Community Forums
ISU CERAI - KENAPA JABATAN AGAMA PULA YANG BUNTU?
Diskusi Umum tentang motivasi dan kaunseling.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKaunseling Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: ISU CERAI - KENAPA JABATAN AGAMA PULA YANG BUNTU?
Posted: Fri Dec 30, 2011 2:23 am
Reply with quote

Assalamualaikum

Isu cerai: Jabatan agama buntu



Oleh ROSALINDA SAID
pengarang @ utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pihak berkuasa agama seakan-akan sudah buntu untuk menyelesaikan masalah perceraian di kalangan pasangan Islam yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Mereka mengakui tiada lagi jalan keluar bagi mengatasi isu itu sekiranya pasangan berkenaan sendiri gagal mengubah sikap dan keburukan diri masing-masing.

Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman berkata, pendekatan jabatan agama ketika ini sudah mencapai tahap maksimum kerana ia merangkumi segala aspek daripada praperkahwinan hingga proses perceraian.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) giat melaksanakan kursus serta program berkaitan praperkahwinan dan pasca perkahwinan.

"Tidak cukup dengan itu, pihak jabatan agama juga menawarkan khidmat nasihat dan runding cara keluarga yang seiring dengan keadaan semasa buat pasangan yang berdepan konflik.

"Di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) misalnya, terdapat pelbagai kursus seperti program Sakinah, Rumahku Syurgaku dan Klinik Guaman Syarie diadakan pada setiap bulan sebagai panduan kepada pasangan dalam melayari alam rumahtangga," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Terbaru, jelas Aluwi, pihak jabatan agama berusaha memantapkan setiap pendekatan yang digunakan dan salah satunya merupakan penambahbaikan terhadap Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam.

"Kursus praperkahwinan ketika ini sedang melalui beberapa penambahbaikan dari segi pengisian modul bagi disesuaikan dengan keadaan semasa dan ia dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

"Berdasarkan segala pendekatan itu, boleh dikatakan pihak jabatan agama sudah berusaha sehabis baik dalam mengatasi masalah perceraian dan terserah kepada pasangan bagaimana mereka mahu melaksanakan setiap ilmu yang diajarkan itu," katanya.

Tambah beliau, jika perceraian merupakan jalan terbaik buat pasangan maka tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan pihak jabatan agama dalam membendung gejala itu.

Bagaimanapun, Aluwi berharap agar pasangan Islam akan lebih mengutamakan aspek kesabaran dalam melayari kehidupan berumahtangga selain berusaha mengubah watak buruk masing-masing untuk kebaikan bersama.


www.utusan.com.my/utus...=mh_01.htm

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
Abuatsiroh
Moderator



Joined: Feb 15, 2009
Posts: 1213
Location: Bandar Baru Bangi

PostPost subject: Re: ISU CERAI - KENAPA JABATAN AGAMA PULA YANG BUNTU?
Posted: Fri Dec 30, 2011 2:54 am
Reply with quote

Rumahtangga yang dibina di atas foundation yang tidak kukuh. Sudah tentu bila sebut foundation ianya merujuk kepada aqidah. Tentang tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Matlamat hidup kita yang sementara ini. Pernikahan hanya satu juzuk kehidupan yang boleh menolong kita menjauhi maksiat dan mendekatkan diri kepada Allah. Buatlah kursus dgn model pelbagai pun, kalau asas utama itu tidak ditekankan dalam modul kursus, mungkin mereka tidak akan dapat banyak dari penyertaan dalam kursus itu.

Mungkin jugak pasangan itu meletakkan "expectation" yang terlalu tinggi dari perkahwinan itu. Bila kahwin dan mereka tidak dapat apa yang dihajati, maka mulalah datang bisikan syaitan utk memisahkan suami-isteri. Seharusnya ditanamkan dari awal lagi bahawa sebagai orang beriman, tak dapat tidak kita pasti diuji dalam hidup. Antara bentuk ujian tentulah termasuk ujian dalam hidup berumahtangga.
Back to top
View user's profile
Ibn_Firdaus
Pro Sunnah



Joined: Jan 11, 2010
Posts: 11753

PostPost subject: Re: ISU CERAI - KENAPA JABATAN AGAMA PULA YANG BUNTU?
Posted: Fri Dec 30, 2011 7:46 am
Reply with quote

Assalamualaikum

Kena buat kajian. Kalau kerana Kewangan, suruh Pusat Zakat SEGERAKAN bantuan.

Kalau kerana akidah, suruh Pendakwah MAJLIS ISLAM seGERAKAN dakwah.

Kalau kerana jahil, suruh pandai.

Itu namanya USAHA. Kalau USAHA tarak, tuding jari, alamat memang tak faham apa itu Usaha, kena belajar lagi asas Rukun Iman keEnam.

wallahualam ~

_________________
Manhajku sebagaimana dilalui RASULULLAH saw dan para sahabatnya. . . bukan MANHAJ ini dan itu . KEWAJIBANKU adalah mengikuti MANHAJ ALLAH dan RASUL-Nya , dan bukan selainnya.
Back to top
View user's profile
TokDdeka
Ilmuwan



Joined: Jul 14, 2008
Posts: 683

PostPost subject: Re: ISU CERAI - KENAPA JABATAN AGAMA PULA YANG BUNTU?
Posted: Fri Dec 30, 2011 8:54 am
Reply with quote

Hanya satu pendapat.

Penceraian adalah sesuatu yang dibolehkan walaupun dibenci. Penceraian juga boleh dianggap sebagai satu cara Islam mendidik suami isteri, dengan memberikan tempoh IDDAH yang cukup panjang, untuk divorcee itu CUBA RASA hidup secara berasingan, jika itu yang mereka rasa lebih baik bagi mereka.

Islam memberikan peluang untuk “cuba hidup dalam penceraian” sebanyak DUA kali dengan banyak kelonggaran diberikan kepada divorcee untuk duduk serumah dalam tempoh iddah itu. Bak kata orang, “Don’t make permanent decision for a temporarily spoilt emotion”. Besar kemungkinannya, jika penceraian itu berlaku BUKAN dengan sebab keburukan sesiapa, divorcee itu akan bercantum kembali sebagai suami isteri dalam tempoh iddah itu. Jika masih lagi berlaku penceraian kali KETIGA, mungkin pasangan itu dah TAK NGAM lagi untuk terus hidup sebagai suami isteri.

Pendapat ambo, JIKA perceraian sudah dipilih oleh suami isteri, ia perlu DIDIAMKAN, baik oleh pihak lelaki mahupun pihak perempuan. Tak perlu heboh-heboh. Biarkan segala kelonggaran yang ada dalam Islam sewaktu tempoh iddah itu memainkan peranannya. Sudah tentulah divorcee itu perlu menjaga segala pantang larangnya setelah tidak lagi menjadi suami isteri, di samping mengambil manafaat dari tempoh tersebut.

Jika pantang larang itu tidak boleh dijaga semasa iddah, RUJUK lah kembali, dan BUKA kembali pantang larang yang menyempadani divorcee itu. AGAKNYA, inilah juga yang sepatutnya berlaku, yakni RUJUK dan berdamai setelah bercerai sekejap, tanpa perlu diberitahu kepada sesiapa, walaupun kepada mertua atau ibubapa sendiri, apatah lagi kepada anak-anak.

Apa yang MUNGKIN membawa kepada perceraian kekal sehingga tamat tempoh iddah ialah campurtangan orang luar, yang mengetahuinya setelah diberitahu sendiri oleh pasangan suami isteri yang baru bercerai itu. Kalau tidak diberitahu, orang tak akan tahu.

Wallaahu a’lam.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kaunseling Islam
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.

-- HR. Malik dan Tirmizi

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 73
Bots: 1
Total: 74
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster