Community Forums
[FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Sat Jul 16, 2011 9:34 pm
Reply with quote

UP
_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Sun Jul 17, 2011 3:54 pm
Reply with quote

perlu komentar sikit dari jabatan hadith pasal hadith syaz tsb
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Wed Jul 20, 2011 3:18 pm
Reply with quote

3.6.19: Orang yg Diberi Keringanan Berbuka dan membayar Fidyah

Golongan ke 5: Perempuan hamil dan Menyusu.

Masih lagi sambungan hadith Abu Daud dari Ibn Abbas, sebelum ini:
Ini adalah matan tambahan:

وكان ابن عباس يقول لام ولد له حبلى : أنت بمنزلة الذي لا يطيقه ، فعليك الفداء ، ولاقضاء عليك . وصحح الدارقطني إسناده


"dan Ibn `Abbas pernah berkata kepada hamba miliknya yang sedang hamil:"engkau termasuk orang yg sulit utk berpuasa, maka bayarlah fidyah dan tak usahlah mengqadha'. Isnadnya dinyatakan sah oleh ad-Daaraqutni.
Tahqiq: dipersetujui oleh Syaikh Abu Mu`adz Tariq Iwadullah, tahqiq Nayl al-Awthor, 5:497

Hadith Nafi':
وعن نافع أن ابن عمر سئل عن المرأة الحامل إذا خافت على ولدها فقال : تفطر ، وتطعم مكان كل يوم مسكينا مدا من حنطة . رواه مالك ، والبيهقي

Dari Naafi`(mantan khadam Ibn Umar) bahawa Ibn `Umar ditanya ttg perempuan hamil yang khuatir akan keselamatan janinnya. Fatwa Ibn Umar: Hendaklah dia berbuka dan sebagai ganti setiap hari yg ia tinggalkan, hendaklah ia memberi makanan kpd seorang miskin sebanyak satu mud (gantang) gandum." HR Malik dan al-Baihaqi.

takhrij:

أخرجه الشافعي ( 1 / 266 ) ومن طريق البيهقي ( 4 / 230 ) وهو في ( الموطا ) ( 1 / 308 / 52 )
dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwa'.

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Sun Jul 24, 2011 3:54 pm
Reply with quote

3.6.20: Orang yg Diberi Keringanan Berbuka dan membayar Fidyah

SS menyatakan ada sebuah hadith:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنْ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلَاةِ وَعَنْ الْحَامِلِ أَوْ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوْ الصِّيَامَ

SS tidak mentakhrijkan hadith tsb..

ia dikeluarkan oleh Abu Daud, an-Nasa`iy dan Termidzi.
yg diatas adalah lafaz Termidzi.

Terj:
(HR TIRMIDZI no. 649) : dari Anas bin Malik, sabda Nabi saw: "sesungguhnya Allah Ta'ala tidak mewajibkan puasa atas musafir dan memberi keringanan separoh shalat untuknya juga memberi keringan bagi wanita hamil dan menyusui untuk tidak berpuasa". Abu 'Isa berkata, hadits Anas bin Malik Al Ka'bi merupakan hadits hasan, ini adalah satu-satunya hadits yang diriwayatkan oleh Anas dari Nabi saw. Sebagian Ahli ilmu berpendapat bahwa wanita hamil dan menyusui yang berbuka wajib mengqadha' puasa dan memberi makan (fakir miskin), hal ini sebagaimana perkataan Sufyan, Malik, Syafi'i dan Ahmad. Dan sebagian mereka berpendapat bahwa wanita hamil dan menyusui yang berbuka wajib memberi makan namun tidak wajib mengqadha' puasanya, hal ini sebagaimana perkataan Ishaq. (ihsan Lidwa. Ina)
----------------
Tahqiq al-Albani:
الراوي:أنس بن مالكالمحدث:الألباني - المصدر:صحيح الترمذي- الصفحة أو الرقم:715
خلاصة حكم المحدث:حسن صحيح

Hasan sahih.
Kesimpulan SS:

a. Golongan Hanafi, Abu Ubaid (abul Qasim bin Salam, w. 224H, era abbasiah, terkenal dgn kitab al-Amwal) dan Abu Tsaur (w. 240H Baghdad, mengambil hadith dari Imam syafi`iy) berkata: wanita hamil dan menyusu wajib qadha' tanpa perlu membayar fidyah.
b. Pendapat Ahmad dan Syafi`iy: jika khuatir akan keselamatan anak, maka wajib qadha' dan bayar fidyah sekaligus. Jika khuatir akan keselamatan diri mereka sendiri atau keselamatan anak, maka wajib qadha' sahaja.

Tarjih DYQ:

Beliau kata, pendapat terkuat di sisiku, ialah pendapat Ibn Umar dan Ibn Abbas, perempuan hamil dan menyusu di bulan Ramadhan hanya membayar fidyah tanpa qadha' .

Pengecualian:

Perempuan zaman sekarang yg jarak antara kehamilan adalah jauh, kemudian ia wanita kota yg kehidupannya senang lenang, ia hanya mengalami 2 atau 3 kali kehamilan saja sepanjang hayatnya, maka yg paling rajih ialah qadha' dan bukannya fidyah.

Fatwa Nejd/Saudi Arabia:
Perempuan hamil dan menyusu digolongkan kedalam golongan org yg musafir dan sakit, maka bila habis nifas, hendaklah mula mengganti akan puasa tsb. Maka fatwa KSA, wanita hamil dan menyusu, hendaklah qadha' tanpa perlu keluarkan fidyah.

Fatwa Ben Baz, 15:225
Fatwa ben Othaimiiin, syarh Mumti', 6:220

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Thu Jul 28, 2011 3:55 pm
Reply with quote

3.6 21: Orang yg diberi Keringanan Berbuka tapi Wajib mengqadha', من يرخص لهم في الفطر ، ويجب عليهم القضاء

Dibolehkan berbuka bagi orang yg sakit (yang ada harapan sembuh) dan si musafir, namun mereka wajib mengqadha'.

Dalil 172, dalil Qur'ani:

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَر


AQT2:184 [Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain]

Dalil hadith:
وروى أحمد ، وأبو داود ، والبيهقي ، بسند صحيح ، من حديث معاذ ، قال : " إن الله تعالى فرض على النبي صلى الله عليه وسلم الصيام ، فأنزل : ( يأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم ) إلى قوله : ( وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين ) فكان من شاء صام . ومن شام أطعم مسكينا . فأجزأ ذلك عنه . ثم إن الله تعالى أنزل الآية الاخرى : ( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن ) إلى قوله ( فمن شهد منكم الشهر فليصمه ) فأثبت صيامه على المقيم الصحيح ، ورخص فيه للمريض والمسافر ، وأثبت الاطعام للكبير الذي لايستطيع الصيام
Terj: HR Ahmad, Abu Daud dan al-Baihaqi dgn sanaad sahih dari hadith Mu3adz, katanya:
Sesungguhnya Allah Ta3ala mewajiban puasa atas baginda, maka diturunkan ayat, 'Hai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan puasa atasmu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelummu, ' (AQ 2:183) hingga firman, 'Memberi makan untuk orang-orang miskin.' (AQ2:184) Setelah itu bagi yang mau puasa dipersilakan dan yang mau membayar fidyah sudah mencukupi. Selanjutnya Allah SWT menurunkan ayat lain, 'Bulan ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al Quran, ' hingga firmanNya, 'Maka barangsiapa diantara kalian yang menyaksikanya maka hendaklah berpuasa.'(AQ 2:185). Dengan demikian ditetapkan kewajipan puasa bagi yang bermukim dan sehat dan diberi keringanan bagi orang yang sakit lagi musafir , serta diwajibkan membayar fidyah bagi orang tak kuat berpuasa lagi."
Tahqiq:
الراوي:معاذ بن جبلالمحدث:الألباني - المصدر:إرواء الغليل - الصفحة أو الرقم: 4/20
خلاصة حكم المحدث:[فيه] المسعودي كان اختلط ثم إنه منقطع


kata al-Albani, dha3if kerana perawi al-Mas3udi yg keliru dan sanadnya terputus.
Juga dha3if menurut al-Arnaut yg mentahqiq Musnad no 22177.

Maka dha3if tapi fiqhnya adalah sahih.

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
rosmainie
Student L4



Joined: Jan 12, 2010
Posts: 848
Location: petaling jaya

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Thu Jul 28, 2011 4:22 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Jazakallah THTL alang-alang dah sampai bab qada dan fidyah, boleh tolong cerahkan soalan dibawah ini..saya menerima email daripada shabat saya..

soalannya:
__________________________________________________________
kalau mcm kwn sy ni,dia ckp nk ganti jugk...cmne? sbb setakat yg sy dgr ceramah,ustaz tu ckp kene ganti puasa mcm biasa cuma kene byr..klu xpasti brape hari, lebihkan bilangan hari tu dari anggaran kita,btl x?


kalau dia pasti plak, cmne?cthnya dia pasti 2tahun lepas dia tinggal 10hari,mknanya kene ganti 10hari puasa dan bayar kn? ke cmne ek?sbb sblm ni ada yg sy dgr,kene gandakan bilangan hari tu..cthnya tahun 2009 dia tinggal 10hari..dh smpai ramadhan 2010 dia xgnti2 lg...jd dia kene ganti 20hari,btl ke?
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Fri Jul 29, 2011 9:39 am
Reply with quote

Ros (engko ni lelaki ke pompuan?)

yg bertanya tu sapa? kenapa dia berbuka?
musafir?
sakit?
nifas?
menyusu
hamil?

atau dah tua lanjut usia/warga emas..?
kasi lengkap sikit..

dia berbuka kerana apa? dan kenapa dia delay mengqadha'nya?

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
rosmainie
Student L4



Joined: Jan 12, 2010
Posts: 848
Location: petaling jaya

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Tue Aug 02, 2011 2:53 pm
Reply with quote

thtl wrote:
Ros (engko ni lelaki ke pompuan?)

yg bertanya tu sapa? kenapa dia berbuka?
musafir?
sakit?
nifas?
menyusu
hamil?

atau dah tua lanjut usia/warga emas..?
kasi lengkap sikit..

dia berbuka kerana apa? dan kenapa dia delay mengqadha'nya?
of course ..lelaki..tak caya tengok profile.. Very Happy

member saya ini perempuan..sory lambat reply sebab sedang menunggu email dia..dia taknak beritahu sebab tinggalkan puasa tersebut..

maksud saya puasa pada tahun 2009 tinggal sepuluh hari dan dibawa dengan gandaan 10 pada 2010 dan masih tidak diganti..jadi 2011 hendak ganti pulak..dia dengar ustaz cakap kena ganti jadi 20 hari..wallahualam
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Tue Aug 02, 2011 3:07 pm
Reply with quote

Kalau fiqh syafi3iy,

kalau dia bermalas-malasan, yakni sengaja tak mahu qadha' pd tahun 2010, maka pada tahun 2011, dia tidak perlu mengganda, cuma :

kena keluarkan fidyah 10 ( nilai segantang beras=10 gantang=RM5X10=RM50..

Manakala madzhab Hanafi, tak payah, dan inilah pilihan para muhaqqiqin spt DYQ kerana fidyah itu tak ada dalil.

Maka yg paling tepat:

kena ganti 10 hari tanpa tambahan + taubat (kerana sengaja bayar hutang Posa), bukannya bayar fidyah.

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot


Last edited by thtl on Tue Aug 02, 2011 5:09 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
abulharith
Doctor



Joined: Aug 09, 2008
Posts: 1665
Location: Cyberjaya~Putrajaya

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Tue Aug 02, 2011 3:32 pm
Reply with quote

Sangat bermanfaat. BarakALLAHu lak THTL.
_________________
Abul Harith
fiqhmedic.wordpress.com/
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [FIQH SUNNAH] 3.6: Fiqh Puasa (Siyyam) Syed Sabiq
Posted: Wed Aug 03, 2011 4:39 am
Reply with quote

3.6.22: Orang yg diberi Keringanan Berbuka tapi Wajib mengqadha', من يرخص لهم في الفطر ، ويجب عليهم القضاء

Isu: sejauh mana sakit yg membolehkan berbuka, والمرض المبيح للفطر
هو المرض الشديد الذي يزيد بالصوم ، أو يخشى تأخر برئه

Menurut Sayyid Sabiq (SS), sakit yang dimaksudkan syara` ialah sakit berat yang akan bertambah parah jika terus berpuasa, atau sakit itu lambat sembuh jika berpuasa. Ini dapat disahkan melalui tiga cara: pengalaman, nasihat doktor dan dugaan yg kuat.

Kemudian, SS membawa pandangan yang berlawanan, yakni sakit itu termasuk sakit yang ringan:
قال في المغني : " وحكى عن بعض السلف : أنه أباح الفطر بكل مرض ، حتى من وجع الاصبع والضرس ، لعموم الآية فيه ، ولان المسافر يباح له الفطر ، وإن لم يحتج إليه ، فكذلك المريض " وهذا مذهب البخاري ، وعطاء ، وأهل الظاهر al-Mughni, jld 3, masalah no 2091
Terj:
Berkata Ibn Qudamah dalam al-Mughni, menurut sumber berita (disandarkan kpd Imam Ahmad), ada sebahgian salaf yang mengharuskan berbuka untuk semua jenis penyakit, hatta sakit pada jari-jemari atau gigi geraham (gigi berlubang). Ini kerana umumnya ayat. Begitu juga kerana musafir (outstation), dibolehkan berbuka walaupun ia tidak memerlukan, maka samalah kes dgn org sakit. Ini adalah madzhab al-Bukhori, `Atha' dan Zahiri (Daudi atau Ibn Hazm).

Syarh:

SS kata sakit sakit yg boleh berbuka ialah sakit berat, manakala dari kitab al-Mughni, tiga madzhab membolehkan berbuka untuk semua jenis sakit.

Tahqiq: menurut piawaian DYQ

DYQ dalam Fiqh Siyyam, memilih pendapat SS, bahawa sakit yang dimaksudkan ialah sakit yang memudharatkan pesakit jika terus berpuasa. Cara menentukan ialah dua cara:
1. Percubaan puasa, jika dia cuba berpuasa dan terbukti sakitnya semakin sakit dan semakin lambat untuk sembuh atau
2. mendapat nasihat doktor pakar.

Rumusan: Isu sakit dan puasa ada dua pendapat,
pertama: sakit berat yang bertambah parah jika berpuasa,
kedua: sakit itu dibiarkan umum dan terbuka dan di serahkan kpd ijtihad tuan punya badan. Dialah yg menentukan tahap sakit yang dimilikinya.

TBC: isu musafir, sejauh mana musafir boleh berbuka, termasuk sistem lebuhraya yg mudah atau perjalanan kapalterbang...

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 5 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk seseorang yang baik

-- HR. Ahmad dan al-Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 130
Bots: 0
Total: 130
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster