Community Forums
Boleh antum rad?
Diskusi terbuka untuk ahli sekitar persoalan Aqidah
Go to page 1, 2, 3  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexAqidah
View previous topic :: View next topic  
Author Message
nurledge
Panel Aqidah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 1207

PostPost subject: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 12:53 am
Reply with quote

Bismillah

Doktrin: Allah di merata tempat

Dalil:

وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ - الزخرف : 84
Back to top
View user's profile Visit poster's website
kayrollz
Pro Sunnah



Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 1:01 am
Reply with quote

Quote::
Dan Dia-lah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah) di bumi dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

tak nampak plak Allah ada di merata tempat...

_________________


AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 8:39 am
Reply with quote

perbincangan Ahli bidah.. pertanyaan nurledge tak menambahkan iman, mengundang kerosakan iman orang lain. dan ini bukan dakwah cara sahabat. stop perbincangan yg nak menonjolkan kesalafian anda.. para sahabat bebas dari perlakuan anda...
Back to top
View user's profile
nurledge
Panel Aqidah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 1207

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 8:50 am
Reply with quote

maulena wrote:
perbincangan Ahli bidah.. pertanyaan nurledge tak menambahkan iman, mengundang kerosakan iman orang lain. dan ini bukan dakwah cara sahabat. stop perbincangan yg nak menonjolkan kesalafian anda.. para sahabat bebas dari perlakuan anda...

AsthagfirulLah...

Betapa ramai ulamak2 salaf menulis kitab2 berkaitan dgn persoalan di atas ketikamana mrk menangani firqah2 sesat yg mula menyerlah di zaman mrk. Adakah enta menuduh mrk membawa "perbincangan ahli bida'ah"?

Ulamak2 yg dimaksudkan:
Iman Bukhari (Khalq Af`al Al-`Ibad), Iman Ahmad (al Sunnah), Imam al Darimi(rad 'ala Jahmiyyah), Abdullah Ibn Ahmad (al sunnah), Abu Daud (al Sunnah), Abu Bakar Athram (al Sunnah), al Khalal(al Sunnah), Ibn Mandah(rad 'ala jahmiyyah), al Tabrani(al Sunnah), Ibn Abi Zamanin (Usul al Sunnah), al Talmanki (al Usul), Ibn Abi Hatim(Rad 'ala jahymiyyah), dll.

Di zaman salaf pun sudah dibincangkan, apatahlah lagi dizaman ini? fikirkan!

Btw, tujuan posting di atas
1. membezakan kalimah al Ilah dgn kalimah lain spt al Rab
2. tafsiran ayat yg sebenar
3. Refute akidah Jahmiyyah & associates

Allahumasta'an.


Last edited by nurledge on Tue Dec 21, 2010 7:55 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 11:05 am
Reply with quote

satu retorik kritis : kalau ulama salaf membicarakannya, bagaimankah bapa kepada salaf membicarakannya : bapa salaf adalah sahabat2 r.a.

Dengan bersangka baik sepenuhnya tanpa syak kepada ulama salaf rahumahumullah, kita memang tak perlu bincang lagi hari ni benda2 ni. kerana masalahnya bukan pada falsafah, tetapi tiada langsung ALlah dalam hati.

lagipun orang sekarang dah bijak. dah banyak sangat tamsilan untuk bagi diaorang faham. bagi tahu dia, ALlah berada diluar space and time continuum. bagi analogi film strip. tiada had masa, tiada had ruang.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Jamal
Student L1



Joined: Feb 04, 2010
Posts: 140

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 11:20 am
Reply with quote

Bagaimana mungkin di zaman bapa nya salaf (Shahabat Radiyallahu 'anhum) ada perbincangan mengenai JAHMIYAH/MU'TAZILAH...kerana pada zaman tersebut belum wujud fahaman mereka

bagi saya perbincangan seperti ini tetap perlu di ulang-ulang

mengulang-ulang membicarakan kisah shahabat supaya memiliki semangat Beriman, Berilmu dan Beramal seperti Shahabat radiyallahu 'anhum ajma'in

mengulang-ulang kisah Ulama Salaf dalam "PERBEZAAN" dengan JAHMIYAH/MU'TAZILAH supaya Iman, Ilmu dan Amal seperti Ulama Salaf kerana yang paling baik setelah zaman Tabi'ut Tabi'in adalah Ulama Salaf Yes

Wallahu A'lam


Last edited by Jamal on Mon Dec 20, 2010 11:36 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
Yusof
Pro Sunnah



Joined: Jul 19, 2009
Posts: 4213
Location: Kuantan, Pahang

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Mon Dec 20, 2010 11:57 am
Reply with quote

Teruskan syeikh Nurledge,

Perbahasan ini diperlukan kerana sejarah tetap berulang

Golongan ini sentiasa muncul dengan pelbagai wajah

Biarpun manusia sebijak mana, sifirnya tetap sama

Maka kami dahagakan hujah ulama-ulama salaf

_________________
Politician looks for next election, Statesman looks for next generation

titian-sebenar.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:09 am
Reply with quote

salafi ( kononnya) malaysia kena tajdid cara dakwah.. berpijak di alam nyata, tengok apa keperluan ummat... ummat perlukan Allah dalam hati... bukan perbincangan falsafah yg menghilangkan kebesarab Allah dalam hati.. imam malik kata soalan ini bidah... fikirkan macammana nak masukkan kebesaran Allah dalam hati ummat...
Back to top
View user's profile
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:10 am
Reply with quote

Yusof wrote:
Teruskan syeikh Nurledge,

Perbahasan ini diperlukan kerana sejarah tetap berulang

Golongan ini sentiasa muncul dengan pelbagai wajah

Biarpun manusia sebijak mana, sifirnya tetap sama

Maka kami dahagakan hujah ulama-ulama salaf

tuan kena dahagakan iman bukan hujah .. itulah salafi sebenar..
Back to top
View user's profile
abuQays
Ilmuwan



Joined: Jan 29, 2010
Posts: 5779
Location: Meru, Klang

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:12 am
Reply with quote

maulena wrote:
salafi ( kononnya) malaysia kena tajdid cara dakwah.. berpijak di alam nyata, tengok apa keperluan ummat... ummat perlukan Allah dalam hati... bukan perbincangan falsafah yg menghilangkan kebesarab Allah dalam hati.. imam malik kata soalan ini bidah... fikirkan macammana nak masukkan kebesaran Allah dalam hati ummat...

Ayat yang penuh dengan majazi ...

_________________
---"Permulaan suatu pembukaan"---"The Begin of the Conquests"---"Fawaatih Al Futuhaat"--
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
Abu_Imran
Pro Sunnah



Joined: Jan 28, 2010
Posts: 6735
Location: KL

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:13 am
Reply with quote

syaikh abdialqays.... majazi tu aper?
_________________
Mencari Ilmu Tiada Penghujung
Back to top
View user's profile Send e-mail
abuQays
Ilmuwan



Joined: Jan 29, 2010
Posts: 5779
Location: Meru, Klang

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:19 am
Reply with quote

majazi - metafora atau kata lain penuh dengan perlambangan ...

masukkan KEBESARAN Allah ..

besar disini melambangkan apa ? saiz ?
kuasa ?
nikmat ?

perlambangan itu adalah majaz..

Quote::
Definisi Majaz

Pada penjelasan di atas sudah dijelaskan secara ringkas tentang definisi majaz. Berikut akan kami bawakan definisi majaz yang lebih lengkap.

المجاز هو نقل الكلام من الوضع الأول إلى الوضع الثاني للقرينة مع وجود العلقة


“Majaz adalah berpindahnya makna perkataan dari makna pertama menjadi makna kedua, karena adanya qarinah dan adanya ‘alaqah”

Dari definisi ini, maka dapat kita simpulkan bahwa pada majaz terdapat 4 rukun, yaitu :

1. Al Wadh’u Al Awwalu (makna pertama)

2. Al Wadh’u Ats Tsani (makna kedua)

3. Al Qorinah (sebab yang menghalangi makna pertama dan mengharuskan dimaknai dengan makna kedua)

4. Al ‘Alaqah (hubungan antara makna pertama dan makna kedua)

Semisal kita katakan : “Aku melihat singa naik kuda, sambil menghunuskan pedang”

Maka pada kalimat tersebut, dapat kita katakan rukun-rukun majaz :

- Makna pertama : makna singa, sebagai makna salah satu jenis hewan buas.

- Makna kedua : makna lelaki yang pemberani.

- Al Qorinah : akal sehat mengatakan tidaklah mungkin ada singa yang bisa mengendarai kuda sambil menghunus pedang.

- Al ‘Alaqah : hubungan antara singa dan laki-laki yang pemberani, adalah kekuatan dan keberanian.

Maka berdasarkan hal ini, tidak bisa kita katakan suatu majaz yang tidak memiliki ‘alaqah. Semisal kita katakan : “Aku makan meja di waktu pagi” (yang dimaksud adalah makan roti). Tidak ada hubungan antara meja dan roti, maka kalimat tersebut tidak bisa kita pakai sebagai majaz.
[quote]

_________________
---"Permulaan suatu pembukaan"---"The Begin of the Conquests"---"Fawaatih Al Futuhaat"--
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
Abu_Imran
Pro Sunnah



Joined: Jan 28, 2010
Posts: 6735
Location: KL

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 4:25 am
Reply with quote

Jazakallah
_________________
Mencari Ilmu Tiada Penghujung
Back to top
View user's profile Send e-mail
nurledge
Panel Aqidah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 1207

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 9:55 am
Reply with quote

nurledge wrote:
:bismillah

Doktrin: Allah di merata tempat

Dalil:

وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ - الزخرف : 84


Maksud sebenar ayat ini ialah Allah Dialah al Ma'bud (Yg disembah/ibadati) di bumi mahupun di langit iaitu berkaitan dengan Uluhiyyah (tauhid Ibadah), bukan dalam context Zatiyyah/Rabbubiyyah.

Antara tafsiran para ulamak pada ayat ini

Qatadah w.117h:

أي يُعبد في السماء، ويُعبد في الأرض

"iaitu yu'bidu (yg disembah) di langit, dan yu'bidu(yang disembah) di bumi. "

Ibn Tabari w.310h:

يقول تعالى ذكره: والله الذي له الألوهة في السماء معبود، وفي الأرض معبود كما هو في السماء معبود، لا شيء سواه تصلح عبادته; يقول تعالى ذكره: فأفردوا لمن هذه صفته العبادة، ولا تشركوا به شيئا غيره.


"Yakni Allah berfirman- Dan Dia bagi-Nya sahaja segala al-Uluhah (ibadah), di langit Dialah al-Ma'bud, dan sebagaimana di langit Dia Ma'bud, begitulah juga dibumi. Tidak berhak/layak disembah selain daripada-Nya; Yakni Allah berfirman- Sembahkanlah/Ibadahilah semata-mata kepada Dia yang memiliki sifat tersebut, dan jangan mensyirikkan Dia dengan sesuatupun. "


Ibn Zamanin w.399h:

هو المُوَحَّدُ في السماء وفي الأرض

"Dialah al Muwahidu (yg diesakan) samada di Langit mahupun di bumi"


al Sama'ni w.489h:

أي : معبود في السماء والأرض

"iaitu - ma'bud (zat yg di sembah) di langit dan di bumi"

Ibn Kathir w.774h:

أي: هو إله مَنْ في السماء وإله مَنْ في الأرض

"iaitu - Dia lah Ilah (ma'bud) bagi mrk yang di langit dan dialah Ilah(ma'bud) bagi yang di bumi."

Oleh itu batil utk berdalilkan ayat ini bagi megatakan Allah fi kulli makan.

Nota: makna إله Ilah

قال ابن فارس (395 هـ): الهمزة واللام والهاء أصل واحد، وهو التعبُّد. فالإله الله تعالى، وسمّيَ بذلك لأنّه معبود

Ibn Faris w.395h: Hamzah, Lam, dan Ha' kata asal(root word) kpd makna ta'bud (pengibadatan).Maka al-Ilah ialah Allah, dinamakan sedemikian kerana Dialah disembah/ibadahi.

Menterjemah Ilah kpd "Tuhan" tidak tepat; sebab itu, kita dapati diletakkan kurungan spt Tuhan (Yang Berhak di sembah) di dalam sesetengah terjemahan.

wallahu'alam. semoga bermanafaat

rujukan: as-salaf.com/article.p...d=13〈=ar
Back to top
View user's profile Visit poster's website
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: Boleh antum rad?
Posted: Tue Dec 21, 2010 10:08 am
Reply with quote

mengapa sahabat tak bincang tentang sifat-sifat Allah???
kerana KEBESARAN ALLAH BERTAKHTA DALAM HATI MEREKA...
nak dapat sifat sahabat, tinggalkan perbincangan ini...
maksud tauhid untuk dapat KEBESARAN ALLAH...
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Aqidah
Page 1 of 3
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You can download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Adalah Ibnu Mas'ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas'ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.

-- HR. Muttafaq `alaih

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 103
Bots: 0
Total: 103
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster