Community Forums
{Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page Previous  1, 2
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Ad-Dien
Pro Sunnah



Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Thu Jan 05, 2012 7:40 am
Reply with quote

UP (InsyaAllah boleh diusahakan untuk manfaat bersama)
_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 2:02 pm
Reply with quote

bila nak start syarah...lama dah tunggu...
Back to top
View user's profile
Asy-Syafiie
Panel Fiqh



Joined: Jan 26, 2009
Posts: 3682

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 7:11 pm
Reply with quote

MasyaAllah, ana pun lupa yang ana pernah buka thread ni.

Jazakumullahukhair kerana ingatkan.

Ana memang ada menulis dan cuba syarah hadis 40 ni dalam penulisan ana dan usaha tersebut masih belum siap.

Baiklah, ana copy paste sikit2 apa yang ana telah tulis untuk dijadikan buku pada satu hari nanti insyaAllah, tapi tak tahulah bila akan siap.

Post2 yang akan datang akan dimulakan.....

Bismillah...

_________________
1hati atas ketaatan Agama. +
1maksud dalam mencari kebenaran. +
1tujuan untuk mencapai keredaan Allah.
= Selesai masalah umat.

Jom kita semua cuba 1h1m1t.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
Asy-Syafiie
Panel Fiqh



Joined: Jan 26, 2009
Posts: 3682

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 7:13 pm
Reply with quote

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعدـ؛

Diriku terasa amat kerdil untuk menulis tentang hadis-hadis nabawi yang terkumpul di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah atau Hadith 40 karangan Al-Imam An-Nawawi. Namun untuk menanam saham di dalam bidang ilmu, pahala dan kejayaan akhirat maka ku gagahkan juga untuk berkongsi sedikit ilmu yang ditimba dari para ulama dan diceduk dari kitab-kitab para ilmuwan Islam.

Azam untuk mensyarahkan kitab Hadith 40 ini sudah terdetik sejak umurku 16 tahun. Azam tersebut teransang disebabkan cintaku pada ilmu hadith sejak usiaku 7 tahun kerana ibu bapaku selalu mendendangkan ke telingaku hadith-hadith Nabawi tentang kelebihan-kelebihan amalan pada setiap malam sebelum ku tidur. Begitu juga niat mengarang kitab yang mulia tersebut disebabkan kekagumanku terhadap seorang alim yang bernama Al-Imam An-Nawawi sepertimana ku kagum dengan ulama yang telah menghabiskan masa dan kudrat mereka untuk Islam.

Namun azamku hanya sekadar azam, tidak ku dapat melaksanakannya kerana lemahnya diri ini. Tetapi apabila ku melihat kesungguhan dan kegigihan anak-anak muridku berusaha untuk menghafaz dan memahami kitab tersebut dengan memberi masa yang lebih untuk mentelaah dan mengkaji hingga mampu ditebuk hafazan hadis mereka dan boleh mensyarahkan sepertimana yang ku syarahkan kepada mereka maka keazamanku mula membuak untuk memulakan usaha menulis syarah Hadith 40 karya Al-Imam An-Nawawi. Maka bermulalah niat yang disertakan dengan usaha menulis syarahan ini.

Cara ku mensyarahkan kitab yang mulia ini adalah dengan berpasakkan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang berikut:
1. Menggunakan bahasa Melayu yang mudah kerana ia lebih difahami oleh anak-anak muridku yang datang dari Indonesia, Singapore, Pattani, Brunei, Kemboja dan Vietnam.
2. Menerangkan tentang kitab dan pengarangnya.
3. Menterjemahkan hadis secara perkataan demi perkataan supaya pembaca dapat menguasai perkataan-perkataan bahasa Arab sebelum memahami hadis yang dibincangkan. Memahami hadis melalui bahasa Arab adalah lebih indah dari memahaminya dengan bahasa terjemahan.
4. Menterjemahkan hadis secara fahaman maksud dengan menambahkan perkataan bahasa Melayu tertentu yang diperlukan dalam penterjemahan supaya lebih sesuai dengan gaya bahasa penterjemahan.
5. Menyentuh sedikit ilmu nahu, saraf, balaghah dan ilmu bahasa Arab supaya lebih jelas maksud dan faedah dari hadis.
6. Meletak tajuk bagi setiap hadis supaya pembaca lebih fokus pada topik perbincangan hadis yang dibawa.
7. Mencerita serba ringkas tentang riwayat hidup sahabat Nabi yang meriwayatkan hadis.
8. Membahagikan hadis yang dibincang kepada subtajuk-subtajuk kemudian dibincangkan subtajuk tersebut satu persatu supaya ia lebih menepati keagungan sabdaan Nabi saw yang bersifat Jawami’ul kalim iaitu kata-kata yang sedikit tetapi banyak maksudnya dan faedahnya.
9. Menyentuh secara ringkas tentang kitab-kitab hadis yang meriwayatkan hadis yang dibawa dan ilmu mustalah hadis jika ada disebut oleh Al-Imam An-Nawawi.
10. Meringkaskan noktah penting dan faedah terkumpul dari hadis.
Semoga Allah swt memudahkan usahaku ini dan yang paling penting ialah qabuliyat atau penerimaan Allah swt kerana jika Dia menerima amalan seseorang maka cukuplah untuk orang itu bahagia di dunia dan akhirat.


Insan Mencari RahmatNya;
Abu Amir Ar-Radhi

_________________
1hati atas ketaatan Agama. +
1maksud dalam mencari kebenaran. +
1tujuan untuk mencapai keredaan Allah.
= Selesai masalah umat.

Jom kita semua cuba 1h1m1t.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
Asy-Syafiie
Panel Fiqh



Joined: Jan 26, 2009
Posts: 3682

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 8:06 pm
Reply with quote

PENGENALAN
Kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah kitab hadis yang mengumpulkan 42 buah hadis nabawi yang kebanyakkannya adalah diambil dari kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Kitab ini ditulis oleh Al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf An-Nawawi yang lahir pada bulan Muharram tahun 631 tahun Hijrah. Beliau telah menamatkan penulisan kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah ketika umurnya 37 tahun pada malam Khamis 29/5/668 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada malam Selasa 24/7/676 Hijrah ketika umur 45 tahun. Diriwayatkan beliau mula terlibat dalam dunia penulisan pada tahun 660 Hijrah iaitu ketika beliau mencecah umur 29 tahun, bermakna beliau tamat dari penulisan Al-Arba’uun An-Nawawiyyah selepas 8 tahun beliau menulis kitab-kitab dan juga 8 tahun sebelum beliau wafat. Dalam tempoh 16 tahun beliau terlibat dalam dunia penulisan, 50 tajuk kitab yang dapat dikesan dan masih banyak lagi kitab karangan beliau yang belum dapat dikesan.

Asal kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah dari kuliah yang beliau sampaikan di majlis ilmu. Anak murid beliau Al-Hafiz Ibnu Solah yang mengumpulkan hadis-hadis penting yang diambil dari kuliah Al-Imam An-Nawawi sebanyak 26 buah hadis kemudian Al-Imam An-Nawawi menambah lagi hingga terkumpul 42 buah hadis yang termaktub di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah.

Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahawa kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah kitab yang mengumpul hadis-hadis penting yang berkisar tentang asas-asas agama Islam dari pelbagai aspek.
Mengikut kajian beliau semua hadis di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah status hadithnya adalah hadis sahih yang boleh digunapakai dari sudut ilmu usul hadith.

Antara tujuan beliau mengarang kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah untuk berkongsi usaha dalam menyebarkan ilmu hadith, menyertai ulama dalam usaha menghidupkan 40 buah hadis kerana ada beberapa hadith yang mendorong berbuat demikian, memudahkan para pelajar untuk menghafaz hadis-hadis Nabawi kerana itu hadis yang dibawa tidak disertakan dengan sanad dan beliau juga mengarang Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah mengharapkan manfaat yang besar untuk umat.

Harapan beliau, setiap insan yang inginkan kejayaan di akhirat mestilah mengetahui hadith-hadith di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah kerana ianya sangat penting dan menyentuh ketaatan dalam mengamalkan keseluruhan agama dalam kehidupan.

Ramai ulama mengarang kitab 40 hadith tetapi tidak ada dari kitab-kitab tersebut yang masyhur dan terkenal seperti kitab Hadith 40 karangan Al-Imam An-Nawawi. Setiap kitab yang ditulis oleh beliau amat diminati oleh para ulama hinggakan ada sebahagian kitab beliau yang disyarahkan dan diulas dalam berpuluh tajuk kitab dan diajar oleh beribu ulama. 30 buah kitab telah direkod oleh ulama sebagai kitab syarah bagi kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah.

Sambutan dari para ulama kepada penulisan beliau adalah bukti keilmuan beliau, keikhlasan beliau dan Allah menerima penulisan beliau hingga disebarkan kebaikannya kepada ramai ulama dan seterusnya kepada umat sejagat. Qabuliyat dan penerimaan ini telah dijelaskan dalam Al-Quran seperti ayat 96 dari surah Maryam dan juga beberapa hadis sahih.

Justeru, setiap mereka yang ingin memahami Islam mesti memahami ilmu yang terkandung dalam 42 buah hadith yang terkandung di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah ini.

_________________
1hati atas ketaatan Agama. +
1maksud dalam mencari kebenaran. +
1tujuan untuk mencapai keredaan Allah.
= Selesai masalah umat.

Jom kita semua cuba 1h1m1t.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
ummimq
Moderator



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5902

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 10:31 pm
Reply with quote

Alhamdulillah selamat kembali ya bunayya As Syeikh Asy Syafie Smile

WA
Back to top
View user's profile
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Sat Jan 07, 2012 11:34 pm
Reply with quote

Jazakallah terima kasih syaikh Asy Syafie kerana sanggup bersengkang mata mecatatkan karya yang berharga ini... Great
Back to top
View user's profile
Ad-Dien
Pro Sunnah



Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Tue Jan 10, 2012 7:48 pm
Reply with quote

Alhamdulillah ustaz, moga kami mendapat ilmu dan manfaatnya,insyaAllah
_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
abulweena
Beginner



Joined: Jul 31, 2011
Posts: 48

PostPost subject: Re: {Kelas Arradhi} Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Posted: Wed Jan 11, 2012 3:06 pm
Reply with quote

بارك الله فيكم يا أستاذ
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 2 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.

-- HR. al-Nasai

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 80
Bots: 0
Total: 80
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster