Community Forums
Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Diskusi Umum tentang motivasi dan kaunseling.
Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKaunseling Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:23 pm
Reply with quote

Arabian wrote:
HTeean berapa dalam ni?

memang tugas HT nak kacau AFN, apa lagi nak?

solusi bagi pulak secara teori, takde teknikal part langsung

ingat masalah macam-macam kat dunia ni boleh selesai dengan teori?

cuba pro aktif sikit dalam bab teknikal, tinggalkan perlahan-lahan teori semata-mata

Assalamualaikum

Tugas HT nak kacau AFN? Cuba tengok post pertama saya di AFN... Wallahi, post tersebut memang lahir daripada hati saya dan bukannya taqiyah atau kepalsuan...


Quote::
assalamualaikum

Saya mengenali AFN daripada Dr_abdullah. Sebelum ini saya selalu jugak berkunjung ke AAN. Saya berkenalan dengan manhaj salafi pada tahun 2004 daripada seorang sahabat saya yang pada waktu tu sedang membuat persediaan untuk belajar di luar negara. Saya merupakan seorang yang terlibat secara langsung dalam sebuah gerakan Islam, namun ini tidak menghalang saya daripada belajar daripada alim-ulama' lain; selagimana al-Quran, as-Sunnah, ijma' sahabat dan qiyas dijadikan panduan. Bahkan kami digalakkan (mengikut kemampuan) untuk mengkaji pandangan-pandangan yang syarie tanpa bertaqlid buta kepada pimpinan semata-mata.

Saya sering merujuk kepada manhaj salafi dalam soal ibadah khusus, kerana ketelitian manhaj ini dalam menilai dalil-dalil dan hujah syarak. Manakala dalam perkara-perkara yang tidak disepakati pula, saya tetap berlapang dada dan menghormati pendapat tersebut.

Profil saya

Nama: Mohd Fauzy bin Samsudin

Umur: 22 tahun 4 bulan 11 hari

Asal: Kuala Lumpur

Status: Pelajar Perubatan Universiti Malaya tahun akhir (junior Dr_abdullah)

Status perkahwinan: bujang

Semoga kita saling memahami... Segala kesilapan yang saya lakukan silalah tegur seadanya.

Wassalam...

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
alak
Banned User



Joined: Nov 11, 2009
Posts: 4351
Location: bila nak turun sini?

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:31 pm
Reply with quote

dia mmg kalau boleh nak tuduh semua HT.
_________________
awas! anda diperhatikan.

gua masih belum setel sama itu Ostad Helmi atau Ultraman. bila lu mau mari Johor?
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:33 pm
Reply with quote

HT ke, sufi ke, PAS ke, saya dah malas terlibat dlm konflik aku betul kau salah


Bagi saya.....biarlah masing2 dgn cara mereka.....kerana manusia mempunyai kefahaman, dan persepsi berbeza.....

Jgn sampai hentam kumpulan lain kerana "fahaman saya berbeza dgn awak" sudahlah


Lagi pun, bukankah ada hadis mengatakan org islam di akhir zaman terbahagi beberapa kumpulan

Lagipun, nonmuslim pun akan jadi keliru bila tgk fenomena ini

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:38 pm
Reply with quote

zaman dulu pun, ramai juga muslim berbeza pendapat...ada yg memegang muzik haram, muzik halal....tp mereka tiada bergaduh, mereka tiada menuding jari, awak salah saya betul

tp zaman sekarang.....terlalu ramai muslim nak impose kefahaman mereka pada org lain, walaupun org lain mungkin ada kefahaman berbeza

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:38 pm
Reply with quote

MF,

pls, kami mintak maaf kalau ada MOD afn yg hantam HT. Tapi dasar afn mmg jelas, kita tak benarkan HT dituduh secara terbuka di AFN sebab kami bukan COURT.

samada HT sesat atau tidak, kami serahkan kpd Majlis Fatwa kebangsaan.

yang boleh diskus ialah isu Politik secara umum.

Mintak kerjasama kpd yg anti-HT, supaya menahan tangan anda dari melakukan serangan terbuka kpd HTM.

harap maklum

Thread Close

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Athma_Godam
Moderator



Joined: Oct 16, 2008
Posts: 6591
Location: Semerah Padi

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:40 pm
Reply with quote

baik bos..

Very Happy
Back to top
View user's profile
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:41 pm
Reply with quote

Semenjak awal lagi saya tak mahu bina pembahagi, "ini aku" dan "itu mereka". Kenapa affiliations saya dengan HT dilihat sebagai penghalang pula?

Saya pun Muslim juga. Dulu siap pernah jumpa kat rumah kapten, buka puasa sama-sama, solat jemaah sama-sama. Bila dapat tahu HT je, terus berubah...

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:43 pm
Reply with quote

Ok. Saya mengaku maaf atas kekasaran saya, atas kekerasan dalam berkata kepada HT dan mfauzy.

Tapi lembut saya ada batasnya,

1)Tolong jangan ungkit sejarah yang dah lepas dan salahkan orang yang dah mati macam Muawiyah dsb.

2)Tolong jangan anti pada gerakan Islam.

Fauzy, awak boleh pesan kat kawan2 awak supaya jangan SPAM email saya dengan fikrah HT awak.


Saya juga memohon maaf kepada kawan2 AFN yang terasa hati samada mod atau panel jika ada kekasaran dalam tulisan saya.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:49 pm
Reply with quote

Kalau ada isu dengan HT, pergilah bertemu dengan mereka. Khilafah Centre sentiasa terbuka untuk dikunjungi. Kalau tak mahu datang, jemputlah mereka ke tempat anda, insya Allah mereka boleh aturkan pertemuan. Dari dulu lagi saya dah tekankan perkara ni. Janganlah membenci tanpa sebab musabab.

Dalam setandan pisang tak mustahil ada yang busuk. Demikian juga dalam sesebuah organisasi. Yang belajar dengan HT ni bukan semuanya asalnya alim-ulama', ada yang pernah jadi mat rempit, ada yang pernah jadi gedebe kat kampung, ada yang baru timbul kesedaran. Mereka semua bersama-sama ingin menyumbang dalam tugas murni kepada Islam. Ada yang dah 10-20 tahun hidup bermewah-mewah, kemudian dapat kesedaran. Proses tarbiyah ni bukan macam touch and go. Datang halaqah sekali, terus jadi daie yang cemerlang gemilang terbilang. Proses tarbiyah mengambil masa juga. Jadi kalau ada yang berkasar tu, janganlah dipukul rata terhadap HT.

Wallahua'lam...

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 4:59 pm
Reply with quote

thtl wrote:
MF,

pls, kami mintak maaf kalau ada MOD afn yg hantam HT. Tapi dasar afn mmg jelas, kita tak benarkan HT dituduh secara terbuka di AFN sebab kami bukan COURT.

samada HT sesat atau tidak, kami serahkan kpd Majlis Fatwa kebangsaan.

yang boleh diskus ialah isu Politik secara umum.

Mintak kerjasama kpd yg anti-HT, supaya menahan tangan anda dari melakukan serangan terbuka kpd HTM.

harap maklum

Thread Close


Terima kasih pak thtl kerana memahami.

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 5:09 pm
Reply with quote

MF,

bukan HT je yg kena belasah kat AFN ni, JayTee, IM, Pas...tapi selepas kita control secara berperingkat, maka kita harap ia akan dapat difahami oleh warga AFN...

saya dulu pun mmg kuat juga hantam HT dan Jaytee. tapi selepas dah lama bertarung dg jaguh2 HT dan JT, maka, ana nampak kita kena respect hak manusia utk berharakah, berpersatuan, berjamaah dan berorganisasi.
Sebabnya mudah saja. Pemerintah pun mengontrol negara kita atas nama puak dan parti, dgn partilaah depa dapat membentuk kerajaan dan pemerintah pun kasi can, kasi peluang dan kasi jalan utk rakyat berparti dan persatuan, asalkan ia didaftarkan dgn Pendaftar pertubuhan, dapat kelulusan KDN.

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 5:09 pm
Reply with quote

ibnuabbas wrote:
Ok. Saya mengaku maaf atas kekasaran saya, atas kekerasan dalam berkata kepada HT dan mfauzy.

Tapi lembut saya ada batasnya,

1)Tolong jangan ungkit sejarah yang dah lepas dan salahkan orang yang dah mati macam Muawiyah dsb.

2)Tolong jangan anti pada gerakan Islam.

Fauzy, awak boleh pesan kat kawan2 awak supaya jangan SPAM email saya dengan fikrah HT awak.


Saya juga memohon maaf kepada kawan2 AFN yang terasa hati samada mod atau panel jika ada kekasaran dalam tulisan saya.

Terima kasih ibnu abbas. Saya pun nak minta maaf.

1) Sepanjang saya belajar, tak pernah pula diajar supaya menyalahkan Muawiyah. Bahkan kami mengiktiraf Muawiyah r.a. sebagai khalifah yang sah.

2) Kami tidak pernah diseru untuk membenci gerakan Islam. Bahkan kami melihat gerakan-gerakan Islam yang ada sebagai gerakan sahabat.

Kunjungan Ukhwah HTM Ke Rumah Terbuka PAS


Soal spam tu saya tak tahu dan saya tak terlibat serta saya tiada kuasa untuk menghalang.

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
saip
Banned User



Joined: Dec 28, 2009
Posts: 3703
Location: johor,malaysia

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 5:47 pm
Reply with quote

Saya ambil kesempatan ini untuk berhenti daripada layan segala hal di sini dan taknak menjalinkan apa-apa hubungan kepada forumer di sini, sekalipun saya hendak bertanya soal fiqh dan hadis, saya tidak akan masuk campur urusan masyarakat AFN tidak kira lelaki ataupun perempuan, jika hendak menegur saya pergilah ke facebook.

Saya harap pihak Moderator AFN tidak lagi mengaitkan diri saya dengan mana-mana forumer di AFN.

Kepada Moderator yang anti HT, usahlah anda menyindir ahli biasa di sini kerana anda boleh sahaja jumpa haraki/syabab HT di mana-mana tempat untuk berbai'ah dan berdebat tentang apa yang anda rasa tidak puas hati.

HT bukanlah manhaj seperti sufi ekstrem yang tiada hala tuju cara pembawaan dakwah, HT hanya menyeru kepada penyatuan di bawa satu bumbung . HT mahu mengamalkan sistem kehidupan salafussoleh yang islam keseluruhannya, agar anak-anak kita tidak terjebak dengan gejala sosial yang semakin meruncing ini.

Fahami method dakwah aliran lain, dan hormatilah antara satu sama lain. Islam itu Sunnah, Sunnah itu menegur dengan berhemah dan menasihati dengan cara baik.

Bacalah surah al-ahzab ayat 5 (mengenai khilaf di dalam agama )

bacalah surah an-nahl ayat 125 ( mengenai agama itu saling menasihati )

Adapun anda mengatakan bahawa HT teori semata-mata, saya jangkkan juga salafi ada yang teorinya lebih dari buah hasilnya.

Wasalam

_________________
Beli Buku kami:

Pendakwah harus merasa kesakitan sebelum di puji.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
aleeya
Student L7



Joined: Mar 02, 2009
Posts: 1776

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 7:17 pm
Reply with quote

blur la apa HT ni, definitely bukan High Tea kan?
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Retrospective entry - Post Pertama Saya...
Posted: Sat Mar 05, 2011 7:26 pm
Reply with quote

aleeya wrote:
blur la apa HT ni, definitely bukan High Tea kan?

Hizbut tahrir daaa

_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kaunseling Islam
Page 1 of 7
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 78
Bots: 1
Total: 79
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster