
KEMASKINI PENGUMUMAN
Dimaklumkan bahawa portal ini telah ditutup daripada sebarang kemaskini, penambahan dan perbincangan baharu. Ia telah menjadi arkib untuk rujukan semata-mata. Untuk penambahan kandungan dan perbincangan baharu, sila ke alamat ini:
http://al-fikrah.net
PENGUMUMAN TERDAHULU:
Sukacita dimaklumkan bahawa kami sedang di dalam proses menyediakan tapak Forum AFN versi baru (kedua) bagi menggantikan Forum AFN yang sedia ada.
Untuk makluman, forum baru AFN versi ke 2 nanti akan bermula sebagai forum baru, yang mana segala isi kandungan forum lama akan kekal di forum lama, tetapi dengan url yang lain, iaitu http://arkib.al-fikrah.net
Di bawah adalah butiran lanjut mengenai implikasi kepada pengunjung AFN terhadap kerja menaik taraf yang akan kami lakukan.
1. Semua Pendaftaran ahli baru untuk Forum AFN akan dihentikan bermula pada hari ini
2. Perkhidmatan Forum AFN akan dihentikan seketika pada 14 Jan 2012 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf.
3. Selepas daripada itu (15 Jan 2012) url (al-fikrah.net) Forum AFN sekarang akan ditukarkan kepada http://arkib.al-fikrah.net dan kemudiannya hanya akan kembali semula sebagai forum untuk bacaan sahaja (read-only).
4. Forum baru AFN versi ke 2 akan mengambil alih url al-fikrah.net, dan pengunjung yang pernah mendaftar di Forum AFN sebelum ini boleh login seperti biasa.
5. Pendaftaran ahli baru akan dibuka semula selepas pelancaran AFN V2
Perhatian: Kami meminta agar ahli AFN tidak menukar password di dalam minggu ini kerana kerja-kerja pemindahan data ahli AFN telah pun dilakukan. |
Read More... | (3146 reads) 9 comments | | Score: 0 |
|
Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah, salam dan selawat ke atas Rasulillah,
Wa ba’d;
Saya lampirkan Risalah Al-Khidmah ini untuk seluruh komuniti Al-Fikrah yang setia mengikuti perbincangan dan perkembangan yang berlaku di dalam forum ini, komuniti yang saya sayangi dan kasihi, yang pada saya merupakan tonggak dan nadi, batu asas dan tiang seri.
Setelah saya paparkan dalam satu perutusan (lihat link:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26249) beberapa hasrat dan harapan, aspirasi serta visi, saya ingin sekali lagi menulis dengan lebih lanjut mengenai pelan bersepadu yang telah dirangka oleh kami staf Al-Fikrah.net bagi menjaga kesinambungan dan keberlangsungan laman ini agar ia terus relevan, remaja dan responsif di mata dan hati komuniti pencinta agama khususnya pencinta mazhab salaf.
Alhamdulillah, forum Al-Fikrah.net senantiasa berjalan dengan lancar dan tenteram, hasil pemantauan berterusan oleh moderator-moderator dan panel-panel yang bertanggungjawab. Juga dari semasa ke semasa Al-Fikrah.net telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti luar dengan jayanya. Tidak dinafikan laman ini semakin mendapat tempat dan perhatian dari komuniti siber secara amnya, ini kerana mereka dapat mengenal pasti beberapa keistimewaan laman ini berbanding laman-laman lain. Kita juga beruntung kerana dipandu oleh kebijaksanaan orang-orang lama dari kalangan staf dan juga panel, serta mendapat tenaga baru dari kalangan syabab yang aktif menjayakan program-program anjuran Al-Fikrah.net.
Dengan banyaknya faktor-faktor pendokong dan mangkin yang menstabilkan Al-Fikrah.net sebagai satu medium dakwah, saya dan barisan staf merasakan adanya keperluan untuk menggunakan segala tenaga positif ini bagi mencemerlangkan lagi laman ini di masa mendatang. Tenaga positif inilah yang memberi ruh kepada aspirasi dan harapan yang telas saya sebutkan dalam tulisan yang lepas. Berikut saya paparkan buat tatapan kalian semua, dasar-dasar baru yang dirangka bagi merealisasikan aspirasi-aspirasi dan harapan-harapan itu; |
Read More... (5.85 KB) | (4323 reads) 8 comments | | Score: 5 |
|
Hasil perbincangan dan persetujuan Majlis Syura Al-Fikrah.net (AFN) pada tanggal 4/12/2011 (8 Muharram 1433), telah memutuskan bahawa Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak (Mustaqill) dilantik sebagai CEO Al-Fikrah.net yang baru.

(sdr Mustaqil, no 4 dari kanan, sebelah Dr Mohd Asri)
Foto program Liqo AFN 2011
AFN merakamkan jutaan terima kasih dan  kepada mantan CEO, THTL yang telah bersara. Sumbangan beliau khasnya kepada warga AFN dan warga maya/cyber amnya amat amat disanjungi dan dihargai.
Semoga Allah Ta'ala merahmati serta memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua.

Kapten Hafiz Firdaus menyampaikan cenderamata tanda penghargaan AFN kepada THTL semasa program Liqo AFN 2011
|
Read More... | (4243 reads) | Score: 5 |
|
Assalamualaikum,
Lanjutan dari keputusan dalam mesyuarat AFN bertarikh 14 Januari 2011 sumbangan adalah dipelawa dari warga AFN untuk menyumbang kepada tabung pembiayaan AFN. Dana terkumpul akan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut, sebagaimana pada tahun-tahun sebelum ini.
1. Pembiayaan hosting bulanan.
2. Kegunaan biro kebajikan untk kes-kes mendesak yang memerlukan sumbangan.
3. Pembiayaan projek-projek anjuran AFN.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Mohd Khairul Muhamed @ abuadam dengan mengikut dua langkah mudah di bawah.
1. Bank-in atau transfer ke akaun mudharabah maybank 5641 5505 0491
2. E-mailkan butiran transaksi ke khairul.mohd @ gmail.com dengan menyertakan nama, tarikh dan jumlah transaksi.
PENTING!
Pihak AFN tidak melantik mana-mana pihak untuk memungut sebarang dana, sama ada secara lisan atau bertulis (e-mail, sms, facebook etc.). Sebarang pengumuman adalah melalui saluran News web AFN sahaja.
Disudahi dengan maksud ayat "dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." al-Baqarah:272

(ihsan dari iluvislam.com)
Jazakallah khayr dari warga staff al-fikrah.net |
Read More... | (2873 reads) 9 comments | | Score: 5 |
|
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu.
Oleh itu, kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur. |
Read More... (15.58 KB) | (5911 reads) comments? | | Score: 5 |
|

Untuk ucapan, sila klik di sini |
(5782 reads) comments? | | Score: 0 |
|
PENUNTUT ILMU HARUS BERUSAHA MENCARI NAFKAH DAN TIDAK MENJADI BEBAN ORANG LAIN
Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Hendaknya para penuntut ilmu mencari nafkah untuk biaya hidupnya terutama bagi mereka yang telah berumah tangga bahkan wajib hukumnya bagi mereka. Ia tidak boleh malas bekerja dan menjadi beban orang lain, apalagi dengan meminta-minta.
Sebab, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah mengecam perbuatan itu dalam sabda beliau
“Artinya : Seseorang senantiasa meminta-minta kepada manusia hingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya.” [1]
Seorang penuntut ilmu harus mencari nafkah guna menjaga kehormatannya meskipun harus dengan menjual kayu bakar di pasar. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Artinya : Sungguh, seseorang dari kalian mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas punggungnya kemudian ia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga kehormatannya, itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada manusia, mereka memberinya atau tidak memberinya.” [2]
‘Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu ‘anhu pernah mengatakan, “Wahai para pembaca Al-Qur-an, berlomba-lombalah kalian dalam kebaikan, carilah sebagian dari karunia Allah, dan janganlah kalian menjadi beban bagi manusia.” [3]
Sa’id bin al-Musayyib rahimahullaah mengatakan, “Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengum-pulkan harta (mencari nafkah), yang dengan harta itu ia bisa menjaga kehormatan dirinya dan melaksanakan amanatnya.” [4]
Namun, usaha yang dilakukannya haruslah dari usaha yang halal dan dibenarkan syari’at serta tidak tamak dalam mengumpulkan harta karena harta adalah fitnah (ujian) bagi ummat Islam. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Artinya : Setiap ummat memiliki fitnah (ujian), dan fitnah ummatku adalah harta.” [5] |
Read More... (3.9 KB) | (4955 reads) comments? | | Score: 5 |
|
|
Hadith Today |
Berhati-hatilah kalian terhadap buruk sangka, karena buruk sangka adalah perkataan yang paling dusta.
-- HR. Bukhari |
Pautan Pilihan |
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Search Web Affiliates |
Top Posters |
|
|