Community Forums
[ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Adou_Fr
Panel Hadith



Joined: Jan 08, 2009
Posts: 3415
Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

PostPost subject: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 8:55 am
Reply with quote

[ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM

Salam,

1- Nabi berkata:
عشر من الفطرة : قص الشارب ، وإعفاء اللحية ، والسواك ، واستنشاق الماء ، وقص الأظفار ، وغسل البراجم ، ونتف الإبط ، وحلق العانة ، وانتقاص الماء . قال زكرياء : قال مصعب : ونسيت العاشرة ، إلا أن تكون المضمضة . زاد قتيبة : قال وكيع : انتقاص الماء يعني الاستنجاء .
«Sepuluh adalah daripada fitrah: Memotong misai, dan membiarkan janggut, dan memberus gigi, dan menyedut air (ke dalam hidung) dan memotong kuku, dan membasuh sendi-sendi, dan mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari, dan melepaskan air» Berkata Zakariya’: Berkata Mus`ab: Dan saya lupa yang kesepuluh, melainkan ia ialah berkumur-kumur. Qutaybah menambah: Berkata Waki`: Melepaskan air iaitu beristinja’ [Muslim/ 261]

2- Jabir bin Samurah berkata tentang Nabi:
وكان كثير شعر اللحية
Dan dia mempunyaï banyak bulu janggut [Muslim/ 2344]

3- Begitu juga dengan perintah Nabi:
خالفوا المشركين : وفروا اللحى ، وأحفوا الشوارب
«Berbezalah dengan orang-orang musyrik: Biarkanlah janggut-janggut dan potonglah misai-misai» [Al-Bukhariy/ 5892]

4- Dalil yang dibentangkan di atas adalah hujah dan bukti bagi ramai lelaki yang memelihara janggut mereka, dan ia disabitkan sebagai sunnah kerana termasuk dalam perintah Nabi dan sepuluh fitrah manusia.

5- Walau bagaimanapun, haruslah diteliti kesilapan ramai orang yang baru mula-mula berjinak-jinak dengan Islam, apabila mereka mengutamakan perintah memelihara janggut ini berbanding perintah-perintah yang lainnya.

6- Islam dimulakan dengan wahyu yang pertama:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
«Bacalah dengan nama Tuan kamu yang telah mencipta» [Al-`Alaq: 1]

7- Heraclius telah bertanya kepada Aba Sufyan tentang apa yang diajar oleh Muhammad, dan berlakulah dialog berikut:
قال : ماذا يأمركم ؟ قلت : يقول : اعبدوا الله وحده ولا تشركوا به شيئا ، واتركوا ما يقول آباؤكم ، ويأمرنا بالصلاة والصدق والعفاف والصلة.
Dia (Heraclius) berkata: Apa yang dia perintahkan kepada kamu? Saya (Abu Sufyan) berkata: Dia (Muhammad) berkata: «Sembahlah Allah sendirian-Nya dan jangan kamu mensyirikkan dengan-Nya sesuatu pun, dan tinggalkanlah apa yang dikatakan oleh nenek-moyang kamu», dan dia menyuruh kami dengan salat, dan bercakap benar, dan menyucikan diri dan hubungan kekeluargaan. [Al-Bukhariy/ 7]

8- Wahai orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, sudahkah anda memulakan dengan apa yang diajarkan oleh Muhammad daripada `ibadah-Nya, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, meninggalkan ajaran karut nenek-moyang, bersalat, bercakap benar, menyucikan diri daripada dosa dan perkara yang diharamkan serta memelihara hubungan kekeluargaan? Atau anda lebih pentingkan janggut anda daripada semua itu?

9- Benar, memelihara janggut adalah sunnah dan perintah, tetapi, bagaimana dengan perintah Nabi yang lain? Kata Nabi:
إياكم والظن ، فإن الظن أكذب الحديث ، ولا تحسسوا ، ولا تجسسوا ، ولا تحاسدوا ، ولا تدابروا ، ولا تباغضوا ، وكونوا عباد الله إخوانا
«Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kamu mendengar gosip, dan janganlah mencuri dengar perbualan, dan janganlah saling mendengki, dan janganlah saling membelakangi, dan janganlah saling membenci dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara» [Al-Bukhariy/ 6064]

10- Tidaklah ini adalah perintah yang lebih awla atau lebih utama berbanding perintah memelihara janggut?

11- Bagaimana dengan kata Nabi:
اقرؤوا القرآن ، فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه ، اقرؤوا الزهراوين : البقرة وسورة آل عمران ، فإنهما تأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان ، أو كأنهما غيايتان ، أو كأنهما فرقان من طير صواف ، تحاجان عن أصحابهما
«Bacalah Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiyamah sebagai pemberi syafa`at kepada sahabat-sahabatnya. Bacalah dua yang bersinar-sinar: Al-Baqarah dan Ali `Imran, maka mereka berdua akan datang pada hari Qiyamah seolah-olah mereka berdua adalah dua awan, atau seolah-olah mereka berdua adalah dua payungan, atau seolah-olah mereka berdua adalah dua kelompok daripada burung yang terbentang, yang membela sahabat-sahabatnya» [Muslim/ 804]

12- Adakah anda mengutamakan janggut anda – yang sudah tentu akan tumbuh sendiri jika tidak dicukur – berbanding membaca Al-Qur’an, dan Surah Al-Baqarah serta Ali `Imran?

13- Bagaimana pula dengan kata-kata Nabi ini?
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
«Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam kalangan kamu kepada keluarganya. Dan saya adalah yang paling baik dalam kalangan kamu kepada keluarga saya» [At-Tirmizi/ 3895, hasan gharib sahih. Hadis disahihkan oleh Al-Albaniy]

14- Adakah dengan mengutamakan janggut anda, itu lebih awla dan lebih utama daripada berbuat baik kepada isteri dan anak-anak?

15- Bagaimana pula dengan hadis berikut:
يعذبان وما يعذبان في كبير . ثم قال : بلى ، كان أحدهما لا يستتر من بوله ، وكان الآخر يمشي بالنميمة
«Mereka berdua diazab, dan tidaklah mereka berdua diazab kerana sesuatu yang besar». Kemudian dia berkata: «Ya, salah seorang daripada mereka berdua tidak berlindung daripada air kencingnya, dan yang lain, dia berjalan dengan mengadu domba» [Al-Bukhariy/ 216]

16- Berapa ramaikah orang yang akan diazab sama seperti hadis di atas, hanya kerana kencing dan melaga-lagakan antara manusia? Tidakkah ini lebih awla dan lebih utama diambil tindakan daripada melebih-lebihkan perintah memelihara janggut?

17- Benar, memelihara janggut adalah sunnah dan perintah, tetapi itu bukanlah maqasid (tujuan) para Nabi diutuskan, atau intisari ajaran Islam.

18- Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya iman tidak diukur dengan panjangnya janggut. Islam itu lebih luas daripada isu janggut!


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
06/06/2011 16:48H
ad-diyari.com/

Rangkai Facebook:

www.facebook.com/notes...3807279552

_________________
ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
taufiqbelwael
Ahli Setia



Joined: May 03, 2010
Posts: 2946
Location: Shah Alam & Johor

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:11 am
Reply with quote

maqasid Nabi diturunkan adalah untuk mengajar manusia tentang aqidah, beramal mengikut yg diperintahkan dgn tatacara yg telah ditetapkan (wajib) dan mengikut perkara yg telah digalakkan (sunnah)..

maksudnya, priority adalah:

1) AQIDAH
2) kemudian AMAL dgn tepat dan sahih
3) kemudian mengikut perkara yg seperti digalakkan

oleh itu, membiarkan janggut termasuk dalam perkara yg amat2 digalakkan oleh agama.. walaupun ianya terletak pada tempat yg ketiga.. tp still yg utama adalah Aqidah dan kaedah beramal..

tp saya bersetuju bahawa, janggut bukanlah kayu pengukur keimanan seseorang..

wallahualam
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
taufiqbelwael
Ahli Setia



Joined: May 03, 2010
Posts: 2946
Location: Shah Alam & Johor

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:30 am
Reply with quote

tp saya paham maksud thread syeikh adou, dia bukan membuka thread ini bagi membincangkan wajib atau tidak membela janggut.. tp dia memberi penekanan, ada perkara yg lebih utama dlm agama berbanding janggut.. tu maksudnya..

jd jgn sampai kita meleret2 mengenai hukum yaaa....
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
RD73
Ahli Setia



Joined: Oct 23, 2008
Posts: 2164
Location: Jalan Pawang Kuala Lumpur

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:33 am
Reply with quote

ya... macam yang orang baru masuk islam, yang kita lihat diutamakan kopiah yang bukan maqasid Islam.
Back to top
View user's profile
taufiqbelwael
Ahli Setia



Joined: May 03, 2010
Posts: 2946
Location: Shah Alam & Johor

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:35 am
Reply with quote

Rosli_Bin_Dollah wrote:
ya... macam yang orang baru masuk islam, yang kita lihat diutamakan kopiah yang bukan maqasid Islam.

yes.. tepat sekali contoh ini..

ianya bukan maqasid Nabi, itu yg dimaksudkan oleh syeikh adou..

wallahualam
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
abunajah
Student L3



Joined: Aug 05, 2009
Posts: 672
Location: Nilai

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:37 am
Reply with quote

tp amat menjengkelkan bagi orang yg mantap cakap pasal Islam tpi tak berjanggut...

soalan,

Bila waktu sesuai nak nasihatkan seorang lelaki tentang janggut? adakah selepas wat semua yg dikatakan maqasid di atas?

_________________
~ Bestnyer beraqidah, berfiqih, dan berakhlaq dengan manhaj Salafussoleh! ~
Back to top
View user's profile
taufiqbelwael
Ahli Setia



Joined: May 03, 2010
Posts: 2946
Location: Shah Alam & Johor

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 9:43 am
Reply with quote

yes.. ahli ilmu, sepatutnya lebih peka akan saranan Nabi bagi membezakan antara umat Islam dan kafir adalah dengan membela janggut..

janggut ni sepatutnya sudah ada dlm diri setiap muslim utk membelanya walaupun sedikit.. menunjukkan patuhnya & cintanya kita kpd saranan Nabi.. tp ianya bukanlah bermaksud siapa yg tak bela janggut, tak cinta pada Nabi.. tp kaedah yg penting disini adalah, jika kita tak mampu buat semua, kita jgn tinggalkan semua..

wallahualam
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
abu_muadz
Student L4



Joined: Jul 05, 2010
Posts: 862

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 10:08 am
Reply with quote

Kalau lelaki tersebut memang jenis yang tak tumbuh janggut itu mungkin sudah menjadi fitrah kepadanya.

Tapi bagaimana pula lelaki yang fitrahnya memang tumbuh janggut tetapi dilicinkan dengan pisau cukur dengan alasan zaman telah berubah, Islam dengan bukan islam tidak dapat dibezakan dengan janggut semata, atau dengan berdagu licin lebih kemas & smart?
Back to top
View user's profile
abunajah
Student L3



Joined: Aug 05, 2009
Posts: 672
Location: Nilai

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 10:10 am
Reply with quote

abu_muadz wrote:
Kalau lelaki tersebut memang jenis yang tak tumbuh janggut itu mungkin sudah menjadi fitrah kepadanya.

Tapi bagaimana pula lelaki yang fitrahnya memang tumbuh janggut tetapi dilicinkan dengan pisau cukur dengan alasan zaman telah berubah, Islam dengan bukan islam tidak dapat dibezakan dengan janggut semata, atau dengan berdagu licin lebih kemas & smart?

mmg ada pendapat ulama macam tu

_________________
~ Bestnyer beraqidah, berfiqih, dan berakhlaq dengan manhaj Salafussoleh! ~
Back to top
View user's profile
abu_muadz
Student L4



Joined: Jul 05, 2010
Posts: 862

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 10:15 am
Reply with quote

abunajah wrote:
abu_muadz wrote:
Kalau lelaki tersebut memang jenis yang tak tumbuh janggut itu mungkin sudah menjadi fitrah kepadanya.

Tapi bagaimana pula lelaki yang fitrahnya memang tumbuh janggut tetapi dilicinkan dengan pisau cukur dengan alasan zaman telah berubah, Islam dengan bukan islam tidak dapat dibezakan dengan janggut semata, atau dengan berdagu licin lebih kemas & smart?

mmg ada pendapat ulama macam tu

maksud enta ada pendapat ulama yang menyokong berdagu licin?
Back to top
View user's profile
reyricial
Dalam Perhatian



Joined: Oct 02, 2010
Posts: 1522

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 11:00 am
Reply with quote

bos cina tegur, orang bukan muslim pun tegur, kawan2 pun tegur.

tapi kita simpan bukan sebab nak redha manusia.

kalau tak takut dipandang pelik, dipandang macam pengganas, rileklah sbb kita tak nak bgtau org len hal yg sebenarnya.

kalau mmg bkn keutamaan pun, tapi tak perlu lah kita potong klu nak mendapat redha2 manusia ni.
Back to top
View user's profile
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 11:15 am
Reply with quote

abunajah wrote:
tp amat menjengkelkan bagi orang yg mantap cakap pasal Islam tpi tak berjanggut...

soalan,

Bila waktu sesuai nak nasihatkan seorang lelaki tentang janggut? adakah selepas wat semua yg dikatakan maqasid di atas?

Second!
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 11:19 am
Reply with quote

Simpan janggut adalah sunnah paling senang. Nak dakwah? Ah leceh. Nak korban? Ah ada segudang alasan.

Maka apa sunnah yang ada tu rembat je.

Kerisauan ustaz adou untuk orang baru, yang lebih lajak dari laju tu sebenarnya dah ada jawapan dalam sunnah - sentiasa berada dalam jemaah orang alam dan selalu bermesyuarat.

Masalah orang baru ada di mana2. Salafi yang baru lahir. Karkun yang baru keluar. Tetapi kalau sentiasa berada bersama jemaah, mentoring akan berlaku.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
reyricial
Dalam Perhatian



Joined: Oct 02, 2010
Posts: 1522

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 11:33 am
Reply with quote

saya tak pikir halnya dengan janggut, tapi saya fikir halnya pada pakaian dan kopiah.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: [ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Posted: Mon Jun 06, 2011 11:35 am
Reply with quote

syahrezan wrote:
Simpan janggut adalah sunnah paling senang. Nak dakwah? Ah leceh. Nak korban? Ah ada segudang alasan.

Maka apa sunnah yang ada tu rembat je.

Kerisauan ustaz adou untuk orang baru, yang lebih lajak dari laju tu sebenarnya dah ada jawapan dalam sunnah - sentiasa berada dalam jemaah orang alam dan selalu bermesyuarat.

Masalah orang baru ada di mana2. Salafi yang baru lahir. Karkun yang baru keluar. Tetapi kalau sentiasa berada bersama jemaah, mentoring akan berlaku.

Setuju-tujunya.

Membela janggut sunnah yang paling mudah. Tiada kaifiyat tertentu dan bacaan tertentu dan waktu tertentu.

Bukan janggut sahaja yang bukan maqasid, bahkan SOLAT dan PUASA juga bukan maqasid, yang maqasid ialah Agama, Maruah, Nasab, Harta dan Keselamatan.

Solat dan Puasa hanya alat, maqasidnya ialah Ihsan. Agar kita beribadat pada-Nya seolah-olah kita melihat-Nya, dan jika kita tidak melihat-Nya maka Dia melihat kita.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 12
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya maka ia telah binasa

-- HR. Ahmad dan Ibn Hibban

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 106
Bots: 0
Total: 106
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster