Community Forums
BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Tue Jan 10, 2012 12:48 pm
Reply with quote

Tokoh-tokoh agama di Malaysia mengeluarkan 2 pendapat berbeza dalam isu sama ada Anwar patut bersumpah atau tidak. Dari satu sudut, memang mubaahalah dan bersumpah tidak disebut secara spesifik dalam perbincangan berkaitan liwat, zina dan tuduhan zina mahupun liwat. Namun persoalan mudah yang timbul di kepala ialah adakah berdosa jika Anwar bersumpah secara terang mengatakan bahawa dia tidak meliwat Saiful? Adakah ini satu dosa jika ia berkemungkinan boleh mendiamkan banyak mulut-mulut yang terus-menerus membuat tuduhan ke atas Anwar?

Syaikh Wahbah menyebut dalam isu sumpah bahawa sumpah itu sesuatu yang disyariatkan dan hukum asalnya ialah harus. Beliau juga membawa kalam Ulama mazhab Hanbali bahawa bersumpah (secara umumnya) jatuh dalam 5 kategori iaitu wajib, mandub, harus, makruh dan haram. Adakah sumpah yang digesa oleh sebahagian tokoh agama agar Anwar melakukannya suatu dosa jika dia melakukannya? Ada tak mana-mana tokoh agama yang menganggap bahawa dia berdosa jika BERSUMPAH LAKNAT atau BERSUMPAH untuk membersihkan namanya?



وذكر الحنابلة أن الأيمان خمسة أنواع:
أحدها ـ واجب: وهي التي ينجي بها إنساناً معصوماً من الهلاك.
والثاني ـ مندوب: وهو الذي تتعلق به مصلحة من إصلاح بين متخاصمين، أو إزالة حقد من قلب مسلم عن الحالف أو غيره أو دفع شر.
والثالث ـ المباح: مثل الحلف على فعل مباح أو تركه، والحلف على الإخبار بشيء هو صادق فيه أو يظن أنه فيه صادق.
والرابع ـ المكروه: وهو الحلف على فعل مكروه أو ترك مندوب.
والخامس ـ المحرم: وهو الحلف الكاذب، فإن الله تعالى ذمه بقوله: {ويحلفون على الكذب وهم يعلمون} [المجادلة:14/58] ولأن الكذب حرام.

(dari Al Fiqh al Islami wa Adillatuh)

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
alwafiey
Ahli Setia



Joined: Feb 04, 2010
Posts: 2250

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 1:11 am
Reply with quote

tak puas hati lagi
Back to top
View user's profile
ibnhussin
IT Admin



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3932
Location: Nottingham Univ. M'sia Campus

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 1:14 am
Reply with quote

doc abulwafaa sedang bincang kaedah, ambil lah manfa'at daripada ilmu yang dibincangkan
_________________
تعلموا العربية فإنها من دينكم
Arabic4Reading
Catatan Peribadi(Mal) | Personal Blog (Eng)
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website
alli
Student L3



Joined: Aug 11, 2010
Posts: 616

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 1:27 am
Reply with quote

Boleh bincang dengan menyebut senario tanpa sebut nama orang.
Back to top
View user's profile
alhikam
Student L1



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 290

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 3:22 am
Reply with quote

dan .. adakah dikira BERDOSA bagi orang tak nak bersumpah ..
Back to top
View user's profile
Ad-Dien
Pro Sunnah



Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 3:24 am
Reply with quote

alli wrote:
Boleh bincang dengan menyebut senario tanpa sebut nama orang.

Yes

_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
al-subki
Pro Tajdid



Joined: Mar 18, 2009
Posts: 335

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 3:47 am
Reply with quote

alhikam wrote:
dan .. adakah dikira BERDOSA bagi orang tak nak bersumpah ..

Awat pulak bedosa?? Sumpah tu wajib ke?
Back to top
View user's profile
tokbatinasli
Student L1



Joined: Jul 06, 2008
Posts: 285

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 4:32 am
Reply with quote

Anwar juga enggan memberikan keterangan bersumpah ketika perbicaraan Saiful di Mahkamah Tinggi. Beliau memilih memberikan keterangan tanpa bersumpah (statement from the dock).

Mungkin ini adalah juga strategi para peguamnya kerana cara keterangan bersumpah akan mendedahkannya kepada pemeriksaan balas (cross examination) dari pihak pendakwaraya yang boleh memberikan kesan kepada kredibilitinya.
Back to top
View user's profile
abdullah_ameen
Doctor



Joined: Jun 28, 2008
Posts: 4444
Location: taboh naning(melaka)-kangar(perlis)

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 4:39 am
Reply with quote

tokbatinasli wrote:
Anwar juga enggan memberikan keterangan bersumpah ketika perbicaraan Saiful di Mahkamah Tinggi. Beliau memilih memberikan keterangan tanpa bersumpah (statement from the dock).

Mungkin ini adalah juga strategi para peguamnya kerana cara keterangan bersumpah akan mendedahkannya kepada pemeriksaan balas (cross examination) dari pihak pendakwaraya yang boleh memberikan kesan kepada kredibilitinya.

Assalamualaikum

peguam memang pandai dalam strategi bersoal jawab.

maaf OT sket...

di manakah boleh di baca keputusan penghakiman penuh DSAI?

setakat yg dijumpa adalah penghakiman lisan sahaja.


wallahu'alam bissawab...

_________________
- al-fakir ila Rabbihi -

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
Back to top
View user's profile Visit poster's website
tokbatinasli
Student L1



Joined: Jul 06, 2008
Posts: 285

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 4:54 am
Reply with quote

abdullah_ameen wrote:
tokbatinasli wrote:
Anwar juga enggan memberikan keterangan bersumpah ketika perbicaraan Saiful di Mahkamah Tinggi. Beliau memilih memberikan keterangan tanpa bersumpah (statement from the dock).

Mungkin ini adalah juga strategi para peguamnya kerana cara keterangan bersumpah akan mendedahkannya kepada pemeriksaan balas (cross examination) dari pihak pendakwaraya yang boleh memberikan kesan kepada kredibilitinya.

Assalamualaikum

peguam memang pandai dalam strategi bersoal jawab.

maaf OT sket...

di manakah boleh di baca keputusan penghakiman penuh DSAI?

setakat yg dijumpa adalah penghakiman lisan sahaja.


wallahu'alam bissawab...

Kalau ada rayuan, Hakim pasti akan memberikan alasan bertulis penghakiman kerana alasan-alasn bertulis itu perlu untuk disemak oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan. Kalau tak ada rayuan, tak perlu Hakim memberikan alasan bertulis.

Oleh kerana kes ini berprofil tinggi, selalunya hakim akan memberikan alasan bertulis dan akan disiarkan dalam akhbar/internet.

Kalau tak dsiarkan boleh dapatkan dari journal undang-undang seperti Malayan Law Journal (MLJ) atau Curent Law Journal (CLJ) ejum.fsktm.um.edu.my/a...le/152.pdf
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 8:34 am
Reply with quote

alli wrote:
Boleh bincang dengan menyebut senario tanpa sebut nama orang.

Boleh. Tapi rekomendasi tokoh-tokoh agama berkenaan adalah untuk Anwar semata-mata dan bukan untuk selainnya. Kita tak recommend orang lain untuk bersumpah sana-sini atau bermubaahalah. Kita tidak mahu membudayakan mubaahalah dan bersumpah dalam negara ini. Ini untuk special case je sebab sejarah kemanusiaan tidak biasa melihat seseorang itu dituduh lebih 2 kali dalam isu berkenaan. Bill Clinton, Chua Soi Lek, Rahim dan ramai lagi pun pernah kena tuduh sekali je.

2.Tentu sahaja kita tak setuju cara sesetengah penceramah UMNO yang menggunakan istilah sumpah cara Islam dan seumpamanya dalam hal ini lalu memberi gambaran yang salah tentang kedudukan sumpah dalam Islam.

والله تعالى أعلم

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 8:36 am
Reply with quote

tokbatinasli wrote:

Kalau tak dsiarkan boleh dapatkan dari journal undang-undang seperti Malayan Law Journal (MLJ) atau Curent Law Journal (CLJ) ejum.fsktm.um.edu.my/a...le/152.pdf

OT: Memang ada firm sendiri ke?

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
amirulhakimi
Student L6



Joined: Feb 16, 2010
Posts: 1216

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 8:40 am
Reply with quote

kalau DSAI bersumpah laknat, apa munafaatnya ya? Yg rasa beliau bersalah tetap begitu juga. Yg rasa beliau tak bersalah pun tetap begitu juga, samada beliau bersumpah laknat atau tidak. Untuk yg atas pagar mungkin la condong ke arah beliau. Tapi apa munafaatnya? pertuduhan di mahkamah tetap berlaku. Cuma nak menghapuskan keraguan di hati manusia?
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder



Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 8:47 am
Reply with quote

amirulhakimi wrote:
kalau DSAI bersumpah laknat, apa munafaatnya ya? Yg rasa beliau bersalah tetap begitu juga. Yg rasa beliau tak bersalah pun tetap begitu juga, samada beliau bersumpah laknat atau tidak. Untuk yg atas pagar mungkin la condong ke arah beliau. Tapi apa munafaatnya? pertuduhan di mahkamah tetap berlaku. Cuma nak menghapuskan keraguan di hati manusia?

Suatu dialog ciptaan:

Rahmah: Memanglah polis kata tak ada bukti tapi betul ke Din tak curi motor Pak Abu?
Din: Betul. Din tak curi.
Rahmah: Sumpah?
Din: Demi Allah saya tak curi motor Pak Abu.

Apa manfaat sumpah yang dibuat oleh Din? Qiyaskanlah...

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
amirulhakimi
Student L6



Joined: Feb 16, 2010
Posts: 1216

PostPost subject: Re: BERDOSAKAH jika ANWAR bersumpah atau bersumpah laknat?
Posted: Wed Jan 11, 2012 8:58 am
Reply with quote

abulwafaa wrote:

Suatu dialog ciptaan:

Rahmah: Memanglah polis kata tak ada bukti tapi betul ke Din tak curi motor Pak Abu?
Din: Betul. Din tak curi.
Rahmah: Sumpah?
Din: Demi Allah saya tak curi motor Pak Abu.

Apa manfaat sumpah yang dibuat oleh Din? Qiyaskanlah...

seterusnya Rahmah bertemu Pak Abu (Rahmah ni anak penakan Pak Abu)

Berlakulah dialog ciptaan ini pula:

Rahmah: Pak Abu, tadi saya jumpa Din. Saya tanya dia, betul ke dia tak curi motor Pak Abu. Din bersumpah dengan nama Allah depan saya Pak Abuuuuuu, bukan diaaaa yg curi motor Pak Abu tuuuu...

Pak Abu: isshhh....mati hidup balik aku tak percaya....bukannya kamu tak tau perangai si Din tu....kan dia pernah kena penjara curi tayar2 lori kat kedai Ah Seng duluuuu...kalau mencuri pun dia sanggup, kamu ingat dia kesah sangat ke nak menipu bersumpah dengan nama Allah?? udah dasar pencuri tu, pencuri juga leeeee....
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.

-- HR. Bukhari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 51
Bots: 2
Total: 53
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster