Community Forums
Hadith tentang perniagaan
Perbincangan sekitar persoalan Qur'an, Hadis, Kisah Nabi-nabi dan Umat terdahulu serta para sahabat
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexQur'an dan Hadis
View previous topic :: View next topic  
Author Message
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Hadith tentang perniagaan
Posted: Mon Nov 24, 2008 10:52 am
Reply with quote



تسعة أعشار الرزق في التجارة


9 per 10 daripada rezeki adalah pada perniagaan.


Hadith lemah riwayat Abu 'Ubaid dlm al Ghareeb.
(Silsilah no 3402)

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Hadith tentang perniagaan
Posted: Mon Nov 24, 2008 11:12 am
Reply with quote

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا إِلاَّ مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Qiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan bercakap benar.

(Riwayat At Tirmizhiyy : Hasan Sahih)

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Hadith tentang perniagaan
Posted: Mon Nov 24, 2008 11:47 am
Reply with quote


المستدرك على الصحيحين للحاكم مع تعليقات الذهبي في التلخيص - (ج 2 / ص 7)
2143 - أخبرناه علي بن محمد بن عقبة الشيباني ثنا إبراهيم بن إسحاق الزهري ثنا يعلى بن عبيد ثنا سفيان عن أبي حمزة عن الحسن عن أبي سعيد الخدري :
عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : التاجر الصدوق مع النبيين و الصديقين و الشهداء


Peniaga yang jujur akan bersama para Nabi, Siddiqiin dan Shuhadaa'.



« التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ »

Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para Nabi, Siddiqiin dan Shuhadaa'.

Riwayat At Tirmizhiyy : Hasan. Al Albaaniyy pernah melemahkan hadith ini lalu kemudiannya mensahihkannya dlm Silsilah As Sahiihah)

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Hadith tentang perniagaan
Posted: Sat Dec 20, 2008 11:38 pm
Reply with quote

abulwafaa wrote:


تسعة أعشار الرزق في التجارة


9 per 10 daripada rezeki adalah pada perniagaan.


Hadith lemah riwayat Abu 'Ubaid dlm al Ghareeb.
(Silsilah no 3402)

-------- tambahan:

CnP apa yg ana pernah hantar dlm al-Ahkam (AAN) lama dulu

link:

al-ahkam.net/home/inde...9bd89c7fec

MATAN [lafaz hadis]:

Matan Hadis yang disoal berbunyi " التجارة في الرزق أعشار تسعة " [Tisa'ta a'syar al-Rzqi fil Tijarah], maksudnya " 9/10 rezki adalah dlm perniagaan", dan pada lafaz yang lain ada tambahan " و العشر في المواشي…bermaksud: "…dan 1/10 adalah dari penternakan [livestock]" dan pada lafaz yg lain ditambah … الباقي في السابياء

Pada lafaz yang lain berbunyi " عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة أعشار الرزقة" [ alaikum bil tijarah, fa inna fiha tisa'ta a'syar rizqh] maksudnya " bersamalah kamu dlm business/niaga sesungguhnya dlmnya 9/10 rezki"

TAKHRIJ [tempat dikeluarkn/ dijumpai hadis ini]:

Hadis ini dikeluarkan dalam Jami' Soghir [hadis no. 6183], Abu Ubd al-Gharib [2/52], al-Ghazali dalam Ihya' [hadis no.1576] dan lain-lain.

Ia diriwayatkan oleh Nuaim bin AbdulRahman, telah berkata Nabi SAW:…[lafaz hadis diatas]…

Hadis ini adalah Dhaif, masalahnya adalah pada perawi Nuaim bin AbdulRahman itu sendiri, iaitu beliau meriwayatkn hadis dari dirinya dari Nabi SAW yang mana dlm keadaan ini [dari dirinya dari Nabi] riwayat ini dikira MURSAL/ DHAIF..

1- Berkata Abu Hatim: riwayat Nuaim dari Nabi SAW adalah MURSAL [DHAIF].. (rujuk Jami' al-Thsl, rawi no. 834)

2- Berkata Ibn Abi Hatim: riwayat Nuaim dari Nabi SAW adalah MURSAL [DHAIF], meriwaytkannya dari Abu Hurairah,meriwaytkan darinya Daud bin Abi Hind, aku mendengr ayahku berkata demikian (rujuk al-Jarh wa Ta'dil,rawi no.2133)

3- Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani: Nuaim bin AbdulRahman al-Azdiy menyebutkannya Ibn Mandh berkata "menyebut [mention, refer to] dari kalangan sahabat adalah tidak sahih", menyebutknnya al-Bukhari, Ibn Abi Hatim dan Ibn Hibban dan selainnya dari tabiin dan berkata Abu Hatim: riwayatnya dari Nabi SAW adalah MURSAL/DHAIF(rujuk al-Isabah, rawi no. 8907)

4- Berkata al-Hafiz al-Iraqi ketika menyemak hadis-hadis dalam Ihya' Ulumuddin tntg hadis ini: …perawi-perawi hadis ini Tsiqah, [kecuali] Nuaim, berkata tntgnya Ibn Mndh: ""menyebut [mention, refer to] dari kalangan sahabat adalah tidak sahih", berkata Abu Hatim ar-Razi dan Ibn Hibban: "sesungguhnya dia adalah Tabii dan hadisnya MURSAL/DHAIF" (rujuk Takhrij Ahadis al-Ihya', hadis no. 1576)


5- Dalam Silsilah Ahadis Dhaifah [hadis no.3402], al-Albani mengambil kata2/penilaian Ibn Abi Hatim [yg telah disebutkn diatas sebelum ini], iaitu kata Ibn Abi Hatim: " riwayat Nuaim dari Nabi SAW adalah MURSAL [DHAIF], meriwaytkannya dari Abu Hurairah,meriwaytkan darinya Daud bin Abi Hind," dan al-Albani menyatakn sanad hadis ini DHAIF kerana Mursalnya Nuaim bin AbdulRahman

KESIMPULAN:

Hadis ini adalah DHAIF, kerana jalannya adalah MURSAL, iaitu jalan Nuaim dari Nabi SAW adalah dikira MURSAL sebagaimana yg telah diberitahu dan diisyaratkn kpd kita oleh Huffaz Mutaqaddimun spt Abu Hatim, Ibn Abi Hatim,Bukhari dll. [Mursal = terputus sanad =DHAIF]


TAMBAHAN:


dalam riwayt yg lain hadis ini diriwaytkn dari Ibn Mas'ud berkata, telah berkata Nabi SAW:...[Hdis diats tapi dgn lafaz yg berbaza],dikeluarkn dlm ''Islah al-Mal''.

hadis ini juga adalah DHAIF,kerana dalm sanadnya terdapat Jaubir, dan dia adalah tertolak dikalangan huffaz mutaqaddimun, berkata Ibn Hajr tntgnya: DHAIF JIDDAN, Yahya ibn Main: TIDAK TISQAH..DHAIF, dan Nasaie, Daraquthni tntgnya: MATRUK [rujuk Taqrib, Tahzib al-Kamal]



SEDIKIT ULASAN:

Hadis ini ana lihat sangat berleluasa di Malaysia terutamanya dalam dunia perniagaan spt MLM dan lain2, sehingga ada yang sewenangnya dalam iklan2 internet menyatakan hadis ini adalah hadis riwayat Bukhari!!,ini adalah pembohongan atas Nabi,perkara ini amat menyedihkn dan mendukacitakn kita,

walaubagaimanapun mereka tidak boleh dipersalahkan secara mutlak kerana mereka tidak tahu dan kurang kesedaran dalam hal-hal ini disebabkan kurangnya usaha memberi penjelasan kpd mereka, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita yg mengetahui perkara ini menjelaskn kpd mereka dengan baik dan hikmah bahawa ungkapan ini adalah bukan dari sabda Nabi SAW..
View user's profile

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Hadith tentang perniagaan
Posted: Sat Dec 20, 2008 11:41 pm
Reply with quote

satu lagi hadis yg matannya lebih kurang hadis riwayat at-Tirmizi (yg disebutkan syaikh Abulwafaa sblm ni) tetapi Tidak Sahih.


التاجر الصدوق الامين المسلم مع الشهداء يوم القيامة


Peniaga muslim yang jujur lagi amanah akan bersama para Shuhadaa' pada hari Kiamat.


takhrij simple:


dikeluarkan Ibn Majah dlm Sunan (no. 2139, kitab perniagaan), Ibn Abi Dunya dlm Islah al-Mal (no. 215) dan lain-lain

status:

berkata Imam Abu Hatim: "tiada asalnya - لا أصل له - " ('Ilal al-Hadis, no. 1156)

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Qur'an dan Hadis
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 51
Bots: 1
Total: 52
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster