Community Forums
Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page Previous  1, 2, 3, 4  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Thu Jan 12, 2012 4:02 pm
Reply with quote

alhikam wrote:
ibnuabbas wrote:
Undi mana-mana calon yang berkelayakan tak kira dia parti pembangkang atau parti pemerintah.

masalahnya mana2 calon pun semua ikut kata parti .. tak ada calon yang boleh merubah apa2 dasar ..

Undi mana-mana calon yang memberikan manfaat besar kepada Islam.

Kalau kat daerah tu ada Calon PKR yang IFC dan calon UMNO kaki tipu, xpayah undi.

Kalau kat daerah tu ada Calon PAS Syiah, dan calon UMNO biasa2 je, bagi undi kat UMNO.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
tokbatinasli
Student L1



Joined: Jul 06, 2008
Posts: 285

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Thu Jan 12, 2012 4:46 pm
Reply with quote

Sebagai pengundi berdaftar di Perlis, saya bercadang untuk mengundi UMNO bagi DUN untuk menegakkan akidah dan fahaman salaf.

Tapi kalau ada hujah lain mengapa saya perlu undi PAS untuk DUN, boleh jugak bagi tau.
Back to top
View user's profile
mfr_studio
Student L1



Joined: Oct 07, 2010
Posts: 298

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Thu Jan 12, 2012 11:03 pm
Reply with quote

alli wrote:
Parti politik adalah Penawar kepada produk untuk mentadbir negara. Oleh itu produk yang ditawarkan mesti menarik dan mampu dilaksanakan. Persepsi memang tidak boleh dielakkan didalam zaman IT ini. PAS perlu menangani apa jua persepsi supaya mendapat kepercayaan pengundi.
Rasuah adalah perkara yang saya khuatiri di dalam sistem kerajaan. Kalau PAS mempunyai plan terbaik dan berkesan dalam menghapuskan amalan ini, maka ia amat menarik sekali. Kalau setakat memdedahkan rasuah ia tidak bermakna menyelesaikannya. Kalau boleh ianya boleh menjamin bahawa rasuah tidak akan berlaku dimana-mana pun yg melibatkan kerajaan dan ahli politiknya.

Pemikiran menyanjung Parti Politik sehingga mendakwa ia adalah "penawar"lah menyekat rakyat dan umat bergerak melakukan pembaharuan tanpa parti politik. Kesannya besar apabila parti politik tak mampu dikawal oleh rakyat, tapi rakyat meletakkan pelbagai harapan pada parti politik, akhirnya politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup parti politik , bukannya hidup rakyat.

Saya memperjuangkan agar kita memikir cukup-cukup akan perkara ini. Sistem politik berteraskan parti politik sudah terbukti tak berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat, menghancurkan banyak harapan rakyat, dan membuatkan politik nampak buruk dan tidak matang.

Rakyat yang matang sudah tak perlu bergantung pada parti politik yang tak matang. Menubuh parti politik baru untuk tujuan itu? Itu hanya meneruskan lagi tradisi dan teori pertumbuhan parti politik (mulanya ideal-tengahnya konflik-hujungnya perebutan- akhirnya caca marba).

Saya menawarkan idea untuk rakyat Malaysia. Kita boleh lakukan Revolusi Politik. Sangat simple. Disebabkan kita tak boleh mengharapkan parti politik, maka politik kita tak perlu lagi parti. Bolehkah tanpa parti politik Malaysia diperintah oleh wakil-wakil rakyat dan bagaimana mahu melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri dan sebagainya?

Kita boleh bincang lanjut di mana-mana thread khusus. Ringkasnya, Perlembagaan tak menghalang sesiapa pun menjadi wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menghalang untuk rakyat menolak parti politik dan berpolitik tanpa parti. Perlembagaan juga tak menghalang rakyat untuk ubah banyak model pemilihan Menteri atau Perdana Menteri yang semua model boleh diubah di parlimen dengan kesepakatan ahli Dewan Rakyat dan perkenan YDP Agung.

Maka idea solusi politik selepas Politik Kepartian gagal, adalah solusi Politik Musyawarah. Musyawarah Umat. Umat berkumpul dalam setiap komuniti atau kawasan dun dan parlimen. Kita tuntaskan masalah yang dihadapi kawasan, kita rancang strategi penyelesaian, kita angkat wakil di kalangan rakyat komuniti yang ada amanah dan quwwah, kita calonkan ke pilihanraya, kita undi berdasarkan kesepakatan rakyat, calon menang dan jalankan apa yang dimusyawarahkan dan buat laporan progress dalam musyawarah kawasan setiap minggu atau bulanan. Cukup nisab, pilihanraya semula, kita musyawarah kembali masalah kawasan dan pilih calon yang layak untuk strategi penyelesaian masalah itu pula yang punya amanah dan quwwah.

Rakyat Malaysia boleh memilih untuk kita buang segala prejudis, buruk sangka, benci membenci sesama kita lalu duduk bermusyawarah dengan sesama ahli masyarakat, senaraikan masalah kita yang perlu diselesaikan, bincangkan idea penyelesaian, pilih calon untuk diangkat jadi wakil kita di parlimen, dapatkan peruntukan dan selesaikan masalah kita. Atau, kita memilih untuk pergi dengar ceramah politik, dengar cerita-cerita skandal, kemudian undi politician, cukup 4-5 tahun kita ulang semula sambil masalah kita tak selesai-selesai, nak pening selesaikan masalah peribadi politician dan parti politik pula.

Untuk topik thread ini, harapan untuk PAS malah segala macam parti politik yang kalau betul mereka jujur untuk dengar keluhan rakyat, dengar aspirasi dan idea rakyat, mahukan ketuanan rakyat tertegak, mahu rasa denyut nadi rakyat, jawapannya bukan pada Politik Kepartian, tapi Politik Musyawarah. Buang lambang, buang jenama, buang simbol, buang kepuakan, kita duduk bersama rakyat dalam musyawarah dan kita fokus pada penyelesaian masalah rakyat dan musyawarah calon terbaik dari segi quwwah dan amanah untuk diangkat jadi calon wakil rakyat. selepas semua calon dari musyawarah umat menguasai parlimen, kita boleh ubah model-model pemilihan Perdana Menteri dan Menteri-menteri berdasarkan musyawarah akan kriteria amanah dan quwwah jua. Ini Revolusi kita, ini revolusi yang sangat aman dan model terbaik politik untuk dunia seluruhnya. Demokrasi sudah tidak berjaya dan Musyawarah perlu mengambil tempat, yang pasti Demokrasi bukan Musyawarah.

_________________



Last edited by mfr_studio on Thu Jan 12, 2012 11:23 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
ladiaas
Ahli Setia



Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Thu Jan 12, 2012 11:14 pm
Reply with quote

apa2 pun jganlah berAKIDAH hanya UMNO boleh memimpin negara atau hanya PAS yang memperjuangkan Islam....

macam UFB dan dr maza cakap, selidikilah calon yang hendak diundi tu...kena tau peribadi calon di tempat anda...

_________________
Keep it simple, stupid (KISS)


www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
amirulhakimi
Student L6



Joined: Feb 16, 2010
Posts: 1216

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 12:15 am
Reply with quote

alhikam wrote:


masalahnya mana2 calon pun semua ikut kata parti .. tak ada calon yang boleh merubah apa2 dasar ..

Pasal tu parti politik kena ada strategi nak letak sapa calon DUN sapa calon Parlimen....kalau calun DUN dok sibuk dengan dasar parti, kebajikan kawasan hilang tah kemana payah jugak....kalau nak sibuk dengan dasar2 ni, pi duk kat Parlimen
Back to top
View user's profile
maverich
Pro Sunnah



Joined: Aug 03, 2008
Posts: 3850

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 12:31 am
Reply with quote

Harapan saya adalah siapkanlah jentera bagi menghadapi PRU-14

keluarlah dari pakatan rakyat. betulkan hala tuju

_________________
Back to top
View user's profile
alli
Student L3



Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 1:03 am
Reply with quote

mfr_studio wrote:
alli wrote:
Parti politik adalah Penawar kepada produk untuk mentadbir negara. Oleh itu produk yang ditawarkan mesti menarik dan mampu dilaksanakan. Persepsi memang tidak boleh dielakkan didalam zaman IT ini. PAS perlu menangani apa jua persepsi supaya mendapat kepercayaan pengundi.
Rasuah adalah perkara yang saya khuatiri di dalam sistem kerajaan. Kalau PAS mempunyai plan terbaik dan berkesan dalam menghapuskan amalan ini, maka ia amat menarik sekali. Kalau setakat memdedahkan rasuah ia tidak bermakna menyelesaikannya. Kalau boleh ianya boleh menjamin bahawa rasuah tidak akan berlaku dimana-mana pun yg melibatkan kerajaan dan ahli politiknya.

Pemikiran menyanjung Parti Politik sehingga mendakwa ia adalah "penawar"lah menyekat rakyat dan umat bergerak melakukan pembaharuan tanpa parti politik. Kesannya besar apabila parti politik tak mampu dikawal oleh rakyat, tapi rakyat meletakkan pelbagai harapan pada parti politik, akhirnya politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup parti politik , bukannya hidup rakyat.

Saya memperjuangkan agar kita memikir cukup-cukup akan perkara ini. Sistem politik berteraskan parti politik sudah terbukti tak berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat, menghancurkan banyak harapan rakyat, dan membuatkan politik nampak buruk dan tidak matang.

Rakyat yang matang sudah tak perlu bergantung pada parti politik yang tak matang. Menubuh parti politik baru untuk tujuan itu? Itu hanya meneruskan lagi tradisi dan teori pertumbuhan parti politik (mulanya ideal-tengahnya konflik-hujungnya perebutan- akhirnya caca marba).

Saya menawarkan idea untuk rakyat Malaysia. Kita boleh lakukan Revolusi Politik. Sangat simple. Disebabkan kita tak boleh mengharapkan parti politik, maka politik kita tak perlu lagi parti. Bolehkah tanpa parti politik Malaysia diperintah oleh wakil-wakil rakyat dan bagaimana mahu melantik Perdana Menteri, Menteri-menteri dan sebagainya?

Kita boleh bincang lanjut di mana-mana thread khusus. Ringkasnya, Perlembagaan tak menghalang sesiapa pun menjadi wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menghalang untuk rakyat menolak parti politik dan berpolitik tanpa parti. Perlembagaan juga tak menghalang rakyat untuk ubah banyak model pemilihan Menteri atau Perdana Menteri yang semua model boleh diubah di parlimen dengan kesepakatan ahli Dewan Rakyat dan perkenan YDP Agung.

Maka idea solusi politik selepas Politik Kepartian gagal, adalah solusi Politik Musyawarah. Musyawarah Umat. Umat berkumpul dalam setiap komuniti atau kawasan dun dan parlimen. Kita tuntaskan masalah yang dihadapi kawasan, kita rancang strategi penyelesaian, kita angkat wakil di kalangan rakyat komuniti yang ada amanah dan quwwah, kita calonkan ke pilihanraya, kita undi berdasarkan kesepakatan rakyat, calon menang dan jalankan apa yang dimusyawarahkan dan buat laporan progress dalam musyawarah kawasan setiap minggu atau bulanan. Cukup nisab, pilihanraya semula, kita musyawarah kembali masalah kawasan dan pilih calon yang layak untuk strategi penyelesaian masalah itu pula yang punya amanah dan quwwah.

Rakyat Malaysia boleh memilih untuk kita buang segala prejudis, buruk sangka, benci membenci sesama kita lalu duduk bermusyawarah dengan sesama ahli masyarakat, senaraikan masalah kita yang perlu diselesaikan, bincangkan idea penyelesaian, pilih calon untuk diangkat jadi wakil kita di parlimen, dapatkan peruntukan dan selesaikan masalah kita. Atau, kita memilih untuk pergi dengar ceramah politik, dengar cerita-cerita skandal, kemudian undi politician, cukup 4-5 tahun kita ulang semula sambil masalah kita tak selesai-selesai, nak pening selesaikan masalah peribadi politician dan parti politik pula.

Untuk topik thread ini, harapan untuk PAS malah segala macam parti politik yang kalau betul mereka jujur untuk dengar keluhan rakyat, dengar aspirasi dan idea rakyat, mahukan ketuanan rakyat tertegak, mahu rasa denyut nadi rakyat, jawapannya bukan pada Politik Kepartian, tapi Politik Musyawarah. Buang lambang, buang jenama, buang simbol, buang kepuakan, kita duduk bersama rakyat dalam musyawarah dan kita fokus pada penyelesaian masalah rakyat dan musyawarah calon terbaik dari segi quwwah dan amanah untuk diangkat jadi calon wakil rakyat. selepas semua calon dari musyawarah umat menguasai parlimen, kita boleh ubah model-model pemilihan Perdana Menteri dan Menteri-menteri berdasarkan musyawarah akan kriteria amanah dan quwwah jua. Ini Revolusi kita, ini revolusi yang sangat aman dan model terbaik politik untuk dunia seluruhnya. Demokrasi sudah tidak berjaya dan Musyawarah perlu mengambil tempat, yang pasti Demokrasi bukan Musyawarah.

Saya juga setuju dgn anda sebab saya juga bukan follower parti politik dan saya boleh melihat baik buruk kedua dua parti. Kalau kita sudah set minda kita pada sesuatu parti, kita akan menjadi taksub dan hanya nampak baik dan tidak menerima kritikan. Bagaimanapun untuk menghapuskan parti agak sukar kerana kerusi parlimen yang begitu banyak tentu sukar mewujudkan kesefahaman dgn masing-masing mempunyai pendirian mereka sendiri. 'Penawar' yg saya maksudkan ialah pihak yang membuat tawaran bukannya penawar seperti ubat atau rawatan. Saya inginkan parti politik bersaing secara sihat sebagaimana pengeluar menawarkan produk dan perkhidmatan sentiasa menambah baik nilai kepada pelanggan tanpa menjatuhkan pesaingnya. Dan rakyat sebagai pelanggan bebas menilainya dan seterusnya membuat pilihan parti manakah yg lebih baik. Rakyat hendaklah dilihat sebagai pihak yang dihormati kerana undi mereka akan menentukan nasib parti politik. Bukan parti politik yang dilihat menguasai rakyat.
Back to top
View user's profile
maulena
Student L6



Joined: Mar 19, 2009
Posts: 1381

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 2:42 am
Reply with quote

saya kufur dengan sistem demokrasi..
“(Orang-orang yang meyakini Allah berkata), ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar” – surah Al Baqarah:249

tok guru demo kato itu hok dulu...
Back to top
View user's profile
Ibn_Firdaus
Pro Sunnah



Joined: Jan 11, 2010
Posts: 11753

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 3:04 am
Reply with quote

Harapan :

Pas meletakkan banyak calon cina muslim, iban muslim dan siapa saja asalkan muslim yang baik. Smile

_________________
Manhajku sebagaimana dilalui RASULULLAH saw dan para sahabatnya. . . bukan MANHAJ ini dan itu . KEWAJIBANKU adalah mengikuti MANHAJ ALLAH dan RASUL-Nya , dan bukan selainnya.
Back to top
View user's profile
mfr_studio
Student L1



Joined: Oct 07, 2010
Posts: 298

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 3:21 am
Reply with quote

alli wrote:


Saya juga setuju dgn anda sebab saya juga bukan follower parti politik dan saya boleh melihat baik buruk kedua dua parti. Kalau kita sudah set minda kita pada sesuatu parti, kita akan menjadi taksub dan hanya nampak baik dan tidak menerima kritikan. Bagaimanapun untuk menghapuskan parti agak sukar kerana kerusi parlimen yang begitu banyak tentu sukar mewujudkan kesefahaman dgn masing-masing mempunyai pendirian mereka sendiri. 'Penawar' yg saya maksudkan ialah pihak yang membuat tawaran bukannya penawar seperti ubat atau rawatan. Saya inginkan parti politik bersaing secara sihat sebagaimana pengeluar menawarkan produk dan perkhidmatan sentiasa menambah baik nilai kepada pelanggan tanpa menjatuhkan pesaingnya. Dan rakyat sebagai pelanggan bebas menilainya dan seterusnya membuat pilihan parti manakah yg lebih baik. Rakyat hendaklah dilihat sebagai pihak yang dihormati kerana undi mereka akan menentukan nasib parti politik. Bukan parti politik yang dilihat menguasai rakyat.

Pada saya, konsep ini serupa seperti pengguna kereta yang menunggu pengusaha "menawarkan" kereta yang benar-benar memenuhi harapan produk yang diingini oleh mereka. Malangnya pengusaha menyedari, jika tak memenuhi harapan pun, sebagai pengguna yang terdesak untuk mengguna kereta terpaksa jua membeli "kereta" yang ditawarkan kerana pengguna tiada pilihan lain melainkan membeli kereta-kereta dari pengusaha-pengusaha kereta.

Konsep ini betul jika sebagai pengguna kereta kita tak mampu membina kereta sendiri kerana kita tiada kekuatan seperti pengusaha yang ada modal, ada jurutera, ada mesin dan kilang.

Namun lain pula halnya tentang politik. Sebagai contoh PAS sebagai "pengusaha" politik yang menawarkan "produk politik", kita meletakkan harapan berbagai-bagai, tapi PAS tak jua menghasilkan "produk politik" yang kita mahukan, boleh atau tidak, kita sebagai "pengguna" pula "berpolitik" menghasilkan produk sendiri?

Apakah modal yang ada pada Parti Politik yang tak ada pada rakyat jelata untuk berpolitik? Semua ada. Malah modal terbesar Parti Politik mengusahakan politik adalah berMODALKAN RAKYAT! Kita sendiri yang menjadi modal hidupnya Parti Politik. Adakah boleh Rakyat sendiri berpadu bermusyawarah, senaraikan masalah kita, rancang penuh strategik penyelesaian, angkat wakil kita di DUN dan Parlimen, kuasai pemerintahan dan selesaikan masalah mengikut strategi yang sudah diputus dalam musyawarah umat kawasan masing-masing, lalu masalah selesai.

Atau kita masih mahu berpadu menyokong Parti Politik, menangkan Parti Politik, tapi semua yang Parti Politik nak buat ikut suka mereka nak selesaikan masalah kita atau nak selesaikan masalah mereka sendiri, lalu kita setiap kali pilihanraya berulang-ulang memanjatkan harapan. Malangnya harapan 20 tahun sudah masih sama. Cuba anda semak semula harapan-harapan rakyat ke atas parti politik sejak dahulu. Banyak yang sama, tapi dipersetankan saja oleh Parti Politik.

Modal politik dalam Pilihanraya adalah berpadunya undi rakyat. Rakyat boleh menangkan siapa saja. Maka, apakah masih nak teruskan menangkan Parti Politik yang walaupun mereka dah menang setiap masalah kawasan masih tak selesai-selesai, atau kita selesaikan sendiri dengan angkat wakil dari kalangan rakyat sendiri. Politik Musyawarah ini lebih memenuhi harapan setiap rakyat sebab wakil dari rakyat menjalankan agenda rakyat setempat bukan sibuk dengan agenda parti. Bagusnya, Perlembagaan negara tak menghadkan wajib wakil-wakil di DUN atau Parlimen datang dari Parti Politik, maka di sinilah kita boleh ubah Politik Malaysia dari semakin teruk dengan cara Politik Kepartian beralih pada Politik Musyawarah.

Apabila Musyawarah menjadi amalan umat, kita malah mampu ubah banyak lagi model-model dalam pemerintahan Malaysia termasuk mengangkat Perdana Menteri dari model Westminster dicelup di UK kepada model Musyawarah Umat mengambilkira kriteria amanah dan quwwah yang tuntas. Politik jenis ini lebih sihat sebab fokusnya adalah idea bernas dari rakyat, rakyat akan selalu menjana idea untuk menyelesaikan masalah umat setempat, lahirkan rakyat yang bijak dan kreatif, kemampuan berfikir meningkat naik, fokus politik adalah solusi pada masalah semata-mata, kriteria amanah dan quwwah untuk angkat wakil ditelusuri secara cermat, matinya unsur politiking, matinya unsur bersaing populariti, matinya skandal dan aib tersebar, matinya buruk akhlak dan pecah belah masyarakat. Kita mampu mengubah Politik. Yakinlah.

_________________

Back to top
View user's profile
najib76
Student L7



Joined: Aug 09, 2009
Posts: 1757
Location: Batu Pahat

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 4:22 am
Reply with quote

Assalamualaikum

Quote::
Harapan saya adalah siapkanlah jentera bagi menghadapi PRU-14

keluarlah dari pakatan rakyat. betulkan hala tuju

ada persoalan..
1. boleh kah ?
2. sekiranya boleh , brp % kebarangkalian menang simple majoriti ?
3. brp negeri confirm menang ?
Back to top
View user's profile
alli
Student L3



Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 4:22 am
Reply with quote

Kita perlu ambil kira faktor manusia juga. Sistem yg ada juga nampak adil diatas kertas. Parti atau ADUN adalah wakil yang dipilih rakyat utk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat. Bagaimanapun manusia itu sendiri yang tidak jujur dan memanipulasikan sistem utk memastikan kejayaan mereka walaupun mereka tidak layak menjadi pemimpin. Kalau diubah kepada musyawarah bolehkah kita jamin orang tidak menggunakan taktik kotor. Sedangkan pemilihan dalaman parti sendiri pun berlaku manipulasi sistem yg melampau.
Mesyuarat zaman ini bukan seperti mesyuarat Nabi bersama sahabat yang pernuh barakahnya. Sebab itu ianya bergantung pada diri dan keadaan masyarakat yang perlu diubah agar berakhlak / bermoral . Kalau kita tidak mengerakkan usaha membaiki umat, yakinlah apa jua sistem tidak akan menjadi baik, bila manusianya tak baik.
Back to top
View user's profile
Ahsanta
Beginner



Joined: Apr 12, 2011
Posts: 18

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 5:15 am
Reply with quote

Harapan saya:

Bubarkan saja PAS. Kemudian daftar sj sebagai NGO.
Back to top
View user's profile
mfr_studio
Student L1



Joined: Oct 07, 2010
Posts: 298

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 7:14 am
Reply with quote

alli wrote:
Kita perlu ambil kira faktor manusia juga. Sistem yg ada juga nampak adil diatas kertas. Parti atau ADUN adalah wakil yang dipilih rakyat utk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat. Bagaimanapun manusia itu sendiri yang tidak jujur dan memanipulasikan sistem utk memastikan kejayaan mereka walaupun mereka tidak layak menjadi pemimpin. Kalau diubah kepada musyawarah bolehkah kita jamin orang tidak menggunakan taktik kotor. Sedangkan pemilihan dalaman parti sendiri pun berlaku manipulasi sistem yg melampau.
Mesyuarat zaman ini bukan seperti mesyuarat Nabi bersama sahabat yang pernuh barakahnya. Sebab itu ianya bergantung pada diri dan keadaan masyarakat yang perlu diubah agar berakhlak / bermoral . Kalau kita tidak mengerakkan usaha membaiki umat, yakinlah apa jua sistem tidak akan menjadi baik, bila manusianya tak baik.

Adapun apa yang tuan katakan adalah betul. Sesungguhnya Politik Musyawarah yang saya serukan belum lagi tahap mengubah sistem kertas undi, tapi soal berpadu sebelum ke kertas undi itu. Iaitu calon yang diangkat dalam pilihanraya adalah calon dari musyawarah umat, iaitu yang membawa perbincangan dan agenda untuk menggerakkan langkah-langkah menyelesaikan masalah umat yang distrategikan oleh umat setempat sendiri, dari idea umat sendiri, dari harapan umat, dari kalangan yang terbaik amanah dan quwwah antara umat.

Ini berbeza dengan Politik Kepartian, yang dicalonkan bukan pilihan umat, bukan mesti di kalangan umat setempat, bukan yang paling tahu masalah umat, bukan bawa agenda umat, tak bawa idea umat langsung, tak bawa strategi dari umat, semuanya ditentukan oleh pimpinan Parti, bawa agenda parti semata-mata, itupun ada yang bawa agenda sendiri (buktinya yang lompat parti).

Saya setuju tentang seruan akhi untuk membaiki umat, salah satu langkah membaiki umat adalah dengan mengajak umat bergerak dalam Politik Musyawarah. Dalam gerakan ini, umat akan bergerak menilai semula hidup masyarakat, dan akan tahu masalah-masalah yang membelenggu umat, akan sama-sama renung, fikir, dan rancang strategi solusi, termasuk yang akhi kata soal akhlak dan moral. Harapkan Parti Politik berbuat apa-apa untuk baiki umat, masalah parti sendiri pun pening difikirkan. Betullah nasib suatu kaum itu akan Allah ubah sehingga kaum itu mengubah diri mereka. Bukan hanya mendengar ceramah, memangkah undi, berharap-harap, kemudian mengeluh dan mengulang-ulang benda sama setiap kali pilihanraya. Umat harus bergerak. Politik Musyawarah medannya.

_________________

Back to top
View user's profile
alli
Student L3



Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: Harapan dan pandangan warga AFN terhadap PAS pada PRU 13
Posted: Fri Jan 13, 2012 8:00 am
Reply with quote

[quote="mfr_studio"]
alli wrote:
Kita perlu ambil kira faktor manusia juga. Sistem yg ada juga nampak adil diatas kertas. Parti atau ADUN adalah wakil yang dipilih rakyat utk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat. Bagaimanapun manusia itu sendiri yang tidak jujur dan memanipulasikan sistem utk memastikan kejayaan mereka walaupun mereka tidak layak menjadi pemimpin. Kalau diubah kepada musyawarah bolehkah kita jamin orang tidak menggunakan taktik kotor. Sedangkan pemilihan dalaman parti sendiri pun berlaku manipulasi sistem yg melampau.
Mesyuarat zaman ini bukan seperti mesyuarat Nabi bersama sahabat yang pernuh barakahnya. Sebab itu ianya bergantung pada diri dan keadaan masyarakat yang perlu diubah agar berakhlak / bermoral . Kalau kita tidak mengerakkan usaha membaiki umat, yakinlah apa jua sistem tidak akan menjadi baik, bila manusianya tak baik.

Adapun apa yang tuan katakan adalah betul. Sesungguhnya Politik Musyawarah yang saya serukan belum lagi tahap mengubah sistem kertas undi, tapi soal berpadu sebelum ke kertas undi itu. Iaitu calon yang diangkat dalam pilihanraya adalah calon dari musyawarah umat, iaitu yang membawa perbincangan dan agenda untuk menggerakkan langkah-langkah menyelesaikan masalah umat yang distrategikan oleh umat setempat sendiri, dari idea umat sendiri, dari harapan umat, dari kalangan yang terbaik amanah dan quwwah antara umat.

Ini berbeza dengan Politik Kepartian, yang dicalonkan bukan pilihan umat, bukan mesti di kalangan umat setempat, bukan yang paling tahu masalah umat, bukan bawa agenda umat, tak bawa idea umat langsung, tak bawa strategi dari umat, semuanya ditentukan oleh pimpinan Parti, bawa agenda parti semata-mata, itupun ada yang bawa agenda sendiri (buktinya yang lompat parti).

Saya setuju tentang seruan akhi untuk membaiki umat, salah satu langkah membaiki umat adalah dengan mengajak umat bergerak dalam Politik Musyawarah. Dalam gerakan ini, umat akan bergerak menilai semula hidup masyarakat, dan akan tahu masalah-masalah yang membelenggu umat, akan sama-sama renung, fikir, dan rancang strategi solusi, termasuk yang akhi kata soal akhlak dan moral. Harapkan Parti Politik berbuat apa-apa untuk baiki umat, masalah parti sendiri pun pening difikirkan. Betullah nasib suatu kaum itu akan Allah ubah sehingga kaum itu mengubah diri mereka. Bukan hanya mendengar ceramah, memangkah undi, berharap-harap, kemudian mengeluh dan mengulang-ulang benda sama setiap kali pilihanraya. Umat harus bergerak. Politik Musyawarah medannya.[/quote

Saya memang setuju dgn apa yang baik. Untuk mengubahnya bukanlah mudah dalam dunia melayu yang kuat pegangan tradisinya. Parti ni dah jadi 'saka' yg susah dibuang. Dan sebahagiannya menjadikan ia seperti kelab bola, bila parti A mengalami masalah, penyokong B akan bersorak ria. Seperti permainan bolasepak, mereka juga memuja bintang-bintang dalam parti sebagai idola mereka. Walaupun bukan mereka yang beroleh untung mahupun mengalami rugi, tapi sungguh beremosi. Sebahagiannya lebih tersentuh bila berkaitan dgn parti berbanding dgn isu Islam. Sebab itu perpaduan Islam dipandang sepi dalam politik kepartian ini.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 3 of 4
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3, 4  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita.

-- HR. Abu Daud

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 78
Bots: 0
Total: 78
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster