Community Forums
Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 1:58 pm
Reply with quote

Saya harap ahli-ahli AFN dapat berkongsi apakah yang menjadi harapan dan jangkaan mereka terhadap AFN tahun depan; 2012.

Boleh kongsikan segala pandangan dan komen terhadap perjalanan AFN 2011 yang akan tamat beberapa minggu saja lagi.

Feedback anda sekalian amat dihargai.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 1:59 pm
Reply with quote

Al-Fikrah .net 2012: Realisasi dan Rasionalisasi

Bismillah

Saya Mohd Nawawi Abd. Razak @ Mustaqill memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Dia memberi saya kekuatan selepas Dia memberi saya taklif untuk mengemudi perjalanan Al-Fikrah.net. Saya panjatkan juga doa agar Dia menjadikan taklif ini sebagai peluang saya mendekatkan diri kepadaNya dan berbakti di jalanNya setiap masa dan ketika. Dan saya ucapkan Alhamdulillah kerana saudara sekalian sudi menerima saya sebagai ketua, dalam keadaan saya yang tidak seberapa ini. Panggillah jawatan ini sebagai apa pun, Insyaallah saya akan cuba sebaik habis untuk menunaikan amanah yang datang bersamanya.

Status Quo


Kini Al-Fikrah.net berjaya menempatkan dirinya sebagai forum berorientasikan Islam yang berjaya dalam konteks Malaysia. Apatah lagi dengan keistimewaan dan keunikan manhaj yang menjadi pilihannya; manhaj salaf, kini Al-Fikrah.net boleh dikatakan sebagai forum salafi yang paling terkedepan, paling aktif dan paling popular. Dengan jumlah ahli, pelawat dan hits yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, forum kita ini terus maju dan dikenali, berkat keikhlasan ahli-ahlinya untuk mencari ilmu, salah satu wasilah taqarrub kepada Allah. Pendekatan Al-Fikrah.net yang terbuka tapi berwaspada, sentiasa mengalu-alukan perkongsian yang berteraskan ilmu dan fakta, yang datang dengan hanya satu syarat yang tidak mampu dikompromi; kesahihan dan ketulenan faktanya. Inilah yang tidak ada pada forum lain, inilah tradisi ilmu para salaf yang kita jiwai hingga ke hari ini, yang senantiasa berpegang kepada segala sesuatu yang sahih dan terbukti tulen. Mungkin itulah asas jenama Al-Fikrah.net. Kebolehpercayaan dan kredibiliti.

Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian terkini, kerana ia masih tidak seberapa jika kita benar-benar inginkan sesuatu yang besar lahir dari forum maya ini. Beberapa kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang kita kesan sepanjang 3 tahun ini akan dikaji dengan teliti, dan akan dipastikan agar tidak berulang kembali lagi di masa akan datang, biiznillah.

Kullu Yaum Mustaqbal.

Setiap hari itu adalah masa depan. Manakala esok masih menjadi rahsia Allah. Dengan itu kita perlu perancangan rapi setiap hari yang mendatang untuk memastikan keesokannya berjalan lancar. Al-Fikrah.net masih baru dalam perancangan jangka panjang, namun Alhamdulillah beberapa persetujuan telah dicapai oleh kami sesama staf mengenai rupa bentuk dan wajah Al-Fikrah.net di masa depan. Saya secara peribadi mengharapkan agar Allah member umur yang panjang kepada forum ini, yang dengannya saya menambah ilmu, menambah saudara dan rakan, menambah guru dan cikgu serta berkongsi sedikit-sebanyak apa yang saya ada sama ada ilmu mahupun pengalaman, agar perkongsian yang penuh ilmiah dan berkah ini dapat diteruskan dan dinikmati oleh anak-cucu kita pula di masa depan. Tanpa perancangan, pastilah hilang objektiviti, fokus dan signifikannya sesuatu organisasi itu. Akhirnya segala apa yang kita kongsikan selama ini hanya akan menjadi sekadar coretan kata yang dilupakan, mengusang dan mereput tanpa dipedulikan dan dihargai sesiapa. Semoga Allah menghindarkan kita dari kerugian sebegitu rupa.

Realisasi

Apa yang saya maksudkan dengan Realisasi ialah perlunya Al-Fikrah.net menjelmakan dirinya ke ruang lingkup alam nyata. Kini kita tidak boleh merasa cukup dengan perbincangan dan diskusi alam maya yang tiada kesudahannya, sebaliknya memanfaatkan ilmu yang kita dapatkan melalui perbincangan dan diskusi itu dalam kehidupan alam nyata. Persahabatan dan perhubungan yang kita jalin penuh mesra di dalam forum mesti dihidupkan dalam kehidupan sebenar. Akidah dan syariah yang kita agungkan dalam forum perlu kita hakikikan dalam pergaulan sehari-hari. Adab dan hikmah yang kita laung-laungkan dalam setiap diskusi jangan kita songsangkan dalam muamalah sesama insan. Justeru, saya harapkan kalian memberi sokongan kepada program-program tajaan dan anjuran Al-Fikrah.net. Saya sangat bahagia apabila dapat berjumpa dengan rakan-rakan semanhaj dari Al-Fikrah.net, hingga bagi saya segala program dan aktiviti itu hanyalah alat semata-mata, maksud sebenarnya ialah persaudaraan dan persahabatan yang berpanjangan Hubungan seperti ini jika dapat kita bawa ke hari tua, pastilah memberi manfaat yang amat sangat sama ada dari segi material mahupun moral. Satu hari akan lahir tokoh-tokoh besar dari kalangan ahli Al-Fikrah.net, dan semestinya dokongan dari tokoh-tokoh ini akan menjadi bonus buat gerakan dakwah sunnah di masa hadapan.

Al-Fikrah.net tidak boleh melepaskan sebarang peluang kerjasama untuk berdakwah, dan sebolehnya harus membina rangkaian hubungan seluas mungkin, kerana kita di sini adalah komuniti online yang multi-bakat. Ini boleh kita manfaat semaksimanya dengan hubungan dan kenalan yang betul baik dalam komuniti peminat agama atau selainnya. Kita tidak boleh membayangkan Al-Fikrah.net sebagai sebuah kedai kopi untuk kita datang bertandang dan bersembang hingga ke petang. Kita dalam usaha meletakkan forum ini setanding dengan Multaqa Ahlil Hadith, IslamQA, Islamweb tetapi dengan pendekatan lebih rileks dan beracuankan citarasa Malaysia. Jika tidak terdaya, maka kita harapkan generasi selepas ini untuk menyempurnakan harapan dan cita-cita itu.

Rasionalisasi

Apa yang mahu kita rasionalkan ialah metod operasi Al-Fikrah.net. Insyaallah, apabila Al-Fikrah.net 2.0 dilancarkan, saudara sekalian akan dapat melihat perubahan dan penambahbaikan yang ketara dan bermanfaat. Al-Fikrah.net akan membuka ruang kepada ilmuan-ilmuan agama dan bukan agama untuk berkongsi ilmu secara tersusun dan professional, selagi mana pegangan kita manhaj salaf dihormati dan diakui selayaknya. Al-Fikrah.net tidak lagi akan berorientasikan personaliti atau individu tertentu, tetapi semangat ilmu dan cintakan pengetahuan semata-mata. Pengurusan Al-Fikrah.net akan mempunyai manual dan panduan yang disepakati, dan sebarang bentuk krisis dan konflik akan ditangani dengan penuh hikmah dan himmah. Kita juga inginkan Al-Fikrah.net melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang berkaliber, serta produk-produk berkualiti bagi manfaat ahli-ahlinya. Kita tidak mahu hadkan Al-Fikrah.net untuk salafi atau mana-mana kelompok manusia, sebaliknya kita buka seluas-luasnya ruang untuk sebarang perkongsian akademik yang ikhlas didedikasikan untuk perkembangan pemikiran yang sihat. Bilangan panel akan ditambah, dengan kemasukan dan lantikan panel di kalangan protaz dan akademia dijangkakan meningkat dengan ketara. Juga, kita tidak melupakan bakat-bakat baru dikalangan pelajar-pelajar universiti yang boleh kita gilap apabila mereka dilantik menjadi panel di Al-Fikrah.net. Dengan ini kita harapkan forum seumpama Al-Fikrah.net dapat menampung permintaan dari ahli-ahlinya yang dahagakan ilmu dengan menyediakan satu barisan intelek yang mempunyai kredibiliti dan kualiti sesuai dengan manhaj salaf yang menjadi pegangan selama ini.

Penutup

Dengan risalah yang dengan sengaja saya panjangkan huraiannya ini, saya ingin memberi satu isyarat yang jelas; potensi besar Al-Fikrah.net takkan sesekali disia-siakan. Semua perancangan yang digarap adalah bermaksud untuk memberi manfaat kepada ummah. Banyak yang boleh dipelajari hatta daripada krisis yang paling mengguris hati. Al-Fikrah.net akan maju ke depan dan takkan menoleh ke belakang, kanan ataupun kiri. Perubahan pasti akan mengambil tempatnya, demi mengekalkan forum yang berkah ini sebagai lubuk ilmu yang relevan, terkini dan berkualiti. Paling kurang dalam jangka masa setahun yang diberikan kepada saya.

AFN Boleh.

Mustaqill

Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 – Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
kayrollz
Pro Sunnah



Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:02 pm
Reply with quote

SEMOGA AHLI AFN LEBIH BERANI!

(cap lock melambangkan suara semangat)

_________________


AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
amirulhakimi
Student L6



Joined: Feb 16, 2010
Posts: 1216

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:03 pm
Reply with quote

kurangkan posting politik !!!
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:03 pm
Reply with quote

Semoga silent reader semakin kurang,
_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
almalizy
Beginner



Joined: Sep 05, 2010
Posts: 76
Location: Malaysia

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:05 pm
Reply with quote

Al_Baghani wrote:
Semoga silent reader semakin kurang,

Sweat Drop Go

_________________
"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya.

Sesiapa yang mencari keredhaan manusia menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya."Mawquf kepada Aisyah, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:06 pm
Reply with quote

Dan yang amat penting, AFN direalisasi sebagai satu pertubuhan dakwah (NGO) dan bukan sekadar forum di laman maya saja.
_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:07 pm
Reply with quote

Semoga Paintball, futsal, dakwah outreach berjalan lancar pada tahun baru.

Semoga AFN menjadi Khadeem aktiviti2 dakwah dan tarbiyah.

Semoga Silent reader semakin kurang.

Semoga aktiviti2 Syabab semakin aktif, bertambahnya bilangan, menghadiri kuliah2, diskusi2 ilmu.

Semoga percambahan ilmu semakin bertambah rancak di AFN.

Semoga Nizam alBaghani dan Channel Youtube AFN berjalan lancar.

Semoga AFN menjadi rujukan terbaik.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:07 pm
Reply with quote

almalizy wrote:
Al_Baghani wrote:
Semoga silent reader semakin kurang,

Sweat Drop Go

tambahan kepada quote ana tuh: convert menjadi ahli yang aktif

_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:08 pm
Reply with quote

berlapang dada dgn semua pihak..
cuba fahami apa yg org lain faham, bukan terburu2 mencerca mereka..

guna teknologi terkini dlm mengembangkan dakwah....
pendekatan 'mesra pelanggan' dan byk memberi utk kebaikan umat...

menghormati ulama2, asatizah dan organisasi islam...
kemukakan padangan kita dgn hujah tanpa mencerca pandangan org lain....


setakat 2 sen..

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Adli_Khalim
Ilmuwan



Joined: Mar 06, 2009
Posts: 3927
Location: Jakarta Barat

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:08 pm
Reply with quote

amirulhakimi wrote:
kurangkan posting politik !!!


Saya pun mengharapkan perkara yang sama.

_________________
Personal Page: Adli Khalim
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:08 pm
Reply with quote

Tahun 2012 adalah tahun olimpik februari ada 29 hari...sapa lahir 29 februari,tahun ni lah saja dia boleh raikan...lepas tu kena pulak tunggu lagi 4 tahun lagi...susahnya nak jumpa tarikh hari lahir dia...


Harapan saya...2012 ada wakil AFN mewakili Olimpik...yang silent reader pun jadik la...(Sila beritau kami)

AFN senantiasa relevan...juga kesesuaian utk setiap masa dan tempat...selari dengan syariat yang di bawa...insyaallah...

p/s: ayat last paragraph pinjam buku nota IYS 301,sijil pengajian syariah UM... Very Happy


Last edited by Nadim on Fri Dec 09, 2011 2:12 pm; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:10 pm
Reply with quote

ibnuabbas wrote:
Semoga Paintball, futsal, dakwah outreach berjalan lancar pada tahun baru.

Semoga AFN menjadi Khadeem aktiviti2 dakwah dan tarbiyah.

Semoga Silent reader semakin kurang.

Semoga aktiviti2 Syabab semakin aktif, bertambahnya bilangan, menghadiri kuliah2, diskusi2 ilmu.

Semoga percambahan ilmu semakin bertambah rancak di AFN.

Semoga Nizam alBaghani dan Channel Youtube AFN berjalan lancar.
Semoga AFN menjadi rujukan terbaik.


semoga krew TVAFN bertambah Help

_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:13 pm
Reply with quote

Panel2 bergiat lebih aktif
_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
Adli_Khalim
Ilmuwan



Joined: Mar 06, 2009
Posts: 3927
Location: Jakarta Barat

PostPost subject: Re: Al-Fikrah.net 2012: Harapan dan Jangkaan Anda
Posted: Fri Dec 09, 2011 2:16 pm
Reply with quote

Al_Baghani wrote:
Panel2 bergiat lebih aktif


Part ni susah sikit. Tak semua panel free sepanjang masa.

_________________
Personal Page: Adli Khalim
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu perkataan yang tidak ia fikirkan dampaknya, padahal ternyata perkataan itu akan menjerumuskannya ke neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur dan barat.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 49
Bots: 0
Total: 49
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster