View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
Abu_Imran


Joined: Jan 28, 2010 Posts: 6735 Location: KL
|
Post subject: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Mon Nov 28, 2011 10:45 am |
|
ana membawa persoalan seorang sahabat... beliau baru bercerai , masalah sekarang ialah... bekas suaminya gagal membayar nafkah beberapa bulan... apabila cuba dituntut bekas suaminya ugut mahu mengambil anak darinya yg mana sejak bercerai anaknya berada dibawah jagaan beliau... ada surat hitam putih berkenaan nafkah dari mahkamah tetapi hak jagaan anak tidak ada surat hitam putih
soalan:-
1- bagaimanakah kaedah nak tuntut nafkah mengikut perundangan
2- siapa yang paling berhak untuk hak jagaan anak
3- adakah memang tiada hitam putih berkaitan hak jagaan anak
4- jika beliau mahu mendapatkan hitam putih... bagaimana caranya
** beliau duduk selangur dan jabatan berkaitan adalah JAIS...
mohon panel membantu dan juga kakitangan JAIS jika ada dapat memberikan sedikit khidmat nasihat
_________________ Mencari Ilmu Tiada Penghujung |
|
Back to top |
|
|
Athma_Godam


Joined: Oct 16, 2008 Posts: 6591 Location: Semerah Padi
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Mon Nov 28, 2011 6:30 pm |
|
paling berhak hadanah (penjagaan anak) ialah ibunya selagi belum berkahwin (semula)
ringkasan; (al-Inshaf, 9/416)
berdalilkan hadis
أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ , مَا لَمْ تَنْكِحِي
penentuan penjagaan anak, dibuat oleh hakim di mahkamah syariah apabila memenuhi kriteria seperti waras, mampu ekonomi, didikan, perlindungan dan sebagainya
|
|
Back to top |
|
|
Abu_Imran


Joined: Jan 28, 2010 Posts: 6735 Location: KL
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 12:11 am |
|
bolehkah mendapatkan surat pengesahan dari mahkamah untuyk hak jagaan anak2 sebagai jaminan........
_________________ Mencari Ilmu Tiada Penghujung |
|
Back to top |
|
|
Athma_Godam


Joined: Oct 16, 2008 Posts: 6591 Location: Semerah Padi
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 12:36 am |
|
boleh..
|
|
Back to top |
|
|
NAZ


Joined: Nov 12, 2008 Posts: 12875 Location: De' C Ni
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 1:00 am |
|
Athma_Godam wrote: |
paling berhak hadanah (penjagaan anak) ialah ibunya selagi belum berkahwin (semula)
ringkasan; (al-Inshaf, 9/416)
berdalilkan hadis
أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ , مَا لَمْ تَنْكِحِي
penentuan penjagaan anak, dibuat oleh hakim di mahkamah syariah apabila memenuhi kriteria seperti waras, mampu ekonomi, didikan, perlindungan dan sebagainya |
Kalau emak tu kawin semula/lain;
Anak tu mana hala tuju nya? Siapa yang kena jaga (kebajikan anak tersebut?)
_________________ نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win! |
|
Back to top |
|
|
Abu_Imran


Joined: Jan 28, 2010 Posts: 6735 Location: KL
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 1:39 am |
|
mmm nak tanya tu gak... adakah ketentuan dari anak sendiri... lagi satu... apakah bentuk tindakkan yg boleh sahabat ana tu buat untuk dapatkan hitam putih hak penjagaan tu....
_________________ Mencari Ilmu Tiada Penghujung |
|
Back to top |
|
|
tokbatinasli


Joined: Jul 06, 2008 Posts: 285
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 2:08 am |
|
Kalau nak tuntut hak penjagaan, pergi jumpa peguam Syarie yang berdaftar dengan negeri Selangor. Banyak prosedur nak diterangkan.Kalau tak mampu boleh minta bantuan Biro Bantuan Guaman. Butirannya di sini www.kllac.com/BBG.html
Kalau nak tuntut hak penjagaan sendiri tanpa bantuan peguam, boleh pergi sendiri ke mahkamah syariah berdekatan. Mungkin staf kat sana boleh bantu terangkan tentang prosedurnya.
Mengikut Seksyen 82 (2) di bawah, ibu yang paling berhak, kemudian diikuti oleh nenek sebelah ibu kanak-kanak tersebut.
ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 82. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak
(1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.
(4) Tertakluk kepada seksyen 83 dan 85, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.
|
|
Back to top |
|
|
Abu_Imran


Joined: Jan 28, 2010 Posts: 6735 Location: KL
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 4:36 am |
|
_________________ Mencari Ilmu Tiada Penghujung |
|
Back to top |
|
|
Abu_Imran


Joined: Jan 28, 2010 Posts: 6735 Location: KL
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 7:12 am |
|
Abu_Imran wrote: |
bolehkah mendapatkan surat pengesahan dari mahkamah untuyk hak jagaan anak2 sebagai jaminan........ |
Athma_Godam wrote: |
boleh.. |
dalam proses nak mendapatkan hitam putih ni...adakah akan melibatkan pihak bekas suami atau sahabat ana tu boleh p rujuk mahkamah tanpa perlu pengatahuan bekas suami?
_________________ Mencari Ilmu Tiada Penghujung |
|
Back to top |
|
|
Athma_Godam


Joined: Oct 16, 2008 Posts: 6591 Location: Semerah Padi
|
Post subject: Re: HITAM PUTIH HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS CERAI Posted: Tue Nov 29, 2011 7:29 am |
|
NAZ wrote: |
Athma_Godam wrote: |
paling berhak hadanah (penjagaan anak) ialah ibunya selagi belum berkahwin (semula)
ringkasan; (al-Inshaf, 9/416)
berdalilkan hadis
أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ , مَا لَمْ تَنْكِحِي
penentuan penjagaan anak, dibuat oleh hakim di mahkamah syariah apabila memenuhi kriteria seperti waras, mampu ekonomi, didikan, perlindungan dan sebagainya |
Kalau emak tu kawin semula/lain;
Anak tu mana hala tuju nya? Siapa yang kena jaga (kebajikan anak tersebut?) |
ditentukan mahkamah setelah pembentangan kes, bukti dan yang penting ialah kebajikan anak terjaga..
ni dalam konteks perundangan sebab biasanya kes ini dibawah mahkamah
|
|
Back to top |
|
|
|