebagaimana saya melihat teman-teman saya solat , saya tidak melarang sesorang untuk solat di malam hari dan tidak pula disiang hari sekehendaknya, selain mereka mengerjakannya ketika terbitnya matahari dan ketika tenggelamnya .” dan ini adalah madzhab Abi Ayyub al- Anshooriy juga. Sungguh Abdurrazzaaq telah meriwayatkannya darinya (2/433) dengan sanad yang sahih dari Ibnu....... dari Bapanya :

Bahawasanya Abu Ayyuub al- Anshoriy dahulu biasa solat 2 rakaat sesudah Asar sebelum kekhilafan Umar. Maka tatkala Umar menjadi Khalifah beliau meninggalkannya (2 rakaat tersebut ) dan tatkala Umar telah wafat beliau mengerjakannya lagi, maka di tanyakan kepada beliau : Apa ini? Maka beliau menjawab : Sesungguhnya ‘Umar memukul orang yang mengerjakannya , berkata Ibnu Thoowuus: Dan adalah bapaku tidak pernah meninggalkannya.

Dan di sini kami perlu mengingatkan Ahlus Sunnah yang semangat untuk menghidupkan sunnah–sunnah dan mematikan bid’ah-bid’ah hendaklah mereka mengerjakan 2 rakaat ini, setiap kali mereka melaksanakan solat Asar tepat pada waktu yang disyariatkan, kerana perkataan – Sallallahu ‘alaihi wasalam – :“ Barang siapa yang mencontohkan di dalam Islam satu contoh yang baik .....” dan hanya dengan Allahlah taufiq tersebut .


" الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات "
Sumber dari :
“Silsilah al-Ahaadiits al-Sahihah”
Pengarang : Syaikh al-Albaaniy –Rahimahullah-
Diterjemahkan oleh :
Abu Hisyaam al-Salafiy

_________________
Ya Allah, jadikan aku lelaki soleh...
Back to top
View user's profile Visit poster's website
abu_ulwan
Student L7



Joined: Feb 11, 2010
Posts: 1864
Location: Port Klang, MY

PostPost subject: Re: waktu haram solat
Posted: Sun May 09, 2010 11:35 am
Reply with quote

Jazakallah syeikh.. bolehkah ana buat kesimpulan seperti di bawah:

1) Dibolehkan membuat solat sunat 2 rakaat ba'diah Asar selagi matahari belum menguning.

2) Dibolehkan solat Asar sekiranya terlewat tanpa sengaja selagi belum masuk waktu Maghrib (walau pun melewati waktu yg diharamkan solat).

Betulkan jika tersalah. Syukran atas pencerahan

_________________
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Back to top
View user's profile
fakiralkaya
Ahli Setia



Joined: Jul 24, 2008
Posts: 2254
Location: Nusantara

PostPost subject: Re: [SOLAT] waktu haram solat *
Posted: Thu Apr 28, 2011 7:31 am
Reply with quote

up konklusi belum di endorse
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.

-- HR. al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 123
Bots: 0
Total: 123
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster