Community Forums
Isu2 IM Malaysia
Discussion room for knowing Islam. Diskusi mengenali Islam bagi saudara baru dan mereka yang baru berjinak-jinak mengenali Islam, juga ruang diskusi gerakan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Go to page 1, 2, 3 ... 15, 16, 17  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKenali Islam / Knowing Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 10:54 am
Reply with quote

AU wrote:
..Tapi, apakah yang di ajar selama ini tentang Salimul Aqidah dan Sahihul Ibadah. Saya tidak pernah menyertai usrah-usrah IM atau mana-mana gerakan haraki, jadi saya tidak tahu.

Cuma saya kehairanan kerana dua point ini ialah dua point teratas, tetapi kenapa ia seolah-olah dipandang sepi, isu-isu syirik, bid'ah bila ditimbulkan, maka bangkitlah segelintir harakiyun (segelintir bukan kesemua) yang akan berkata ini isu remeh temeh, ini memecah belah umah.

Komen di atas boleh di rujuk di al-fikrah.net/News/art...d=257.html

Untuk faedah bersama, anda dijemput memberi pandangan.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 11:09 am
Reply with quote

IM Malaysia perlu sangat mengkaji semula usyul2 yg dikemukakan HA agar kewibawan akh terserlah.

Generasi sekarang adalah generasi bermaklumat.

Mereka tidak lagi terpesona dgn istilah atau sejarah masa lampau.

Mereka perlulah penjelasan tentang makna istilah2 berserta dalil2 yg kukuh.

Mengungkapkan kalimah Salimul Aqidah dan Sahihul Ibadah tanpa pendetilannya, menujukkan kecetekan ilmu dan kefahaman yg ada pada akh/masol/naqib.

Sebab itulah isu-isu bidaah tidak dapat menarik perhatian seorang akh.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 11:39 am
Reply with quote

Setuju dengan kenyataan cikgu. Istilah-istilah yang 'kosong' sewajarnya 'diisi' semula...

Saya pernah bersama dengan usrah sebuah NGO yang berfikrah IM, Alhamdulillah aspek salimul aqidah dan sahihul ibadah ini tidak dipinggirkan. Naqib dan ahli usrah ana turut menekankan perkara ini. Dalam masa yang sama, politik pun bincang juga, akhlak, qiraatil Quran, doa yang ma'thur dsb.

Boleh jadi mereka inilah yang dimaksudkan sebagai Salafi Ikhwani...

Wallahu'alam...

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 11:57 am
Reply with quote

USUL KEENAM

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang bersifat maksum. Perkataan para solehin yang dahulu (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka al-Quran dan hadithlah ikutan kita yang utama.

Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.


Paragraf pertama adalah apa yang difahami dan dihayati oleh mereka yg bermanhaj sunnah.

Paragraf kedua adalah suatu tazkirah kpd saya dan rakan2.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
abdullah_ameen
Doctor



Joined: Jun 28, 2008
Posts: 4444
Location: taboh naning(melaka)-kangar(perlis)

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 1:13 pm
Reply with quote

AU wrote:

Cuma saya kehairanan kerana dua point ini ialah dua point teratas, tetapi kenapa ia seolah-olah dipandang sepi, isu-isu syirik, bid'ah bila ditimbulkan, maka bangkitlah segelintir harakiyun (segelintir bukan kesemua) yang akan berkata ini isu remeh temeh, ini memecah belah umah.

Assalamualaikum

pertamanya ana tidak tau benarkah harakiyun yang dimaksudkan itu daripada IM Malaysia?berdasarkan pengalaman, tidak ada pula sahabat2 IM yang bersifat sebegitu, malahan dalam bab ibadah mereka menolak bidaah dan mengamalkan sunnah.

bezanya mereka tidak bersikap keras terhadap mana2 jemaah dan amat menjaga ukhwah. mungkin atas sebab itu kadang2 ada yang melihat ikhwan/akhawat IM kurang menyentuh bab bidaah, tapi amalan sahaabat2 IM (setakat yang ana lihat) mengutamakan sunnah. malahan sahabat2 IM yang ana kenal memang peminat setia tokoh2 sunnah di malaysia.

mungkin pandangan ana agak bias, jadi ana quote pandangan akhi Mfauzy yang pernah ikuti usrah mereka.

mfauzy wrote:

Saya pernah bersama dengan usrah sebuah NGO yang berfikrah IM, Alhamdulillah aspek salimul aqidah dan sahihul ibadah ini tidak dipinggirkan. Naqib dan ahli usrah ana turut menekankan perkara ini. Dalam masa yang sama, politik pun bincang juga, akhlak, qiraatil Quran, doa yang ma'thur dsb.

Boleh jadi mereka inilah yang dimaksudkan sebagai Salafi Ikhwani...

walau apa pun ana masih mentah, pandangan orang lama IM amat diharapkan & tegurlah ana jika ada yang salah silap.

Wassalamualakum

_________________
- al-fakir ila Rabbihi -

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
Back to top
View user's profile Visit poster's website
mfauzy
Pro Sunnah



Joined: Aug 27, 2008
Posts: 7045

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 1:29 pm
Reply with quote

Tapi akhi, itupun sekadar pengalaman ana... Kalau ikut statistik, masih tak cukup kuat kerana 'sample size'-nya yang kecil... Tempoh 'research' pun secara relatifnya teramatlah singkat kalau nak banding dengan pengalaman CR misalnya, yang sudah berdekad bersama IM...

Wallahu'alam...

_________________
Apologizing - Does not always mean that you are wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego.
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 1:30 pm
Reply with quote

AU kata segelintir, bukan semua.

AU melahirkan kehairanan kenapa topik aqidah yg sejahtera dan ibadah yg sahih menjadi topik penting dlm IM. [melalui pengamatan dan pengalaman AU], sedangkan dalam tindakan, kedua tajuk ini tidak menampakkan impak yg sewajarnya dalam tindakan rakan2 IM.

Contohnya, jika kitab solat Rasullullah s.aw. menjadi topik utama, maka akan lahir muslim yg peka dgn solat cara Rasulullah s.a.w; kedudukan setiap pergerakan, bacaan yg sahih, zikir yg bersumberkan hadith2 yg sahih dan sebagainya.

Kalau seseorang itu membaca kitab bab solat Rasulullah s.a.w 100 kali, tetapi kualiti solat serupa dgn amalan tradisi, jadi timbul kemusykilan samada pembacaan kitab tadi difahami atau tidak.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 1:58 pm
Reply with quote

Assalamualaikum wbt.

Saya pernah membuka blog seorang sahabat sekolah saya, ia memuatkan satu topik tentang 10 Muwasafat Tarbiyah. Seorang sahabat saya, boleh dikatakan seperti Mas'ul jua kerana beliau sering menjadi tempat rujukan saya. Beliau memerhatikan apa yang ana baca d blog tersebut.

Ana kata tu blog kawan sekolah ana, maka sahabat saya tu cakap, dia mesti kut usrah yang ada unsur-unsur Ikhwan kan, atau pendek kata dia ni cenderung pada haraki.

Saya jawab, betul macam mana enta tahu. Sahabat ana jawab, 10 Muwasafat Tarbiah ini memang salah satu silibus utama dalam usrah-usrah Haraki.

Sahabat saya ni memang berpengamalan dalam usrah-usrah ala IM, pemikiran haraki masih melekat pada dia, dari cara gerak kerja dia.

Maka saya tanya sahabat saya, kenapa saya tak nampak pun pelaksanaan salimul aqidah dan sahihul ibadah. Terutama di kalangan sahabat2 yang berusrah ala IM di UIA.

Sahabat saya jawab, tengok pada kefahaman mereka, siapa naqib mereka. Kalau naqib mereka terang macam kita faham, dapatlah settle isu Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma wa As sifat, sunnah VS Bid'ah. Tapi kalau naqib tak terang, macam tu jugaklah anak-anak buahnya. Maka mereka jadi hairan dengan kalimah bid'ah sedangkan lawan kepada sahihul Ibadah ialah bid'a.

Ooo, saya terlopong begitu.

----------------

Jika saya buka web IM di Indonesia al-ikhwan.net ia seolah-olah membuka AFN versi Indonesia, tetapi jika buka web-web Haraki Malaysia.. Hmm tak tahu nak cakap apa.

Saya pernah buka web ISMA, HALUAN dan lain-lain, jauh sangat beza dengan al-ikhwan.net.

Wallahua'lam.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 2:04 pm
Reply with quote

Antara contoh isu menjadi sedikit pergeseran ialah Doa Rabithat yang wujud di dalam Al-Mathurat susunan Imam Hasan al-Banna.

Saya menulis kenapa doa ini sungguh popular hingga meneggelamkan doa-doa yang wujud di dalam hadith-hadith.

Saya bertanya lagi, jika sudah diketahui ia bukan doa yang Rasulullah saw ajar, kenapa kita memberatkan diri menghafalnya, apa beza doa ini dengan doa yang kita susun sendiri di dalam B.Melayu.

Saya katakan lagi hafallah doa-doa yang Rasulullah saw ajar, doa-doa yang bukan Rasulullah saw ajar tidak ada keperluan untuk dihafal, baca sahaja dalam B.Melayu apa yang kita mahu.

Maka jawab segelintir mereka, siapa kita nak pertikai, Hasan al-Banna orang alim etc etc. Lepas tu berhujah lagi biarlah mereka nak hafal doa Rabithat daripada tak baca doa langsung.

------------------
Bila dapat respond sebegitu, waktu itu saya tidak ketahui wujudnya 10 Muwasafat Tarbiah ini. Tiba-tiba entah bila saya terjumpa, saya duduk terfikir dan naik bingung, kenapa saya dapat respond sebegitu daripada mereka yang sudah menjadi 10 Muwasafat ini sebagai silibus mereka. Jika sudah dihadam 10 Muwasafat ini, sudah pasti mereka faham apa yang saya mahu sampaikan. Nasib baik ketika saya menulis tentang doa Rabithah itu tiada sebiji perkataan bid'ah pun saya keluarkan, jika tidak entah apa lagi respond mereka.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abdullah_ameen
Doctor



Joined: Jun 28, 2008
Posts: 4444
Location: taboh naning(melaka)-kangar(perlis)

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 2:47 pm
Reply with quote

abu_usamah wrote:

Sahabat saya jawab, tengok pada kefahaman mereka, siapa naqib mereka. Kalau naqib mereka terang macam kita faham, dapatlah settle isu Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma wa As sifat, sunnah VS Bid'ah. Tapi kalau naqib tak terang, macam tu jugaklah anak-anak buahnya. Maka mereka jadi hairan dengan kalimah bid'ah sedangkan lawan kepada sahihul Ibadah ialah bid'a.

Assalamualaikum

sebahagian pandangan sahabat AU tu ana setuju. ada mas'ul yang terangkan lebih dalam certain bab, ada yang sedikit. kefahaman yang berbeza pada anak usrah juga membentuk sikap mereka dalam berhadapan dengan sunnah.

ada juga sahabat ana yang baca mathurat dalam masa yang sama solat seperti sunnah. yang ana tak pernah jumpa adalah zikir beramai-ramai selepas solat. ada yang sentiasa lipat kaki baju atas buku lali, ada yang tidak. ada yang mengamalkan bersiwak, ada yang tidak. kesimpulannya halaqat IM terdiri daripada banyak jenis individu.

tapi itu hanya sebahagian sahaja yang ana pernah lihat dan kita tidak boleh melabel mereka meninggalkan sunnah atau tidak. walaupun ada yang nampak mereka kurang keras dalam bab bidaah, tapi dalam bab lain IM ade peranan dan sumbangan.

IM banyak mendekati masyarakat dengan program2 kemasyarakatan, boleh dikatakan setiap minggu ade program, tujuannya untuk mendekati masyarakat dan berdakwah kepada mereka. ini berbeza dengan gerakan sunnah di malaysia, kalau nak compare dengan IM dari segi kemasyarakatan memang confirm kalah.

NGO sunnah di malaysia banyak menumpukan bab sunnah & bidaah, daurah hadith & konvesyen sunnah, tapi ade jugak program dengan masyarakat seperti kursus solat nabi & berdakwah dengan orang asli.

pandang kiri pandang kanan, akhirnya kita kembali kepada kemampuan dan bakat masing2. HT dengan gerakan menegakkan khalifah, Tabligh dengan dakwah dari rumah ke rumah, IM dengan halaqat & program kemasyarakatan, gerakan sunnah dengan pemurnian sunnah.

alhamdulillah masing2 ada peranan dan kita semua boleh bekerjasama dalam menyebarkan dakwah. sumber kita adalah al-quran dan al-sunnah berdasarkan kefahaman salafus soleh dan yang penting kita tak bergaduh dan boleh bekerjasama untuk memberi manfaat pada masyarakat Islam.

Wassalamualakum

_________________
- al-fakir ila Rabbihi -

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
Back to top
View user's profile Visit poster's website
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 3:10 pm
Reply with quote

Kita bukan berdiskusi peranan IM, saya tidak pernah menafikan peranan dan fungsi yang IM telah terapkan, cuma yang menimbulkan kebingungan ialah respond-respond dari mereka sendiri yang sudah menghadam 10 Muwasafat Tarbiyyah kepada isu Tauhid, Sunnah, Bid'ah dan lain-lain.

Kita akui mungkin fokus dakwah mereka bukan terarah kepada itu, akan tetapi apakah kefahaman yang ditanam kepada mereka dalam isu Tauhid, Sunnah, Bid'ah dan lain-lain.

Isu mereka keras atau tidak isu bid'ah itu isu lain. Tapi tindak balas mereka kepada isu-isu seperti bid'ah sebagaimana respond yang saya dapat dari sahabat-sahabat itu seolah-olah menunjukkan mereka tidak faham dengan 2 isi kandungan pertama Muwasafat Tarbiyyah itu.

Ada sahaja sahabat yang tidak terzahir penentangan kepada bid;ah etc, akan tetapi apabila kita membangkitkan isu bid'ah tidaklah mereka menentang dan lain-lain.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 3:13 pm
Reply with quote

Jika saya tidak menemui 10 Muwasafat Tarbiyyah, mungkin saya tidak akan bertanyakan kesemua ini, tetapi penemuan 10 Muwasafat Tarbiyyah itu yang menimbulkan persoalan dengan apa yang saya lihat di hadapan mata saya.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 3:24 pm
Reply with quote

Nanti saya postkan beberapa isu usrah-usrah ala IM di UIA yang pernah saya post kan di blog saya. Nak search balik.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 3:30 pm
Reply with quote

AU,

enta dah masuk dlm 10 Rukun Bai'ah IM daa...

10 Muwasafaat tu berada dalam tahap satu Rukun ke 3 Rukun Bai'ah, Dalam Rukun ke 3 arkaanul Bai'ah adalah mengenai Amal atau Kerja Dakwah. Dalam Rukun Amal ada tujuh Tahap Amal dan 10 Musawafat tu adalah tahap satu...

Kena bahas Rukun Faham dulu, sebab kat situ je dah ada 20 Usyul, bid'ah sahaja ada dua usyul...

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Isu2 IM Malaysia
Posted: Mon Nov 03, 2008 3:30 pm
Reply with quote

Dr AA wrote:
IM banyak mendekati masyarakat dengan program2 kemasyarakatan, boleh dikatakan setiap minggu ade program, tujuannya untuk mendekati masyarakat dan berdakwah kepada mereka. ini berbeza dengan gerakan sunnah di malaysia, kalau nak compare dengan IM dari segi kemasyarakatan memang confirm kalah.

IM sudah lama bertapak; sejak awal 70an yg mana ABIM sudah mempopularkan sistem usrahnya.

Gerakan sunnah versi SS masih baru lagi, masih peringkat merangkak, tetapi alhamdulillah, sudah menguasai dakwah siber.

Gerakan sunnah bukan berdakwah seminggu sekali, tetapi 24 jam online!
-----------------

Dalam mendekati masyarakat tidak ada harakah/NGO yang boleh menandingi PAS.

Ahli dan penyokong kuat PAS melebih angka juta!

Mereka berada di mana2; di kota dan di desa.

Jika setakat untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan, adalah lebih wajar semua NGO bersama PAS kerana Islam menuntut kesatuan, bukan perpecahan.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kenali Islam / Knowing Islam
Page 1 of 17
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3 ... 15, 16, 17  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 66
Bots: 1
Total: 67
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster