Community Forums
Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 3:56 pm
Reply with quote

Membawakan ringkasan kepada video-video Syaikh Dr Uthman Al Khamees dari Youtube.

Last edited by mustaqill on Wed Feb 02, 2011 5:06 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:01 pm
Reply with quote

Youtube - Bolehkah berdiri untuk menyambut seseorang?

1. Sunnah yang baik ialah seseorang yang memasuki majlis hendaklah masuk, memberi salam dan duduk mengikuti majlis yang sedang berlangsung.

2. Jika yang memasuki sesuatu majlis ingin bersalam dengan para hadirin, maka tidak mengapa. Namun orang yang hendak disalam mestilah dalam keadaan yang sama dengan orang yang ingin bersalam.

3. Adalah salah jika menyambut salam orang yang berdiri dalam keadaan duduk, malah dibenarkan bangun untuk menyambut salam orang yang berdiri itu.

4. Yang dimurkai ialah orang yang ingin manusia bangun menghormatinya apabila dia masuk ke dalam satu majlis, sama ada dia bersalam dengan mereka atau tidak.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:06 pm
Reply with quote

Masha-Allah Syaikh uthman, Nasir AL-Sunnah.Syiah slayer.Hafizahullah.
_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:12 pm
Reply with quote

Youtube - Perawi Syiah dalam Sahihayn

1. Tidak ada perawi Syiah Rafidhah atau Imamiyah dalam Sahihayn.

2. Syiah ialah gelaran yang diberikan untuk membawa makna 'penyokong' pada permulaan konflik antara Ali dan Muawiyah.

3. Syiah yang terawal adalah mereka yang mengunggulkan Ali ke atas Uthman, dan tidak ada di antara mereka yang berakidah Raj'ah, Mut'ah, Taqiyyah, Tahrif Al-Quran dan sebagainya.

4. Syiah yang dikatakan perawi Sahihayn adalah dari kalangan pemuka dan pembesar Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang berakidah sahihah seperti kita.

5. Az-Zahabi menyatakan memang ada yang disebut sebagai Syiah dalam Sahihayn namun mereka sekadar Syiah politik atau Mufaddhilah, berlainan sekali dengan Syiah yang kita kenali hari ini.

6. Ada seorang Syiah Mufaddhilah yang saleh yang dicontohkan oleh Az-Zahabi - Adiy bin Thabit. Kata Az-Zahabi, jika Syiah itu seperti Adiy bin Thabit maka kuranglah kejahatan mereka, kerana Adiy itu tidak mencerca sahabat, dan mengkafirkan mereka.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:19 pm
Reply with quote

Youtube - Membeli tasbih yang mahal-mahal

1. Setiap harta yang dibelanjakan untuk perkara yang haq maka ia tidak dikatakan membazir walaupun harganya seribu dirham.

2. Setiap harta yang dibelanjakan untuk selain perkara yang haq maka ia adalah pembaziran meskipun hanya sedirham.

Nota: Jawapan Asy-Syaikh tidak begitu jelas. Faham-faham sendiri.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:33 pm
Reply with quote

Youtube - Nasihat mempelajari bahasa Arab

1. Mempelajari bahasa Arab adalah wajib, demi memahami Kitabullah, Sunnah Rasul dan kata-kata ahli ilmu.

2. Penuntut ilmu tidak dapat lari dari mempelajari bahasa ini, kerana untuk berbicara tentang tafsiran Al-Quran, tafsiran As-Sunnah, sangat memerlukan kefasihan dalam bahasa Arab.

3. Mungkin tidak sampai mendalami khilaf antara mazhab Kufiy dan Basriy, kerana itu adalah untuk takhassus, tetapi penuntut ilmu itu haruslah mampu bercakap dan memahami bahasa tersebut.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:38 pm
Reply with quote

Youtube - Umrah di bulan Sya'ban dan Ramadhan

1. Dibenarkan melakukan umrah pada bulan Sya'ban, kemudian keluar ke tanah Halal, lalu apabila tiba Ramadhan seseorang itu melakukan umrah sekali lagi.

2. Tetapi tiada petunjuk dari Sunnah mengenai itu. Bahkan Rasulullah tidak pernah berumrah di bulan Ramadhan.

3. Rasulullah seumur hidupnya berumrah empat kali, semuanya di bulan Zulkaedah. Tetapi ada perbincangan mengenai hadith berkenaan hal ini.

4. Tetapi tidak dihalang dan dilarang melakukan umrah di bulan selain Zulkaedah.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:46 pm
Reply with quote

Youtube - Mengapa Muslim tidak meriwayatkan dari Al-Bukhari

1. Al-Bukhari dan Muslim dikenali dengan ketiggian sanad mereka, yakni sedikitnya perawi antara mereka dan Rasulullah.

2. Ada hadith Malik yang ada hanya dua perawi antaranya dan Rasulullah, begitu juga Abu Dawud dan Al-Bukhari yang mempunyai koleksi Thulathiyyat - koleksi sanad hadth yang mana perawi antara mereka dan Rasulullah hanyalah tiga orang saja.

3. Terdapat juga koleksi Ruba'iyyat dan Khumasiyyat - bergantung jumlah perawi antara mereka dan Rasulullah. Mereka para muhaddithin memang menghargai koleksi sanad sebegini.

4. Imam Muslim banyak meriwayatkan terus dari guru-guru Al-Bukhari, meskipun Al-Bukhari terkenal sebagai guru Muslim, namun tidak bermakna Muslim meinggalkan riwayat Al-Bukhari, lebih-lebih lagi umur mereka adalah hampir sebaya. Ia hanya semata-semata mencari sanad yang lebih tinggi bila berkemampuan.

5. Muslim sangat menyanjungi Al-Bukhari, dan tidak syak lagi mengenai perkara itu.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 4:56 pm
Reply with quote

Youtube - Adakah Salahuddin Al-Ayyubi berakidah Asyaerah?

1. Ya, memang dia berakidah Asyaerah, namun dia bukanlah termasuk dari kalangan ulama'.

2. Beliau pejuang agama, panglima muslimin, menentang Kristian, membuka banyak negeri Islam dan banyak berbakti kepada Ummah.

3. Salahuddin memang menyeru kepada akidah Asyaerah dan banyak mendokong doktrin mazhab akidah itu.

4. Ini kerana dia memandang itulah kebenaran, dan ia bukanlah satu aib buatnya. Apa yang dipanggil aib ialah apabila seseorang mengetahui mengenai kebatilan tapi masih bertaksub dengannya.

5. Beriltizam dengan kebenaran meskipun masih tersalah, diberikan pahala sebagai ganjaran. Sebagaimana hadith Nabi mengenai hakim yang berijtihad lalu betul ijtihadnya maka diberi dua ganjaran, jika salah maka satu saja.

6. Dengan itu kita mengatakan Salahuddin telah tersilap, namun dia masih diberi pahala dan ganjaran.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:05 pm
Reply with quote

Jika ada yang sudi menyambung, silakan. Jangan malu-malu. Kita buat ikhtisar sahaja.

Bahasa yang digunakan Asy-Syaikh mudah dan jelas. Tidak kompleks dan terlalu berdialek.

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:08 pm
Reply with quote

Syeikh Mus,
Rajin tak buat mukhtasar vide siri Ja'faruna wa Ja'faruhum?

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:08 pm
Reply with quote

Muhammady7 wrote:
Syeikh Mus,
Rajin tak buat mukhtasar vide siri Ja'faruna wa Ja'faruhum?

yang mana tuh?
Back to top
View user's profile Send e-mail
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:11 pm
Reply with quote

Saya tak ingat la,pernah tengok tapi tak habih sebab tak rajin nak download.Tapi isinya mantop untuk brainwash shia-to-be.Nanti saya usha semula
p/s:Sms ana sampai x kat enta syeikh?sunyi ja... risau... Sweat Drop

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:17 pm
Reply with quote

Youtube - Rasulullah gagal?

1. Barangsiapa yang mengatakan Rasulullah gagal dalam dakwahnya, kerana melihat masih ada kekufuran dak maksiat maka dia seorang fajir.

2. Tidak pernah ada seorang nabi dan rasul yang semua kaumnya menjadi muslimin, maka apakah kesemua nabi dan rasul gagal semuanya?

3. Dalam kes Nabi Yunus pun tidak dikatakan seluruh kaumnya menjadi muslim.

4. Setiap nabi pasti mempunyai musuh-musuh, dan juga pembantu-penyokong. Bahkan ada nabi yang langsung tidak mempunyai pengikut meskipun seorang.

5. Yang mengatakan sedemikian pastilah orang yang jahil, kerana jika dia tidak jahil dia pasti tidak akan mengatakan Rasulullah telah gagal.
Back to top
View user's profile Send e-mail
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Youtubiyyat Syaikh Dr Uthman Al Khamees
Posted: Wed Feb 02, 2011 5:28 pm
Reply with quote

Youtube - Bagaimana para sahabat mendengar bacaan Nabi tanpa pembesar suara?

1. Yang pasti yang bersolat berhampiran Nabi (saf-saf hadapan) pasti mendengar bacaan Nabi. Adapun yang jauh tidak mendengar sebaik yang hampir.

2. Dalam hadith Ibn Abbas berkenaan hadith mengenai solat gerhana, dia menyatakan 'Rasulullah membaca satu surah yang sama panjang dengan Al-Baqarah' kerana dia tidak mendengar secara jelas, kerana dia kejauhan di waktu itu. Yang pasti mereka yang hampir akan menyampaikan kepada yang jauh apa yang berlaku.

3. Di dalam pengajian dan sesi pengajaran, terdapat muballigh (penyampai) yang meneriakkan apa yang disampaikan oleh pengajar, seperti sesi pengajian Al-Bukhari yang dihadiri 5000 orang sekali. Terdapat 15 muballigh di dalam satu-satu kuliahnya.

4. Amalan ini masih dipraktikkan di Al-Masjid Al-Haram, dimana ada muballigh di belakang imam yang meneriakkan apa yang dibaca imam.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 71
Bots: 2
Total: 73
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster