Community Forums
Kebebasan Bersuara Dalam Forum Dakwah

Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexRetorik Kritis
View previous topic :: View next topic  
Author Message
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Kebebasan Bersuara Dalam Forum Dakwah
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:25 am
Reply with quote

Saya menyeru kepada kebebasan bersuara dan memberi pandangan di dalam AFN agar web ini menjadi web ulung di dalam persada dakwah di Malaysia sehingga seluruh kakitangannya diletakkan dalam martabat paling tinggi dan paling matang berbanding web-web lain. Saya tidak bersetuju dengan budaya ban kepada siapa yang tidak sebulu dengan kita dan kepada mereka yang enggan menjilat kita. Jika kita marah kepada al madkhaliyyun dalam perbuatan mereka menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan komen, di harap kita turut tidak melakukan seperti mereka. Dengan itu AFN akan lebih terpandang secara psikologi dan kakitangan AFN akan menggapai objektif kemasyhuran yang mereka impikan.

Last edited by IntelligentSunni on Sun Nov 27, 2011 8:19 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
reyricial
Dalam Perhatian

Joined: Oct 02, 2010
Posts: 1522

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:41 am
Reply with quote

masuk AFN bukan paksaan, bila dah masuk kena ikut peraturanlah.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA

Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:44 am
Reply with quote

Pentadbiran Al-Fikrah.net memang terbuka dan berlapang dada dengan sebarang pandangan yang diutarakan. Namun semuanya terikat dengan ketepatan pandangan itu dengan Al-Quran, As-Sunnah dan fahaman Salaful Ummah.

Al-Madkhaliyun, As-Sururiyun, Al-Ikhwaniyun, At-Tahririyun, dan mana-mana fahaman yang masih berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang difahami dengan kefahaman Salaful Ummah akan kami alu-alukan.

Namun, beranggapan bahawa Al-Fikrah.net perlu menerima segala-galanya dari mereka tanpa tapisan dan pemerhatian adalah tidak munasabah. Al-Fikrah.net mempunyai nilai dan maruah yang perlu dijaga, dan sebarang komen yang boleh menjejaskannya tidak akan dilayan dengan tolak ansur.

Kami tidak akan menerima dengan hati terbuka dan dada yang lapang jika ada Syiah, Ahbash, Sufi Ghuluw dan Anti-Hadith cuba menyucuk jarum syubhat ke dalam Al-Fikrah.net.

Polisi kita di sini ialah maklumat berkualiti dan dipercayai. Dan untuk itu tapisan dan pemerhatian sangat diperlukan. Banyak sampah yang telah dibuang ke sini, dan kami kutip dan buang pula ke tempat yang sepatutnya.

Kami tidak mempunyai objektif untuk menggapai kemasyhuran. Jika tidak pasti kami akan masyhurkan Al-Fikrah.net sebagai sarang Syiah, Ahbash, Sufi Ghuluw, Anti-Hadith dan banyak lagi fahaman menyeleweng.

Namun tidak dinafikan, sememangnya Al-Fikrah.net berada pada kedudukannya yang tersendiri. Tidak ada forum yang seumpamanya.
Back to top
View user's profile Send e-mail
ladiaas
Ahli Setia

Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:44 am
Reply with quote

perlu ketegasan untuk menjaga keharmonian........rasa panel2 bukan suka-suki lock atau delete.....
_________________
Keep it simple, stupid (KISS)

www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:47 am
Reply with quote

Di dalam dunia ilmu agama ada satu situasi yang sungguh unik. Orang yang dijilat sehingga basah tubuhnya dan gembira dengan jilatan itu pasti sukar untuk menundukkan egonya bila ditegur oleh orang yang disangkakan lebih rendah darinya. Kaum-kaum yang menjilat pula sangat taksub kepada orang yang dijilatinya sehingga akalnya diserahkan 100% kepada orang yang dia 'sembah'. Pokok kepada permasalahan ini ialah sifat hipokrit, lalang dan suka ramai-ramai sehingga lupa konsep individualisme di akhirat kelak.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA

Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:49 am
Reply with quote

Situasi itu tiada dalam Al-Fikrah.net.

Kalau ada, buktikan.
Back to top
View user's profile Send e-mail
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:51 am
Reply with quote

mustaqill wrote:

Kami tidak mempunyai objektif untuk menggapai kemasyhuran. Jika tidak pasti kami akan masyhurkan Al-Fikrah.net sebagai sarang Syiah, Ahbash, Sufi Ghuluw, Anti-Hadith dan banyak lagi fahaman menyeleweng.

Sebenarnya kalau kita tgk ahlus sunnah di luar negara termasuk gerakan yg dilakukan leh Dr Zakir Naik, mereka sgt open dan berhikmah bila berhadapan dengan firkah2 lain. Mereka meraikan segala soalan walaupun tak masuk akal. Cuma di malaysia ni baru nak matang mungkin agak melatah sedikit dgn kepelbagaian firkah. Kdg2 kita menghentam sikap tertutup aliran saudiyyah namun kita sendiri pun bersikap tertutup dan mudah melatah. Xifu Naser antara org yg paling open di AFN dan sy yakin dia bukan jenis manusia yg mudah melatah dgn retorik2 nakal dr firkah lain.
Back to top
View user's profile
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:52 am
Reply with quote

mustaqill wrote:
Situasi itu tiada dalam Al-Fikrah.net.

Kalau ada, buktikan.

Wallahua'lam. Kita tak boleh nafikan secara total dan tak boleh menuduh secara total. Jika menuduh secara total, maka ia ada unsur hasad. Jika menafikan secara total, dia ada unsur ta'assub dan pengampuan.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA

Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:53 am
Reply with quote

IntelligentSunni wrote:

Al-Fikrah.net bukan tidak mengikut mana-mana model. Kami mempunyai model kami sendiri. Cuba buktikan dimana melatahnya kami dengan orang yang tak sefikrah.

Kali kedua saya minta bukti.
Back to top
View user's profile Send e-mail
ladiaas
Ahli Setia

Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:53 am
Reply with quote

boleh saudara IS ksi contoh sikit? panel2 sini saya rasa bersifat terbuka kalau ada teguran membina.....
_________________
Keep it simple, stupid (KISS)

www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:55 am
Reply with quote

yat81 wrote:
boleh saudara IS ksi contoh sikit? panel2 sini saya rasa bersifat terbuka kalau ada teguran membina.....

Saya tegur secara umum untuk semua web. Dulu sy ada ke halaqah.net, iluvislam dll. Mereka itu jauh lebih tertutup dr AFN. Bukan semua moderator AFN itu tidak matang dan bukan semua juga yg matang.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA

Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:55 am
Reply with quote

IntelligentSunni wrote:
mustaqill wrote:
Situasi itu tiada dalam Al-Fikrah.net.

Kalau ada, buktikan.

Wallahua'lam. Kita tak boleh nafikan secara total dan tak boleh menuduh secara total. Jika menuduh secara total, maka ia ada unsur hasad. Jika menafikan secara total, dia ada unsur ta'assub dan pengampuan.

Kalau tiada bukti maka kami berlepas diri.

Dan apa-apa tuduhan yang tidak didatangkan padanya bukti, tiadalah pada tuduhan itu sebarang nilai.

Tanpa bukti, sesiapa saja boleh mengatakan apa saja.
Back to top
View user's profile Send e-mail
IntelligentSunni
Banned User

Joined: Nov 26, 2011
Posts: 39

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:56 am
Reply with quote

Saya bagi nasihat umum. Maka wajib menerimanya walaupun tiada yg melakukannya di sini. Seperti seorang ustaz menasihatkan anak muridnya yg kesemuanya bebas syirik agar jgn melakukan syirik.
Back to top
View user's profile
akhu_hurairah
Ahli Setia

Joined: Jul 29, 2010
Posts: 2071
Location: shah alam

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:58 am
Reply with quote

Kebebasan bersuara dalam AFN adalah TERJAMIN selagi dalam ruang lingkup yang dibenarkan.

Di AFN:
1- Ada aliran salafi najd
2- Ada aliran salafi ikhwan.
3- Ada aliran hizbut tahrir
4- Ada aliran sufi sederhana
5- Ada juga tabligh
6- Ada pas
7- Ada umno
8- Macam2 adaaa Yes

_________________
“Berhati-hati kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak.

Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu di sini, (seraya baginda menunjuk ke dadanya).

Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith Muttafaqun alaih)
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA

Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: KEBEBASAN BERSUARA DALAM AFN
Posted: Sun Nov 27, 2011 6:59 am
Reply with quote

IntelligentSunni wrote:
Saya bagi nasihat umum. Maka wajib menerimanya walaupun tiada yg melakukannya di sini. Seperti seorang ustaz menasihatkan anak muridnya yg kesemuanya bebas syirik agar jgn melakukan syirik.

Nasihat dan tuduhan lain. Baca balik komen saudara dan nilai sendiri.

Sebelum mewajibkan orang lain terima nasihat saudara, apa kata saudara lakukan satu suruhan yang diwajibkan Allah keatas hamba-Nya; mendatangkan bukti jika saudara berkata benar.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Retorik Kritis
Page 1 of 6
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Jump to:  

You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Toggle Content Hadith Today
Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan

Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 77
Bots: 0
Total: 77
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 

   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 

The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster