Community Forums
[Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 10 - pisang kelat siam
Ruangan ulasan terhadap buku-buku yang berada dipasaran.
Go to page 1, 2, 3, 4  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexBuku
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 10 - pisang kelat siam
Posted: Wed Apr 06, 2011 7:21 am
Reply with quote

(1) lu sapa?

Jusoh bukan siapa-siapa. Dan dia bukan apa-apa. Dia hanyalah seorang Jusoh. Hanya Jusoh!

Dan cerita tentang Jusoh bukanlah menarik sangat pun. Orang Terengganu kata dok sedap langsung! Nak sedap guane, Jusoh bukannya seorang tokoh pun. Nak jadi tokoh guane, apa makna ‘tokoh’ pun Jusoh dok tahu! Jusoh hanya orang biasa. Bahkan lebih biasa daripada orang-orang biasa yang lain.

Tapi itulah sebabnya! Sebab dok sedap tu lah. Kelebihan cerita Jusoh ialah kerana dok sedap langsung tu lah! Ye lah, kalau nak baca kisah menarik, dah ada bersepah orang tulis buku dah. Orang Temerloh kata ‘ada berlambok-rok’ dah! Buku-buku yang bersusun-susun di kedai, itu semuanya cerita sedap tu! Jadi kalu sekali-sekala baca kisah yang dok sedap, menarik jugak! Macam makan nasi lah. Kalu sokmo-sokmo makan lauk sedap je hari-hari; gulai ketam lah, kari kambing lah, ikan siakap masak stim halia lah, tiba-tiba tukar menu lauk dok sedap sekali! Makan nasi lauk ikan panggang tawar macam orang dalam pantang, pergh! Sedap gak!

Jadi ibaratkanlah cerita Jusoh ini macam makan nasi lauk ikan kembong panggang tawar je lah! Ada budu, asam limau, lada jarum, cukup ah! Makan kering-kering gitu je.

Jusoh pun minat jugak baca cerita sedap-sedap, kisah pengalaman dan biografi orang-orang yang terkenal. Dok kira lah tokoh Islam ke, tokoh Melayu ke, tokoh cap keris ke, tokoh sukan ke, tokoh orang putih ke, atau pun tokoh orang yang tidak putih! Seronok baca. Dia orang ceritakan kisah hidup masing-masing. Pengalaman sejak dari kecik baru merangkak belum pandai berjalan, sampai lah ke tua nak berjalan pun orang tolong tolak atas kerusi roda. Memang menarik!

Dan dalam ramai-ramai orang terkenal dan yang ‘ada nama’ dalam bidang apa pun yang menulis kisah hidup masing-masing itu, kebanyakannya menceritakan kisah kemiskinan masa kecik. Semua! Itu yang membuatkan kisah mereka jadi menarik. Sebab miskin tu!

Cuba baca kisah pengalaman Dato’ Najib Tun Razak, atau Mukhriz Mahathir, atau Hishamudin Tun Husin, masa mereka kanak-kanak! Tobat dok menarik langsung! Nak cerita apa, mereka memang anak Perdana Menteri! Anak PM! Takkan anak PM nak cerita pengalaman masa kecik buat kerja part-time menoreh getah ke, jual karipap kat sekolah ke, ambik upah tanam tembakau ke, curi getah sekerap ke, curi buah nyor pergi jual ke tuan pokok nyor semula....! Nampak sangat lebong!

Dok bulehlah nak bandingkan dengan Jusoh. Ayah Jusoh pangkat rendah sikit pada PM. Ayah Jusoh kerja PCM – Pukat Cerut Malam! Hari Boroh 1 Mei pun kena kerja. Takdok cuti! Cuti dok cuti pun masa ombak kasar musim tengkujuh bulan dua belas je lah.

Serupa lah dengan Jusoh. Sama je pengalaman dengan kebanyakan tokoh-tokoh terkenal tu. Masa kecik memang miskin. Tetapi bila dah besar, barulah mereka berjaya dalam dunia masing-masing. Jadi terkenal. Jadi tokoh yang tersohor. Dan itu yang membezakan mereka dengan Jusoh. Meraka asal miskin, akhirnya jadi kaya. Jusoh pulak, asal miskin, dan sampai besar pun masih kekal mempertahankan kemiskinan itu. Istiqamah!

Gitu jugak dengan orang yang menulis tentang pengalaman mengembara ke negeri orang. Ada macam-macam cerita. Ada yang ceritakan pengalaman masa belajar di Eropah, England, Amerika, New Zealand, Australia. Ada yang cerita kisah masa duduk di Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Utara. Ada yang mengisahkan kembara di bumi Anbia. Negeri Arab, Syria, Jordan, Mesir. Ada yang melawat Turki. Macam-macam yang dikisahkan. Ada yang mengorat mat saleh perempuan, ada orang putih syok ke dia, kisah orang Arab itu ini begitu begini. Semua menarik. Seronok sungguh Jusoh membaca pengalaman dia orang. Mereka tulis pun pandai. Itu yang membuatkan cerita jadi lebih menarik.

Dah Jusoh nak cerita pengalaman apa benda? Padan main di Marang, Dungun, Kemaman, Kuantan, Pekan je! Kalu cerita pun sapa nak baca? Dok sedap langsung! Takkan nak cerita kisah beruk panjat nyor di Pulau Kerengga! Atau cerita orang jual jagung rebus di Gong Balai? Atau kisah tok nyadat mabuk air tuak di kampung Penor?

Tapi itulah saja benda yang Jusoh buleh cerita pun! Pengalaman Jusoh tak jauh. Sekitar kampung dan bandar-bandar kecik di Terengganu dan Pahang je. Nak cerita hal Turki guane, Jusoh pergi Kota Bharu pun sesat! Sungguh!

Masa tu ada meeting di Perdana Resort. Jusoh bawak kereta. Yang dari KL ada yang naik flight. Yang jauh ada yang naik bas. Dari PCB – dulu namanya Pantai Cinta Berahi, tapi tok guru Nik Aziz dah tukar jadi nama Pantai Cahaya Bulan! PCB jugak! Sesuai sangat dah nama tu. Ye lah, cinta berahi tu bunyi tak senonoh sangat. Yang mahalnya, cahaya BULAN tu.

Dari PCB, Jusoh pergi ke stesen bas dekat dengan pasar. Nak ambik kawan yang baru sampai. Malam. Dah dekat pukul sebelas. Rupanya bas kawan tu tiba di stesen bas ekspres lain. Stesen bas SKMK Langgar di Jalan Bulatan Yahya Petra! Tanya orang, dia kata kena lalu Jalan Hospital, lepas tu masuk Jalan Sultan Ibrahim, lepas tu masuk Jalan Sultan Yahya Petra, masuk simpang kanan, kemudian terus je sampai jumpa stesen bas SKMK.

Jusoh ikut Jalan Sultan Ibrahim! Sedar-sedar dah masuk Jalan Hamzah. Hah sudah! Mezoh mana pulak ni? Jam dah 11 lebih. Zaman tu tak pakai handphone lagi. Kedai banyak dah tutup. Nasib baik ada satu kedai kopi Cina masih bukak. Meja sampai ke luar. Nampak ramai jugak lagi orang tengah minum. Tapi semuanya aiya! aiya! aiya! Semua Cina. Jusoh pun parking kereta tepi jalan. Pergi ke meja yang paling dekat.

Dua orang Cina tengah minum. Pakai singlet dengan seluar pendek. Tak hensem langsung pun! Umur dalam lima puluhan. Nampak gaya macam pomen motosikal.

“Uncle! Sorry aar! Mau tanya sikit bole ka? Wa suda sesat woo! Wa mau pigi itu SKMK punya bas station. Mana itu tempat aar? Manyak jauh ka, uncle?”

Fuh! Kalu lah tokki Jusoh masih hidup, tobat kembang lubang hidung orang tua tu bila dengar Jusoh bercakap. Bangga! Siapa sangka cucu dia pandai cakap Cina woo! Dengar pada pelat tu, bunyi bukan macam Cina biasa tu. Koman-koman pun China Taipei tu!

Cina tu jawab : “Demo silap ni! Tadi maso kat trefik light, patut demo gi kiri! Bakpo mari kane nyo? Tapi tak apo, demo wat u-turn semula, pah demo gi sterik jah. Sampai simpang yang nombor duo, demo belok kane!”

Ambik nak! Cina tu pulak yang cakap bahasa baku! Dok pelat langsung! Tapi Jusoh tak dok hal. Dok rasa malu langsung pun! Nak malu apa, bukannya berdosa pun cakap pelat! Bukan buat jenayah pun. Bukannya polis tangkap pun!

Dulu Jusoh pernah juga cuba-cuba nak karang buku. Kononnya! Buku kanak-kanak je. Cerita Abu Nawas dan kisah Pelayaran Sinbad. Bukanlah ada niat nak jadi penulis pun. Takdok langsung. Sikit pun takdok. Sebesar anak kuman kering pun takdok. Tapi entah apa mengigau tah, Jusoh saja buat-buat galak gatal nak menulis. Lepas tu bawak skrip ke dua tiga syarikat penerbit. Eleh! Nak jadi penulis sangat lah aku ni, kononnya!

Hahaha! Bukan setakat tak nak terima, tapi mereka tak nak baca langsung pun! Semua penerbit tanya Jusoh soalan yang sama. Ibaratnya kalau gangster Cina kat pasar babi, dia orang tanya macam ni lah : “lu sapa!”

Siapa nama you? Apa kelulusan you? Apa pengalaman you? Ada pernah dapat sijil penghargaan? Pernah masuk kursus penulisan? Pernah tulis buku? Pernah terima apa-apa anugerah? Pernah pegang apa jawatan? You belajar Agama di mana? Universiti al-Azhar ke Universiti Madinah? Atau di Jordan? Atau Syria?

Orang macam Jusoh, kalu ada yang tanya gitu, maka takdok lagilah jawapan yang paling sesuai selain dari ketawa terbahak-bahak! Tapi bukan gelak kat orang lain pun, untuk diri sendiri je! Mau tak gelak, universiti al-Azhar apa ke benda, sijil KAFA pun Jusoh takdok! Tanya pegang jawatan apa, takkan Jusoh nak cerita dia pernah jadi Ketua Darjah masa sekolah rendah dulu!

Tapi Jusoh gelak dalam hati je lah! Tak ada lah gelak depan-depan dia orang. Control. Muka tetap tenang. Tenang dan terkulat-kulat macam biawak pasir! Sebab Jusoh pun dapat satu pengajaran baru. Selama ni memang Jusoh dok tahu-menahu langsung pun. Rupanya kalu nak tulis cerita Abu Nawas, paling koman pun kena masuk Universiti Al-Azhar dulu! Setakat ambik MBA dari UiTM macam Jusoh, habis kuat pun setakat layak cerita kisah arnab lumba lari dengan kura-kura je lah!

Dengan sengih-sengih gaya macam perkerja Bangla yang kantoi dengan supervisor sebab ponteng kerja tidur dalam bilik sembahyang, Jusoh pun cakap, at least tengoklah dulu skrip tu. Baca go through sekali lalu. Lepas tu kalu nak reject pun reject lah! Jusoh dok marah. Takkan Jusoh nak report polis pulak!

Chief Editor tu menjawab dengan lembut dan sopan santun :

“Manuskrip tak penting! Kita tak nak tengok skrip. Kita pentingkan nama pengarang. Kalau pengarang dah terkenal, nama besar, semua orang kenal, dia tulis lah buku apa pun, kita tak payah tengok, kita terus ambik je. Tapi kalau tak ada nama, baru nak belajar menulis macam you, minta maaf cakap lah, nanti siapa nak beli buku you? You kena faham, kita bisnes!”

Ya! Ya! Ya! Memang Jusoh faham. Faham sangat-sangat. Tak apa. Jusoh tak ambik hati langsung pun. Jusoh tak marah pun. Cuma kalau tadinya masa dia tanya lu sapa, Jusoh terasa diri macam sampah, tak berguna langsung! Tapi bila kena buah ni pulak, Jusoh mula rasa diri umpama kutu babi! Dah lah kecik! Takdok pekdah sikit-harang pun! Menyusahkan orang pulak tu!

Silap Jusoh jugak! Lain kali, kalu galak sangat nak jadi penulis, kalu gatal gelenyar sangat nak tulis buku, sepatutnya Jusoh kena suruh bapak dia bukak syarikat penerbitan sendiri! Barulah orang dok tanya ‘lu sapa’! Tapi ayah Jusoh kerja mukat ikan. Jangan kata nak terbit buku, kalu suruh dia eja buku pun salah-habah! Bertukar dengan k.u.b.u!

Jadi, buku cerita budak-budak yang Jusoh buat sendiri itu, akhir Jusoh print sendiri. Lepas tu Jusoh bantai baca sendiri. Lepas tu Jusoh sendiri yang puji kata buku tu sedap sangat. Dan akhir sekali Jusoh sendiri juga yang masukkan cerita tu dalam api bakar sampah! Nak simpan buat apa, menyemak je. Jadilah Jusoh seperti orang perempuan. Sendiri make-up. Sendiri tengok cermin. Sendiri senyum depan cermin. Sendiri puji kata lawa! Lepas tu sendiri pergi bilik air basuh muka!

Demikian adanya.
Bersambung.


Last edited by Awang_Jeragang on Thu Apr 21, 2011 1:00 am; edited 9 times in total
Back to top
View user's profile
NAZ
Moderator



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 12875
Location: De' C Ni

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 1 - lu sapa!
Posted: Wed Apr 06, 2011 7:37 am
Reply with quote

BEST...carry on please.
_________________
نورعينى احمد
Talent win games, but teamwork and intelligence win championship.
Winners never Quit, Quitters never Win!
Back to top
View user's profile Visit poster's website
peyoy
Pro Sunnah



Joined: Dec 09, 2008
Posts: 3827
Location: Ampang, KL

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 1 - lu sapa!
Posted: Wed Apr 06, 2011 7:37 am
Reply with quote

Ganti Interlok molek nih...
_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...

peyoy-spying-gadget.blogspot.com

Back to top
View user's profile Visit poster's website
ibnuwan
Student L7



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 1840
Location: KT - KL - KTN

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 1 - lu sapa!
Posted: Wed Apr 06, 2011 7:56 am
Reply with quote

sedap doh waser.. semoga sukses!
_________________
ALlah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar
Back to top
View user's profile
aleeya
Student L7



Joined: Mar 02, 2009
Posts: 1776

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 1 - lu sapa!
Posted: Wed Apr 06, 2011 8:00 am
Reply with quote

stail penceritaan yg santai, mengajak pembaca berfikir, mudah diterima pembaca.

saya jarang nak baca cerita yg berjela-jela, tapi novel jusoh ni memang memikat Yes

kalau ada dlm bentuk cetak, saya pasti beli beberapa buah.
Back to top
View user's profile
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 9:58 am
Reply with quote

(2) ceh! bau taik!

Rosman. Kawan lama Jusoh. Lama sungguh! Sejak zaman budak-budak lagi. Sejak tahun 80an. Dulu pernah sama-sama belajar satu sekolah, satu tingkatan, duduk satu asrama, satu dorm! Makan sama-sama satu dewan makan. Sama-sama membesar dengan nasi kawah. Sama-sama tidur atas katil besi dua tingkat. Sama-sama berebut nak berak dalam jamban yang sama.

Dan kedua-duanya juga asal dari kampung. Memang orang kampung! Orang ulu. Orang darat!

Jusoh dari Marang. Kampung Bukit Konggo! Nama kampung pun takdok tulis dalam peta. Jangankan orang Kuala Lumpur, kalu tanya orang Dungun pun sahih dok tahu kat mana! Jusoh sendiri pun dok pernah tahu macam mana sejarah asal usul nama kampung Bukit Konggo. Padahal bukan ada orang Congo pun duduk situ. Takdok sorang-harang pun! Ada lah sorang jeragan pukat cerut yang sohor di daerah Marang, orang panggil nama dia Mat Konggo. Jusoh pun dok tahu macam mana Mat Konggo buleh nama, tapi yang kelakarnya, Mat Konggo sendiri dok pernah duduk di Bukit Konggo pun! Dia duduk kampung lain. Dekat Rhu Muda nun!

Orang dulu gak, macam-macam! Kadang-kadang dia letak satu-satu nama, pakai ikut sedap mulut je. Bukan ada makna apa-apa pun. Bukan ada sebab musabab apa-apa pun. Hanya dinisbahkan kepada ‘sedap sebut’ semata-mata. Ada sorang tua di kampung Jusoh, nama dia Sunway! Entah macam mana ayah dia buleh terfikir nama tu, memang takdok sapa pun yang tahu. Samada ayah dia faham dok apa makna sunway, wallahu’alam! Tapi kalu nak kata sebab ayah dia pernah masuk main gelongsor dalam kolam di Sunway Lagoon kat Subang Jaya pun, memang dok munasabah langsung! Sebabnya, masa ayah dia report buat surat beranak di balai polis dulu, taukeh Sunway Lagon pun tak beranak lagi!

Andaian paling logik yang buleh dibuat ialah, mungkin ayah dia teringin sangat nak bubuh nama orang putih kot. Ok lah tu, Sunway! Senang sikit nak eja. Kalu pilih nama Waterfall ke, Aeroplane ke, payah jugak nak tulis. Maklumlah zaman dulu ayah-ayah kena gi report buat surat beranak di balai polis. Kabo je nak nama apa, semua polis yang tolong tulis.

Ramai orang kata polis memang dok patut, kadang-kadang dia eja nama entah apa-apa! Itu lah sebabnya ada orang lelaki nama Kotijoh lah, Zubedoh lah. Katanya polis saja nak pedajal. Sebenarnya bukan sengaja buat dajal, tapi polis sendiri pun sekolah sampai darjah dua je! Bukannya reti sangat. Sebab tu orang dulu yang ada nama Mohammad kat depan, polis bantai tulis MOHD je semua! Senang! Kalu eja penuh karang, takut polis tu terbabas, bertukar huruf tengah, hah kacau! Bila baca tak jadi Mohammad, tapi jadi nama lain! Polis zaman dulu, bukan buleh kira sangat!

Rosman orang Kuala Berang. Kampung Tajin. Entah apa benda makna tajin, memang Jusoh angkat tangan. Dok tahu starang! Jangankan dalam peta, dalam kamus pun takdok jumpa perkataan tajin. Kalu dia kabo ke orang luar dia dari kampung Tajin, dengar pulak dia bercakap Kuala Berang, tobat orang ingat Rosman orang Serawak! Masa baru-baru masuk asrama dulu, loghat Kuala Berang dok hilang lagi. Ada sekali lepas keluar bilik air, dia belebel sebab ada budak dok pam tandas lepas guna. Kata dia :

“kamai nok birok pun dok buleih! Buke pitu jamban, tingok-tingok, caeh! bao taek!” (sarikata : aku nak berak pun tak boleh! buka je pintu tandas, tengok-tengok, cis! bau taik!)

Tapi kedua-duanya belajar pun dalam kelas lain-lain. Rosman kelas A, kelas yang paling cerdik sekali! Jusoh kelas C, bukan bodo, cuma tak berapa cerdik. Ye lah, kelas C pun sekolah asrama penuh jugak. Sekolah untuk pelajar terpilih. Kononnya!

Kedua-duanya pun bukanlah akrab sangat. Perwatakannya saling berbeza. Jusoh ada geng lain, Rosman pun ada member kamceng yang lain. Tapi kalu ikut sejarah, dok pernahlah mereka dua orang tu berbalah. Masing-masing saling respect. Jusoh jenis babil sikit, kena rotan sokmo dengan cikgu disiplin.

Tapi Jusoh tetap hormatkan Rosman. Rosman budak sivik. Mat belia. Murid disiplin. Jadi pengawas. Tapi kalu nampak Jusoh hisap rokok, Rosman dok pernah pun report ke warden. Semangat kesukanan tetap dijaga. Sporting!

Bahkan kalu cikgu Penolong Pengetua nak buat ops sikap di hostel pun, Rosman yang tukang bagi info awal-awal ke Jusoh :

“Clear skit dalam loker, malam ni ada spot-check!”

Lalu dengan bergegas Jusoh pun mengarahkan tiga empat orang perutusan segera pergi menemui sekelian rakyat yang bernaung di bawah perlindungan Jusoh di blok-blok yang lain. Kabo malam ni ada spot check! Kalu ada apa-apa barang yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah, pandai-pandailah susut tempat lain, jangan simpan dalam dorm!

Jusoh pun dengan tenangnya bungkus kotak rokok dan lighter dalam plastik kecik, masuk dalam poket seluar, lepas tu pergi sidai seluar tu kat ampaian jemur kain di belakang blok. Memang tak pernah masuk dalam akal cikgu pun malam-malam buta nak pergi check baju tengah berjemur kat ampaian. Lagi pun kalu cikgu jumpa rokok dalam poket seluar pun, mana cikgu tahu itu seluar sapa? Mana ada manusia yang nak mengaku? Seluar tu kalau nak jual dua ringgit setengah pun dok laku. Dah buruk! Dah tetas jahit pun kat celah kelangkang!

Manusia hanya mampu makan pil perancang, tapi kalu sekali sekala terbabas, takdir yang menentukan dia termengandung juga! Pihak lembaga disiplin yang menjalankan operasi spot check pada malam itu, telah menemui sekotak rokok Camel takdok filter bersama sekotak mancis cap lada dalam loker Jusoh! Padahal Jusoh hisap rokok Marlboro, dan Jusoh dok pakai batang mancis pun! Itu bukan rokok Jusoh! Itu bukan colok cap lada Jusoh! Itu semua fitnah! Ini satu konspirasi yang sengaja dirancang untuk memerangkap Jusoh!

Keesokan harinya, bila dipanggil ke bilik disiplin untuk dibicarakan, tuduhan yang dihadapkan ke atas Jusoh ialah menghisap rokok! Jusoh nak nafi guane sebab memang Jusoh hisap rokok sungguh! Walaupun jenama lain! Kesalahan Jusoh ialah hisap rokok, tak kira lah cap apa benda pun! Selesai bicara, satu pengumuman meminta semua guru dan murid ke dewan besar dengan segera, ada perhimpunan tergempar! Akibatnya, Jusoh bersama dua orang pelajar lain kena public canning. Kena piat tiga rotan depan orang ramai atas pentas dalam dewan.

Itu kali kedua Jusoh kena public canning. Masa form four dulu dah kena sekali. Lepas sembahyang, keluar musolla, tengok-tengok selipar takdok. Selipar tu dah lah baru beli. Jusoh fikir, kalau orang bertukar salah ambik pun, mesti ada selipar lain yang tinggal. Tunggu punya tunggu sampai semua orang dah keluar, tetapi yang tinggal hanyalah selipar yang betul-betul dah buruk. Laa, bukan sepasang, sebelah je? Jusoh panas hati takdok arah lah. Kalau nampaklah sapa yang pakai selipar baru Jusoh, tobat Jusoh paksa suruh budak tu gigit selipar tu kat situ jugak!

Petang esoknya, masa nak mandi dalam bilik air, nampaklah ada sorang budak form five pakai selipar Jusoh. Pengawas pulak tu. Eleh, Jusoh cakap je besar. Semalam bukan main lagi, nak suruh makan selipar lah, nak gantung selipar tu kat leher budak tu lah... Padahal bila jumpa pengawas form five, bukan buat apa pun. Jusoh tonyoh kepala sikit je! Terhantuklah kepala dia kat dinding bilik air! Itu je! Ada ke patut, Jusoh didakwa kerana menampar pengawas! Padahal masa Jusoh suruh dia balik kaki ayam tu, dia bukan pakai baju pengawas pun. Dok pakai neck tie pun. Takdok name tag pun. Pakai towel nak gi mandi pun kira pengawas jugak? Tak pasal-pasal Jusoh kena naik pentas. Kes selipar hilang je!

Kalu kena public canning, maknanya yang tukang rotan ialah pengetua sendiri. Kalu kesalahan kecik sikit, kena rotan dalam bilik guru disiplin. Kalu kesalahan lagi kecik, kena rotan dalam bilik warden di asrama je. Jusoh dah kalih semua tu. Rotan memang mesra dengan punggung dan labu betis Jusoh. Macam ikan patin dengan tempoyak. Berlaga molek.

Cikgu zaman dulu, bila sebut rotan, memang dia bedal sungguh! Dengan sungguh-sungguh hati. Takdoklah kata nak ikut peraturan Persatuan Babminton Antarabangsa IBF masa servis tak boleh angkat raket tinggi pada buah dada! Tak ada! Sekali pengetua angkat rotan, mesti berlaga dengan kipas atas syiling! Hinggap kat punggung tiga das, punyalah kuat sampai pecah rotan! Kuat sungguh!

Sakit jangan kira lah! Untuk 13 minit pertama lepas kena libas tu, rasa macam takdok punggung! Lepas tu mula rasa berdenyut. Nak duduk atas kerusi pun dok buleh. Berjalan pun kepit taik macam orang dok dang basuh berak! Berjalur tiga line atas punggung. Berbirat pecah darah. Berair. Tiga hari Jusoh mandi tutup aurat antara pusat dan lutut. Punggung dok buleh kena air. Pedih! Tiga hari juga Jusoh terpaksa tidur macam ultraman tengah terbang. Meniarap sambil dua tangan lurus ke depan. Tak boleh baring terlentang. Tiga hari juga Jusoh terpaksa berbogel dalam seluar panjang. Nak pakai spender pun dok buleh!

Tapi itu bukan salah Rosman. Jusoh pun tak pernah berasa hati ke Rosman pasal kes itu. Walaupun Rosman pernah jugak cuba main sengelat dengan Jusoh, tapi itu kes lain. Ada ke patut, dia nak ngorat makwe Jusoh budak form four. Kirim salam sokmo, siap hantar surat lagi. Bagi kad raya lah, kad hari jadi lah. Jusoh tahu semua tu, tapi dia rilek je. Depan Rosman dia buat-buat macam dok tahu apa-apa. Nak kalut wat mende, awek tu bukan syok kat Rosman pun. Itulah sebabnya kenapa Rosman malu mata sangat dengan Jusoh.

Itu cerita 27 tahun dulu. Zaman budak-budak sekolah. Mereka saling terpisah lepas periksa SPM. Jusoh duduk menetap di Kuantan lepas pindah dari KL. Lama dah. Lebih 10 tahun dah. Sejak zaman Mahathir jadi Perdana Menteri lagi. Tak berapa lama lepas Anwar Ibrahim kena pecat dan kena tangkap, Jusoh pun tukar ke Kuantan. Padahal pertukaran Jusoh tak ada sangkut paut langsung pun dengan kes Anwar. Cuma kebetulan berlaku dalam jangka masa yang sama. Masa tu Jusoh jadi kuli bank. Dia yang mintak tukar, bukan majikan yang arahkan.

Bukan apa pun, saja Jusoh berasa serabut perut duduk di KL. Serba serbi jadi payah. Baru je nampak hari gelap sikit macam nak hujan, jalan dah jem dah! Masa hujan turun, jem lagi teruk. Lepas hujan berhenti, laaa, lagi tenat! Ish, bila masa yang tak jemnya? Lagipun Jusoh dok serasi duduk di bandar besar. Dok sesuai dengan jiwa dan raga. Jusoh orang kampung. Orang darat ulu. Bagi Jusoh, Kuantan pun kira habis besar dah tu.

Kebetulan masa tu Jusoh main bola antara bank. HR Manager jadi pengurus bola. Manager Kuantan pulak memang kawan baik Jusoh. Senior masa di ITM dulu. Dia call Jusoh bagitahu assistant dia resigned, join Arab Malaysian. Dia ingat nak tarik Jusoh, tapi Jusoh kata nantilah nak kena fikir dulu. Satu hari, lepas training kat Stadium Raja Muda Abdul Aziz sebelah Hospital KL, sambil borak-borak dengan coach, Jusoh kabo ke manager, mengoferkan diri, nak mintak tukar ke Kuantan. Manager suruh buat memo sikit lepas tournament nanti, request for transfer. Sambil bergurau, dia bagi syarat, kalau dapat masuk semi final, dia akan approve permohonan transfer Jusoh.

Nak jadi ke cerita, dan cerita itu lah yang telah merubah sama sekali perjalanan sejarah kehidupan Jusoh! Masa lawan bola di Komplek Sukan Maybank Bangi, memang team Jusoh berjaya masuk semi final! Tapi kalah dengan team Maybank.

Main sembilan orang! Keeper kena kad merah minit ke tujuh, sebab tahan bola dengan tangan luar kotak penalti. Itupun boleh fight lagi. Coach terpaksa keluarkan sorang striker, dan terpaksa masukkan goli rezab untuk jaga gol. Jusoh yang main defensive midfield terpaksa kena jadi back-up striker. Lepas Maybank leading 1-0, second half dapat balas balik jadi 1-1!

Jusoh buat one-two dengan striker dari tengah padang. Dua kali zig-zag, terus sampai dekat dengan kotak penalti. Striker tu memang ligat. Nama dia Nasir. Bukanlah nak puji sangat, tapi Nasir main bola lebih bagus dari kebanyakan player yang main Liga Super. Sungguh! Kalau lah Jusoh jadi Manager Arsenal ganti Arsene Wenger, tobat Jusoh beli Nasir untuk berganding dengan Nasri! Jusoh puji tu bukan apa, sebab Nasir pun pernah cakap, kalau Jusoh main bek, takdok striker dalam Malaysia ni yang boleh lepas nak gelecek Jusoh! Kalu coach suruh main man-to-man marking, siap lah! Memang striker yang Jusoh kena jaga tu balik awal lah. Biasanya kena tukar pemain rezab. Tak boleh main. Sekali dapat bola, mesti menggelupur nak melepasi Jusoh. Keluar padang sambil mengeluh, Botak nombor 16 tu ada bela hantu raya ke?

Masa bola dapat kat Nasir, dia acah macam nak passing ke Jusoh balik, rupanya dia terus drible dan gelecek sweeper Maybank. Lepas tu, dia acah macam nak rembat, rupanya dia gelecek dengan golo-goli sekali! Dia stop bola tu betul-betul atas garisan gol. Lepas tu dia sengaja tunduk dan kuis bola itu dengan kepala masuk gol. Menganjing!

Gol itu dikira, tapi Nasir kena kad kuning. Rupa-rupanya itu kad kuning kedua dah! Separuh masa pertama tadi dia dah dapat satu sebab peteh keting dari belakang. Tak pasal-pasal dapat kad merah kena keluar padang! Dah kena main sembilan orang. Maybank terus sumbat tiga gol berturut-turut. Team Jusoh kalah 1-4!

Dan dipendekkan cerita, seperti yang dijanjikan di tepi padang dekat Kampung Baru dulu, Jusoh pun bawak keluarga pindah ke Kuantan pada 1.9.1999. Masa tu anak baru sorang. Bini tengah sarat mengandung yang nombor dua. Tiga bulan lepas tu, berlangsunglah pilihanraya umum yang paling hebat dan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia. Setakat masa tu! Sejak itu bermulalah satu lagi episod baru dalam lipatan buku sejarah hidup seorang Jusoh. Jadi orang Kuantan!

Demikian adanya.
Bersambung.
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:04 pm
Reply with quote

carry on....cerpen Jusoh ni macam makan nasi briyani yg taruk kas-kas.....hehehe
_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
aleeya
Student L7



Joined: Mar 02, 2009
Posts: 1776

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:23 pm
Reply with quote

Rosman tu mewakili org tertentu atau gabungan org2 yg Jusoh kenali atau mewakili Jusoh dulu2?
Back to top
View user's profile
peyoy
Pro Sunnah



Joined: Dec 09, 2008
Posts: 3827
Location: Ampang, KL

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 2:30 pm
Reply with quote

Ada potensi jadi sasterawan negara....
_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...

peyoy-spying-gadget.blogspot.com

Back to top
View user's profile Visit poster's website
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 8:59 pm
Reply with quote

aleeya wrote:
Rosman tu mewakili org tertentu atau gabungan org2 yg Jusoh kenali atau mewakili Jusoh dulu2?

kemas molek soalan.... er... Yes yg paling hampir ialah gabungan org2 yg Jusoh kenal... dua tiga orang.
Back to top
View user's profile
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 9:01 pm
Reply with quote

Muhammady7 wrote:
carry on....cerpen Jusoh ni macam makan nasi briyani yg taruk kas-kas.....hehehe

Very Happy syyysh... kas kas tu slow sikit.
Back to top
View user's profile
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Wed Apr 06, 2011 9:03 pm
Reply with quote

peyoy wrote:
Ada potensi jadi sasterawan negara....

rasanya saya kenal topeng ni.... haha! kalau tak salah, dlm malaysia ada sorang je pakai topeng gini... 'bapa bunga' ke ni? Very Happy
Back to top
View user's profile
gobledegook
Beginner



Joined: Mar 30, 2011
Posts: 11
Location: bOrneO

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Thu Apr 07, 2011 4:59 am
Reply with quote

Awang_Jeragang wrote:
aleeya wrote:
Rosman tu mewakili org tertentu atau gabungan org2 yg Jusoh kenali atau mewakili Jusoh dulu2?

kemas molek soalan.... er... Yes yg paling hampir ialah gabungan org2 yg Jusoh kenal... dua tiga orang.
owoh... harap2 bukang ambe ah Wink
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
abu_ishak
Student L6



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 1267
Location: Kerteh>Dungun>Kerteh

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 2 - ceh! bau taik!
Posted: Thu Apr 07, 2011 6:54 am
Reply with quote

ap jadi pada saudara Rosman?? he3~ style lo cara penulisan, tp apasal org sastera x bleh approve cara mcm ni ekk? ke aku yg x tau...ho3
_________________
21 years old
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
Awang_Jeragang
Beginner



Joined: Apr 04, 2011
Posts: 29

PostPost subject: Re: [Novel] HANYA SEORANG JUSOH siri 3 - dok pasal-pasal
Posted: Thu Apr 07, 2011 7:21 am
Reply with quote

(3) dok pasal-pasal

Di zaman kecanggihan teknologi komunikasi multi media ni, senang sangat untuk Jusoh dan Rosman saling berhubung semula. Kebetulan Rosman baru tiga minggu ditukarkan secara mengejut dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Dok tahulah pasal apa. Rosman pun kerja bank, tapi jenama lain. Rosman kerja dengan bank Melayu! Bank Jusoh berbangsa Tionghua. Bank Cina!

Nak kata kes kelepek pitis pun, berasa dok munasabah pulak! Sebab Rosman ni masa sekolah dulu kira set lebai jugak lah. Berjurus sangat budaknya! Kalu dok silap Jusoh, ayah Rosman tok imam surau di kampung nun. Mungkin Rosman naik pangkat kot! Agaknyalah! Jusoh pun malas nak tanya lebih-lebih pasal tu.

Rosman menyewa rumah di Kuantan. Bini dengan anak-anak tinggal di Terengganu. Ya lah, anak-anak tengah sekolah, bini kerja, urusan nak mintak tukar bukannya senang. Leceh! Ye tak ye, biarlah Rosman yang ulang-alik seminggu sekali. Rumah di Terengganu pun dekat dengan rumah mak mertua. Maknanya, anak-anak balik sekolah, duduk rumah tok dia. Dok lah susah sangat.

Rosman call Jusoh. Nak jumpa. Jusoh ajak mari ke rumah, tapi Rosman kata minum-minum di luar sedap sikit nak sembang-sembang. Janji lepas sembahyang Isyak. Tunggu di restoren seafood dekat dengan area kawasan dekat dengan rumah Jusoh.

“Assalaamu’alaikum! Jusooohh!! Lama dah mung sampai?”

“Wa’alaikumussalam! Dok eh, baru jugak lagi! Owoh Rosmaaang! Lama sungguh dok jumpa mung!”

Keduanya berjabat tangan dan saling berpelukan dengan erat.

“Dok lama bakpe, dekat 30 tahun dah! Sejak tinggal Sekolah Sains lepas SPM, mana kita pernah jumpa? Hahaha!”

Lepas mintak air dan makanan, bermulalah acara sembang bot penambang. Habislah dibongkar segala salasilah dan susur galur sejarah lama dan kisah kawan-kawan lama. Orang ni duduk di mana. Orang tu kahwin dengan siapa. Cikgu ni dah pencen. Cikgu tu dah meninggal. Orang ni janda. Orang nun bini dua. Lepas tu pakat suka kok-kik kok-kik, kelakar sangat!

Akhir sekali, Rosman bertanya : “Soh, dari sini nak gi Pekan jauh dok?”

“Dok jauh mana! Dok sampai pun 50 kilometer. Bakpe?”

“Pak sedara aku ada sorang duduk Pekan. Tapi aku dok rajin gi pun sana. Kelmarin dia talipon, suruh jugak mari rumah dia malam Jumaat ni lepas Maghrib, sebab dia ada buat kenduri Tahlil! Owoh, terpaksa ah! Kalu ikutkan memang malas, tapi sebab dia buat Tahlil kenduri arwah tu, nak tak nak pun kena gi jugak lah!”


Jusoh buat-buat acuh tak acuh. Dia dengar, tapi buat macam tak penting sangat lah. Jusoh cuma kata : “Kalu bawak kereta, dok sampai sejam pun. Rumah pok sedara mu kat mana?”

“Mengkasar. Dia kata dekat dengan Melati Inn. Mu tahu, Soh?”

“Tahu. Mu gi terus je sampai jumpa jambatan Pekan. Selagi dok jumpa jambatan panjang tu, mu jangan masuk kiri kanan. Terus je. Lepas jambatan, kat depan nun ada simpang T. Kiri ke bandar Pekan, kanan ke Paloh Hinai. Sebelum sampai taffic light tu, mu tengok ada satu simpang kecik belah kiri. Mu masuk simpang tu. Melati Inn dalam tu ah!”

“Eh Soh, aku nak tanya mu... Orang sini biasa buat Tahlil lepas Maghrib ke lepas Isyak? Aku pelik gak sebab orang Tranung kita, Tahlil wat lepas Isyak. Tapi pak sedara aku jemput suruh gi lepas Maghrib!?” Rosman pulak yang sungguh-sungguh tanya pasal kenduri Tahlil.

“Dok tahu gok!” Jusoh menjawab dengan bersahaja dan cuba menunjukkan reaksi bahawa persoalan tu bukanlah persoalan yang mustahak untuk diketahui.

Jusoh cuba tukar tajuk lain, tapi Rosman terus bertanya dengan hairan : “Bakpe dok tahu? Mu dok pernah gi Tahlil orang mati ke?”

“Dok!” Jusoh jawab sambil senyum selamba dan menggeleng-gelengkan kepala.

“Berat mu ni Jusoh! Dari dulu dok berubah-ubah lagi perangai! Kita koho tua ni, perkara-perkara asas dalam agama, kenalah ambik tahu!” Rosman agak serius.

“Haha! Eleh Mang! Tahlil orang mati bukan Rukun Islam pun! Bukan wajib pun!” Jusoh masih buat-buat selamba badak.

“Mu jangan berasa hati Soh, aku nak royat! Bagi aku, kalu umur dah lebih 40 tahun, tapi masih jauh dengan Agama, gelap gambar, Soh!” Rosman mula meyerlahkan kelazeran mulutnya.

“Hahaha! Aku dok gi kenduri Tahlil je Mang! Bukan maknanya aku dok sembahyang-bang!” Jusoh tak berasa hati langsung Rosman cakap gitu. Jusoh masih bercakap sambil tersenyum dan gelak-gelak.

“Ye lah! Pasal apa mu dok gi, itu yang aku nak tahu! Apa alasan mu?” Rosman masih tak puas hati dengan sikap Jusoh.

“Sebab tu aku tanya tadi, Tahlil tu Rukun Islam ke? Wajib ke? Kalu dok wajib, apa benda yang jadi masalah besarnya kalu dok gi Tahlil?” Jusoh bertanya dengan tenang dan suara perlahan.

“Ish! Mana boleh cakap gitu, Soh?” Rosman macam terkanjal.

“Hahaha! Bakpe pulak? Salah ke aku tanya?” Jusoh masih gelak-gelak.

“Aku tanya mu dok jawab lagi. Pasal apa mu dok gi Tahlil orang mati?” Nampak gaya Rosman macam dok puas hati sungguh. Macam nak bahas panjang je.

“Mu tanya aku pasal apa aku dok gi Tahlil? Sepatutnya aku yang tanya mu, pasal apa mu gi? Tahlil tu untuk apa?” Jusoh buat-buat bengong.

“Untuk orang mati ah!” Rosman menjawab dengan yakin.

“Ye lah! Orang mati memang dah mati. Pasal apa kena buat Tahlil dan kenduri arwah pulak? Sapa yang ajar? Kalu tak buat jadi guane? Berdosa ke? Orang mati buleh hidup balik ke? Hahaha!” Jusoh tak ambik serius langsung. Dia buat menganjing pulak.

“Tak baik mu cakap gitu, Soh! Tahlil dan kenduri arwah ialah ibadat turun-temurun sejak zaman tok nenek kita lagi! Takkan hari ni baru mu persoalkan?” Rosman tak dapat menerima cara gurauan Jusoh.

“Aku cuma tanya, pasal apa kalau mati kena buat Tahlil dan kenduri arwah? Itu je! Takkan tanya gitu pun berdosa?” Jusoh tetap dengan muka selamba dan toya.

“Ye lah! Takkan itu pun nak tanya! Kalu ada kematian, kita baca Tahlil, buat kenduri bagi orang makan, kita niatkan pahala itu untuk disedekahkan kepada arwah!” Rosman menjawab dengan lancar macam dah hafal skrip.

“Siapa yang bagitahu kata dapat pahala? Dan sapa pulak yang kabo boleh sedekahkan pahala kepada orang mati dengan cara buat kenduri arwah?” Jusoh dah mula tanya soalan bertubi-tubi.

“Aiiik? Mu ni pelik ni, Soh! Buat benda baik, mesti lah dapat pahala!” Rosman semakin hairan dengan sikap dan pendirian Jusoh dalam soal ini.

“Ye lah! Siapa yang bagitahu kata kenduri Tahlil tu benda baik?” Jusoh masih bertanya soalan skema.

“Adakah menjamu orang ramai makan dan minum itu menyalahi dari segi hukum syarak? Takkan baca Tahlil pun haram? Biarlah logik sikit, Soh!” Rosman tak sabar-sabar nak smash.

“Buat jamuan dok salah! Baca Tahlil pun dok salah! Aku dok kata salah pun! Cuma aku tak pergi majlis Tahlil dan kenduri arwah untuk orang mati!

Dan aku nak tanya, bakpe amalan tu disandarkan kepada orang mati? Pasal apa buat majlis berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga orang mati dengan hidangan jamuan makanan? Pasal apa mu percaya boleh hadiahkan pahala bacaan Yasin, Zikir, dan doa beramai-ramai kepada orang mati dengan cara itu? Pasal apa ditetapkan hari-hari tertentu selepas kematian kena buat acara Tahlil? Siapa yang suruh? Siapa yang ajar? Siapa yang tetapkan?

Adakah amalan ini adalah tunjuk ajar daripada Nabi SAW? Adakah sahabat Nabi pernah buat kenduri arwah untuk kirim pahala kepada ahli keluarga yang meninggal?”
Jusoh dah start panas injin.

“Memanglah Nabi tak buat, sahabat pun tak buat! Tapi, apa salahnya kita buat? Inikan perkara baik. Aku dok nampak pun kat mana yang salahnya dengan kenduri Tahlil!” Rosman makin bersemangat.

“Gini ah Mang! Samada salah atau tidak sesuatu amalan itu dari segi Agama, bukan kira mu nampak atau mu tak nampak! Sebenarnya mu rasa majlis Tahlil kenduri arwah ni satu ibadat ke bukan?” Jusoh tetap cool.

“Mestilah ibadat! Apa saja yang amalan kita buat untuk mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, semua tu ibadat!” Rosman tetap yakin dengan pendapatnya.

“Jadi mu rasa kita boleh reka urusan ibadat dan boleh fikir cara nak dapat pahala dengan akal sendiri?” Jusoh membuat pukulan pancung.

“Bukan reka sendiri dengan akal! Kita ambik daripada ulamak!” Rosman cuba melepaskan diri dari soalan yang merimaskan dari Jusoh itu.

“Ulamak mana? Siapa nama dia? Adakah mu rasa ada orang lain selain dari Nabi yang layak menentukan ibadat begitu dan begini dalam Agama? Aku kata kenduri arwah tu bid'ah, mu ingat aku ambik dari tok peraih ikan ke? Ulamak jugak. Aku boleh sebut nama ulamak yang mengharamkan kenduri arwah.

Sekarang yang jelas, amalan itu bukan dari Nabi! Sebab tu aku tanya, ulamak mana yang menetapkan buat Tahlil dan kenduri boleh hadiahkan pahala kepada orang mati? Dan ulamak tu ambil dari siapa? Bukankah dia reka sendiri?”
Hah sudah! Jusoh pulak yang lebih.

“Habis tu, tok imam dan ustaz yang duk buat Tahlil selama ni, semua sesat lah?” Rosman makin panas.

“Samada sesat atau tidak, itu bukan urusan kita. Aku menuntut sikit sebanyak ilmu agama, untuk aku amalkan. Bukan untuk menghukum sesat kepada sesiapa! Apa yang aku belajar, maka aku berpegang, bahawa amalan baca Tahlil ramai-ramai di rumah ahli keluarga orang mati, lepas tu ada kenduri pulak, dengan kepercayaan orang mati akan dapat pahala... bagi aku itu bukan ajaran Agama Islam! Itulah bid’ah! Jadi aku tak buat, itu saja! Soal tok Imam dan ustaz pakat buat Tahlil, itu bukan urusan aku!” Jusoh menerangkan dengan perlahan tapi tegas.

“Soalnya mu telah membid’ahkan semua orang yang buat Tahlil!” Rosman tak dapat terima pendapat Jusoh.

“Aku dah kata, kalu orang lain nak buat Tahlil, itu bukan urusan aku! Tak ada pasal pulak aku susah-susah nak pergi bid’ahkan dia orang. Buat apa? Nanti mati kena soal dalam kubur pun, masing-masing kena jawab sendiri. Bukan aku yang kena tolong jawab untuk dia orang pun!” Ambik nak! Kena sebutir dengan Jusoh.

“Kita orang Melayu, Soh! Bermazhab Syafi’e. Urusan agama kita tak boleh nak memandai-mandai. Kita wajib bertaqlid kepada Imam Syafi’e. Memang mazhab lain mereka tak buat kenduri arwah, tapi itu mereka punya pasal. Kita tak boleh ikut mereka! Kita wajib ikut Syafi’e! Hal agama tak boleh buat main-main! Silap-silap cakap nanti terkeluar dari mazhab Syafie!” Rosman masih cuba menasihati Jusoh.

“Apa kena-mengena kenduri Tahlil dengan Imam Syafi’e pulak?” Jusoh buat selamba semula.

“Ye lah! Orang mazhab Syafi’e yang buat Tahlil arwah. Imam Syafie mengatakan Sunat. Pasal apa mu kata bid’ah? Mu lebih alim dari Imam Syafie ke?” Rosman kepanasan.

“Mang...! Mu tahu dok mu tengah berbohong sekarang? Mu sedar dok mu sedang berdusta atas nama Imam Syafi’e? Mu faham dok bahawa mu sedang memanjangkan fitnah terhadap diri seorang ulamak besar? Mu tahu dok Imam Syafi’e tidak pernah menghalalkan amalan kenduri arwah? Mu tahu dok Imam Syafi’e kata itu adalah amalan jahiliyah yang sesat? Mu tahu dok ulama’-ulama’ mazhab Syafie menghukum amalan Tahlil orang mati dan kenduri arwah sebagai perbuatan haram dan bid’ah?”

Rosman terdiam. Terkejut. Jusoh menyambung : “Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka tanpa ada hujah atau Dalil dari Kitab Allah dan Sunnah!

Amalan yang disangka ibadat, samada dianggap wajib atau sunat, maka dok buleh kita tetapkan dengan akal kita, Mang! Contohnya amalan kenduri arwah, atau majlis Tahlil, atau majlis baca Yasin. Itu semua hanya ketentuan dari akal manusia, bukan dari ajaran Nabi SAW!

Dalam ibadat, kita hanya dihalalkan mengamalkan apa yang telah disyariatkan oleh Qur’an dan Sunnah sahaja! Selain dari itu, semuanya bid’ah!”


Ambik nak! Dok pasal-pasal jadi panas. Asalnya tanya nak gi Pekan je. Last-last duk bahas bab kenduri arwah jadi panjang lebar pulak.

Rosman tak puas hati. Tapi malam dah lewat. Kedai dah nak tutup. Kedua-duanya janji nak jumpa semula malam esok di tempat yang sama.

Demikian adanya.
Bersambung.
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Buku
Page 1 of 4
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH SWT yang bersaudara.

-- HR. Muttafaq `alaih

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 73
Bots: 0
Total: 73
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster