Community Forums
Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Diskusi terbuka untuk ahli sekitar persoalan Aqidah
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexAqidah
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Yusof
Pro Sunnah

Joined: Jul 19, 2009
Posts: 4213
Location: Kuantan, Pahang

PostPost subject: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Tue Jan 10, 2012 9:17 am
Reply with quote

Assalamualaikum

Golongan anti-Islam berhujah

" al-Quran menunjukkan percanggahan dalam penciptaan Adam, kejap kata cipta dari debu (3:59, 30:20, 35:11), kejap dari tanah liat (15:26), kejap dari air (21:30, 24:45, 25:54)"

Apa pandangan anda?

_________________
Politician looks for next election, Statesman looks for next generation

titian-sebenar.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
mokhtar
Student L5

Joined: May 17, 2009
Posts: 932

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Tue Jan 10, 2012 2:48 pm
Reply with quote

AlQuran bukan buku sains atau material. Sebab itu semua material dalam penciptaan Adam as tidak dicerita dalam satu perenggan atau satu bab, mengikut turutan proses penciptaan.

Kalaulah bab dalam Alquran disusun macam dalam buku teks biasa dan ada bab khas tentang penciptaan Adam, tetiba ada tempat lain disebut Adam dicipta dari suatu bahan yang tidak disebut dalam bab khas penciptaan Adam maka barulah boleh kata ada pertentangan dalamnya.
Back to top
View user's profile
Razmin78
Student L3

Joined: Mar 27, 2009
Posts: 640
Location: Kedah

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam
Posted: Tue Jan 10, 2012 3:23 pm
Reply with quote

Persoalan yang sama pernah ditujukan oleh org Kristian suatu ketika dahulu (kalu tak silap saya sekitar tahun 2000 - 2003). Sebelum saya beri apa-apa komentar sila rujuk semula al-Qur'an tentang "bahan-bahan" yg digunakan untuk penciptaan Nabi Adam.

Kadang-kadang kita sebut:
"Kek diperbuat daripada tepung."

Kadang-kadang:
"Kek diperbuat daripada mentega."

Kadang-kadang:
"Kek diperbuat daripada telur."

Hakikatnya kek diperbuat daripada semua bahan ini. Hanyasanya kita hanya menyebut salah satu bahan utamanya sahaja.

Antara "bahan" ciptaan Nabi Adam yang disebut dalam al-Qur'an:

الطين
Tanah.

الصلصال من حمأ المسنون
Tanah liat yang kering daripada lumpur hitam yang licin (ada terjemahan lain bagi kalimah المسنون seperti "yang dibentuk" dan lain-lain maksud tetapi saya memilih terjemahan al-Hafidz Ibn Kathir).

...lagi?

Allahu a'lam......
Back to top
View user's profile
alli
Student L3

Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Wed Jan 11, 2012 1:19 am
Reply with quote

Golongan ini bukan pakar dalam bahasa dan gaya bahasa Arab. Mereka hanya berdasarkan bahasa yg diterjemahkan. Lepas tu kononnya mereka buat ujian atas ketulinan AlQuran dan mengatakan ianya gagal melepasi ujian tersebut. Perkara seperti ini akan mengganggu iman kita dan tidak perlu kita pening kepala dgn melayan orang kafir ini. Kalau mereka kalah hujah ini pun, mereka tidak percaya juga pada Al Quran dan akan cari hujah lain pula.
Back to top
View user's profile
syatibi_uda
Student L1

Joined: Dec 12, 2011
Posts: 153

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:36 am
Reply with quote

Saya cuba jawab :

Dlm al-Quran menerangkan penciptaan manusia :

1) Daripada tiada kepada ada ( ولم يك شيئًا )[Maryam ] (لم يكن شيا مذكورا ) [ Insan ]

2) Daripada turab ( debu )

3) Daripada air bila turab dicampur air menjadi:

4) ( طين ) = tanah liat

5) Daripada ( حمأ مسنون ) tanah liat itu menjadi menghitam kering dengan tanpa dipanaskan dengan api.Hama' ertinya hitam. Masnun ertinya bila ia berubah dari sifat tanah liat yg masih basah, menjadi kering atau berbau.

6) Daripada ( طين لازب ) tanah liat itu menjadi pejal disebabkan hilang kekuatan air.

7) Ketika itu tanah liat itu menjadi ( صلصال ) ertinya mempunyai bunyi disebabkan keringnya.

Yg diatas adalah kejadian asal insan iaitu Nabi Adam.

Kemudian al-Quran menerangkan ciptaan zuriatnya :

1) Dari campuran lelaki dan wanita ( من ذكر و أنثى )

2) Dari air yg hina , nutfah, air yang memancut : ( ماء مهين ) ( نطفة ) ( ماء دافق) : yang merujuk kepada air mani

3) Kemudian proses2 lain dalam rahim, segumpal darah, daging, tulang, kulit...

Semua ciptaan ini sebagaimana yg dalam ilmu Allah, bila Allah kehendaki. Ini dalil Allah mencipta sesuatu dari sesuatu, bukan mesti dari tiada.

Adapun Ahli Kalam, mereka hanya menetapkan ciptaan itu bila dari tiada. Kalau ciptaan manusia seperti ini mereka tidak namakan khalq. Mereka hanya kata " tarkeeb ". Element2 dan atom2 ini telah wujud, Allah hanya ' pasang-pasang'.

Kalau kita ingat waktu belajar sains, chemistry, atom2 ini tak boleh dipecahkan, tak boleh binasa, ia cuma gabung dgn atom lain jadi molecule dan benda lain. Macam air boleh jadi liuid, solid dan gas. Element itu2 jugak, cuma structure dan isotopenya berbeza.

Kalau Maturidiah, mereka kata ciptaan Allah adalah takwin. Dan takwin ini sifat Allah yg qadim. Mereka kata sifat " qudrat" lain, " takwin " lain. Apa jugak perbuatan yg berkaitan dengan ciptaan, seperti membentuk, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki masuk dalam sifat takwin.

Sifat ' takwin ' ini dinafikan oleh Asya'irah. Asyairah kata ' khalq' itu dari qudrat yg dalam zat Allah. "Khalq' itu adalah perbuatan Allah yang Allah lakukan diluar zat Allah. Maka 'khalq' itu adalah " makhluk " itu sendiri. Ini juga mazhab Muktazilah. Mereka ingin elak mengatakan adanya hawadith pada zat Allah bila banyak ciptaan.

Ahlus Sunnah kata ini semua ciptaan Allah, dengan sifat ' khalq' yg qadim, samada dari tiada kepada ada, atau dari sesuatu kepada sesuatu yang lain. Mereka kata qudrat lain, 'khalq' lain. Qudrat adalah sifat zat, 'khalq' adalah sifat zat dan perbuatan.

Dari sini, kita dapati mazhab Maturidiah lebih dekat dengan mazhab Ahlus Sunnah, kerana mengithbatkan sifat " ciptaan" sebagai perbuatan Allah yg qadim. Cuma mereka ada istilah ' takwin ' tersendiri.

Afwan ikhwan jika bahagian terakhir mengelirukan.

Last edited by syatibi_uda on Wed Jan 11, 2012 6:52 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
faisal
Student L6

Joined: Jun 27, 2008
Posts: 1275

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:45 am
Reply with quote

Berpusing² juga baca...

Namun penerangan yang sangat baik...

Barakallahufikum
Back to top
View user's profile
aku_hambaNya
Student L6

Joined: Mar 12, 2011
Posts: 1037

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:46 am
Reply with quote

alli wrote:
Golongan ini bukan pakar dalam bahasa dan gaya bahasa Arab. Mereka hanya berdasarkan bahasa yg diterjemahkan. Lepas tu kononnya mereka buat ujian atas ketulinan AlQuran dan mengatakan ianya gagal melepasi ujian tersebut. Perkara seperti ini akan mengganggu iman kita dan tidak perlu kita pening kepala dgn melayan orang kafir ini. Kalau mereka kalah hujah ini pun, mereka tidak percaya juga pada Al Quran dan akan cari hujah lain pula.

Sekadar tambahan..

Pentazkirah tadi jugak sebut tentang Islamization of knowledge. Dan ayatnya sama macam yang diboldkan di atas tu.

Katanya, orang Islam tak perlu bergantung kepada kajian barat utk membuktikan ketulenan al-Quran. Contohnya, The Big Bang Theory, kebetulan sama dgn apa yang disebutkan dalam al-Quran.

Namun, sekarang dah ada theory baru tentang kejadian universe. So, macamana nak relate dgn Quran?

Stephen Hawking, juga mengakui bahawa Tuhan itu ada, berdasarkan penemuan2 beliau dalam kajian2 beliau. Namun, setahun yang lepas, beliau mengatakan, Tuhan itu tiada (mungkin berdasarkan penemuan baru).

So, jika kita menjadikan penemuan mereka sebagai dalil sokongan adanya Tuhan, apa pula pendirian kita sebagai muslim, apabila penemuan mereka tidak selari dgn al-Quran?

_________________
HambaNya..
yang ingin hidup keranaNya..
dan ingin mati keranaNya..
Back to top
View user's profile
kayrollz
Pro Sunnah

Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:50 am
Reply with quote

syatibi_uda,

sbenarnya sahabat saya bawah ini menyanjungi tuan di luar...hehe Very Happy

faisal wrote:
Berpusing² juga baca...

Namun penerangan yang sangat baik...

Barakallahufikum

Great

_________________

AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
Ad-Dien
Pro Sunnah

Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:55 am
Reply with quote

Alhamdulillah, penerangan dari syeikh Razmin dan syeikh Syatibi Uda amat membantu, Great
_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
faisal
Student L6

Joined: Jun 27, 2008
Posts: 1275

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam
Posted: Wed Jan 11, 2012 6:57 am
Reply with quote

kayrollz wrote:
syatibi_uda,

sbenarnya sahabat saya bawah ini menyanjungi tuan di luar...hehe Very Happy

faisal wrote:
Berpusing² juga baca...

Namun penerangan yang sangat baik...

Barakallahufikum

Great

Walaupun Kayrollz suka memprovokasi saya... Very Happy

Namun ianya benar lagi membenarkan...
Back to top
View user's profile
syatibi_uda
Student L1

Joined: Dec 12, 2011
Posts: 153

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Wed Jan 11, 2012 9:48 am
Reply with quote

aku_hambaNya wrote:

Sekadar tambahan..

Pentazkirah tadi jugak sebut tentang Islamization of knowledge. Dan ayatnya sama macam yang diboldkan di atas tu.

Katanya, orang Islam tak perlu bergantung kepada kajian barat utk membuktikan ketulenan al-Quran. Contohnya, The Big Bang Theory, kebetulan sama dgn apa yang disebutkan dalam al-Quran.

Namun, sekarang dah ada theory baru tentang kejadian universe. So, macamana nak relate dgn Quran?

Barakallah

Kata2 diatas agak menarik.

1) Islamization of knowledge : Apa hakikatnya?
2) Teori baru kejadian universe. Teori apa tu?

Saya minat nak tahu. Kalau ada sesiapa boleh terangkan, tanpa cut n paste.
Back to top
View user's profile
aku_hambaNya
Student L6

Joined: Mar 12, 2011
Posts: 1037

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Wed Jan 11, 2012 3:49 pm
Reply with quote

syatibi_uda wrote:

1) Islamization of knowledge. Knowledge berasaskan tauhidic values. Minallah, lillah, ilallah.

Minallah. Membatasi ilmu kita dengan ilmu minallah, iaitu ilmu wahyu. Theories sepatutnya dibatasi wahyu, rather than akal.

Lillah. Ilmu itu digunakan, utk memakmurkan bumi Allah. Utk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Agar agama ini, seluruhnya milik Allah.

Ilallah. Ilmu itu, membawa kita takut kepada Allah. Membawa kita lebih dekat kepada Allah. Kerana orang yang takutkan Allah, adalah orang yang berilmu.

~~~~~

Jika bukan berdasarkan ilmu minallah, jika ilmu tidak dibatasi wahyu, manusia akan mengembangkan ilmu berdasarkan akal, dan teori2 sesat seperti Darwinism akan wujud.

Jika ilmu bukan lillah, kemajuan akal dan teknologi akan disalahgunakan. Sekarang di barat, ada robot yang boleh menjadi girl friend anda.

Jika ilmu bukan ilallah, manusia akan terumbang-ambing tanpa Allah. Bahkan ada yang 'menganut' scientology, seperti Tom Cruise.

2) Theory of Reciprocity, 'rebunking' The Big Bang Theory. (a new way, how the cosmologist understand the previous theory)

_________________
HambaNya..
yang ingin hidup keranaNya..
dan ingin mati keranaNya..
Back to top
View user's profile
syatibi_uda
Student L1

Joined: Dec 12, 2011
Posts: 153

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Thu Jan 12, 2012 7:13 am
Reply with quote

Quote::

Setuju dengan makna ini. Tapi istilah " mengislamkan ilmu " seperti tidak kena. Makna2 diatas semuanya adalah mengislamkan insan itu sendiri, bukan islamkan ilmu itu. Adakah ilmu itu mula2 kafir lalu di islamkan?

1) Insan yg harus berhati2 tidak menerima sesuatu teori yg bersalahan dgn wahyu.

2) Insan yg harus gunakan apa juga ilmu untuk kebaikan.

3) Insan yg harus ditarbiah selalu mentadabbur keadaan sekelilingnya untuk semakin takut pada Allah.

Yg merupakan tempat taklif adalah manusia yg berakal, bukan benda. Kita tidak islamkan kereta kita, tetapi pemiliknya, kereta tidak jadi islam atau kafir, atau menjadi lebih Islam. Jika pemiliknya Islam, ia akan gunakan keretanya, ilmunya, apa juga menurut tuntutan Islam.

Saya lebih suka menamakannya ' Mengislamkan insan '.

Quote::
2) Theory of Reciprocity, 'rebunking' The Big Bang Theory. (a new way, how the cosmologist understand the previous theory)

Apa bezanya dgn teori Big Bang? Adakah mereka telah menafikan adanya Big Bang?
Back to top
View user's profile
aku_hambaNya
Student L6

Joined: Mar 12, 2011
Posts: 1037

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Thu Jan 12, 2012 9:26 pm
Reply with quote

Bagi mereka, Big Bang hanya satu teori. Dan ahli kosmologi tidak semuanya bersetuju dgn teori Big Bang. Sebab tu pelbagai teori lain dicipta kemudiannya.

Teori Big Bang membuktikan, alam ini, jika dihitung berdasarkan teori relativiti Einstein, bermula dari satu letupan besar. Penemuan ini selari dgn ayat 30, surah al-Anbiyaa'. Ia membuktikan, alam ini ada permulaan, bermula dgn tiada, dan bukan sedia ada.

Ini bererti, alam ini diciptakan, dan setiap yg diciptakan, pastilah punyai pencipta. Bererti, Allah itu ada.

Namun, walaupun Big Bang adalah teori kosmologi yang standard, ia tidak disebutkan dalam buku teks yg kami pelajari. Dalam buku teks kami, teori yg ditampilkan adalah teori bubbles. Alam ini berasal dari buih2 yang bercantum2 menjadi zarah2 yg lebih besar.

Justeru, pada pendapat saya, Islamization of knowledge dalam hal ini perlu. Apabila sesuatu teori bercanggah dgn al-Quran, buang je teori tersebut.

Saya mengimpikan, buku teks biologi suatu masa nanti akan ditulis oleh orang Islam. Dan dalam bab origin of the bios, kita masukkan ayat al-Quran, tentang penciptaan Adam.

Itulah Islamization of knowledge yang saya faham.

_________________
HambaNya..
yang ingin hidup keranaNya..
dan ingin mati keranaNya..
Back to top
View user's profile
syatibi_uda
Student L1

Joined: Dec 12, 2011
Posts: 153

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 148- Percanggahan dalam penciptaan Adam a.s?
Posted: Fri Jan 13, 2012 2:00 am
Reply with quote

aku_hambaNya wrote:
Bagi mereka, Big Bang hanya satu teori. Dan ahli kosmologi tidak semuanya bersetuju dgn teori Big Bang. Sebab tu pelbagai teori lain dicipta kemudiannya.

Teori Big Bang membuktikan, alam ini, jika dihitung berdasarkan teori relativiti Einstein, bermula dari satu letupan besar. Penemuan ini selari dgn ayat 30, surah al-Anbiyaa'. Ia membuktikan, alam ini ada permulaan, bermula dgn tiada, dan bukan sedia ada.

Ini bererti, alam ini diciptakan, dan setiap yg diciptakan, pastilah punyai pencipta. Bererti, Allah itu ada.

Namun, walaupun Big Bang adalah teori kosmologi yang standard, ia tidak disebutkan dalam buku teks yg kami pelajari. Dalam buku teks kami, teori yg ditampilkan adalah teori bubbles. Alam ini berasal dari buih2 yang bercantum2 menjadi zarah2 yg lebih besar.

Justeru, pada pendapat saya, Islamization of knowledge dalam hal ini perlu. Apabila sesuatu teori bercanggah dgn al-Quran, buang je teori tersebut.

Saya mengimpikan, buku teks biologi suatu masa nanti akan ditulis oleh orang Islam. Dan dalam bab origin of the bios, kita masukkan ayat al-Quran, tentang penciptaan Adam.

Itulah Islamization of knowledge yang saya faham.

Jazakallah

Satu penerangan yg menarik. Pertama kali dengar pasal bubble theory. Jadi ia sama dgn reciprocal theory lah kan?

Yang perlu bagi insan muslim sekarang adalah pastikan apakah wahyu menafikan teori2 ini atau membenarkannya? Atau tidak ini dan itu? Saya yakin kita setuju kita hanya reject satu2 teori bila jelas bercanggahan dgn wahyu.

Saya masih katakan insan itulah yg perlu diperkasakan Islamnya, kefahamannya tentang Islam, ttg al-Quran. Namun inipun ada limitnya. Tidak semua ayat-Alquran jelas.

Kembali kepada asal penciptaan alam ; langit dan bumi, kita tahu apa yg Allah khabarkan dlm al-Quran dan hadith. Ayat yg paling masyhur dijadikan rujukan adalah ayat 30 Surah Anbiya.

أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ ٱلسَّمَاوَاتِ وَٱلأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا
((Tidakkah orang2 kafir melihat, bahawa langit2 dan bumi dulunya 'ratqan' maka Kami 'fataq' kan keduanya.))

Ramai menyangka ayat ini berbicara tentang big bang, bila saintis mula sibuk bicarakan ttgnya.

Kalau kita perkasakan ilmu Islam kita, kita rujuk tafsir, kita dapati ada lima pendapat yg masyhur, antaranya ada yg lemah. Ia kembali kpd tafsir ratqan dan fataq dm ayat.

Dari sudut bahasa, Ratqa = bercantum atau tertutup ( سد ), Fataq = pisahkan فصل

1) Langit dan bumi mulanya bercantum satu, kemudian Allah pisahkan antara keduanya, Allah angkat langit, bumi Allah kekalkan dibawah.

2) Langit yg tujuh mulanya bercantum satu kemudian Allah pisahkan satu2 persatu, menjadi tujuh petala langit yg berpisah2. Begitu juga bumi yg tujuh asalnya satu lalu Allah pisah2kannya.

3) Langit asalnya tertutup tidak turunkan hujan, bumi juga tertutup tidak menumbuhkan, lalu Allah bukakan langit supaya turun hujan dan bumi untuk tumbuhkan tumbuh2an.

4) Langit dan bumi asalnya dalam kegelapan, tidak dapat dilihat, lalu Allah bukakan dgn cahaya. Pendapat ini kembali kepada pendapat pertama dan kedua.

5) Maksud ' ratqan' adalah tiada, ' fataq' ertinya mewujudkan. Maka maksud ayat, langit dan bumi asalnya tiada lalu Allah ciptakan. Pendapat ini adalah paling lemah kerana jauh dari bahasa.

Pendapat2 ini disebutkan oleh Allamah Muhammad Amin Syinqiti. Beliau memilih pendapat yg ketiga sebab ada qarinahnya, iaitu sambungan ayat, " dan kami jadikan dari air setiap yang hidup "

Jika kita ambil pendapat pertama, ia seperti ada makna ' big bang '. Tapi tidak begitu jelas. Saya tidak tahu apakah teori itu kata big-bang itu dari tiada kepada ada atau dari sesuatu matter.

Kalau dari seuatu, ia tidak menyalahi al-Quran, tapi detail teori itu tidak ada dalilnya dari al-Quran...

Yg disebutkan al-Quran selanjutnya adalah : langit itu asalnya adalah asap ( دخان ). Tidak jelaskan asal usul asap ini, apakah ia dari bumi atau air yg bawah Arasy. Kemudian Allah perintahkan langit dan bumi utk datang dan taat, mereka kata kami datang dlm keadaan taat. Ini menunjukkan bahawa ketika ini langit telah Allah pisahkan dari bumi.

Kemudian Allah sempurnakan ciptaan bumi selama empat hari, langit pula dua hari.

Jelas, Allah ciptakan langit dan bumi dari sesuatu matter, bukan dari tiada.

Adapun penciptaan matter itu, Allah tidak khabarkan, tapi Allah meman pencipta segala sesuatu.

Maka jika adanya teori bubble pun, nak kata ia menyalahi al-Quran 100% masih blh dibincangkan.

Saya lihat selagi ia namanya teori, ia bukan qati'ey, manhaj kita dlm hal ini seharusnya seperti berdepan dgn riwayat Israiliyat, yg dibenarkan wahyu kita wajib terima, yg bersalahan kita wajib tolak, yg tidak pasti, tidak ini dan itu, kita tawaqquf.

Akhirnya ilmu sains ini tidak seharusnya disamakan dgn wahyu yg qati'ey, ada dapatan sains telah qati'ey, ada yg masih dlm proses kajian, masih teori. Teori2 ini pula tidak sama kuatnya. Dan tujuan ilmu sains seharusnya bukan teorinya, tetapi kegunaannya, tidak kira jika teori ini belum habis ' masak ', belum 100% asalkan kita boleh apply utk kebaikan kita, kita pakai. Tidak kira ia berasal dari timur atau barat. Adapun kita habiskan umur kita untuk rombak semua teori, semua definisi, semua formula, dikhawatiri kita masuk dalam falsafah yg lebih bnyk mudaratnya dari baiknya. Alangkah baiknya kita fikirkan cara2 utk inovasikan sains utk kebaikan kita dan agama.

Wallahu a'lam
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Aqidah
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next

Jump to:  

You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You can download files in this forum

Toggle Content Hadith Today
Apabila aku perintahkan agar kamu melakukan perkara maka lakukanlah dia sekadar kemampuanmu, dan apabila aku larang kamu agar jangan melakukan sesuatu, maka jauhilah perkara tersebut

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan

Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 93
Bots: 1
Total: 94
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 

   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 

The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster