Community Forums
Berlapang Dada Tetapi Tegas..
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Ibnu_Sulaiman
Student L3



Joined: Dec 27, 2008
Posts: 536
Location: Petaling Jaya, Selangor

PostPost subject: Berlapang Dada Tetapi Tegas..
Posted: Wed Apr 06, 2011 8:14 am
Reply with quote

* Artikel Asal : ordinaryguy92.wordpres...api-tegas/

Hakikatnya, jika kita memerhatikan insan di sekeliling kita maka kita akan dapati sememangnya insan terbahagi kepada banyak ‘jenis’. Ada yang berlapang dada dengan selapang-lapangnya, ada yang agak keras tetapi tidak begitu tegas, ada yang keras dan tegas, tidak kurang juga yang berlapang dada tetapi tegas. Maka, sudah pasti akan ada yang bertanya antara kesemua ini, manakah yang terbaik untuk menjadi prinsip kita?

Secara peribadi saya, prinsip yang saya pegang adalah seperti dalam tajuk di atas. Berlapang dada tetapi tegas. Apakah itu berlapang dada? Menurut kefahaman saya, ia merujuk kepada keterbukaan kita dalam menerima dan menghormati pandangan, pegangan dan hujah orang lain dalam sesuatu perkara manakala ketegasan pula merupakan refleksi kepada sikap kita terhadap sejauh mana kita berpegang dengan manhaj, metodologi dan prinsip kita itu.

Justeru, berlapang dada tetapi tegas bererti kita bersedia untuk menerima dan menghormati pegangan, pendapat dan hujah orang lain tanpa ada rasa ‘dendam’ atau ‘geram’ dan konco-konconya namun berpegang teguh dengan manhaj, fikrah, metodologi dan prinsip.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوْا عَلَى الاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran/permusuhan.” --- Surah Al-Maidah Ayat 2

Maka, kita mestilah menjauhkan diri dari perasaan dendam yang mengundang kepada permusuhan dan pertelingkahan yang hanya akan merugikan umat islam sendiri.

Berubah pandangan

Sebagai tambahan, harus kita ketahui bahawa berpegang teguh dengan manhaj dan prinsip tidak bererti kita tidak boleh berubah pandangan atau pegangan dalam sesuatu perkara seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Itu bukan bermaksud kita tidak berpendirian! Kita patut jelas dalam perkara ini.

Apabila kita melihat sirah Nabi Muhammad sollahu ‘alaihi wasallam, bagaimana cara baginda bermasyarakat dan apa saranan baginda dan ahli2 tafsir berkenaan ayat ni.

Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala:
لاَ تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ يُوَآدُّوْنَ مَنْ حَآدَّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلَوْ كَانُوْا ءَابَآءَهُمْ اَوْ اَبْنَآءَهُمْ اَوْ اِخْوَانَهُمْ اَوْ عَشِيْرَتَهُمْ
“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” --- Surah Al-Mujadilah Ayat 22

Berpegang Pada Mazhab


Apabila dibincangkan tentang topik ini, maka akan timbul persoalan tentang bermazhab. Adakah kita diwajibkan mengikut satu mazhab sahaja? Adakah kita tidak boleh mengikut pandangan mazhab lain sekalipun pendapatnya lebih tepat berdasarkan nas dan dalil yang lebih kuat?

Sesungguhnya, perkataan ulama boleh dinilai dengan perkataan ‘ulama lainnya yang setaraf. Setiap ‘ulama berkata dengan hujah. Apa yang kita ambil bukan atas nama dia sebagai ‘ulama semata-mata. Tetapi hujah dan penjelasan mereka yang kita fahami dan ambil (gunakan). Kita bukan tukang angguk dan geleng2. Kita diberikan akal untuk menilai setiap hujah yang dibawa sama ada bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah atau sebaliknya.

Imam Malik Bin Anas radhiyallahu 'anhu berkata:
إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه
( ابن عبد البر في الجامع 2 / 32 )
“ Aku hanyalah seorang manusia, adakalanya salah dan adakalanya benar. Oleh sebab itu, perhatikanlah pendapatku. Apabila ianya bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka ambillah, dan apabila ianya tidak bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, tinggalkanlah ia.” (Lihat: Ibnu 'Abdil Barr, al-Jami', 2/32. Dinukil dari: al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/48)

Juga Imam Abu Hanifah rahimahullah berpesan:
لا يحل لأحد أن يأخذ بقولنا ما لم يعلم من أين أخذناه
“ Tidak halal bagi seseorang untuk mengikuti perkataan kami sekiranya dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya”(Lihat: Syaikh Soleh al-Munajjid, Fatawa Islam Su'al wa Jawab, 1/3. Syaikh al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/46)

Maka, kita dapat simpulkan bahawa pandangan seseorang ulama boleh ditolak dengan hujah ulama yang lain yang lebih mendekati kebenaran. Begitu juga, hujah seseorang ulama boleh dikuatkan dengan hujah ulama yg lainnya. Dari sini, bukanlah bermaksud orang awam itu sendiri yang berijtihad mengatakan ulama ini salah, lalu mengatakan aku yang benar tetapi, perlu menuntut ilmu untuk mengetahui hujah dan dalil yang digunakan dalam sesuatu perkara, juga pandangan para ‘ulama terhadap sesuatu perkara itu.

Antara Krtikan dan Cercaan

Ada sesetengah orang yang kurang senang dengan kritikan bahkan apabila sesetengah pandangannya dikritik, maka dia beranggapan dia dicerca. Begitu juga, apabila ada pendapat dan hujah ulama silam yang dikritik, maka tanggapan yang sama berlaku. Orang berkenaan dianggap biadap dan menghina ulama berkenaan. Betulkah tanggapan ini?

Bagi saya selaku orang yang mempunyai ilmu bahasa juga, kritik dan cerca mempunyai maksud yang berbeza, namun ada juga persamaan. Kedua-duanya merupakan satu tindakan mengomen ke atas sesuatu perkara. Cumanya yang membezakan kedua-dua perkataan ini ialah mengkritik ialah mengomen secara ilmiah atau boleh juga dikatakan lebih tertumpu kepada sesuatu perkara. Sedangkan, mencerca pula boleh disebut sebagai mengomen kepada perkara tertentu, tetapi ia tidak tertumpu kepada itu sahaja. Malah, ia diselitkan dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti penghinaan dan sebagainya.

Maka, kita haruslah jelas antara kedua-dua tindakan ini dan dapat membezakan antara kedua-duanya.

Golongan ‘Wahabi’

Di akhir zaman hari ini, timbul pula isu melabelkan sesetengah orang dengan ‘Wahabi’. Bahkan saya sendiri dilabel sedemikian! Dengan nada tegas, saya ingin mengatakan saya bukan wahabi! Apabila ditanya kepada yang ‘melabel’ ini akan apa yang dimaksudkan dengan ‘golongan wahabi’ itu, macam-macam yang diberikan. Saya pun nak hairan sebab sebahagian jawapan ada yang bercanggah antara satu sama lain. Antara ciri popular yang disandarkan kepada golongan ini ialah mereka selalu dikaitkan dengan Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab sebagai pengasas serta mereka ini tidak terikat dengan mazhab.

Ramai juga yang dituduh sebagai ‘wahabi’, termasuklah Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi. Kata beliau:
“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.(rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Ingin juga dinukilkan di sini kata-kata Sheikh Malik Abdul Aziz yang dituduh Wahabi. Beliau berkat
“Aku adalah penyeru kepada aqidah Solafush Soalih, dan aqidah Salafus Solih adalah berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan apa yang datang dari Khulafa Ar- Rasyidin” [Al-Wajiz Fi Siratil Malik Abdul Aziz hal.216]

Beliau juga berkata :

“Mereka menamakan kami Wahabiyyin, dan menamakan mazhab kami adalah mazhab wahabi yang dianggap sebagai mazhab yang baru. Ini adalah kesalahan fatal, yang timbul dari propaganda-propaganda dusta yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam. Kami bukanlah pemilik mazhab baru atau aqidah baru. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah mendatangkan sesuatu yang baru, aqidah kami adalah aqidah Salafus Solih yang datang di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan apa yang ditempuh oleh Salafus Solih. Kami menghormati imam empat, tidak ada perbezaan di sisi kami antara para imam : Malik, Syafi’i, Ahmad dan Abu Hanifah, semuanya terhormat dalam pandangan kami” [Al-Wajiz Fi Siratil Malik Abdul Aziz, hal. 217]

Kita jangan mudah melabel orang sebagai ‘sesat’ bahkan lebih dahsyat lagi ‘kafir’. Hali ini kerana itu satu ‘hukuman’ yang sangat berat dan kemungkinan orang yang dilabelkan itu lebih benar daripada kita di sisi Tuhan yang maha mengetahui. Hakikatnya, itu adalah urusan antara seseorang hamba itu dengan ALLAH.

Nasihat untuk semua

Maka, kesimpulannya, ingin saya yang merupakan insan yang fakir dan kerdil ingin menasihatkan saudara seaqidahku agar kita berlapang dada dalam menghormati dan menerima pegangan orang lain. Jangan pendamkan sifat dendam dan takabbur dalam diri kita. Janganlah kita taksub dengan seorang dua para ulama sahaja. Ikuti dan pelajari dari ramai ulama. Itulah yang terbaik. Belajarlah untuk mendengar kata-kata & hujah semua pihak walaupun orang yang tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yang dia lebih benar daripada kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Kemudian, nilailah semua pandangan dan hujah yang diberikan dengan 'adil.

Orang yang berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan orang lain walaupun mereka berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya orang yang berfikiran pasif lebih mudah bersangka buruk, cepat melatah dan suka melabel orang.

Akhir kalam, semoga kita sentiasa dalam rahmat, keredhaan dan perlindunganNya. Mencari keredhaanNya ialah matlamat kita bukan? Ketepikan perbezaan antara kita, utamakan persamaan antara kita yang sangat banyak. Kita bersatu atas tali ‘ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Janganlah kita selalu melaungkan ungkapan ‘pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah’, tetapi dalam masa yang sama kita tidak menjaga akhlak kita sesama insan yang merupakan perkara besar di dalam ugama ini.

Banyakkan berdoa, "Ya Allah tunjukkan kepada kami yang benar itu sebagai benar, dan berilah kami kemampuan mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang batil itu sebagai batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya."
Sesungguhnya, ini hanya kata-kata saya semata-mata. Setiap kata-kata insan bisa diterima dan bisa juga ditolak melainkan kata-kata ALLAH Ta’ala dan Rasulullah Sollahu ‘alaihi wasallam. Sebarang kesilapan, amatlah dialu-alukan untuk ditegur bagi diperbetulkan. Saya akhiri dengan hadis yang memang popurlar sebagai ingatan kita bersama. Wallahua’lam.
“Dari Abu Najih, Al 'Irbadh bin Sariyah radhiyallahu'anha berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat." Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup sepeninggalku niscaya kalian akan menyaksikan banyak perselisihan. Karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaa-ur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu muhdats (perkara baru) karena sesungguhnya setiap bid'ah itu sesat." [Hadis riwayat Ahmad (IV/126-127), Abu Dawud nomor 4607 dan at-Tirmidzi nomor 2676, ad-Darimy (I/44), al-Baghawy (I/205), al-Hakim (I/95), dishahihkan Syaikh al-Albany dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2455)


Last edited by Ibnu_Sulaiman on Thu Apr 07, 2011 10:27 am; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
aleeya
Student L7



Joined: Mar 02, 2009
Posts: 1776

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 8:18 am
Reply with quote

saya pulak pegang:

"we should not impose our views upon others"

"agee to disagree"
Back to top
View user's profile
Ibnu_Sulaiman
Student L3



Joined: Dec 27, 2008
Posts: 536
Location: Petaling Jaya, Selangor

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 8:24 am
Reply with quote

aleeya wrote:
saya pulak pegang:

"we should not impose our views upon others"

"agee to disagree"

saya pun pegang juga macam tu. Very Happy
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:21 pm
Reply with quote

Mod tolong buat thread cleansing dan tendang keluar aja makhluk beridentiti 'mimbar' ini.Tidak ada kebaikan pada postingnya melainkan menambah marah dan dosa.
_________________
Dalam pemerhatian


Last edited by Muhammady7 on Wed Apr 06, 2011 2:24 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Abdullah2
Ahli Setia



Joined: Mar 30, 2009
Posts: 2687
Location: Perlis

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:27 pm
Reply with quote

Adli_Khalim wrote:
mimbar wrote:
Adli_Khalim wrote:
mimbar wrote:
Wahai ustaz me Yang di kasihi.
Kenapa dengan terus menerus meletakkan buruk sangka dengan Jawapan Membazir.
Mengapa tidak di tanya Sendiri kepada yang memberi jawapan berkenaan Huraiannya kenapa Jawapannya Membazir itu di Jawapkan.


Jujur saya katakan, saya rasa tindakan usme tidak bertanya kepada anda adalah tindakan yang betul.


Saya pernah bertanya penjelasan anda tentang satu isu, dan saya cuma minta anda jawab YA atau TIDAK, namun anda tidak menjawab pertanyaan tersebut.

Saudara Adli.itu Tandanya Adli Masih menyimpan dendam.
Saya telah pun memaafkan soklan antum berkenaan IBU dalam tread itu.
Saya tidak mahu mengingati kembali soalan yang tidak berhemah itu, kerana di takuti syaitan akan memasukkan perasaan dendam.
InsyaAllah Ana telah memaafkan dengan suci hati dengan beranggapan bahawa antum masih bersikap keanak anakan dengan soalan yang sebegitu. Wink

jika antum seorang yang telus ,cubalah cari semula soalan itu dan kemukakan di sini supaya kita dapat nilai bersama. Wink
Atau anta bawa soalan itu dan tanya ibu anta, apakah patut soalan seperti itu di utarakan .

Persoalannya Ialah:
Mengapa orang yang mengemukakan soalan yang tidak berhemah itu masih kekan di sini, sedangkan orang yang memaafkan orang yang memberi soalan yang tidak berhemah itu telah di BANN.

Sila Nilai sendiri dan jawab sendiri


Saya tak ingat soalan pasal ibu. Mohon anda bawakan di sini.

Pasal UMMI ke Mimbar... atau pasal UMMI bermaksud Pemimpin ?

_________________
Moga2 kita dapat bersatu.... yang membezakan kita hanya ilmu...
Back to top
View user's profile Send e-mail
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:38 pm
Reply with quote

aleeya wrote:
Muhammady7 wrote:
Mod tolong buat thread cleansing dan tendang keluar aja makhluk beridentiti 'mimbar' ini.Tidak ada kebaikan pada postingnya melainkan menambah marah dan dosa.

saya pula nampak ada yg positif dgn mimbar ni. Paling kurang, dia boleh mengajar kita utk bersabar dgn ragam org dan melatih kita mengendali dan mengawal emosi sendiri.

Nobody can hurt us or make us mad if we don't let them, no matter what they say, write or do.

When we take control of our feelings, we are exercising self-empowerment.

Nobody has full control of where the river of life takes him or her to, but one can always take control of the quality of gracefulness to project in the journey.
Mengganggu thread.Kalau puan tahu betapa sakit mata para MOD nak kemas thread yang dilonggokkan dengan sampah...
***teringat pengalaman 'memancung' 3-4 nickname yang buat perangai macam mimbar di awal penubuhan AFN dulu

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:49 pm
Reply with quote

engko enjoylaa mimbar sat lagi mahkamah tompel akan buat decision.
_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Adli_Khalim
Ilmuwan



Joined: Mar 06, 2009
Posts: 3927
Location: Jakarta Barat

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:01 pm
Reply with quote

mimbar wrote:
Adli_Khalim wrote:
mimbar wrote:
taufiqbelwael wrote:
kalau tak nmpk, tak keluarlah pelbagai hadith tentang tatacara Nabi solat..

Hadis itu Kamu BACA.
Bukannya Kamu LIHAT.

Kenapa Nabi cakap lain kita Faham lain pula buat lain( Bidaah kan?)


kritissssssssss


Boleh saudara mimbar jelaskan bagaimana kita nak lihat Nabi shallallahu `alaihi wasallam solat pada zaman sekarang?

Nabi kata "SEPERTIMANA "

Bukannya Kita lihat Nabi Solat.
Tetapi Kita Lihat sepertimana Nabi solat.

Pergilah ke masjid terdekat .
Lihatlah Imam Imam tu solat, jadilah makmum , ikut jer lah.
Nak macammana lagi.


Adakah sudah pasti imam tersebut solat sebagaimana Nabi shallallahu `alaihi wasallam?

_________________
Personal Page: Adli Khalim
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:08 pm
Reply with quote

aleeya,

kami ni moderators dan ingin menjadikan afn laman web ilmu bukan melayan sufi mabuk..

sebab tu u kena faham tugas kami dan jgn mudah campurtangan dgn tugasan kami.

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:36 pm
Reply with quote

Salam,

Tumpang lalu...

_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
mimbar
Banned User



Joined: Feb 26, 2011
Posts: 462
Location: Johor Bahru

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:42 pm
Reply with quote

Jika Majoriti mengambil keputusan Bann Atas mimbar
Maka Mimbar Berjanji dengan Izin Allah
Bahawa Mimbar tidak akan lagi bersama kalian di AFN walaupun dengan nik yang lain.

Jadikan ini sebagai kenangan buat antum semua.
Dan Harap Moderator Delete segala posting mimbar.
Atau Mod boleh beri masa sebentar supaya mimbar delete sendiri segala posting posting dari pendapat mimbar yang Jahat ini.

Silakan

_________________
cermin diri
م ا ل س ا = ا س ل ا م

س ا ل ا م

اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى
Back to top
View user's profile
Al_Baghani
Student L6



Joined: Oct 26, 2010
Posts: 1475
Location: Bagan, Butterworth

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:43 pm
Reply with quote

mimbar wrote:
Jika Majoriti mengambil keputusan Bann Atas mimbar
Maka Mimbar Berjanji dengan Izin Allah
Bahawa Mimbar tidak akan lagi bersama kalian di AFN walaupun dengan nik yang lain.

Jadikan ini sebagai kenangan buat antum semua.
Dan Harap Moderator Delete segala posting mimbar.
Atau Mod boleh beri masa sebentar supaya mimbar delete sendiri segala posting posting dari pendapat mimbar yang Jahat ini.

Silakan

Ana dah puas menunggu jawapan dari mimbar.. Nak log off ada urusan lagi.

_________________
Scooter
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:45 pm
Reply with quote

mimbar,

clean your own gabbage...afn tak ada alam flora service maa...

warga afn dah vote..u terpaksa meninggalkan pentas akademi fantasia

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:45 pm
Reply with quote

mimbar wrote:
Jika Majoriti mengambil keputusan Bann Atas mimbar
Maka Mimbar Berjanji dengan Izin Allah
Bahawa Mimbar tidak akan lagi bersama kalian di AFN walaupun dengan nik yang lain.

Jadikan ini sebagai kenangan buat antum semua.
Dan Harap Moderator Delete segala posting mimbar.
Atau Mod boleh beri masa sebentar supaya mimbar delete sendiri segala posting posting dari pendapat mimbar yang Jahat ini.

Silakan
Pergilah.Engkau datang tidak dijemput,pergimu tidak dihantar.

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
mimbar
Banned User



Joined: Feb 26, 2011
Posts: 462
Location: Johor Bahru

PostPost subject: Re: Berlapang Dada Tetapi Tegas...
Posted: Wed Apr 06, 2011 3:56 pm
Reply with quote

anna_tahirah wrote:
Benar, Allah itu dekat.
Tapi Allah berada di langit.

Rasulullah s.a.w. ketika ingin clarify akidah seorang hamba wanita ahli kitab, Baginda bertanyakan dua soalan:
1. Siapa saya- Hamba wanita menjawab:Engkau Rasulullah.
2. Di mana Allah? - Hamba wanita menjawab:Allah di langit.


Itu jawapan bagi Hamba wanita itu.

Tetapi untuk ana sendiri bagi menjawab soalan Tahirah, maka ana jawab

Seperti yang di AJARKAN Allah kepada NABI S>A>W dalam ayat tadi.

Bukan bererti Ana tidak menerima bahawa Allah di langit.
Ana menerimanya.dan membenarkan sebagaimana Nabi membenarkan.

Tetapi Allah mengajarkan.
Apabila Hambamu BERTANYA
Maka JAWAB LAH.

So
Anta Bertanya
Lalu Ana jawab separtimana Allah Ajarkan.

Yang dalam HAdis itu Nabi tu, nabi tidak Mengajarkan Suruh jawab begitu.
Nabi cuma Membenarkan jawapan itu.
Lalu Ana juga Membenarkan jawapan itu seperti nabi.

Tetapi Ana tidak mahu menjawab soalan Anta itu dengan berkata bahawa Allah di langit, kerana Nabi tidak ada menyuruh menjawab begitu.

Anta faham kah maksud ana>
Ana ikut Yang original
Bukannya Andaian andaian

_________________
cermin diri
م ا ل س ا = ا س ل ا م

س ا ل ا م

اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى


Last edited by mimbar on Wed Apr 06, 2011 3:58 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 54
Bots: 0
Total: 54
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster