Community Forums
Tawassul dalam bentuk seruan.
Diskusi terbuka untuk ahli sekitar persoalan Aqidah
Go to page 1, 2, 3 ... 29, 30, 31  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexAqidah
View previous topic :: View next topic  
Author Message
sierra2u
Student L1



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 273
Location: Penang

PostPost subject: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 6:05 am
Reply with quote

Artikel dipetik dari Utusan Malaysia Selasa 15/03/2011.
Mohon pencerahan.

Tawassul dalam bentuk seruan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Umat Islam perlu meyakini bahawa walaupun bertawassul itu diharuskan tetapi kuasa menyembuh dan menolong seseorang itu adalah hak mutlak Allah SWT. - Gambar hiasan

KE arah kesimpulan bicara kita ke arah memurnikan kefahaman tentang tawassul, kita akan meninjau pula beberapa catatan sejarah bertawassul secara menyeru Nabi SAW atau orang-orang yang mulia di sisi Allah SWT.

Sebahagiannya merupakan perbuatan para sahabat r.a. Sebagai anak buah didikan Rasulullah SAW, sudah tentu mereka ini boleh dijadikan ikutan kita dalam memahami persoalan agama seumpama ini.

Suatu contoh yang menarik adalah tawassulnya tentera muslimin dengan menyeru nama Nabi SAW dalam peperangan Yamamah, iaitu peperangan dengan tentera nabi palsu, Musailamah al-Kazzab.

Ibnu Kathir menyebut bahawa syiar atau slogan orang-orang Islam dalam peperangan Yamamah adalah: "Ya Muhammadaah!" (Wahai Nabi Muhammad! Tolonglah!).

Beliau berkata sebagaimana nasnya: Khalid ibn al-Walid r.a membawa bendera hingga berjaya melintasi kawasan musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit, dan memerhatikan bagaimana caranya beliau dapat sampai dekat dengan Musailamah al-Kazzab dan membunuhnya.

Kemudian beliau kembali semula kepada barisan tentera. Lalu beliau berhenti di antara dua saf tentera dan berseru untuk berlawan seorang dengan seorang dari kalangan tentera musuh, "Aku adalah putera al Walid yang datang semula, aku adalah putera 'Aamir dan Zaid".

Kemudian dia melaungkan syiar kaum Muslimin iaitu, Ya Muhammadaah! (Al-Bidayah wa al-Nihayah: 6/324). Jelas daripada peristiwa ini bahawa para sahabat tidak merasa kekok menggunakan seruan ini walaupun ia seolah-olah merupakan suatu permohonan langsung kepada Nabi SAW untuk membantu mereka dalam peperangan tersebut.

Pada hakikatnya mereka tidaklah mengharap selain bantuan Allah SWT dengan keberkatan atau perantaraan Rasulullah SAW. Seruan itu juga sebagai himbauan inspirasi dan semangat jihad yang pernah mereka lalui bersama Rasulullah SAW.

WA

_________________
My Flickr My Flickriver
Back to top
View user's profile
Adou_Fr
Panel Hadith



Joined: Jan 08, 2009
Posts: 3415
Location: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 6:22 am
Reply with quote

Salam,

KRITIKAN DAN ULASAN

1- Saya berlepas diri dari golongan yang memutarbelitkan nas agama untuk memenuhi keperluan nafsunya.

2- Sebutan (Ya Muhammadah) bukan dan tidak sekali-kali merupakah satu permohonan kepada Muhammad.

3- Ini dijelaskan seperti berikut:
فقول : " يا محمداه " ليس فيه نداء استغاثة ، ولا توسّل به صلى الله عليه وسلم ، بل غاية ما فيه أن يكون كما في التشهّد " السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين " ، فهو من باب استحضار الْمُخَاطَب ، لا من باب دعائه .

الفتاوى العامة - عبد الرحمن السحيم، 1/183

Maka kata-kata (Ya Muhammadah) tiada padanya bentuk seruan meminta tolong, dan tiada tawassul dengan Nabi Muhammad

WaLlahu a`lam.

_________________
ad-diyari.com Facebook: Adöuliné Lacharouphe
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Ibn_Firdaus
Pro Sunnah



Joined: Jan 11, 2010
Posts: 11753

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 6:27 am
Reply with quote

Assalamualaikum

Jadi, sebutan itu untuk apa ?

_________________
Manhajku sebagaimana dilalui RASULULLAH saw dan para sahabatnya. . . bukan MANHAJ ini dan itu . KEWAJIBANKU adalah mengikuti MANHAJ ALLAH dan RASUL-Nya , dan bukan selainnya.
Back to top
View user's profile
sunyi
Student L7



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 1692
Location: Kajang - KL

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 6:47 am
Reply with quote

mejar adou, kasilah terjemahan sikit bahasa arab tu.
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 1:51 pm
Reply with quote

فقول : " يا محمداه " ليس فيه نداء استغاثة ، ولا توسّل به صلى الله عليه وسلم ، بل غاية ما فيه أن يكون كما في التشهّد " السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين " ، فهو من باب استحضار الْمُخَاطَب ، لا من باب دعائه .

الفتاوى العامة - عبد الرحمن السحيم،
1/183



Dan kata-kata ''Ya Muhammadaah'' itu tidak ada unsur seruan untuk meminta pertolongan, mahupun tawassul dengan Rasulullah s.a.w bahkan sebanrnya tujuannya adalah seperti apa dalam tasyahhud:

''Salam buatmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan berkat-Nya, salam buat kami dan hamba-hamba Allah yang saleh''

Dan ini termasuk bab Istihdhar Al-Mukhatab (hasrat agar seseorang yang kita sebut namanya itu hadir), dan bukannya bab doa kepadanya.

Komen:

1. Lafaz ''Ya Muhammadaah'' memang satu seruan (An-Nidaa') tetapi tidak ada indikasi bahawa Khalid memaksudkannya dengan istighathah (permohonan bantuan dan pertolongan) mahupun doa kepada Rasulullah.

2. Bukan sesuatu yang terlarang untuk menyebut ''Ya Rasulallah'', ''Ya Nabiyyallah'', ''Ya Muhammad'' meskipun telah jelas Rasulullah tidak berada di sisi kita hari ini, kerana setiap amalan itu dikira berdasarkan niatnya, jika kita menyeru Rasulullah dengan maksud seperti"

- Ya Rasulallah, alangkah jauhnya aku dari sunnahmu
- Ya Nabiyyallah, semoga aku dapat berjumpa denganmu di akhirat nanti
- Ya Abal Qasim, sungguh diri ni merinduimu setiap saat dan ketika

Maka tidak salah, yang salah ialah seperti:

- Ya Rasulallah, lindungilah kami dari tsunami dan gempa bumi
- Ya Nabiyyallah, kurniakanlah kami rezeki yang melimpah-ruah
- Ya Abal Qasim, engkaulah penentu hidup mati kami, selamatkanlah kami

Maka jelas nyata syiriknya.

3. Hatta dalam Tasyahhud, kita ada membaca rangkap yang menyeru Nabi dalam salam kita ke atasnya, dengan lafaz ''Ayyuhan Nabiy'' tetapi bukanlah maksud kita berdoa lepada Nabi dalam tasyahhud itu.

4. Contoh yang di berikan Yayasan Sofa itu lebih tepat dengan senario di bawah;

Ahmad berasal dari kampung, dia pelajar yang sangat cemerlang. Keluarganya susah dan dia anak sulung. Tiba hari pendaftaran di universiti dia bertekad: Ayah, mak, Ahmad takkan sia-siakan peluang Ahmad di menara gading ini!

Dalam kes ini, Ahmad tidak berdoa kepada ayah dan ibunya, cuma dia dalam keadaan Istihdhar Al-Mukhatab yakni dia mengharapkan ayah dan ibunya berada di depannya agar dia boleh melafazkan ikrarnya untuk tidak mensia-siakan peluangnya di universiti.

Begitu juga dalam kes Khalid, dia berharap agar Rasulullah hadir bersama-sama mereka di hari peperangan melawan kaum murtad agar dia dapat menyaksikan bagaimana sahabat-sahabat bersatu-padu memelihara agama dari sebarang unsur kesesatan. Juga agar Rasulullah dapat menyaksikan bagaimana mereka memenangi pertempuran sepertimana dijanjikan Allah, yang haq itu akan menakluki yang batil.
Back to top
View user's profile Send e-mail
sierra2u
Student L1



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 273
Location: Penang

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 2:06 pm
Reply with quote

Jazakallah .Jadi dalam perkara ni tak timbul soal Tawassul,yang ada cuma seruan bagi menaikan semangat saja.
Artikel diatas boleh mengelirukan pembaca.

WA

_________________
My Flickr My Flickriver
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 2:21 pm
Reply with quote

sierra2u wrote:
:jkk .Jadi dalam perkara ni tak timbul soal Tawassul,yang ada cuma seruan bagi menaikan semangat saja.
Artikel diatas boleh mengelirukan pembaca.

WA

Great
Back to top
View user's profile Send e-mail
mimbar
Banned User



Joined: Feb 26, 2011
Posts: 462
Location: Johor Bahru

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 2:34 pm
Reply with quote

Alhamdulillah,Penjelasan yang Baik. Very Happy Yes
_________________
cermin diri
م ا ل س ا = ا س ل ا م

س ا ل ا م

اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 3:21 pm
Reply with quote

Kisah ini turut dinaqalkan dalam Tarikh At-Tabari dengan sanad berikut:

As-Sirriy menulis padaku (At-Tabari) dari Syu'aib dari Saif dari Adh-Dhahhak bin Yarbu' dari seorang lelaki dari Bani Suhaim yang telah menyertai perang/ghazwah Ar-Riddah bersama Khalid..

Soalan:

1. Siapakah lelaki dari Bani Suhaim? (Tak dikenali)

2. Adh-Dhahhak bin Yarbu' - Laysa bil Qaim oleh Al-Azdi, naqal Az-Zahabi (bukan hujah)

3. Saif ialah Saif bin Umar At-Tamimi - Matruk bil Ittifaq oleh Az-Zahabi, dituduh zindiq dan meriwayatkan hadis maudhu' oleh Ibn Hibban (ditinggalkan)

4. Syu'aib ialah Syu'aib bin Ibrahim Al-Kufi - Laysa bi Ma'ruf oleh Ibn 'Adiy (tak dikenali)

Sumber http://www.dd-sunnah.net/forum/showthread.php?t=77311

Komen:

Kisah ini sangat buruk sanadnya, saya tidak mahu mengambilnya sebagai bahan sejarah dan pegangan akidah.

Kisah ini dalam Tarikh At-Tabari m/s 2/281

Meskipun kisah ini diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tabari, itu bukan hujah keatas kesahihannya. Kitab sejarah/tarikh/sirah tidak berfungsi seperti kitab hadth.

Sumber dan dalil yang digunapakai serta dicanang oleh Yayasan Sofa adalah tersangat lemah dan meragukan.
Back to top
View user's profile Send e-mail
sierra2u
Student L1



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 273
Location: Penang

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 3:32 pm
Reply with quote

mustaqill wrote:


Sumber dan dalil yang digunapakai serta dicanang oleh Yayasan Sofa adalah tersangat lemah dan meragukan.

Kebanyakkan orang tidak pentingkan kesahihan sumbernya lebih2 lagi artikel dalam ruangan agama. Sweat Drop
Kalau tak salah ada tambahan diruangan bawah yang membawakan kata2 Ibn Taymiyah yang menyokong hal ini.Mungkin nak menyakinkan lagi geng2 salafi. Bahaya.

WA

_________________
My Flickr My Flickriver
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 3:40 pm
Reply with quote

sierra2u wrote:
mustaqill wrote:


Sumber dan dalil yang digunapakai serta dicanang oleh Yayasan Sofa adalah tersangat lemah dan meragukan.

Kebanyakkan orang tidak pentingkan kesahihan sumbernya lebih2 lagi artikel dalam ruangan agama. Sweat Drop
Kalau tak salah ada tambahan diruangan bawah yang membawakan kata2 Ibn Taymiyah yang menyokong hal ini.Mungkin nak menyakinkan lagi geng2 salafi. Bahaya.

WA

Yayasan Sofa selalu berbangga dengan segala macam sanad yang dikatakan dari Rasulullah. Adakah mereka cuma berbangga dengan bilangan sanad dan tidak endah dengan kesahihan sanad-sanad itu?

Inilah akibatnya bila benang basah hendak ditegakkan, bangkai gajah hendak ditutupkan. Demi membenarkan dan menjustifikasi bid'ah dan khurafat mereka, seburuk-buruk sanad pun menjadi hujah untuk akidah.

Fathi, ni berapa Richter punya gegar nih? Wink
Semua rawi habis kantoi, dan matannya bercanggah dengan akidah.

Plus, para salaf apabila berperang mereka tidak meninggikan suara. Rasulullah melarang mereka berbuat begitu semasa hayat baginda lagi. Jadi bagaimana lafaz ''Ya Muhammadaah'' menjadi syiar mereka pada hari pertempuran Riddah?
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 4:46 pm
Reply with quote

sierra2u wrote:
Artikel dipetik dari Utusan Malaysia Selasa 15/03/2011.
Mohon pencerahan.

Tawassul dalam bentuk seruan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


Ibnu Kathir menyebut bahawa syiar atau slogan orang-orang Islam dalam peperangan Yamamah adalah: "Ya Muhammadaah!" (Wahai Nabi Muhammad! Tolonglah!).


WA

Terjemahan yang sangat bercanggah dengan makna asal. Lafaz ''Tolonglah'' tiada dalam nas asal walaupun dari segi makna.

Dan wazan dalam lafaz ''Ya Muhammadaah'' tidak memberi isyarat Al-Istighathah (permohonan/ pertolongan) sebaliknya lebih tepat dikatakan lafaz ''Ya Muhammadaah'' memberi makna An-Nudbah (pengaduan).

An-Nudbah bukanlah bermakna doa dan istighathah atau tawassul. Ia merujuk kepada seruan untuk mengadu atas satu-satu kesukaran dan kesakitan, dalam kes Khalid itu mungkin untuk menunjukkan sukarnya membanteras tentera murtaddin yang disokong banyak kabilah serta kuat pula angkatan tenteranya.

Ini serupa apabila seseorang mengucapkan;

- Oh Rasulullah, alangkah berat penderitaanmu

- Ya Nabiyyallah, alangkah berat tugas dakwah ini

- Ya Abal Qasim, sungguh keras penentangan kuffar terhadap agamamu

- Wahai Rasul kami, banyak sekali bid'ah di waktu kami, namun sunnahmu tetap kami pegang kuat

Kesemua di atas tidak bermaksud doa untuk memohon pertolongan dari Nabi, sebaliknya berbalik kepada konsep Istihdhar Al-Mukhatab, kita seolah-olah berharap dapat bercakap dan mengadu kepada Nabi tentang kesukaran yang kita hadapi, namun tidak sekali-kali kita berdoa dan meminta tolong agar Nabi menyelesaikan masalah-masalah dan kesukaran tersebut.
Back to top
View user's profile Send e-mail
el.ilmy
IT Admin



Joined: Aug 15, 2008
Posts: 3263
Location: Selangor ~ Putrajaya ~ KL

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 8:28 pm
Reply with quote

. Assalamualaikum

Sudah boleh kumpul hujjah balas untuk perbetulkan masyarakat umum. Disarankan akh Adou dan mustaqil buat artikel dan hantar ke surat khabar lain. Yang mesra dengan kita antaranya Berita Harian dan Sinar Harian. Rujuk topik akh Akob di ruang iklan.

_________________
وقلت، والله أعلم بالصواب
Back to top
View user's profile Visit poster's website
hakim_hulaimi
Pro Sunnah



Joined: Aug 29, 2008
Posts: 3677
Location: Johor

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Tue Mar 15, 2011 8:35 pm
Reply with quote

Ada gak yang jawab di FB. Tapi dalam bahasa Arab da... www.facebook.com/notes...7457170761
_________________
25tahun
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
sunyi
Student L7



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 1692
Location: Kajang - KL

PostPost subject: Re: Tawassul dalam bentuk seruan.
Posted: Wed Mar 16, 2011 4:05 am
Reply with quote

syukran.. harap ada artikel jawab susulan utk setiap siri tawasul yg yayasan sofa dok bawak ni.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Aqidah
Page 1 of 31
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3 ... 29, 30, 31  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You can download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesiapa yang mati dalam kesyirikkan dia ahli neraka, tidak ada satu pun yang dapat menyelamatkan dia walaupun menggunakan wasilah-wasilah (perantaraan-perantaraan).

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 86
Bots: 0
Total: 86
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster