Community Forums
S'PORE POTONG GAJI KABINET
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 3:28 am
Reply with quote

Assalamualaikum

SINGAPURA 4 Jan. - Singapura akan mengurangkan kira-kira satu pertiga dari gaji pemimpin utamanya yang berjumlah berjuta-juta dolar, berdasarkan laporan tangga gaji yang didedahkan hari ini.

Pengumuman pengurangan gaji menteri-menteri Kabinet merupakan antara janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk mengurangkan kemarahan rakyat selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun, pengurangan tersebut masih menjadikan menteri-menteri Kabinet negara itu menerima gaji paling tinggi di dunia.

Laporan itu diumumkan oleh Gerard Ee, pemimpin badan bukan kerajaan yang mengetuai penilaian tangga gaji tersebut.

''Laporan itu mewakili ketetapan rangka gaji baru menggunakan satu formula dengan komponen tetap dan pelbagai, dihubung kaitkan dengan persembahan dan hasil negara,'' katanya pada satu sidang media.

Ahli-ahli Parlimen dijangka membahaskan laporan tersebut apabila bersidang pada 16 Januari ini.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji S$2.2 juta (RM5.37 juta) selepas dikurangkan sebanyak 36 peratus, dipercayai pendapatan paling tinggi ketua kerajaan di dunia, empat kali ganda daripada gaji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menerima AS$400,000 (RM1.2 juta) setahun sebagai pemimpin negara itu.

Presiden Singapura, Tony Tan juga akan menyaksikan potongan gaji sebanyak 51 peratus kepada S$1.54 juta (RM3.76 juta).

Potongan itu akan berkuatkuasa dari permulaan penggal lima tahun kerajaan baru iaitu 21 Mei lalu dan garis panduan baru menyaksikan ia disalurkan kepada rakyat biasa Singapura.

Sejak pertengahan 1990-an, gaji anggota Kabinet Singapura berdasarkan kepada dua pertiga pendapatan daripada empat daripada enam bidang iaitu perbankan, akaun, kejuruteraan, undang-undang, pembuatan dan syarikat multinasional.

Ini bermakna gaji menteri-menteri tetap meningkat walaupun mengalami kemelesetan ekonomi, keadaan yang menimbulkan kemarahan rakyat ekoran jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang semakin besar. - AFP/AGENSI

www.utusan.com.my/utus...=lu_01.htm

-------------------------------------------------------------------------------------

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 4:30 am
Reply with quote

Fantastic and magnificent.

Mungkin gaji menteri Malaysia tidak perlu dikurangkan, sebaliknya gaji minimum rakyat dalam setiap sektor dinaikkan.

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
kayrollz
Pro Sunnah



Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 4:34 am
Reply with quote

mustaqill wrote:
Fantastic and magnificent.

Mungkin gaji menteri Malaysia tidak perlu dikurangkan, sebaliknya gaji minimum rakyat dalam setiap sektor dinaikkan.

WOHAAA~! Maybe 15 tahun lagi, PM kita bernama NAWAWI a.k.a MUSTAQILL. who know...

_________________


AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 4:46 am
Reply with quote

Insyaaallah rabbul 'alamiin. Nak jadi PM macam mana, paintball pun cungap. :-)

Saya ada rakan yang bertugas sebagai konsultan HR, dan firmanya bertaraf antarabangsa. Katanya memang kadar gaji kita tidak seimbang. Sesiapa yang mencapai paras Decision Makers memang diberi gaji yang setara dengan kadar antarabangsa.

Adapun paras Decision Executors, gaji yang diberikan telah didiskaunkan tanpa alasan yang munasabah. Kadar yang digunapakai berusia lebih dari 10 tahun.

Mungkin sebab pekerja atau labour di Malaysia tidak rajin berdemonstrasi menuntut kenaikan gaji. Tidak serajin sahabat-sahabat sekerja mereka di luar negara.

Mungkin.

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
najib76
Student L7



Joined: Aug 09, 2009
Posts: 1757
Location: Batu Pahat

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 4:57 am
Reply with quote

Quote::
Mungkin sebab pekerja atau labour di Malaysia tidak rajin berdemonstrasi menuntut kenaikan gaji. Tidak serajin sahabat-sahabat sekerja mereka di luar negara.

HARAM !!!
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 5:01 am
Reply with quote

Union union yang ada kat M'sia tak cukup kuat..

Perlembagaan yang termaktub pun seolah olah membelit diri sendiri...demo kena tak demo pun kena.

..lagi satu ada nya attitute "TIDAK APA" itu lu/kamu punya pasal

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 5:08 am
Reply with quote

Apa yang saya fikir, kerajaan mungkin ralat untuk naikkan kadar gaji minimum sebab khuatir kehilangan faktor kelebihan kos.

Padahal bagi saya, ini kerana kerajaan lebih suka dengan polisi menggaji seramai mungkin tenaga manusia dan kurang insentif diberikan kepada tenaga mesin.

Setahun dua ini banyak MoU ditandantangani untuk mengimport ratusan ribu pekerja luar untuk bekerja di Malaysia. Lihatlah Taiwan dan Hong Kong. Kedua-dua ini tidak mempunyai pekerja asing seramai Malaysia, namun masih maju dan berkembang pesat malah lebih makmur.

Ini kerana polisi mereka ialah;

1. Memahirkan tenaga manusia sedia ada


2. Memaksimumkan tahap kecekapan dengan menggunakan mesin dalam pengeluaran

Maka pekerja warganegara akan dipandaikan mengenai perkembangan teknologi semasa, dan masa yang sama, pekerja yang pandai ini akan sentiasa mencipta dan berinovasi untuk meningkatkan tahap pengeluaran semasa dengan R&D, bukan dengan tenaga kerja luar yang bertaus ribu.

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
ladiaas
Ahli Setia



Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 5:10 am
Reply with quote

minimum wage kena dilaksanakan....

singapura dan malaysia takda minimum wage.....

_________________
Keep it simple, stupid (KISS)


www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 5:18 am
Reply with quote

betul tu Mus.

Lagi satu..penyebab bawa masuk pekerja asing pun ianya income kepada usahawan tertentu.

Rakyat M'sia pula byk juga keluar negara untuk makan gaji. Mungkin lebih lumayan.

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
maverich
Pro Sunnah



Joined: Aug 03, 2008
Posts: 3850

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:27 am
Reply with quote

mustaqill wrote:
Fantastic and magnificent.

Mungkin gaji menteri Malaysia tidak perlu dikurangkan, sebaliknya gaji minimum rakyat dalam setiap sektor dinaikkan.

mmg takleh kurangkan gaji pemimpin malaysia.......nanti diorg pulun rasuah..

kita jugak yang naya nanti

_________________
Back to top
View user's profile
alhikam
Student L1



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 290

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:33 am
Reply with quote

NAZ wrote:
Union union yang ada kat M'sia tak cukup kuat..

Perlembagaan yang termaktub pun seolah olah membelit diri sendiri...demo kena tak demo pun kena.

..lagi satu ada nya attitute "TIDAK APA" itu lu/kamu punya pasal

Majikan malaysia tak kesah terutamanya kilang2 . Pekerja Asing melambak boleh ambil . Gaji murah .

Pekerja2 kontrak pun lebih baik ambil pekerja asing ; mudah dapat dan mereka pun tidor kat tempat binaan . Celik2 mata terus kerja .
Back to top
View user's profile
alhikam
Student L1



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 290

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:37 am
Reply with quote

NAZ wrote:
betul tu Mus.

Lagi satu..penyebab bawa masuk pekerja asing pun ianya income kepada usahawan tertentu.

Rakyat M'sia pula byk juga keluar negara untuk makan gaji. Mungkin lebih lumayan.

Siapa2 dapat lesen utk bawa pekerja asing .. kurang2 satu orang asing boleh dapat free RM2 - 3k bayaran komisen .
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:41 am
Reply with quote

ladiaas wrote:
minimum wage kena dilaksanakan....

singapura dan malaysia takda minimum wage.....
rasanya parliman m'sia dah luluskan minimum wage tu, tapi belum implement aja

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:44 am
Reply with quote

alhikam wrote:
NAZ wrote:
betul tu Mus.

Lagi satu..penyebab bawa masuk pekerja asing pun ianya income kepada usahawan tertentu.

Rakyat M'sia pula byk juga keluar negara untuk makan gaji. Mungkin lebih lumayan.

Siapa2 dapat lesen utk bawa pekerja asing .. kurang2 satu orang asing boleh dapat free RM2 - 3k bayaran komisen .
betul

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
alli
Student L3



Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: S'PORE POTONG GAJI KABINET
Posted: Thu Jan 05, 2012 8:57 am
Reply with quote

Kalau turun gaji menteri pun elok, baru tau diorang ikhlas nak memimpin ke atau nak gaji besar. Kalau ianya bukan lubuk duit orang tak kan sanggup menggadai harta dan agama utk menang.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 79
Bots: 1
Total: 80
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster