Community Forums
Asabiahkah mencintai bangsaku?
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Sun Dec 18, 2011 5:36 pm
Reply with quote

www.utusan.com.my/utus...o.facebook

BAPA saya namanya Mat Jahya bin Hussin. Ibu saya Naimah binti Jaafar. Jelas Melayu kedua-duanya. Sementara itu walaupun saya dinamakan sempena sebuah kitab agung karya Al Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) iaitu Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, kemudian saya telah menyambung pengajian di Madinah dan kemudian ke Jordan; saya berguru dengan puluhan ulama Islam, sering mengenakan jubah, berjanggut, memakai kopiah, membaca kitab-kitab tulisan Arab dan boleh berbahasa Arab; itu tidak menjadikan saya sebagai Bangsa Islam. Malah wujudkah istilah Bangsa Islam?

Fathul Bari Bin Mat Jahya tetap Melayu walaupun saya melakukan pembedahan plastik!

Lantas apakah perasaan saya untuk mencintai bangsa saya, upaya membantu bangsa ini agar maju dan berjaya, menyedarkan kaum saya yang terlupa, mempertahankan hak mereka sebagai empunya tanah pusaka; segala usaha saya ini dikatakan sebagai asabiah?

Sekiranya apa yang saya usahakan ini dikatakan haram dan berdosa, bawakanlah dalilnya. Persoalan yang ingin ditanya adalah: Apakah mencintai bangsa sendiri itu haram? Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji? Apakah mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa?

Kalam Allah atau hadis mana yang dijadikan sandaran untuk mengharamkan perbuatan ini? Atau orang yang mengharamkannya hanya sekadar membawa ayat al-Quran secara umum tetapi dipusingkan maknanya agar bersesuaian dengan selera mereka?

Sekiranya semua itu haram, kenapakah Allah SWT mewujudkan kita dalam rupa dan warna yang berbeza sehingga menamakan sahabat Nabi SAW sebagai Muhajirin dan Ansar di dalam al Quran? Juga sehingga Rasulullah sering menyandarkan nama bangsa kepada para sahabatnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja'; mereka ialah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya". (riwayat Muslim).

Ironinya para sahabat tidaklah memandang panggilan suku itu sebagai asabiah seperti yang kita fahami hari ini. Makanya apakah kita lebih alim daripada sahabat, dan apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah SAW untuk mengelak mencintai suku sendiri?

Rasulullah SAW mencintai Bani Hasyim. Bahkan Rasulullah sendiri berbangga dan mencintai sukunya.

Dalam sebuah hadis sahih, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Ismail iaitu suku Kinanah dan daripada Bani Kinanah, iaitu suku Quraisy, daripada suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku daripada Bani Hasyim" (riwayat Muslim).

Apakah Rasulullah SAW asabiah? Lantas Rasulullah menyuruh umat Islam untuk mencintai Bani Hasyim dan Ahlul Bait dengan berkata: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian (Bani Hasyim) kerana Allah dan kerana mereka itu (Bani Hasyim) ialah kaum kerabatku."

Apa yang saya tuturkan di atas adalah kecintaan Rasulullah SAW kepada sukunya dan perintah beliau untuk mencintai Ahlul Bait yang beriman. Namun hadis yang akan saya nukilkan di bawah, sekali pandang seperti Rasulullah SAW seorang "rasis". Baginda seperti merendahkan martabat Bangsa Habsyah dalam hadis mentaati pemimpin:

"Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba berbangsa Habsyi..." (riwayat al-Bukhari).

Kalau mengikut pemahaman umum yang selalu digembar-gemburkan maka kita akan berkata bahawa Rasulullah SAW melakukan asabiah kerana mengagungkan Bani Hasyim dan menghinakan Bangsa Habsyah!

Namun apakah benar pemahaman seperti ini? Pasti pemahaman seperti ini adalah batil kerana kita - Muslim - beriman bahawa manusia yang paling adil ialah Rasulullah SAW. Rasulullah adil kepada Bani Hasyim dan adil kepada Bangsa Habsyah.

Makna Asabiah

Lanjutan daripada itu, apakah makna sebenar asabiah jika mencintai bangsa sendiri, menolong memajukan bangsa sendiri, mempertahankan hak bangsa sebagai waris tanah pusaka; dihitung sebagai hal yang dibolehkan?

Jawapannya telah Rasulullah SAW rungkaikan ketika seorang sahabat bertanya soalan yang hampir serupa. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Adakah termasuk perbuatan asabiah apabila seseorang itu mencintai bangsanya? Rasulullah menjawab: Tidak, tetapi asabiah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Fahamlah kita bahawa dikatakan asabiah adalah apabila kita bersekongkol dalam melakukan kejahatan yang dilakukan oleh kaum kita. Kita membela mereka ketika kita mengetahui kaum kita melakukan penindasan. Juga kita mendiamkan atau enggan menjadi saksi ketika kaum kita diadili dan didakwa atas sesuatu kesalahan. Inilah asabiah yang sebenarnya.

Kerana bagi siapa yang cerdik dan bijak, pasti mereka mengetahui bahawa bangsa Arab yang menghuni di dunia pada tahun kenabian sangatlah mencintai bangsanya dan sangat kuat ikatan kesukuan. Malah para ilmuan sosiologi dan antropologi akan mendapati bahawa mereka saling membantu untuk memajukan bangsa mereka.

Hal ini cukuplah kita nyatakan bahawa Uthman r.a. melantik para pembesarnya daripada Bani Umayyah sehinggakan kaum Khawarij dan kaum sesat menghina malah menggerakkan massa agar membunuh beliau atas fitnah kononnya melakukan nepotisme.

Malah Uthman r.a. dikatakan melakukan korupsi apabila memberikan khumus (1/5 harta rampasan perang) kepada Abdullah Bin Sa'ad Bin Abu Sarah, Mirwan bin Al Hakkam dan Al Harits Bin Al Hakam yang merupakan Bani Umayyah dan saudara beliau.

Namun Uthman r.a. terlalu jauh daripada tuduhan keji tersebut. Murrah bin Ka'ab ra berkata:" Aku mendengar daripada Rasulullah SAW ketika baginda menyebut tentang fitnah yang akan terjadi di tengah-tengah umat Islam.

Pada ketika menyebut tentang fitnah ini, berlalu seorang lelaki yang bertutup kepalanya dengan kain. Baginda lantas bersabda: "Pada hari tersebut orang ini berada di atas petunjuk" … sambil menunjuk ke arah lelaki yang bertutup itu. (Murrah menyambung) Maka aku pergi kepada lelaki bertutup itu, ternyata beliau ialah 'Uthman bin 'Affan. Kemudian ketika wajah 'Uthman aku perlihatkan kepada Rasulullah, aku bertanya: "Orang inikah anda maksudkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya." (riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Cuba kita fikirkan, sekiranya menantu Rasulullah SAW yang dijamin syurga juga dituduh asabiah, nepotisme dan korupsi kerana melantik beberapa pembesar yang berkebolehan daripada Bani Umayah, pasti usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan hak mereka akan dikatakan sebagai "kerja dosa".

Wallahua'lam.

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
Ad-Dien
Pro Sunnah



Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Sun Dec 18, 2011 5:42 pm
Reply with quote

Great Jazakallah akhi

setahu saya cukup seseorang itu digelar asabiyah andai ia tolong menolong dalam membuat keburukan,kezaliman dan perkara keji/mungkar,wallahua'lam

_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
ibnhussin
IT Admin



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3932
Location: Nottingham Univ. M'sia Campus

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Sun Dec 18, 2011 10:57 pm
Reply with quote

artikel yg baik, cuma ada orang telah salah faham artikel ni kemudian buat radd ke atasnya di atas perkara yang ufb tak kata Sweat Drop
_________________
تعلموا العربية فإنها من دينكم
Arabic4Reading
Catatan Peribadi(Mal) | Personal Blog (Eng)
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website
ladiaas
Ahli Setia



Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Sun Dec 18, 2011 11:02 pm
Reply with quote

ibnhussin wrote:
artikel yg baik, cuma ada orang telah salah faham artikel ni kemudian buat radd ke atasnya di atas perkara yang ufb tak kata Sweat Drop

typical of them....layan kadang2 tak memberi faedah...

_________________
Keep it simple, stupid (KISS)


www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
kawakib_duriyah
Panel Hadith



Joined: Dec 07, 2008
Posts: 4689

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 12:03 am
Reply with quote

Saidina Uthman r.a. melantik para pegawai ramai dalam kalangan Bani Umayyah dan ahli keluarga bukan kerana kasih kepada mereka atau kroni semata2.

Tetapi pelantikan itu adalah berdasarkan kebolehan dan kemahiran. Ahli keluarga Uthman dan Bani Umayyah ini mahir dalam hal-hal pengurusan/management. Mereka dapat mentadbir dengan tersusun dan sebagainya. Pelantikan itu adalah berdasarkan kebolehan dan kemahiran tidak berkaitan dengan ahli keluarga atau kroni semata-mata.

_________________
Kembara Makna

kembaramakna.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
syahrezan
Moderator



Joined: Jul 18, 2008
Posts: 4077
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 12:35 am
Reply with quote

Ahli politik hari ini pening. Sat sat kemelayuan tak bagus, sat bagus pula. Yang memperjuangkan Islam pun hakikat nya tak sedar hakikat di atas, yang it's perfectly okay to support your own kind.

Yang tuduh umno main isu perkauman pada masa yang sama dok tuduh tun M sebagai mamak. Kelakar betul.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
ladiaas
Ahli Setia



Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 12:37 am
Reply with quote

disclaimer diletak atas tu Rasulullah bukan seorang rasis....dan makna assobiyah juga diterangkan...contioh assobiyah adalah mempertahankan menteri lembu yg terang2 salah, huhu.....
_________________
Keep it simple, stupid (KISS)


www.youtube.com/user/yat81


Last edited by ladiaas on Mon Dec 19, 2011 5:21 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
atanlaka
Student L1



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 158

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 4:36 am
Reply with quote

[/quote]Tidak, tetapi asabiah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman[/quote]

nak jugak bab ni dipanjang-lebarkan oleh FB dalam konteks situasi di Malaysia. Pastinya menarik!
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 5:20 am
Reply with quote

Padat dan tepat. Syabas ustaz Fathul Bari!
_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
ladiaas
Ahli Setia



Joined: Dec 20, 2010
Posts: 2833
Location: Australia

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 5:24 am
Reply with quote

ni kolum rasmi dia ka tiap2 minggu? kalau baru start ok la, mukaddimah kena lembut dulu, satgi nak masuk bab2 bidaah di alam melayu pasti hangat dan sensasi.....
_________________
Keep it simple, stupid (KISS)


www.youtube.com/user/yat81
Back to top
View user's profile
mokhtar
Student L5



Joined: May 17, 2009
Posts: 932

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 6:04 am
Reply with quote

Mncintai bangsa sendiri, normal la tu. Apasalahnya mencintai bapa saudara, ibu saudara ......yang salah ialah mencintai anak saudara menyebabkan kita memijak tangan anak-anak lain.
Back to top
View user's profile
laboo
Student L3



Joined: Dec 20, 2009
Posts: 677

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 3:45 pm
Reply with quote

Siapa yang tak cinta bangsa sendiri? Tetapi kalau 'terlebih' cinta sampai melampau-lampau, tu yang bahaya. Mulianya orang Melayu kerana Islam. Sama juga dengan bangsa arab.

Masalahnya kat Malaysia banyak orang Melayu terlampau sayang dengan bangsanya sampai melebihkan adat dari agama.

_________________
Hisablah dirimu sebelum diri mu dihisab
Back to top
View user's profile
Ad-Dien
Pro Sunnah



Joined: Jun 11, 2011
Posts: 3594

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 5:23 pm
Reply with quote

Assalamualaikum
yang hadith tidak ada beza antara ajam dan bukan ajam tu ada kaitan dengan asobiyah ke?

_________________
Mohon maaf andai ada salah dan silap,tegurlah andai daku tersalah bicara,terkasar bahasa dan terlanjur kata,maafkanku.
Back to top
View user's profile Send e-mail
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Asabiahkah mencintai bangsaku?
Posted: Mon Dec 19, 2011 5:43 pm
Reply with quote

isma setuju sgt artikel itu.
sesuai dgn slogannya...

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 59
Bots: 0
Total: 59
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster