Community Forums
staqf kastam meninggalkan dunia fana
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
AqilHaq
Dalam Perhatian



Joined: Jun 16, 2009
Posts: 6825

PostPost subject: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:11 am
Reply with quote

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang @ utusan.com.my

Mayat Ahmad Sarbani Mohamed dibawa keluar dari bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala lumpur, semalam.
________________________________________

KUALA LUMPUR 6 April – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain dalam Operasi 3B pada Jumaat lalu, ditemui mati terjatuh di bangunan Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, di sini hari ini.
Mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Ahmad Sarbani ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini bagi membantu siasatan melibatkan Operasi 3B iaitu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, pegawai JKDM terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada pukul 12.30 tengah hari, keesokan harinya.
“Pada pukul 8.26 pagi ini, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal.
“Sebaik sahaja tiba, beliau meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi membincangkan kes terhadapnya,” kata Mustafar pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, disebabkan pengawai penyiasat yang ingin ditemui sedang bermesyuarat, maka Ahmad Sarbani menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi sebelum seorang pegawai lain datang berjumpa dan mengiringinya untuk menemui pegawai penyiasat berkenaan.
Beliau berkata, pengawai pengiring terbabit berada bersama Ahmad Sarbani dalam bilik pejabatnya di tingkat tiga, namun tidak lama kemudian meninggalkan mangsa bersendirian kerana mahu mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui oleh mangsa.
Selang beberapa minit, katanya, pegawai pengiring itu kembali ke pejabatnya dan mendapati Ahmad Sarbani sudah tiada di situ.
“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, antara pukul 10.15 dan 10.20 pagi, seorang pegawai terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini,” katanya.
Beliau berkata, SPRM telah memaklumkan kejadian menimpa mangsa kepada keluarganya dan pihak pengurusan JKDM serta menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
KUALA LUMPUR 6 April - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, di sini hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pasukan khas itu diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk punca kejadian.
Beliau memberitahu, polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki ditemui terjatuh daripada bangunan pada pukul 10.42 pagi sebelum anggotanya tiba tujuh minit kemudian.
"Ketika itu, mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan mengalami kecederaan parah di kepala ditemui di gelanggang badminton aras satu bangunan berkenaan.
"Selepas pihak forensik polis dan jabatan patologi melakukan pemeriksaan awal, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR)," katanya ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, laporan rasmi mengenai kematian mangsa akan hanya diperoleh selepas Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melakukan bedah siasat.
"Jika terdapat kemungkinan lain dalam bedah siasat tersebut, polis sedia melakukan siasatan.
"Tapi ketika ini, kesemua pihak jangan timbulkan sebarang spekulasi, biarlah polis siasat dulu," ujarnya.
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:23 am
Reply with quote

nampaknya SPRM dah jadi inspektor Shahab ni?
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
alwafiey
Ahli Setia



Joined: Feb 04, 2010
Posts: 2250

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:28 am
Reply with quote

lebih kurang cerita teoh beng hock je, mati ketika ditinggalkan sendirian sebentar.

jumpa pegawai- suruh tunggu sebentar- bila kembali dah hilang- tengok2 dah mati kat bawah.

a same story
Back to top
View user's profile
RD73
Ahli Setia



Joined: Oct 23, 2008
Posts: 2164
Location: Jalan Pawang Kuala Lumpur

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:33 am
Reply with quote

deja vu
Back to top
View user's profile
ibnuwan
Student L7



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 1840
Location: KT - KL - KTN

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:35 am
Reply with quote

bangunan berhantu, kena pindah bangunan lain.. tak pun bahagian siasatan buat kat tingkat bawah Very Happy
_________________
ALlah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:36 am
Reply with quote

ada yang tulis di FB
SPRM- Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat.Syarikat Pembunuh Rakyat Malaysia...kah kah kah

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ibnuwan
Student L7



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 1840
Location: KT - KL - KTN

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:37 am
Reply with quote

hehehe..
_________________
ALlah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar
Back to top
View user's profile
sunyi
Student L7



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 1692
Location: Kajang - KL

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:40 am
Reply with quote

udah meningge pulak lagi sorang.. isk isk isk..
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:42 am
Reply with quote

ibnuwan wrote:
bangunan berhantu, kena pindah bangunan lain.. tak pun bahagian siasatan buat kat tingkat bawah Very Happy
kawasan keras nampaknya. kena panggil "ghost buster" tu

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
jamaludin
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 3221
Location: RPT Chepor

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:42 am
Reply with quote

lagi sorang terojun..

assistant director - another 2 years to go..

mind boggling.. Sweat Drop

_________________
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”
Back to top
View user's profile
RD73
Ahli Setia



Joined: Oct 23, 2008
Posts: 2164
Location: Jalan Pawang Kuala Lumpur

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:43 am
Reply with quote

extremely stress.
_________________


setiap khamis 9pm-11pm Putrajaya percint 18R4 atau P11 3A ... ada berani!!!! bawak datanglah... hehehe
Back to top
View user's profile
abuadam
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 2458
Location: 161-B Jalan Ampang

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:51 am
Reply with quote

Yang lepas di Plaza Masalam
Yang ini di Jalan Cochrane
Dua tempat berbeza

Saya syak perbuatan hitman. Penyelewengan berjuta ringgit yang melibatkan banyak pihak. Mulut perlu ditutup. Amaran perlu ada supaya yang dalam tahanan berhati-hati - "we know where you live, we know your family members", "kalau sayang nyawa, sayang anak bini tutup mulut".

Standard plot cerita hindustan.

_________________
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 216)
Back to top
View user's profile
aleeya
Student L7



Joined: Mar 02, 2009
Posts: 1776

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 3:57 am
Reply with quote

Inna Lillahi wa Inna ileyhi Raj'oon

tamat sudah tugas memeriksa, masuk fasa diri pula diperiksa
Back to top
View user's profile
RD73
Ahli Setia



Joined: Oct 23, 2008
Posts: 2164
Location: Jalan Pawang Kuala Lumpur

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 4:07 am
Reply with quote

hitman... tidak boleh lari dari cctv.
_________________


setiap khamis 9pm-11pm Putrajaya percint 18R4 atau P11 3A ... ada berani!!!! bawak datanglah... hehehe
Back to top
View user's profile
Mohd.Ikram
Pro Sunnah



Joined: Aug 31, 2008
Posts: 6613

PostPost subject: Re: staqf kastam meninggalkan dunia fana
Posted: Thu Apr 07, 2011 4:09 am
Reply with quote

ibnuwan wrote:
bangunan berhantu, kena pindah bangunan lain.. tak pun bahagian siasatan buat kat tingkat bawah Very Happy

Kalau ikut teori filem cerita hantu yg ntah hape2, ada asas kenyataan ni..
Back to top
View user's profile Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 3
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Kebajikan adalah akhlak yang baik dan dosa pula adalah apa yang mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika ia diketahui manusia

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 63
Bots: 2
Total: 65
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster