Community Forums
Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:29 pm
Reply with quote

Assalamualaikum
Bismillah

bolehkah saya mendapatkan makna terperinci dan maklumat lanjut berkenaan kedua dua kaedah diatas yakni Talfiq dan Takhayyur...

bersama sama contohnya sekali...stk.
Back to top
View user's profile
hafizfirdaus
Student L1



Joined: Nov 28, 2011
Posts: 106
Location: Shah Alam & Klang

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:38 pm
Reply with quote

wa'alaikumussalam,

Jemput mengkaji di sini:

hafizfirdaus.com/ebook...Chap11.php

_________________
Dulu "hafizf", kini "hafizfirdaus". Username berbeza, orang yang sama.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:41 pm
Reply with quote

Talfiq diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu al-Talfiq (التلفيق). Menurut buku perbendaharaan bahasa Arab, kita dapati perkataan ini diambil dari kata dasar (لَفَّقَ – يُلَفِّقُ – تَلْفِيقًا) yang bermaksud mencantumkan. Kata dasar itu juga membawa makna yang lain seperti kesesuaian, pendustaan yang dihiasi, persepakatan dan pakaian. (1)

(1)Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, j. 1. Beirut : Dar Sadir, h. 330.
Al-Raziyy Muhammad bin Abu Bakr (1995), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan, h. 612

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:42 pm
Reply with quote

Talfiq dari segi epistimologi usul fiqh adalah seperti berikut:
1. Mengambil kira kesahihan dari dua mazhab yang berbeza selepas berhukum dengan kebatilannya pada kedua-duanya ketika sebelum penggabungannya.
2. Melakukan sesuatu cara yang tidak pernah dikatakan oleh pendapat mujtahid, dan mengambil satu permasalahan yang melibatkan rukun-rukun dan pecahan-pecahan tertentu dua pendapat atau lebih yang akhirnya membawa kepada satu hakikat cantuman yang tidak diiktiraf oleh mana-mana orang.
3. Beramal dalam satu permasalahan dengan dua pendapat bersama-sama atau salah satu daripadanya, dengan adanya kesan daripada pendapat yang kedua. Ini dinamakan sebagai al-Ijtihad al-Murakkab.
4. Menggabungkan dua pendapat atau lebih dalam satu permasalahan sehingga terhasilnya satu hakikat cantuman yang tidak dikatakan oleh mana-mana orang.
5. Mencari pendapat ulama yang paling mudah dalam permasalahan yang tidak disepakati, ataupun membentuk satu ibadah dari pendapat-pendapat beberapa ahli ilmu yang mana sesetengah mereka berpendapat dengan ketidaksahihan ibadah yang dilakukan dengan pendapat setengah ahli ilmu yang lain.
6. Mencampurkan pelbagai pendapat mazhab dalam suatu masalah dan tidak terikat dengan pendapat satu-satu mazhab.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:43 pm
Reply with quote

Bagi istilah yang mempunyai persamaan dengan perkataan talfiq ada 4 iaitu;
al-ittiba’
al-tarjih
al-ijtihad al-murakkab
tatabbu’ al-rukhas.

Manakala istilah yang cenderung untuk menjadi lawan kepada perkataan talfiq ada 4 iaitu ;
al-taqlid,
at-tamazhub,
at-takhayyur
al-ijtihad.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:44 pm
Reply with quote

Jazakallah Syukran Syaikh Hafizfirdaus dan Syaikh ibnuabbas...
Back to top
View user's profile
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:45 pm
Reply with quote

Al-Takhayyur ialah kebebasan seseorang individu yang beragama Islam untuk memilih mana-mana pendapat mazhab dan tidak terikat satu mazhab Fiqh sahaja. Penerapan mazhab ini berlaku kerana dua keadaan samada melalui pewartaan oleh pemerintah atau pengamalan peribadi individu.

Amalan al-Takhayyur datang sebelum al-Taqlid dan al-Tamadhhub. Seseorang itu pada mulanya akan memilih (Takhayyur) mazhab tertentu untuk dirinya, dan dia menyandarkan dirinya kepada mazhab (Tamadhhub), yang menyebabkan dirnya terikat kepada mazhab yang dipegangnya(Taqlid).

al-Talfiq dengan al-Takhayyur terdapat persamaan apabila seseorang yang telah berpegang dengan satu mazhab kemudian mengamalkan konsep al-Takhayyur al-Juz’iy, maka ini akan membawanya kepada percampuran pendapat yang dipegang dengan pendapat yang dipilih dari mazhab yang lain.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:46 pm
Reply with quote

At-Tamadhhub = At-Tamazhub

At-Tamadhhub didefinasikan sebagai bermazhab atau menisbahkan diri dengan mazhab-mazhab tertentu dengan mengikuti usul dan furu’ mazhab itu.

Bertaqlid itu hanya akan datang selepas bermazhab. Iaitu seseorang itu menyandarikan dirinya dengan mazhab tertentu, dan dia akan berusaha mengamalkan sepenuhnya kandungan mazhab itu tanpa memasukkan unsur-unsur dari mazhab yang lain.

Talfiq merupakan kesan daripada bermazhab kerana ikatan mazhab itu membataskan seseorang daripada mengambil pendapat yang bukan dari mazhabnya dan akan talfiq menyebabkan dia keluar daripada ikatan mazhab ini. Dan inilah yang mengaitkan antara talfiq dan at-tamadhhub.

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ibnuabbas
Ahli Setia



Joined: Dec 25, 2008
Posts: 2931
Location: Klang-Kepong-Shah Alam

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Tue Jan 03, 2012 11:48 pm
Reply with quote

Buku rujukan karya Dr. Maszlee Malik

Talfiq : Beramal dengan Pelbagai Mazhab

Karya Bestari Sdn. Bhd

Selangor

_________________
My Blog - www.murabi6.wordpress.com

MuRabi6, Aufa Hannan, Cream Of Society, Alim Mujahid, Ibnu Taymiyyah dan Az-Zahabiy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Nadim
Ahli Setia



Joined: Jun 11, 2010
Posts: 2736

PostPost subject: Re: Ibadah kaedah talfiq dan kaedah takhayyur
Posted: Wed Jan 04, 2012 12:17 am
Reply with quote

terima kasih Syaikh ibnuabbas...banyak ilmu saya dapat...cara penerangan syaikh macam lecturer yang saya dengar kat APIUM...syabas syaikh...

Ada tokoh lecturer... Great
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Bukanlah Nabi s.a.w. itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 170
Bots: 1
Total: 171
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster