Community Forums
Pencemaran Bahasa Melayu semakin meluas!
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3 ... 19, 20, 21  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
alak
Banned User



Joined: Nov 11, 2009
Posts: 4351
Location: bila nak turun sini?

PostPost subject: Pencemaran Bahasa Melayu semakin meluas!
Posted: Thu Jun 17, 2010 4:13 pm
Reply with quote

Salam,

Selama ini tulis pasal BI dan BA je. Ok, skrg share pulak pasal lughah melayu yg kita selalu dok bicara dan menulis. Betul tak semua tu. Tp kalau dah ada tajuk bolehlah dipadan thread ni.

Permulaan, saya pastekan dari buku Kapten Hafiz, Penulisan Efektif. Sedikit-sebanyak mungkin kita sedar apa2 kesilapan kecil@besar.

www.hafizfirdaus.com/e...fektif.pdf
Kesilapan Tatabahasa Yang Lazim :

Seorang penulis hendaklah memerhatikan tatabahasa
(grammar) yang digunakannya. Antara kesilapan tatabahasa
yang lazim berlaku adalah:

1-“Dari” dan “Daripada”.
“Dari” digunakan untuk tempat, jarak dan masa.
Contoh: Ahmad berasal dari Ipoh.
“Daripada” digunakan untuk makhluk dan
perbandingan. Contoh: Saya pinjam buku ini daripada
Umar.

2-“Ialah” dan “Adalah”.
“Ialah” digunakan untuk orang dan benda. Contoh:
Pemenang pertanding itu ialah Sakinah.
“Adalah” digunakan untuk keadaan, sifat dan perkara
subjektif. Contoh: Kelebihan Sakinah dalam
pertandingan tersebut adalah kepantasannya berfikir.

3-“Di dalam” dan “Dalam”.
“Di dalam” digunakan untuk tempat. Contoh: Kereta
itu tersekat di dalam lubang.
“Dalam” digunakan untuk jarak, tempoh. Contoh:
Kereta yang tersekat itu dijangka akan dapat
dikeluarkan dalam masa setengah jam.

4-“Dia” dan “Ia”.
“Dia” digunakan untuk manusia. Contoh: Ketika dia
mengambil kotak itu, Ahmad menemui seliparnya yang
hilang sejak sekian lama di dalamnya.
“Ia” digunakan untuk selain manusia. Contoh: Namun
Ahmad tidak memerlukan lagi selipar itu. Ia dibiarkan
dalam kotak tersebut.

5-“Di” dan “Pada”.
“Di” digunakan untuk tempat. Contoh: Jamal
dilahirkan di Kuching.
“Pada” digunakan untuk masa. Contoh: Jamal
dilahirkan pada pukul lapan pagi.

6-“Di” jarak atau rapat.
“Di” dijarakkan apabila merujuk kepada tempat.
Contoh: Kedua-dua kucing itu berlumba di padang
permainan kanak-kanak.
“Di” dirapatkan apabila merujuk kepada perbuatan.
Contoh: Kemudian kedua-dua kucing itu diambil semula
oleh tuannya.

7-Jangan mulakan ayat dengan kata sendi.
Jangan mulakan ayat dengan kata sendi seperti
“tetapi”, “dan”, “serta”, “untuk”, “seperti”, “kecuali” dan lainlain.
Contoh: Tetapi persoalan ini memerlukan semakan
semula.
Betulkan ia menjadi: Walaubagaimana pun persoalan
ini memerlukan semakan semula.

_________________
awas! anda diperhatikan.

gua masih belum setel sama itu Ostad Helmi atau Ultraman. bila lu mau mari Johor?
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
serratus_anterior
Student L6



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 1391

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Thu Jun 17, 2010 5:49 pm
Reply with quote

antara kesalahan yg menonjol (selalu diucapkan oleh sesetengah pengacara tv) : "para-para"

apa, ingat ini para-para sakura ka??
Back to top
View user's profile
Najiha
Student L1



Joined: Mar 07, 2010
Posts: 130

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Thu Jun 17, 2010 6:30 pm
Reply with quote

kalau tak silap saya, 2 perkataan yang ada pengapit di awal dan akhir hendaklah didekatkan.

dikuat kuasakan (x)
dikuatkuasakan


kalau hanya ada satu apitan, maka perkataan dijauhkan.


berkuatkuasa (x)
berkuat kuasa



juga kesalahan lain yang sering berlaku :

ibubapa (x)
ibu bapa

mencatit (x)
mencatat

merbahaya (x)
berbahaya
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Thu Jun 17, 2010 9:20 pm
Reply with quote

merbahaya VS berbahaya
_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
Ad-Dean
Student L7



Joined: Mar 28, 2010
Posts: 1881
Location: Malaysia

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Thu Jun 17, 2010 11:25 pm
Reply with quote

tapi dalam quran biasa start "Dan......"
_________________
Mengumpat berdosa.
Back to top
View user's profile
Ibn_Firdaus
Pro Sunnah



Joined: Jan 11, 2010
Posts: 11753

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 12:33 am
Reply with quote

laman sesawang (x)
Laman Web

Tanpa Wayar (x)
Wayarles

Kayu ria (x)
Kayu bedik - joystick

atas talian (x)
dalam talian - online

_________________
Manhajku sebagaimana dilalui RASULULLAH saw dan para sahabatnya. . . bukan MANHAJ ini dan itu . KEWAJIBANKU adalah mengikuti MANHAJ ALLAH dan RASUL-Nya , dan bukan selainnya.
Back to top
View user's profile
ibnhussin
IT Admin



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3932
Location: Nottingham Univ. M'sia Campus

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 1:10 am
Reply with quote

Ad-Dean wrote:
tapi dalam quran biasa start "Dan......"

Betul ke? Very Happy

_________________
تعلموا العربية فإنها من دينكم
Arabic4Reading
Catatan Peribadi(Mal) | Personal Blog (Eng)
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website
superinnovator
Beginner



Joined: Jun 17, 2010
Posts: 87

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 1:51 am
Reply with quote

Assalamualaikum


* Penduduk-penduduk kampung... (X)
Mereka-mereka... (X)
Penduduk kampung...

* Kerja-kerja tersebut saya sudah/telah/akan habiskan. (X)
Kerja-kerja tersebut sudah/telah/akan saya habiskan.

* Adakah ini yang dimahukan oleh awak semua? (X) ~ kata kerja pasif untuk kata ganti diri ke-3.
Adakah ini yang awak semua mahukan?
Adakah ini yang dimahukan oleh mereka semua?

* Saya tidak suka bila awak bersikap sedemikian! (X)
Saya tidak suka apabila awak bersikap sedemikian!
Back to top
View user's profile
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 1:53 am
Reply with quote

ibnhussin wrote:
Ad-Dean wrote:
tapi dalam quran biasa start "Dan......"

Betul ke? Very Happy

kesalahan yang tersebar kini :

betul kew?
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Ad-Dean
Student L7



Joined: Mar 28, 2010
Posts: 1881
Location: Malaysia

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:20 am
Reply with quote

btol la kan?sy bace terjemahannye camtu....eh,ntah la...nnti cek balek..huhu
_________________
Mengumpat berdosa.
Back to top
View user's profile
Ad-Dean
Student L7



Joined: Mar 28, 2010
Posts: 1881
Location: Malaysia

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:21 am
Reply with quote

syahrezan wrote:


kesalahan yang tersebar kini :

betul kew?

ini biasa budak2 buat...contoh lain:

"buat apew tu?"

eish,geli...zzz~ Sweat Drop

_________________
Mengumpat berdosa.
Back to top
View user's profile
AbuAmmar
Pro Sunnah



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3663
Location: 36000

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:22 am
Reply with quote

1) Pelantikan (Betul)
Perlantikan (Salah)

2) Atlet (Utusan & Kamus Dewan)
Atlit (Berita Harian)

_________________
-Life Long Learning-
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
Abu_Syifaa
Ahli Setia



Joined: Feb 10, 2009
Posts: 2674
Location: IIUM Gombak

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:39 am
Reply with quote

Ad-Dean wrote:
tapi dalam quran biasa start "Dan......"

huruf "waw" tak semestinya bermaksud "dan"..

b.arab ada style tersendiri..adapun "waw" itu sendiri boleh membawa makna yang banyak dalam b.melayu..

bukan di sini untuk bincangkannya Sweat Drop

_________________
حامدًا ربّي عز وجلّ ومصليًّا على رسوله صلى الله عليه وسلم

http://abu-syifaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail
Ibn_Firdaus
Pro Sunnah



Joined: Jan 11, 2010
Posts: 11753

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:44 am
Reply with quote

Baru - digunakan untuk lisan (sembang)
Baharu - untuk penulisan atau teks

_________________
Manhajku sebagaimana dilalui RASULULLAH saw dan para sahabatnya. . . bukan MANHAJ ini dan itu . KEWAJIBANKU adalah mengikuti MANHAJ ALLAH dan RASUL-Nya , dan bukan selainnya.
Back to top
View user's profile
AbuAmmar
Pro Sunnah



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3663
Location: 36000

PostPost subject: Re: Kesalahan Bahasa Melayu yg Tersebar!
Posted: Fri Jun 18, 2010 2:45 am
Reply with quote

alak wrote:
Salam,

Selama ini tulis pasal BI dan BA je. Ok, skrg share pulak pasal lughah melayu yg kita selalu dok bicara dan menulis. Betul tak semua tu. Tp kalau dah ada tajuk bolehlah dipadan thread ni.

Permulaan, saya pastekan dari buku Kapten Hafiz, Penulisan Efektif. Sedikit-sebanyak mungkin kita sedar apa2 kesilapan kecil@besar.

www.hafizfirdaus.com/e...fektif.pdf
Kesilapan Tatabahasa Yang Lazim :

Seorang penulis hendaklah memerhatikan tatabahasa
(grammar) yang digunakannya. Antara kesilapan tatabahasa
yang lazim berlaku adalah:

1-“Dari” dan “Daripada”.
“Dari” digunakan untuk tempat, jarak dan masa.
Contoh: Ahmad berasal dari Ipoh.
“Daripada” digunakan untuk makhluk dan
perbandingan. Contoh: Saya pinjam buku ini daripada
Umar.

2-“Ialah” dan “Adalah”.
“Ialah” digunakan untuk orang dan benda. Contoh:
Pemenang pertanding itu ialah Sakinah.
“Adalah” digunakan untuk keadaan, sifat dan perkara
subjektif. Contoh: Kelebihan Sakinah dalam
pertandingan tersebut adalah kepantasannya berfikir.

3-“Di dalam” dan “Dalam”.
“Di dalam” digunakan untuk tempat. Contoh: Kereta
itu tersekat di dalam lubang.
“Dalam” digunakan untuk jarak, tempoh. Contoh:
Kereta yang tersekat itu dijangka akan dapat
dikeluarkan dalam masa setengah jam.

4-“Dia” dan “Ia”.
“Dia” digunakan untuk manusia. Contoh: Ketika dia
mengambil kotak itu, Ahmad menemui seliparnya yang
hilang sejak sekian lama di dalamnya.
“Ia” digunakan untuk selain manusia. Contoh: Namun
Ahmad tidak memerlukan lagi selipar itu. Ia dibiarkan
dalam kotak tersebut.


5-“Di” dan “Pada”.
“Di” digunakan untuk tempat. Contoh: Jamal
dilahirkan di Kuching.
“Pada” digunakan untuk masa. Contoh: Jamal
dilahirkan pada pukul lapan pagi.

6-“Di” jarak atau rapat.
“Di” dijarakkan apabila merujuk kepada tempat.
Contoh: Kedua-dua kucing itu berlumba di padang
permainan kanak-kanak.
“Di” dirapatkan apabila merujuk kepada perbuatan.
Contoh: Kemudian kedua-dua kucing itu diambil semula
oleh tuannya.

7-Jangan mulakan ayat dengan kata sendi.
Jangan mulakan ayat dengan kata sendi seperti
“tetapi”, “dan”, “serta”, “untuk”, “seperti”, “kecuali” dan lainlain.
Contoh: Tetapi persoalan ini memerlukan semakan
semula.
Betulkan ia menjadi: Walaubagaimana pun persoalan
ini memerlukan semakan semula.

maksud 'Ia' kena semak balik.cuba buka Kamus Dewan. Kalau tak silap, Ia juga membawa maksud Kata Ganti Diri Ke-3.

_________________
-Life Long Learning-
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 21
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3 ... 19, 20, 21  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat bertanya: Walaupun dirimu sendiri wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, sehingga saya sendiri pun tetapi Allah menolongku menghadapinya lalu dia menyerah diri dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan.

-- HR. Muslim dan Ahmad

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 78
Bots: 1
Total: 79
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster