Community Forums
PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3 ... 20, 21, 22  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:19 am
Reply with quote

PRU 13 semakin hampir, oleh kerana kerajaan Malaysia menfardukan semua umatnya yg akil baligh mengundi supaya membuang undi, maka menjadi kewajipan keatas mukallaf untuk menunaikannya. persoalan yg timbul siapa yang kita nak pilih???

PR atau BN???

kalau sokong umno maknanya sokong BN. tapi kalau sokong pas maknanya setuju dengan PR untuk memerintah.

lupakan pemilihan mengikut akhlak calon. sebagaimana pandangan dr Asri.

yag kita nak bincangkan dr segi kelayakkan kedua kumpulan ini memerintah Malaysia; manakah yg membawa kemudharatan yg paling KURANG untuk kita Islam Melayu.
Back to top
View user's profile
najib76
Student L7



Joined: Aug 09, 2009
Posts: 1757
Location: Batu Pahat

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ring
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:28 am
Reply with quote

Assalamualaikum

kalau tak silap dulu AFN ada buat banci .......


Last edited by najib76 on Sun Apr 03, 2011 4:31 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:29 am
Reply with quote

back to basic dulu...
untuk mereka yg tak bergabung dgn mana-mana parti politik:
kamu keluar mengundi tu, apa objektifnya?

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:40 am
Reply with quote

basic kita supaya sekurang2nya pilhan kiat ini hampir kepada dua matlamat 1. islam bertambah kuat, orang kafir tak menguasai kita. 2. bertambahnya kebaikan. tidak tersebar fitnah (ujian)
Back to top
View user's profile
abuQays
Ilmuwan



Joined: Jan 29, 2010
Posts: 5779
Location: Meru, Klang

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:42 am
Reply with quote

maulena wrote:
basic kita supaya sekurang2nya pilhan kiat ini hampir kepada dua matlamat 1. islam bertambah kuat, orang kafir tak menguasai kita. 2. bertambahnya kebaikan. tidak tersebar fitnah (ujian)

Maulena.. survival parti adalah survival Islam. kalau enta boleh pecahkan doktrin ini enta boleh sembang.. kalau tak bakul sampahkan jer cakap-cakap ni.

_________________
---"Permulaan suatu pembukaan"---"The Begin of the Conquests"---"Fawaatih Al Futuhaat"--
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:50 am
Reply with quote

Percayalah pd keluarga sendiri....walau ayah atau abg sejahat camana pun, tak tergamam membunuh ahli keluarga sendiri
_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:50 am
Reply with quote

abuQays wrote:
maulena wrote:
basic kita supaya sekurang2nya pilhan kiat ini hampir kepada dua matlamat 1. islam bertambah kuat, orang kafir tak menguasai kita. 2. bertambahnya kebaikan. tidak tersebar fitnah (ujian)

Maulena.. survival parti adalah survival Islam. kalau enta boleh pecahkan doktrin ini enta boleh sembang.. kalau tak bakul sampahkan jer cakap-cakap ni.

memang survival parti adalah survival isalam... semua parti boleh mendakwa sebegitu.. umno cap begitu pas pun calkap begitu... tapi cuba lihat senario yang berlaku sekarang, yg manakah beri keuntungan kepada kita Melayu Ilam. kalau pr tentulah ada hujahnya dan kalau bn tentulah hujahnya...
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 4:54 am
Reply with quote

saya sokong pas sekiranya mereka lebih kuat dan lebih dorminant drpd parti2 lain dlm pakatan rakyat, bukan hanya menumpang kaki
_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
abuQays
Ilmuwan



Joined: Jan 29, 2010
Posts: 5779
Location: Meru, Klang

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 5:14 am
Reply with quote

maulena wrote:
abuQays wrote:
maulena wrote:
basic kita supaya sekurang2nya pilhan kiat ini hampir kepada dua matlamat 1. islam bertambah kuat, orang kafir tak menguasai kita. 2. bertambahnya kebaikan. tidak tersebar fitnah (ujian)

Maulena.. survival parti adalah survival Islam. kalau enta boleh pecahkan doktrin ini enta boleh sembang.. kalau tak bakul sampahkan jer cakap-cakap ni.

memang survival parti adalah survival isalam... semua parti boleh mendakwa sebegitu.. umno cap begitu pas pun calkap begitu... tapi cuba lihat senario yang berlaku sekarang, yg manakah beri keuntungan kepada kita Melayu Ilam. kalau pr tentulah ada hujahnya dan kalau bn tentulah hujahnya...

masalahnya parti umno tak islam... parti islam ade se jerr..

_________________
---"Permulaan suatu pembukaan"---"The Begin of the Conquests"---"Fawaatih Al Futuhaat"--
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
akhu_hurairah
Ahli Setia



Joined: Jul 29, 2010
Posts: 2071
Location: shah alam

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 5:24 am
Reply with quote

hajiustaz_drseiji wrote:
saya sokong pas sekiranya mereka lebih kuat dan lebih dorminant drpd parti2 lain dlm pakatan rakyat, bukan hanya menumpang kaki

khabar dari sumber dalaman kata punca kenapa 16 sept gagal kerana Presiden PAS enggan bersetuju dengan kerajaan yg bakal terdiri majoritinya ialah non-muslim.

kalau pru13, PR menang dan majoriti MP ialah non-muslim, sy yakin PAS dan UMNO akan bersatu ketika itu. dan berlaku perubahan besar politik malaysia.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,"


presiden PAS

www.pas.org.my/index.p...p;Itemid=2

_________________
“Berhati-hati kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak.

Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu di sini, (seraya baginda menunjuk ke dadanya).

Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith Muttafaqun alaih)


Last edited by akhu_hurairah on Sun Apr 03, 2011 5:30 am; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile
akhu_hurairah
Ahli Setia



Joined: Jul 29, 2010
Posts: 2071
Location: shah alam

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ring
Posted: Sun Apr 03, 2011 5:27 am
Reply with quote

dari blog Ust Wan Ji Wan Hussien

BERGABUNG DENGAN UMNO ATAU PR : MANA LEBIH SYARII??


Berbagai-bagai perbincangan yang dilakukan berkenaan dengan isu tahaluf siyasi setelah memerintah. Sebelum menang pilihanraya dan sebelum timbul isu 16 september, rata-rata ulasan menyatakan keharusan bertahaluf atau berpakat dengan PKR dan DAP dalam menjatuhkan UMNO, walaupun PKR dan DAP adalah parti non Islam dan parti non Muslim. Keharusan itu masih lagi tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan, iaitu hendaklah islam lebih menguasai berbanding yang lainnya.

Setelah isu 16 september ditimbulkan, iaitu setelah isu peralihan kuasa, maka timbul pula berbagai-bagai ulasan yang dilihat seakan-akan bertahaluf dengan UMNO lebih bersifat Syarii berbanding bertahaluf dengan Pakatan Rakyat, walaupun sebelum ini, tujuan bertahaluf dengan PKR dan DAP disebabkan hendak menjatuhkan UMNO dan sekutu-sekutunya.

Pelik juga difikirkan. Di mana silapnya percaturan politik yang dimainkan sehingga memeningkan kepala rakyat dalam berbicara tentang isu hokum dalam bertahaluf. Adakah bertahaluf itu untuk mencari peluang dalam Dakwah, atau bertujuan untuk mencari kuasa memerintah.

Tetapi, setelah dihayati secara mendalam, didapati tahaluf yang diakui oleh Nabi SAW itu, adalah dikala baginda SAW belum menjadi pemerintah lagi.

Daripada Talhah bin Abdillah bin Auf;

أن رسول الله (ص) قال لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما أحب أن لي به حمر النعم ولو ادعى به في الإسلام لاجبت

Maksudnya;
“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an akan satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya[1]”

Jika diperhatikan secara mendalam kepada hadis ini, dapat kita ambil satu gambaran, bahawa pengakuan Nabi SAW terhadap tahaluf yang berlaku di rumah Abdullah bin jadaan adalah tahaluf yang lebih kepada MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM MENYAMPAIKAN KEBAIKAN DAN KEADILAN ISLAM bukan UNTUK MEMEGANG KUASA POLITIK.

Pun begitu, asas tahaluf dalam islam adalah MEMINTA BANTUAN NON MUSLIM DALAM MEMENANGKAN ISLAM. Dengan maksud, bertahaluf itu adalah "memperalatkan" non muslim dalam mencapai kemenangan dalam usaha hendak mendapatkan kuasa politik untuk memerintah.

Tetapi, selepas menang dalam Pilihanraya ke 12, percaturan politik itu seakan-akan tidak berjaya, bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu kemenangan yang membawa satu keadaan bahawa PAS adalah golongan minority berbanding PKR dan DAP, dan lebih-lebih lagi, dilihat kuasa non muslim lebih berbanding kuasa muslim dalam Dewan rakyat diperingkat DUN atau Parlimen.

TAHALUF ATAU BERMUSYARAKAH

Padaku, TAHALUF SIYASI dan MUSYARAKAH bersama pemerintahan tidak islam adalah dua perkara yang berbeza.

Kalau dilihat dari sudut tahaluf siyasi, syarat gabungan yang hendak dilakukan mesti dalam keadaan kuasa politik berada ditangan Islam. Dan pihak non Muslim sekadar mengkuatkan kuasa politik yang wujud sahaja.

Adapun keadaan sekarang sudah berbeza, iaitu seakan-akan kuasa politik itu tidak berada dalam kuasa Islam, tetapi lebih berada ditangan non Muslim dan parti non Islam.

Dengan itu, pemerintahan yang hendak dibina, tidak bebas lagi dalam melaksanakan hokum-hukum islam, tetapi masih lagi tertakluk kepada suara-suara non Muslim dan parti non islam.

Dari itu, isu yang perlu dibincangkan dalam kerajaan Pakatan rakyat kini bukanlah isu TAHALUF SIYASI (Pakatan Politik), tetapi isu yang perlu dibincangkan adalah "AL-MUSYARAKAH FI HUKM GHAIR AL-ISLAMI" atau "berkongsi dalam pemerintahan yang tidak Islam".

Dalam isu "AL-MUSYARAKAH" ini, ianya tidak meletakkan kuasa politik ditangan Muslim, tetapi masih lagi berada pada suara-suara parti-parti yang lain. Tetapi, keterlibatan itu masih dalam unsur mencari titik persamaan dalam mengharungi pemerintahan yang hendak dibina.

Di samping itu juga, berdasarkan "fiqh Muwazanat", pemerintahan yang hendak dibina itu, menjadi kewajipan dari pihak parti islam terlibat sama, kerana dengannya dapat melakukan dakwah dari dalam kerajaan, disamping dapat mencadangkan beberapa hokum-hukum islam dalam pemerintahan.

Inilah yang disebut sebagai memerintah islam secara bertahap-tahap.

BERSAMA UMNO???

Ada pula sebilangan yang lain mendakwa, lebih baik bergabung dengan UMNO dalam mengharungi pemerintahan. Ini kerana, apabila bergabung dengan UMNO, kuasa politik itu sudah pasti berada ditangan Islam dan orang melayu.

Persoalannya, adakah UMNO mahu kepada Islam???

Jika UMNO mahu kepada Islam, mengapa tidak dibubarkan sahaja UMNO, lalu semuanya bersama-sama dengan PAS dalam mengharungi pemerintahan ini dengan menjadikan islam sebagai dasar pemerintahan.

Tetapi, jika UMNO masih lagi dengan dasar kebangsaan Nasionalisnya, lalu mahu bergabung dengan PAS untuk sama-sama membina kerajaan, apakah PAS akan berjaya melaksanakan islam juga??

Mungkin ada pihak menyatakan, kita bergabung dengan UMNO, kemudian kita laksanakan Islam secara bertahap-tahap. Persoalannya, adakah ini boleh berlaku??? Persoalan ini timbul, kerana berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini pun, UMNO telah berjaya memperkudakan PAS dalam gabungan PAS – UMNO dahulu. Bermakna, gabungan itu bukanlah untuk membina kejayaan melaksanakan islam secara bertahap-tahap, tetapi gabungan itu memberi nafas baru kepada UMNO untuk menjadi kuat semula.

Disamping itu juga, sesuatu gabungan yang hendak dilakukan, hendaklah disyaratkan gabungan itu tidak membawa satu gambaran gabungan yang menyokong kezaliman.

Ini disandarkan kepada firman Allah SWT;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
” Tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)


Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(Surah Hud : 113)


Juga hadis Qudsi, bahawa Allah berfirman;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai Hambaku, Sesungguhnya Aku haramkan Zalim atas diriku. Aku jadikannya haram dikalangan kamu, maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesama kamu[2]"

Apa yang pasti, UMNO merupakan satu parti yang telah rosak, dan amat sinonim dengan parti yang melakukan kezaliman kepada rakyat.

PENUTUP

Secara peribadi, aku berpendapat PAS bergabung dengan Pakatan Rakyat adalah lebih syarii jika dibandingkan bergabung dengan UMNO. Jika isu TAHALUF yang ditimbulkan, padaku, isu ini bukan isu TAHALUF lagi, tetapi isunya adalah AL-MUSYARAKAH FI HUKM GHAIR AL-ISLAMI.

Jika isu tahaluf yang dibangkitkan, sudah pasti akan lahirlah syarat bahawa orang islam menguasai politik berbanding non Muslim. Tetapi, apabila isu AL-MUSYARAKAH yang ditimbulkan, ketika itu keterlibatan PAS dalam PR masih berada dalam keizinan syarak, walaupun dikuasai oleh non Muslim, tetapi masih juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Disamping itu juga, jika diperhatikan secara realiti yang berlaku, didapati kemenangan Pakatan rakyat bukanlah kerana rakyat memahami islam, tetapi sekadar protes rakyat terhadap pemerintahan UMNO/BN. Lantaran itulah, tidak hairan, DUN dan Parlimen Non Muslim lebih memberi kemenangan berbanding DUN dan Parlimen Muslim.

Dengan ini, jelas kepada kita, dakwah islam yang yang dilakukan oleh PAS belum sampai kepada tahap yang memuaskan lagi, tetapi perlu diadakan secara bersungguh-sungguh dan berstrategi.

Firman Allah;

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ

Maksudnya;
”Kami tidak mengutus seorang Rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka”

(Surah Ibrahim : 4)


Justeru itu, apabila sudah terlibat dengan kerajaan campuran Pakatan Rakyat, hendaklah pihak Parti Islam mengambil sikap menambah kuatkan usaha dakwah secara berstrategi kepada semua manusia, terutama kepada teman-teman parti pakatan.

Jika ini tidak dilakukan, tiada faedah parti Islam terlibat sama dalam kerajaan campuran Pakatan Rakyat tersebut.

Oleh itu, isu yang paling penting kita bincangkan kini adalah, apakah strategi dakwah yang perlu kita lakukan ketika berada dalam kerajaan pakatan rakyat.....

Sekian

Al-Bakistani
one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam @ yahoo.com

_________________
“Berhati-hati kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak.

Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu di sini, (seraya baginda menunjuk ke dadanya).

Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith Muttafaqun alaih)
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 5:57 am
Reply with quote

maharajatoga wrote:
hajiustaz_drseiji wrote:
saya sokong pas sekiranya mereka lebih kuat dan lebih dorminant drpd parti2 lain dlm pakatan rakyat, bukan hanya menumpang kaki

khabar dari sumber dalaman kata punca kenapa 16 sept gagal kerana Presiden PAS enggan bersetuju dengan kerajaan yg bakal terdiri majoritinya ialah non-muslim.

kalau pru13, PR menang dan majoriti MP ialah non-muslim, sy yakin PAS dan UMNO akan bersatu ketika itu. dan berlaku perubahan besar politik malaysia.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,"


presiden PAS

www.pas.org.my/index.p...p;Itemid=2
maaf....statement ni dah ketinggalan kerana dlm pakatan, pas suda bersetuju, isu hudud bukan isu utama lagi

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ring
Posted: Sun Apr 03, 2011 6:02 am
Reply with quote

maharajatoga wrote:
dari blog Ust Wan Ji Wan Hussien

Daripada Talhah bin Abdillah bin Auf;

أن رسول الله (ص) قال لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما أحب أن لي به حمر النعم ولو ادعى به في الإسلام لاجبت

Maksudnya;
[b]“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an akan satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya[1]”


Jika diperhatikan secara mendalam kepada hadis ini, dapat kita ambil satu gambaran, bahawa pengakuan Nabi SAW terhadap tahaluf yang berlaku di rumah Abdullah bin jadaan adalah tahaluf yang lebih kepada MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM MENYAMPAIKAN KEBAIKAN DAN KEADILAN ISLAM bukan UNTUK MEMEGANG KUASA POLITIK.

mohon takhrij hadis di atas dgn maksud sebenar

Aik....kata islam dan politik tidak boleh berpisah??? statemnet tidak praktikal hanya teori je

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 6:04 am
Reply with quote

Isu zalim mempunyai maksud yg sangat general

Zalim kepada manusia, zalim kepada Allah, mana lagi besar?

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
reyricial
Dalam Perhatian



Joined: Oct 02, 2010
Posts: 1522

PostPost subject: Re: PRU 13 : Antara BN dan PR, mana mudharat yang lebih ringan.
Posted: Sun Apr 03, 2011 6:19 am
Reply with quote

pendapat peribadi, saya rasa isunya sekarang amnu perlu ditumbangkan tak kira apa jua. soal lain2 tu belakang kira. kerana dengan kuasa manusia boleh buat apa saja.

sebab tu kita patut undi pada PAS/PR, biar mereka merasai kekuasaan dan kebenaran disebalik tindakan mereka itu.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 22
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3 ... 20, 21, 22  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH

-- HR. Bukhari dan al-Nasai

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 83
Bots: 1
Total: 84
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster