Community Forums
Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Diskusi Umum tentang motivasi dan kaunseling.
Go to page 1, 2, 3  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKaunseling Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:26 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Di sini aku kan meluahkan perasaan ku atau orang indon cakap "churhat" tentang ujian pertama ku sejak megamalkan salaf dalam kehidupan ku..

permulaan aku kenal salaf aku merasa ragu..kerna semua isu yang berbangkit dalam kuliah2 salaf yang aku dengar dari URD banyak bertentangan dengan amalan yang aku amalkan selama ini..tapi aku kuat kan hati juga untuk meneruskan manhaj ini..kerana dalam hati kecil ku mengatakan manhaj ini yang betul..

selama beberapa bulan aku menjadi taksub dan terlalu sensitif dengan perkara2 bid'ah..aku ingin menerapkan sedikit demi sedikit kehidupan sunnah yang aku sudah pelajari dalam keluarga ku..

Pertama sekali yang aku mati2 menentang ialah soal Tahlilan..aku cuba nak hapuskan amalan ini dalam keluarga aku..tetapi aku fail dan aku masih mengamalkan tahlilan dan yasinan tanpa kerelaan hati ku..untuk makluman, saya adalah seorang guru agama di sekolah rendah..di sekolah aku masih mengajarkan amalan2 yang sudah aku ketahui bid'ah tetapi apa kan daya aku terpaksa mengajarkan jua kepada murid2..di rumah, ahli keluarga dan saudara mengharapkan 100% kepada aku untuk menjadi tekong dalam segala majlis tahlilan dan yasinan..aku terpaksa jua mengikut tetapi di dalam hati ku membenci perbuatan ini..
pernah sekali aku kemuka kan kepada ayah ku tetapi aku belum cukup ilmu untuk menentangnya..

aku cuba sedikit demi sedikit menerapkan amalan yang ada landasan hadis yang sahih..contoh nya seperti berwudhu..menyapu sebahagian kepala..apa yang aku telah di ajarkan di sekolah adalah menyapu hujung kepala..tetapi semenjak aku berjumpa hadis yang sahih cara berwudhu menyapu sebahagian kepala aku guna lah cara ini..kemudian aku ajar lah adik ku cara berwudhu ini...kemudian ayah aku mendapati cara berwudhu adik ku ini..katanya salah, siapa yang ajar..dia bagitau lah aku yang ajar..balik dari kerja, terus aku kena bagi ceramah oleh ayah aku..aku diam je..ada lah sikit2 aku jawab..ayah aku cakap siapa ustaz kau belajar ne..ajaran sesat kau ajarkan arah adik2 mu..dia suruh aku tinggalkan perbuatan tersebut...ikut saja apa yang telah kita belajar di sekolah..engin aku dah panas..bukan apa aku tidak mahu menerangkan kepada ayah aku pada masa tu..aku takut salah je..maklumlah keadan marah2 ne nanti aku terangkan yang salah..terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan merana..

aku terus je masuk dalam bilik..kebetulan aku telah membeli Ringkasan Sahih Bukhari dan Ringkasan Sahih Muslim yang telah di takrij oleh Syeikh Albani..aku semak lah balik tentang wudhu tersebut..dan aku keluarkan juga kertas kerja dari URD tentan mencontohi wudhu rasulullah..siap saja sembahyang asar..aku bawa lah kitab2 itu pada bapa aku..aku cuba lah terangkan secara ilmiah..mula2 aku nervous juga..kn ini first time aku nak luah kan apa itu kebenaran...nasib lah ayah ku ne mahu mendengar perkataan yang aku terangkan..den lama2 cool lah n ayah ku boleh lah menerima..tak tau lah dalam hati dia..rasanya ingin aku uraikan apa yang terpendam di dalam ati ne..tapi biar lah perlahan2..nanti jika aku tembak ayah aku bertubi2 nanti dia nda dapat menerima..

pada masa ini prinsip aku..

1) Mendalami ilmu ini untuk diriku saja..kerna banyak tentangan jika aku kemukakan pada orang lain..
2) aku tidak akan berkata apa2 tentang bid'ah kecuali aku di tanya..
3) Aku mengajarkan anak murid ku apa yang telah di tetapkan oleh sekolah..tapi ada lah sikit2 aku terapkan sunnah..
4) Aku masih mengamalkan bid'ah secara terpaksa tanpa kerelaan hati ku dan hati ku tetap membenci perbuatan tersebut..contohnya seperti tahlilan, berwirid bersama2 jemaah selepasa sembahyang, berzanji di sekolah..dan lain2..
5) aku tahu diri ku masih belum sempurna untuk medakwah orang lain kerna aku masih belum 100% mengikut sunnah..contohnya..aku masih isbal..aku masih belum pergi masjid untuk sembahyang berjemaah..dan lain2..

Berilah komen sikit agar aku kuat mengharungi hidup secara sunnah ini..dan tidak setengah jalan saja..pernah ada terlintas di hati ku untuk berbalik semula cara kehidupan ku sebelum ini..aku rasa lebih mudah tidak perlu pikir susah2 tentang agama ne..kita ikut saja apa mufti suruh..mufti tak kan lah berbohong kan sebab dia pun ulama..pernah juga aku terfikir..aku nak ikut saja apa orang buat..jika dia ajar salah dialah yang tanggung dosa kita, kita tidak salah pasal kita tidak tahu apa2..



p/s: sori aku bukan pengarang yang baik..dan susunan bahasa fail.. Sweat Drop
Back to top
View user's profile
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:31 pm
Reply with quote

Satu lagi..aku ini di ketagorikan orang awam kan??so orang awam perlu buat apa?ikut saja apa yang dibuat orang ramai?

dan satu lagi..aku bukan saja dengar kuliah dari URD saja, tapi aku juga mengikuti kuliah ustaz2 yang bermanhaj salaf yang lain seperti Ustaz Asri, dr. MAZA..dan lain2..kadang2 mereka ini berlainan pendapat di antara satu dengan yang lain..jadinya aku jadi keliru mana yg patut aku ikut..


Last edited by dwan1611 on Sat Mar 05, 2011 12:38 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
mimbar
Banned User



Joined: Feb 26, 2011
Posts: 462
Location: Johor Bahru

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:33 pm
Reply with quote

Quote::
engin aku dah panas

Sejuk kan engin terlebih dahulu, Sebab Panas tu dari Api, Dan Api itu Membakar diri.

_________________
cermin diri
م ا ل س ا = ا س ل ا م

س ا ل ا م

اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:37 pm
Reply with quote

Bro Dwan,

semua orang yang mahukan kebenaran akan dapat ujian yang sama...kita jadi fobia gila-gila dengan bid'ah, terlalu curiga pada asal-usul ibadat, tidak tenteram selagi tak dapat dalil, dan dipandang pelik oleh orang sekeliling...

semua tu bro, sebenarnya sifat-sifat yang sangat mulia dalam agama...just jangan taksub sangat dengan mana-mana ulama, nanti makan diri balik...

benda ni lagi baik kalau ada geng, kalau sorang2 takde sape nak back-up...so cari la sorang member yang boleh masuk dengan manhaj kita ni..

orang kita memang pelik, kalau kita sufi, buat la benda paling mengarut pun dorang pandang OK jer...tapi kalau kita salafi, buat benda paling sunnah pun orang dah syak bukan-bukan...

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:42 pm
Reply with quote

mustaqill wrote:

benda ni lagi baik kalau ada geng, kalau sorang2 takde sape nak back-up...so cari la sorang member yang boleh masuk dengan manhaj kita ni..


nak cari geng tu lah yang susah tu..di tempat aku salaf2 ne belum aku jumpa..tabligh dan terikat ada lah..
Back to top
View user's profile
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:43 pm
Reply with quote

Dwan, kalaulah anda mengenali AFN lebih awal, mungkin saya lebih suka dwan juga datang rehlah tempohari.

Saya pun mengalami pengalaman yang hampir sama dengan saudara dwan.

Nasihat saya,

Teruskan belajar dan dengar kuliah2, BERSAMA pen dan kertas untuk catatan.

Semoga Allah membantu saudara dalam mengukuhkan pemahaman saudara dalam Deen Hanif ini.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:45 pm
Reply with quote

dwan1611 wrote:
mustaqill wrote:

benda ni lagi baik kalau ada geng, kalau sorang2 takde sape nak back-up...so cari la sorang member yang boleh masuk dengan manhaj kita ni..


nak cari geng tu lah yang susah tu..di tempat aku salaf2 ne belum aku jumpa..tabligh dan terikat ada lah..

kat mana tempat kau tu? geng tabligh pun OK, daripada budak2 tareqat yang dok meratib meraban tu...
Back to top
View user's profile Send e-mail
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 12:55 pm
Reply with quote

mustaqill wrote:
dwan1611 wrote:
mustaqill wrote:

benda ni lagi baik kalau ada geng, kalau sorang2 takde sape nak back-up...so cari la sorang member yang boleh masuk dengan manhaj kita ni..


nak cari geng tu lah yang susah tu..di tempat aku salaf2 ne belum aku jumpa..tabligh dan terikat ada lah..

kat mana tempat kau tu? geng tabligh pun OK, daripada budak2 tareqat yang dok meratib meraban tu...

Aku orang Brunei..di sini aku belum lagi jumpa mana2 ustaz2 yang bermanhaj salaf..apatah lagi kan mengikuti kuliah2 sunnah..langsung belum aku pernah mendengar..yang ada ceramah2 dalam tv dan di masjid2..itu pun jika ustaz tersebut tidak membawa kan dalil2 dari alquran dan hadis aku tidak mahu menerima..kerna aku dah set dalam diri aku untuk mendengar ceramah yang berlandaskan al-quran dan hadis..bukan yang cakap kosong ja dan banyak melawak..
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:02 pm
Reply with quote

dwan1611 wrote:

Aku orang Brunei..di sini aku belum lagi jumpa mana2 ustaz2 yang bermanhaj salaf..apatah lagi kan mengikuti kuliah2 sunnah..langsung belum aku pernah mendengar..yang ada ceramah2 dalam tv dan di masjid2..itu pun jika ustaz tersebut tidak membawa kan dalil2 dari alquran dan hadis aku tidak mahu menerima..kerna aku dah set dalam diri aku untuk mendengar ceramah yang berlandaskan al-quran dan hadis..bukan yang cakap kosong ja dan banyak melawak..

owh orang Brunei...terus aku dapat dengar slang Brunei bila baca post kau nih..hehe..

ya, setahu aku Mufti Brunei pun tak berapa mesra dengan manhaj salaf nih...tapi pasti ada anak2 Brunei yang ngaji di Madinah, Jordan, Mesir dan bawa balik fikrah tajdid...cuba cek senarai alumni mereka, dan berkenalanlah dengan mereka...

kalau takda pun takpa, kau istiqamah la dengan URD, dan da'i lain yang bawa manhaj sunnah, kami di AFN pun ada yang tiada sapa nak buat geng, tapi di sini segala jerih payah kami kongsikan bersama...

bagus la kau dah set macam tu, agama kita agama dalil, bukan mainan kata-kata dan mimpi-mimpian...keberanian perlu ada, tapi keramahan juga harus dijaga...

kau kena tawan hati masyarakat kampung, kau kena dapatkan jawatan yang berpengaruh, kau kena dekat dengan masjid, kau kena pandai mengelak kontroversi...

baru la luas sikit jalan yang dulunya sempit...
Back to top
View user's profile Send e-mail
elhakim
Student L6



Joined: May 07, 2009
Posts: 1151
Location: Depan PC

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:15 pm
Reply with quote

dwan,
Sedikit tips,

1.Guna video lah.Bab tahlilan video URD paling mantap.Terus checkmate punya.Pasang kat PC atau CD/DVD kuat-kuat bagi satu rumah dengar.Pastu slow-slow la suap ceramah yg lain.Sifat solat dan lain2..

2.Kita belum mampu nak tarbiah orang.Gunalah teknologi yang ada.

Tajdidkan gerakan tajdid..

_________________
أبو العالية لقمان حكيم بن مد سعد بن مد حسين
Back to top
View user's profile
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:18 pm
Reply with quote

Yalah..aku hanya mampu mengikuti kuliah2 dari Youtube dan MP3 dan AFN ini saja untuk menambah ilmu yang masih sedikit ini..kadang2 aku iri hati juga dengan kamu2..senang2 saja nak jumpa ustaz2 sunnah untuk bertanyakan kemusykilan, senang2 saja dapat datang kuliah sunnah..buku pun senang2 nak dapat..di Brunei ne susah untuk mendapatkan buku2 dari ustaz2 salaf..nak order dari Bro Nawawi takut juga Brunei nda melepaskan buku tersebut masuk..

Aku ne pendiam dan pemalu sebenarnya..aku banyk jadi silent reader ja di AFN ini..nak bagi pendapat ilmu belum cukup..

Apa pun Terimakasih lah buat Bro Mustaqill..
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:26 pm
Reply with quote

Dwan,

aku dulu pun macam tu, nak beli buku takde duit, buku yang bagus pun susah mau dapat, masa tu internet la yang jadi perpustakaan...kena sabar banyak2...

baru sekarang aku dapat pegi kuliah para ustaz sunnah, dapat jumpa para da'i yang selama ni hanya bermimpi dapat jumpa...alhamdulillah, doa yang tak putus harap memang dimakbulkan...

udah, jangan jadi silent reader lagi...jadi la sahabat kami di sini, kita berkomunikasi dan saling mendokong...

aku doakan kau selamat di jalan golongan yang selamat...

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
dwan1611
Beginner



Joined: Aug 08, 2010
Posts: 19

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:33 pm
Reply with quote

elhakim wrote:
dwan,
Sedikit tips,

1.Guna video lah.Bab tahlilan video URD paling mantap.Terus checkmate punya.Pasang kat PC atau CD/DVD kuat-kuat bagi satu rumah dengar.Pastu slow-slow la suap ceramah yg lain.Sifat solat dan lain2..

2.Kita belum mampu nak tarbiah orang.Gunalah teknologi yang ada.

Tajdidkan gerakan tajdid..

Terima Kasih tips nya..buat masa ne aku masih belum ada kekuatan untuk buat begitu..aku nda mau menimbulkan kemarahan orang..dan jika aku di tembak balik aku yang susah aku belum ada ilmu untuk defence diri aku..ilmu yang aku perolehi baru secubit..

contoh nya:
Ayah aku pernah tanya aku, "Sembahyang yang dah lepas yang banyak tinggal tu mesti Qada kan?"..aku jawab lah tidak perlu..taubat saja dan jgn tinggalkan lagi..aku pernah dengar dari kuliah URD..tapi aku tak tahu dalil nya..den ayah aku mesti kaitkan dengan ulama2 dulu di Brunei ne suruh qada saja apa yang termampu..Dia cakap lah aku ne belajar ajaran sesat..aku dah tak tau nak kata apa..aku diam lah saja..

aku nda mau lah situasi cematu lagi..lebih baik aku cakap tidak tahu..tapi cara cematu macam aku ani menyembunyikan ilmu..kadang2 aku serba salah..
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:40 pm
Reply with quote

kalau tak mampu hafal dalil tak apa, asalkan tahu mana mau cari dalil tu...kau bukak saja internet, taip apa saja masalah, pastu carik...

ndak susah ni..banyak suda website yang bagus2 ajar secara sunnah...kau kan ada kitab Sahih Bukhari & Muslim, boleh rujuk situ kan...

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Ujian pertama sebagai seorang yang bermanhaj salaf
Posted: Sat Mar 05, 2011 1:41 pm
Reply with quote

isu qadha solat yg luput dgn sengaja tu mmg sensitip.

sebab 4 madzhab utama kata wajib qadha'. hanya pendapat syaikhul Islam IT dan Ibn Hazm je yg kata tak boleh qadha'..

maka dgn ulama' nusantara, kita jgn raise isu solat qadha' ni. amal secara peribadi sahaja, jgn sibarkan...

p/s: bila berinteraksi dgn masyarakat, kena jaga beberapa isu yg agak sensitif, antaranya isu qadha solat yg luput dgn sengaja. itu mmg perangkap maut utk salafi

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kaunseling Islam
Page 1 of 3
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 106
Bots: 1
Total: 107
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster